Pages

.:My Dearest friends:.

Tuesday, August 5, 2014

catatan UK&PARIS 2 : kak laili and necklace rm5k

catatan UK&PARIS : adelah benda wajib aku kena buat sbb dah janji dengan umi . krikk krikkk krikkk

Pertama sekali aku assume takde orang akan baca penulisan ni, so, aku akan buat gaya aku dan diari aku sendiri je. tapi, kalau korang baca jugak , aku mintak maaf atas kata2 dan kebosanan yang berlaku sepanjang penulisan ni. tapi aku yakin sangat lah. korang takkan habis baca pon. kah kah kah! whatever!


Kak Laili and Necklace RM5K. 

daripada kisah tiket flight yang banyak sangat conflict tu. ada sampai satu tahap. nama kaklaili tu tak di masukkan. maksudnya macam. option saja.

kaklaili sama ada bleh pergi or tak bleh. so. aku pun cuba sedaya upaya dengan maklong skali cuba jugak masukkan nama kak Laili dalm senarai perjalanan tiket tu. 
and at last. dapat jugak. alhmdulillah.

masa kat KLIA tu. tengah tunggu nak masuk flight. tetiba nama kak laili kena announce. and u know what. ktorg dah macam gelabah ingatkan apa ntah. tapi tadi check in macam smua okay ja. 

ktorg intai2 nampak kak laili pegang envelope and pastu ade org tgkap gambar dgn dia and. lepastu dia sengih2 dengan muka merah . rupa2nya. kaklaili menang CUSTOMER BERTUAH (gitu la lebih kurang) rantai harga 5 ribu baqhang.





muka eksited kakleli



pehh. bleh buat mas kahwin. hahahaha. 

semuanya rezeki Allah Ya Razzaq. kak laili ni pekerja paling setia maklong. keje daripada sekolah maklong di bukak sampai lah beberapa cawangan skolah maklong dah di tubuhkan, smpailah sekarang maklong buat syarikat travel. so. so


inilah Hadiah daripada Allah.




Sunday, August 3, 2014

catatan UK&PARIS 1 : kisah booking tiket EPIC

catatan UK&PARIS : adelah benda wajib aku kena buat sbb dah janji dengan umi . krikk krikkk krikkk

Pertama sekali aku assume takde orang akan baca penulisan ni, so, aku akan buat gaya aku dan diari aku sendiri je. tapi, kalau korang baca jugak , aku mintak maaf atas kata2 dan kebosanan yang berlaku sepanjang penulisan ni. tapi aku yakin sangat lah. korang takkan habis baca pon. kah kah kah! whatever!

KISAH BOOKING TICKETS FLIGHT.

actually, aku tak pernah tempah tiket flight. Umi aku mmg suka buat kejutan. mula-mula beliau cakap kat aku nak ajak aku pergi UK. time tu aku dah terkejut gila. mmg tuhan sedang aturkan aku something.

well, honestly, mmg aku tak pernah pun berangan-rangan nak pegi sana. i mean, pergi luar negara pon. even heritage study aku pun tak pernah berangan nak pergi luar negara. NEVER. sbb aku sedar diri aku. aku bukan ada duit pun. yang ada mak bapak aku. aku mmg pokai. xde satu sen pun. kalau ade pun, simpanan sikit jela.

so, kejutan kedua, aku lah yang kena booking tiket. mula2 aku try booking tiket straight daripada KUL-LONDON ke heathrow punya airport. tapi harga dalam 3k something pergi balik. and then. cari-punya-cari macam orang gila dengan kerja studio yang sangat bizi. aku mintak petunjuk Allah Ya HAADI ya NNUR. supaya berikan aku petunjuk. last2 umi cakap amik ticket pergi PARIS. kejutan lagi. urgh~

ternyata tiket pergi paris. Charles De Gaulle punya airport lagi murah daripada Malaysia, maka. aku pun booking dengan guna kad kredit umi. smua ATAS NAMA AKU. tu pun nama aku salah eja. sebab aku ingat just user name. padahal TERANG2 tulis kat situ suh isi nama macam dalam pasport. masa tu aku fikir. Apa HikmahNya Allah jadikan aku buta sebegini. tak nampak langsung. serious.

