Pages

.:My Dearest friends:.

Thursday, December 24, 2020

Amost 29

Okay, entah berapa kali aku tulis dan delete post. tulis dan delete. Dalam draft dah berpuluh draft yang hanya separuh nota. Hanya tinggal jadi personal diari aku sahaja. Tapi aku hanya datang saat aku rasa firasat aku nak menulis sangat kuat. Aku rasa this perasaan menulis ni datang sebab aku dah start membaca balik. Setiap kali tu lah aku rasa emosi aku membuak-buak bila menulis. Tapi kali ni aku ada benda penting untuk aku pahatkan disini. Jadi aku kena tabah, dan habiskan sehingga habis. 


Banyak benda dah berlaku dan terjadi dalam setahun, bila aku tengok post-post lepas. Tak sangka, sangat tak sangka aku berada disini harini dalam keadaan ini. Dear blog, Aku tahu for past few post, kau selalu mention yang aku akan jadi berjaya, aku akan berubah dan aku bahagia. Jadi, antara benda penting yang aku nak bagitau.

1. Aku masih mencari diri- Setelah 2 tahun aku berada dalam hubungan dan hampir ke arah perkahwinan, Agak lambat aku belajar dan sedar diri, yang mungkin aku masih lagi jauh untuk ke arah itu. Aku masih lagi tak mengerti banyak hal. Semuanya masih pudar. Aku ingat aku dah jadi yang terbaik, aku berikan yang terbaik, tapi di tengah jalan aku merangui semua benda, aku tak mahu salahkan tuhan, dan apatah lagi soal takdir aku tak mahu sentuh. Selepas semuanya berakhir, aku banyak persoalkan diri aku. Pelbagai fasa yang aku lalui bermula dengan penyesalan, kemudian perlahan-lahan untuk aku bangun kembali. Ujian? kalau aku sebutkan ini sebagai ujian, ujian itu haruslah berikan aku pengajaran. Tapi, ini mungkin lebih dari ujian dan sekadar pengajaran. Ia adalah hidup. Sebahagian dari hidup. Dia pun hidup aku, dan adakah aku nak salahkan diri sebab aku sendiri yang mulakan? Aku hanyalah manusia yang mengikut hati. 

Banyak hari aku salahkan diri aku, banyak hari aku mencari mana diri aku, dan setiap hari aku bertanya apakah nilai diri aku? Apakah sbb aku gagal dalam hubungan bermakna aku memang tiada harga diri atau tak bernilai? Apatah lagi separuh dari hubungan itu memang banyak silap dan kesalahan aku sehingga aku rasa aku masih lagi tak boleh nak memaafkan diri sendiri. Fasa-fasa ini sangat pedih. Penat aku pujuk diri, penat aku bagitahu diri aku yang "it's okay hafizah, it's okay" sebab kalau aku tak maafkan diri aku sendiri macam mana aku nak teruskan hidup. 

Kesannya sehingga harini, merasakan aku tak layak untuk sesiapa, sebab dia yang baik, tapi aku yang tak pandai menghargai. hari-hari yang aku lalui agak perit, pedih, gelap.

Tapi, dear blog, Walaupun aku tahu aku menyakiti satu hati, walaupun begitu, aku kena telan betapa pahitnya kenyataan itu. Dan baru aku sedar, aku yang menyakiti lebih rasa tersakiti. Tapi bukan untuk aku bandingkan siapa lebih sakit, tapi jujur, Melepaskan tu lebih dari sakit, dan kau sendiri rasa macam nak merangkak kembali, jilat balik ludah. Sebenarnya, dah lama aku tahu, yang aku akan terus sakiti dia, tapi aku tak tahu bagaimana mahu berhenti, ataupun sebenarnya aku tak mahu. Hmmm. bilalah nk habis kisah moved-on nih. 

Fasa moved-on yang kelakar,  tbh, harini lebih baik daripada semalam, hal yang lepas biarkanlah lepas. Fasa aku moved-on macam-macam berlaku. Daripada aku tiba2 liar mencari lelaki-lelaki lain. kepada langsung taknak berhubung dengan mana-mana lelaki sekarang. Kelakar. Banyaknya aku habiskan masa bersama mereka dengan alasan "masa aku dlm relationship" aku tak boleh contact kawan-kawan lelaki. kelakar Hafizah. Tapi, entah, semua tu proses untuk aku kenal diri aku. Aku tak boleh nak total salahkan diri aku. sebab yela, aku pun memang unpredicatble. 

