Pages

.:My Dearest friends:.

Sunday, February 28, 2010

cerpen : Insan yg tak mampu ku benci...


Satu situasi berlaku tak
Tak sangka,
Ceritakan balek…tapi..ada perubahan,
Ubah jadi satu kehidupan, ahak’ss
Well, have a good reading…à

Dari dulu sampai sekarang, bapakk, tak pernah berlaku baik dengan kami sekeluarga,
Jarang beri kasih sayang,
apalagi wang...
hidupku,hampir musnaH....
Gara-gara insan yang bernama BApak
Suatu hari,
Aku pulang kerumah, baru saja habis kelas tambahan Akaun, maklumlah, tak lama lagi, aku akan menduduki peperiksaan percubaan SPM, sejak kebelakangan ini juga aku jadi rajin.
Teratak aku di pandang sayu, basikal aku letak di tepi tangga, langkah saja masuk ke rumah.
Aku kaget. Terkejut. Tak terkata apa.
Mak, terbaring dengan rambut yang serabut, satu-satunya adik aku, Aliya. Berdarah di hidung sambil teresak2 menangis.
“Adik..!!!Makk…!!!” aku jerit. Aku menghampiri mak, dan letakkan kepala mak ke ribaku. Air hangat turun dari mataku. Sedih.
“Makk…apa dah jadi ni……..!!!??” soalku sebak. Mak diam. Sambil mengerang sakit. Wajah mak lebam.
“Makk…cakap la…ni kerja bapak ke?” soalku. Geram.
“Mana Bapak…!!!” soalku lalu bangun. Aku menuju ke dapur. Tak ada.
“BAPAK..!!” jeritku. Diam. Agaknya bapak tak ada kat rumah, nafasku turun naik.
“EEja…!!” panggil Mak..sayu..serak. aku duduk lagi.
“makkk…ni kerja bapak ke?” soalku, aku usap wajah Aliya. Kasihan + marah. Aliya mengangguk. Sedih. Masih teresak2. Mak bangun dari pembaringan.
“Eja…janji dengan maakk..jangan apa-apakan bapak,….”kata mak. Aku mengenggam tangan.
“kenapa makk..ceritakan pada Eja dulu….” Pintaku.
“bapak balik…ambil duit….duit tu…mak simpan….belikan baju taekwondo….EEja…” tangisan ku makin galak. Makk…
“Maafkan makk…mak..tak mampu nak beli dah…” katanya. Sejak itu aku tekad, walaupun tanpa baju taekwondo. Aku akan belasah bapak.

Di sekola..

“Nadia Afeeza…tahniah..kerana cerpen awak kali ni sangat bagus….” Kata cikgu Saad. Aku sengih, sinis, datang ke depan dan ambil kertas ujian bulan lepas.
“Eja…cerpen tu kan tajuk…ayahku tersayang….apa kau tulis?” soal Amira. Kawan yang duduk sebelah aku. Aku serahkan kertas tu padanya. Dia punya lah semangat baca.
Tiba-tiba, ada seorang pelajar lelaki kelas aku, mengangkat tangan dan bertanya soalan bodoh.
“cikgu…kami nak tahu juga cerpen yang di tulis Eja….cikgu cerita kan lah…” katanya. Apa namanya ya.. yep..namanya. Khairul, cikgu Saad pandang ku.
“alah..nanti kamu saja tanya dia..” kata cikgu pulak. Semua mata memandangku.
Akhirnya, permintaan itu, terkubur saja macam tu…
“Eja..ni ke bapak kau..bestnya…” kata Amira. Aku senyum. Seikhlas mungkin kot.