last minit. Maklong. ayah long. Kak Laili, Ustazah dan Haji ikut skali. mula2 aku, umi and aunty Ita ja.

so dengan menggunakan method yang sama, aku still salah booking. whatever! segan nak cerita panjang. biaselah newbie kan.

mula2 maklong aku tanya (maklong aku mmg ada syarikat travel sendiri. umi saja suruh aku booking sbb nak suh aku belajar) , kenapa tak mintak nama penuh depa pun. aku punya terkejut dan tersedar daripada comfort zone. aku.

last2 mmg salah rupanya. kenalah pergi kat pejabat Air France kat KL tu nak kene baiki balik smua. agak pening. dengan tarikh yang lain2 pastu nama lain2. adoi..

that moment.bila aku tengah takut2 kalut2. yelah duit beribu2 kot dah booking. masatu tiket KUL-PARIS dalam rm2670 pergi balik sorang. dah booking 8 tiket dah. fuh. smua salah, jap. 3 je betul yang awal2 tu. .
so lepas tu. umi cakap

"duit tu kertas buruk ja. pengalaman yang fizah dapat tu yang mahal. Allah ajar sesuatu.lepas ni 
expert dah la.."

time tu aku redha je kalau umi dan maklong marah. tapi tak. depa tak marah pun. everything happen for a reason. walaupun agak malu dan yeah! banyak benda belajar.

bukannya aku tak tanya orang lain. ada je aku tanya. tapi. tapi... tapi. krik krik krik aku yang tak usaha lebih kot.

Never afraid to try something new. And jangan segan nak bertanya. jangan rasa diri tu pandai. dan cuba sedaya upaya baiki kesalahan kita. jangan lari daripada kesalahan. ada hikmahNya kenapa tuhan uji kita dengan sesuatu.

masa tu ade jugak aku fikir. orang lain booking tiket takde pun masalah. kenapa masalah aku besar sangat?

sbb. mungkin. hanya mungkin.


akhirnya. hadiah daripada Allah.


"cara Allah didik kau, lain daripada cara Allah didik orang lain. you are special. I keep tellin' this myself."

tapi. tak semua hikmah kita akan nampak on the spot. adanya bertahun lamanya kita baru tahu hikmah Dia. sebab aturan dia. selagi kita tak tengok dngan mata hati. selagi tu kita buta dan tak faham.

percaya. Dia akan aturkan sebaik2nya untuk kita. berhenti merungut. berhenti mengeluh dan jangan , sesekali sangka buruk dengan Allah.

Dia Ya Bari' : yang maha Mengatur hidup manusia. dan dia lah sebaik2 pengatur.


so. fly 23rd of June 2014

Saturday, April 19, 2014

surat terbuka.

assalamualaikum, hi. Kalau jawab anda hebak. kalau tak jawab bleh pergi M. hahaha.

teruknya aku, nak mulakan post pun mcm apa kata2. maaf2. dan aku , akan menggunakan kata ganti diri "AKU" sebab ini penulisan aku. suka hati aku lah.  warning skali lagi. aku tulis post ni dengan penuh emosi dan sedikit kuajo~ so nak baca bacal lah

jadi, apa bendanya surat terbuka ni, aku nak bagi surat terbuka dan pesanan kepada orang-orang yang berikut. jikalau anda rasa andalah mereka. anda patut baca dengan sepenuh hati dan emosi. gitu. faham? tak faham sudah. aku assume korang akan faham sbb korang yang baca ni bukan budak kecik. aku agak jela.

1. utk orang selain daripada design based student/study.
2. utk orang yg cari pasangan gadis2 industrial design(especially)
3. utk org yg cari pasangan yg konon2 islamic tapi dalam bidang design.
4. kaulah yang baca blog aku ni, tak kisah sapa kau. 