Lambat jugak aku sedar sebenarnya yang fasa moved on ni banyak benda kau kena topup diri kau tentang sesuatu yang hilang. Sebab lepas breakup mmg aku rasa kosong sangat, but thanks to kawan-kawan yang ada aku masih lagi boleh berdiri sampai harini. baik. Benar, kawan yang baik tu rezeki. 

Fasa moved on phase 1- 

After broke up, memang susah nk teruskan hidup, gitu. Naik je KL meroyan sebab banyak gila kenangan kat sini, so mulalah fasa seorang hafizah meroyan tak tentu pasal. lawak, menangis tiap-tiap malam macam orang mati lelaki. Tapi, aku duduk dengan Ajue, sedikit sebanyak memang aku bergantung hidup dengan dia. tumpang bilik dia almost sebulan smpai nak kena halau dengan housemate dia. hah! lawak. terbuang, terbiar, gitu. masa tu aku bekerja online, designer dan baru mula mengajar online, awal lagi, setiap kelas nervous dan berpeluh. 

Pindah Kajang - Pindah kajang, kelakar juga cerita ni, sebab company yang aku kerja ada kat Kajang, so aku decided selepas sebulan nk pindah sana. Pengalaman duduk rumah sewa atas kedai, bilik takde tingkap, tiap2 malam berkicap. Dengan suasana rumah yang mmg menyeramkan, dan housemate semua merokok. Hahaha. Aku hampir tanya diri aku, patut ke aku merokok jugak? alang2 rebel nak moved on gitu, lepastu rasa nak tampar diri sendiri sebab "takkan aku nak rosakkan paru2 aku pulak sbb nak move on, jgn jadi bodoh" . Bilik tu dah la mahal, lepastu internet KO, end up every weekend aku pi UIA dengan menempel lagi dengan si Najurah. Time tu aku dah start kaya. Gaji dah almost 4k sebulan. erm, kosong, masih kosong. Hati

Fasa moved-on phase 2 -  Perjalanan moved on aku masih jauh, tapi sepanjang perjalanan ni, Allah izinkan aku berkembang jauh dalam pekerjaan aku. Yep, aku pun tak sangka aku boleh pergi jauh, padahal kerja tu weekend kot. weekend yang supposed to be aku punya golden daysss nak hiking punya pasal. Tapi dengan alasan " aku taknak cross path dengan ex." sebab dia pun hiking, so kalau aku kerja weekend, possibility untuk berjumpa tu mmg 0% yup., totally 0 sebab,~ 

Aku kerja dengan dua kerja, Weekday designer, weekend mengajar design. Full. Time tu rasa almost nak burn out. Rasa macam nak mati, rasa macam nak terjun tasik dan hidup jadi mermaid. Tapi, fuh, baru aku tau sebenarnya aku ada support sistem yang sangat kuat. Gila lagi kuat daripada rasa cinta aku padanya. agitu...!!!

Tapi, it last about 3 months, aku gave up one job, kerja weekday, Dan sehingga sekarang aku hanya bekerja dihujung minggu dengan gaji yang lebih tinggi dari kerja weekday. I could say, this is moved on punya rezeki? Idk, babe. Makin lama, makin positif effect break-up, yelah takkan selamanya nak negatif. takkan selamanya kau rasa nak bunuh diri sebab kau dh emotionally rosakkan someone, Tapi apa je aku boleh buat selain minta maaf? Apa? entah.

Fasa moved-on phase 3 - Nak kata betapa cantiknya aturan Allah. Aku dapat duduk flat sebelah je rumah si Najurah walaupun aku tak pernah pula minta nak duduk rumah dia. Hahaha, aku cuma doa, "YA Allah, berikanlah aku rumah yang terbaik." gitu, kadang2 aku rasa macam aku patut lebih specific ketika berdoa, tapi lumrah hidup aku ni memang jenis suka suprais. hamek! dapat rumah murah, terbaik, dan alhmdulllah another door of blessings yang Allah berikan. Time tu aku macam terduduk dan insaf, sedangkan aku yang banyak dosa, tapi Allah tetap tabur rezeki untuk aku. salah , untuk aku yang berusaha untuk bertaubat. 