First of all aku mohon maaf if, "kalau" ada kata2 aku , penulisan aku yang ada menyakiti mana2 pihak. mana hati, serious, aku takkan bertanggungjawab atas apa yang korang rasa selepas baca post aku. that's your choice anyway. so, prepare elok2 diri tu sebelum baca. people hv their own perspective anyway. ah. suke hati kau lah

Dear kau,

betul kau suka dia? dia means, kawan kawan aku, daripada AAD 2nd year  or mana2 design based student? betul ke pilihan kau, serius? banyak benda yang kau kena consider pasal diorang, special? yeah, kawan2 aku semua special. walaupun xdelah aku kenal sepenuhnya dorang, namun, pape hal aku buat umumlah,antara benda2 yang korang kena consider dan faham betul2 faham. 

1. workload


budak design ni workload dorang lain daripada budak2 kos lain. aku bukan nak bandingkan ke apa. tapi mmg Kaed/AAD, mmg sangat sangat BANYAK workload. apa yang aku lalui, apa yang dorang lalui, korang takkan faham melainkan kalau korang tukar kos, masuk sini. lai lai.

They have to stay all night, nak siapkan drawing, even nak sketching pun kena stay up. perah idea. selain daripada subjek design. orang full class, weekdays mmg full.

jangan tanya. "korang buat kerja apa ni, byk sangat kerjanya. tak habis2 lagi ke?", sat lagi dapat penampaq, skali dgn kaki naik kat muka hampa. 

submission demi submission. ktorg byk benda nak kene buat sebab ktorg under Applied arts, dalam tu macam2 ktorg blaja. byk gila subjek. byk project.

sebelum tu aku bagi definisi keyword2 yang aku akan guna dan korang kena faham.

PROJEK ; projek ialah task yang di beri oleh lecturer, biasanya bagi masa dalam masa 3                             minggu, atau 6 minggu. kadang2 ada seminggu saja. 

    bila kata TIGA MINGGU, maksudnya TIGA MINGGU FULL, 24/7, makan, tido,                          lepak. mandi, smua fikir pasal design/projek. bukan aku nak cakap jadi HAMBA                     projek. bukan. itu adalah priority, which is, sanggup tak makan demi projek. sanggup tak                 tido demi projek dan sanggup buat apa saja (yg tak langgaq syariah) utk projek.
and project TAKES TIME, sangat. demi quality dan jugak value .

STUDIO : tempat dimana kami spend all day isnin dan jumaat. tempat kami kena maki, tempat kami menangis, design kami kena rejek, tangis tawa, kutuk mengutuk, umpat mengumpat, tempat tidor, solat, makan, tempat usrah kami, tempat saling beri peringatan, kadang2 menipu, kadang2 buat jahat. dan 24jam. kalau kami takdak kat bilik maksudnya kat studio lah kami, kalau takdak kat studio maksudnya kami kat bilik. dan studio is everything for us. dan itulah tempat inspirasi, motivasi, tempat blajar erti hidup tempat segalanya bagi kami


2. JANGAN MENTION PASAL TIME MANAGEMENT

Jangan sesekali cakap 

"alah, kalau OK time management, takdenye nak stay up all night"
"semua pasal time management"

time management abah kau. 

3. SUPPORT

first skali fikir ah pasal duit engkorang.dorg jarang la nak ajak kau shopping kasut, baju, and jadah2 lain melaikan kalau ade kaitan dgn barang projek.  barang projek mahal kot. serius.

sekend, fikir ah pasal apa yang dia lalui,  tak tido malam dah stress dah, kene maki ngan lecturer , design kene rejek. at least be a good listener

dorang suka makan. serius.Feed them. that will make they happy lah at least.

bila aku cakap support it doesnt hv to be like...

'awk ok tak? takpe dah try ur best kan...'

'takpe usaha lagi. jgn sedih2.'

'sokay. lecturer lebih tau'

kadang2 aku rasa annoyed, mybe ade kawan2 aku suka. tp aku rasa annoyed. takyah cakap apa2 kat aku boleh?

4. JANGAN NAK OVER JEALOUS SANGAT~

budak studio dah macam famili. so xyah nak jeles2 yg kami rapat ke apa ke. aslongas we jaga batas pergaulan. that would be enough. tak payah lah macam.

'knp nak kena bergambar dgn dia'
'kenapa benda tu pun nak tanya dia, '
'kenapa asyik sebut nama dia'
'kenapa dia, dah xde org len ke nak tanya'
'kenapa nak stay up kat studio, dh la dgn dia malam2 buta'
'kenapa dan kenapaa. kenapaa kenapaaa..............

annoyed gila. serious. 

5. FREE tak? alaaa...GET A LIFE laaaa 

FREE kick ade lah. 

6. REHAT lah, tido lah awal, pastu bangun awal.

aku rehat, kau siapkan keje aku. boleh? kalau aku tak terbangun awal? 

7.  jangan nak kongkongkong sangat.

"WHAT? pergi outing dgn studiomates? laki ke pmpuan, kalau laki xyah la, kalau pmpuan pergi ramai ramai ramai...."

"travel? nak travel apa lagi, kata bizi?"

"jangan lah pos gambar2 tu, biar saye je tengok muka awak"

"pergi beli barang malam2? siang je lah. esok2 je ke...."

"site visit? penting ke,? kalau search kat internet je? kan banyak maklumat....."

"jgn lah makan malam malam. tak elok." 

"mandi lah, jangan tak mandi..."

kadang2 korang tak prasan yang "NASIHAT" or PESANAN korang ni sangat sangat lah annoyed bagi bebudak macam aku nih. sumpah. annoyed dan aku rasa macam nak bagi penumbuk. dan humban kau dalam mangkuk jamban.

why travel? sebab mmg sometimes bila dah bizi sangat kadang2 kami akan ESCAPE. tengah nak submission, kadang2 lagi dua hari nak submission kami ESCAPE sebab terlalu stress, masa tu kadang2 kami perlukan masa bersendirian, kadang2 orang macam korang yang bukan satu studio org org2 yg rapat macam famili boleh pergi mampus kejap. 

tak faham, jangan nak serabutkan kepala hotak ktorang. jangan nak tambahkan lagi stress yang ada. 

kalau dia suka post gambar, biar jelah, masalahnya gambar tu lucah ke? gambar tu menggairahkan ke. takkan ? over sangat ke? kau ingat dia untuk kau je? hek elleh. boleh pergi jalan. 

as long as tak melanggar syariat aku rasa takde masalah pun pmpuan tu nak pos gambar dia sendiri. tak payah lah macam nak kata dia buat DOSA BESAR gila. pepandai lah dia jaga diri.

8.  what we want.

just be moderate and supportive, at least datang jenguk and kalau kmi yang xleh spend time masa untuk hampa. hampa jangan lah kecik hati. mohon faham. jangan nak jadi macam remaja yang baru blaja bercinta. we are extraordinary. lain sikit. so kena layan lain sikit.

kalau rasa xleh masuk dgn suasana macam ni.

boleh walk away. kalau kami cakap tak suka. maksudnya tak suka. janganlah duk nak melarat2 ke apa ka. faham.


ada byk lagi aku nak merepek sebenarnya. sbb dah mengantuk , sepatutnya nak siapkan design, tapi aku merepek pulak. 

nah. aku blanja gambar2 osem. 



escape to broga hiil


project toys


demo putty, the one yg pegang scrapper tu lecturer ktorg. handsome &single


a site visit to Masjid Shah Alam. 


water and apa ntah competition. I won special mention


my artwork on "Islamic Geometric " class.


syima and "mock up" of kaedfest


lepak makan kepci masa projek satu

projek satu, lumba kereta getah. masa ni pukul 3 am, kalau tak silap


after portfolio day. last semester


benang KAEDFEST


after spendtime like a week nak siapkan, siap ttido atas benang


kaedfest'13 THE best installation


bizi2pun sempatlah aku cari duit


"bola bakul" dgn le studiomates after submission


"Nasi lemak project, for Heritage" 
kumpul duit.. kami satu studio bersatu #aadbersatu


wheelchamp always in my heart. project transport. 
wheelchair for disabled. and handcycle. for their sport


alone. dah biasa.


rantai art festival. bukak booth jual baju. dan eskrim goreng


annual grand dinner


Archimic induction course. with mahpujeh~


project toys.was a big mess on studioq


kereta bodoh kau tengok ni. kereta tak tido malam,. kakakaka.