Honestly, bila je kau tak berdosa bila bercouple? bila? Aku rasa sebab aku dah lepas daripada kancah dosa, maybe, idk, just Maybe Allah bukakan pintu rahmatNya seluas-luasnya untuk aku yang sendiri berusaha payah melepaskan diri daripada situ. ingat senang? Orang sana takkan lepas punya. Iam sure he not gonna read this anyway, kalau dia baca pun dia dah takdak kena mengena dah dengan aku kecuali kenangan. gituuuuu~

Fasa moved-on phase 4 - malas nak cerita panjang. Tadi aku baru je balik kampung n9. Sejak umi dan abah retired kat Kampung aku rasa sayu sangat life. yelah , everything has changed. Faham tak? umi abah dah tua duduk kampung. Whatever it is, bulan ni aku rasa bersyukur sangat sebab dapat hadiahkan macam-macam kat umi abah sampai ayat umi berbunyi

"Baguslah mcm Pzah, datang berbakti pada umi abah sblm mati" mendalam ayat tu ye. Tapi deep in my heart. at least Umi abah recognized aku sedang berbakti, tu pun dah cukup dah hidup aku. complete. Gaji yang ada ni berkat, barokah, tak kisah langsung nak spent untuk keluarga dan adik-adik, sebab aku tahu, belum masanya lagi untuk aku guna untuk diri sendiri. Sebenarnya aku je stakatni anak perempuan yang kahwin lambat, both kakak aku married around 25-26, so aku solo dan successful,  tu lah investment aku untuk akhirat. Tolong adik bradik aku, selagi aku mampu. Peh, few years ago aku broke nak mampus sampai ex aku terpaksa tanggung! skrg dah kaya nak balas jasa dia pun takleh dah, member dah taknak contact kita terus, ingat bleh la nak lanje2 kopi ke (kau jangan jahhhhhhh hati kau belum kuadddd)

dannn... seterusnya. Dah fully moved on ke? Belum. Tapi tengah kuatkan hati, kuatkan jiwa. Tengah explore banyak benda . lately aku dah start membaca. Alhmdulillah, jeling2 dh nak kat brapa ntah buku habis. 

Panjangnya lagi aku nak tulis sebenarnya, kau tengok mood aku dari awal sampai habis macam mana, macam orang hilang pedoman. Haha, 

So apa fokus kau sekarang Hapijah?

1- Berbakti kepada Umi Abah - Honestly, reason aku working hard sekarang ialah untuk parents aku kat Kampung, kadang2 aku fikir, kenapalah dorg kena duduk kampung membuatkan aku rasa tinggi gilaaaa emosiiiii, ish, kalau duduk bandor lega sikit. faham tak gais? So, adalah hikmahNya both mom and dad nk retired kat sana, But im okey and Im fine. Alhmdulillah Im good. Smoga hafizah istiqomah balik Biweekly okay??

2- Kembangkan carrier - Tbh, Im living the dream right now, kerja only weekend, weekday just light2 freelancer, and aku mostly busykan diri dengan belajar new things, sbb nak mengajar aku kena banyak belajar. SANGAT! so aku joined free course dan busykan diri tambah ilmu. Baca banyak buku since aku pun ada crush dengan member yang suka membaca~~~~ hiksss rahciewwwww! 

3- Fokus fitness - Wajib, kurus cantik dan kaya. Oh, bahagia. 

4- Ibadah- sbnrnya nak letak paling atas tapi tu lah mcm riak pulak nampak. hahaha. Back to basic je sebenarnya, nak start baca mathurat, nak mula mengulang dan hafal juzz amma, dan nak baca buku2 ilmiah giccew. dan jangan lupa nak baykkan bersedeqah

5- Kahwin? Doa dulu. kita tengok macam mana tahun depan. 


Yes, finally aku berjaya siapkan satu post pada tahun 2020. Dah nak masuk 29 tahun ni tajuk pun typo pijah. sudahlah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3