Thursday, March 13, 2014

sayonagha


muahah~


still hamek gambaq aku



kat zoo negara. with u. eceh.



tangan kau?

-.-



p/s; harap xdak la oghang baca post ni. post ni tak sedih, dan tak sentimental. langsung. harap maklum

dah lama tak update blog. tetiba rasa nak update blog sebab bangun awal hari ni hew hew.

aku amatlah lemah kalau luahkan perasaan through ayat2. tapi kalau by pertuturan pun lagi lah awkward, maka. hati tu yang biar bicara. walau tiada siapa yang dengar dan faham, tapi Dia maha mendengar. 

some people asked me
"tak rndu ke."
"tak say good bye ke"

urm. how should I say this. mungkin sebab dah lama berlalu. berlalu kisah-kisah yang tak mahu aku ingat. pergh. I was tried harder kot back then. nak lupakan semua benda. 

dia macam, Idk. sekelip mata insan tu muncul dalam hidup kau. and change everything in yourlife. almost everything. included feelings and behaviour (shouldnt mention here)

Couple pun tak rapat camtu. so, macam awkward sangat. hm, apa aku tulis ni randomnya.

dulu. I deleted all photos yang ada gambaq dia. smua. tp last2 tengok2 kat hardisk ada lagi. sapa yang letak balik ni?kuajaq betei.

i dont remember when I started to forget everything. not everything. 


apa2 pun, terima kasih sebab hadir dalam hidup aku. dan maaf atas segala apa yng kita gaduhkan. walaupun macam dah strangers skrg. kita tetap pernah rapat dulu2. banyak sangat benda yg aku blajar drpd kau. you're really nice guy beb. seriously.

erm. walaupun gambar dah banyak delete. mana mungkin kenangan dan sisa perasaan ni bisa terpadam? perkenalan ni bagi impak besar pada dua2 kita. 

takde org yang suka amik gambaq aku selain kau. its funny when i checked , pergh. almost 500 my picture saja -.- kau amik semua expressi muka aku.. 

even dlm class pun u still took my pictures through your phone. and put my face as wallpaper -.-. and put my pic as ur fb cover. 

kau la paling gila penah aku jumpa. takde dah segila kau aku rasa. thanks sbb gila. dan buat aku pun almost gila. haih. 

aku tak harap kau baca ni.

rindu?
nak rindu dah tak boleh. nak jaga hati. ingat senang ke nak jaga hati? ehek!

aku tahu Allah sedang aturkan aturan yang terbaik dalam hidup kau. dont give up, dan aku yakin Allah akan hadirkan seseorang yang akan terima kau seadaan,. dan akan menyinari dan ubah hidup kau sampai ke sana. jangan risau. jgn putus asa. jangan sedih, jangan kesal.  sebab ramai cemburu dgn kau. tapi tak tahu kisah kau. 

dont worry. all our secrets selamat dengan aku. (rahsia apa ntah) lol. banyak aku tipu kau sebenarnya. tapi...aku pun dah lupa tipu apa. >.<

bai. sayonara. all the best. kau! 



Wednesday, July 17, 2013

goresan luka



Assalamualaikum and salam Ramadan 1434H ,
abaikan muka comel di atas. Camwhore aja. baru beli potrait lens for canon 50mm.

ada hikmah kenapa Allah pertemukan aku dah dia. Aku lebih belajar erti kehidupan yang sebenar. aku di dedahkan awal2 dengan benda2 ini smua supaya aku tahu , yang aku bakal menghadapi sesuatu yang lebih besar untuk akan datang.

soal apa ini? soal hati dan perasaan yg tak pernah berkesudahan. Di saat ramai mahasiswa hari ini membincangkan isu2 kritikal. kadang2 aku sendiri terperangkap dengan perasaan yang tidak pasti dan tak berkesudahan. 

bagi orang lain. iyalah. remeh. bagi aku , bagi mereka yang merasainya, pasti payah skali nak buang. Kerana perasaan yang tuhan campakkan ini sangat melekat di hati ni. sampai kadang2 tuhan pun di letak di belakang. 

What can I say? sometime I miss you. I miss you everyday. I miss you a lot. yes , you. The only one yang ada dah ada tempat di hati aku. heh, saat aku payah gila nak bukak hati untuk strangers, saat tu lah ALLAH nak uji keimanan aku kepadaNya.

sejauhmana cinta aku kepadaNya. Cinta Manusia boleh bawa leka dan lalai. bawa kepada kerosakan hati dan jiwa raga. aku pernah rasa. pernah.

Aku juga pernah tuduh Tuhan aku kejam sebab berikan aku perasaan ini. padahal, aku sendiri yang tak pandai untuk mengawalnya.

Aku pernah rasa macam mana saat terluka dengan teruk. aku menangis tiap tiap malam, menangis di setiap hujung doa supaya Allah mereda kan goresan luka di hati ni. makin hari aku rasa makin sakit dan terseksa.

mencintai seseorang yang tidak di takdirkan untuk aku, sangat sakit, perit dan berbisa, sehingga aku menyalahi semua pihak termasuk diri aku sendiri. Kau fikir bagaimana rasa cinta itu bisa menyakitkan?

ibaratnya kau belai hati ini dengan jiwa perasaanmu, dan kemudian perlahan lahan kau lapah hati ini, diam diam aku merasa sakit, perlahan lahan aku rasa kepedihan. sehingga kini ia masih berbekas. aku harap ia tidak lagi berdarah dan dendam. 

ah, cinta lagi. nanti kau rasalah cinta itu bagaimana. Cinta yang buat kau gila. cinta yang buat kau tak keruan, dan cinta yang boleh ubah setiap persepsi dan perspektif dalam diri kau. kau akan rasa diri kau di tarik2 di siat2... rasa seperti itu.

saat cinta indah. indah tak terungkap bicara dan kalam. Indahnya hanya tersorok di sanubari , terpancar di wajah berseri. aku pernah rasa gembira dan indahnya cinta.

namun, aku juga pernah rasa perit, peritnya cinta separuh ini.

Tuhan benar2 ajar aku supaya aku melepaskan apa yg aku sayang. sebab tak ada apa pun yang mampu aku miliki atas diri aku. Even kalau suami aku pun nanti, ia tidak menjadi hak total aku. mungkin DIA akan uji aku dengan perkara yg sama. 

duhai sang pencinta di luar sana. 
duhai jejaka romeo.
duhai insan2 teristimewa sekalian.

ku mohon untuk jangan berhenti mencintai. Cintalah DIA yang tidak pernah kecewakan mu, tidak pernah sekali pun dia akan mengecewakan mu, kalau ada, itu bukan Dia, tapi kamu yang salah sangka. 

Allah ya Wadud, penuhi dadaku, diri ku, hati , jiwa dan ragaku dengan cintaMu. 

Hafizah
17/7/13

Saturday, June 1, 2013

Hapuskan plastik


Ramai orang kata bunga cantik. 
benda cantik, tak selalunya mudah untuk dapat.

nak tanam bunga pun, bukan senang, kena siram hari2. 
kena jaga cuaca, sampai dia kembang. cantik...

tapi sekarang, banyak sangat bunga fake.
kadang2, bunga fake sangat cantik.
bila di gubah tu. cantiknya...
murah pulak tewww

tapi.mana lagi cantik?

bunga real, or fake?

Dear awak.

Stop being so fake. so cheap. okay?

be yourself. hold your pride. 


afraid


people always scared of something that they do not know. 

I was wondering, there are some people, who afraid with others thought,

maybe what they said, its probably right about them, but they try to push away.

because they are afraid. 

some people, afraid of truth. 

truth that maybe more cruel than any lie. 

all we have to do is, 

raise up our hand, just give everything to Allah. 

ask Allah, the way. 

that's how human's should live. 

when they felt the feeling of being slave of Allah, then they will realized that it is a fortune of being only slave.

coz being the slave and only then you'll free.

when you are afraid, you will have only one thing in your mind. 

.GOD.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3