Suatu hari..di sekola….
“Eja..tu tengok sana….cikgu baru…dy ajar kita mathematics…..” kata Amira. Aku pandangnya. Tengah borak dengan student lelaki lain.aku mengangguk saja.
“apa dah jadi dengan cikgu Afnan?” soalku, sambil makan roti.
“isy..kau ni…dy dah berhentilah..ambil PH.d…”
“eleh..bukan tak buleh buat Ph,d sambil mengajar..” jawapku selamba, biarlah. Lagipun dia mengajar bukan aku faham pun. Suka sangat main telefon bimbit dalam kelas. Org macam tu nak ambil Ph.d? aku doakan dia berjaya lah..
“isy…!!” Amirah menyiku aku. Aduss..

Waktu mathematics,

“Stand up class….welcome teacher…” ketua kelas menjerit. Dengan malasnya aku bangun.
“thank you class…ok..first sekali, cikgu nak perkenalkan diri cikgu…nama cikgu..Aisyah Binti Abu Bakar..sebelum ini..cikgu di UM. Ambil bidang pendidikan…make me frendzz ok…” kata cikgu tu ringkas. Aku diam je la.. budak2 lain sibuk tanya soalan, mentang2 la cikgu tu cantik, muda,. Adoii..dasar budak lelaki gatal.

Tuk…tuk…

Belum sampai giliran aku perkenalkan diri, cikgu Asyraf ketuk pintu kelas,
“,Minta maaf cikgu..saya nak jumpa dengan Nadia Afeeza…..sebentar..” katanya. Aku sengih bila semua pandang aku. Pasti semua tahu kenapa aku di panggil.
Aku lalu depan cikgu Aisyah. Jeling. Cikgu tu macam serba salah. Dah lah tak kenal aku. Aku dapat rasakan yang cikgu ni bakal menyusahkan aku jek…tak tahu kenapa….

Dalam bilik cikgu Ashraf.

“maaflah..sekali lagi cikgu terpaksa bagitahu kamu. Yuran kamu dah tertunggak 7 bulan, campur tahun lepas lagi….” Aku tunduk.
“kalau kamu tak jelas kan..cikgu tak yakin pihak atasan akan berikan kamu amil SPM…” katanya. Aduiii…apalagi yang aku buleh buat.
“saya malas ambil SPM lah cikgu,…” kataku, terkejut dia.
“hisy..kamu ada rekod pencapaian yang baik dalam pelajaran, malah kamulah harapan sekolah……” katanya. Aku sengih.
“dah..kalau harapan sekolah kenapa tak boleh nak tanggung?” soalku sinis.’ Terdiam sejenak cikgu Ashraf.
“Eja….sekolah…ada procedure nya…kalau kamu..tak……” tak larat lagi aku nak dengar.
“kalau macam tu..biar saya kerja dulu..pastu saya bayar ye cikgu…saya pun dah tak nak sekolah….takpelah;….nanti yuran2 sebelum ni saya bayar…” kataku, lalu keluar dari bilik.
“Eja….Eja…!!” aku buat2 tak dengar. Huh..
Aku keluar dari bilik, tiba-tiba terlanggar bahu cikgu baru tuh. Dia terkejut dan memandangku,. Aku pula memandangnya penuh tajam. Lalu pergi. Aku tahu, dari lirik mata dia memandangku.
Apa dia nak…suka lah aku kena panggil dengan PK HEM.

KElas TaekwoNdo..
“haiyahhhh…!!!” aku memecahkan papan yang di pegang oleh Sir Ahmad. Dia senyum.
“semangat kamu hari ini…….” Katanya. Aku sengih.
“lagi cikgu..?” aku tanya. Ya,,semua pelatih sedang berehat. Waktu rehat, aku malas mahu rehat. Tak penat.
“Eja…kamu ada masalah ke?” soal cikgu Ahmad. Sambil menyusun papan itu, aku sengih lagi.
“lagi bermasalah kalau cikgu lambat susun papan tu…” katanya. Sekali lagi papan tu jadi mangsa.
“dah…pergi rehat….” Arahnya.
Aku akur, duduk. Kerana lepas ni, ada latihan untuk kejohanan pulak.
“gara-gara bapak…aku tak boleh ambil SPM…semuanya hancur….Hancur…!!!” Jerit hatiku.
Lelaki tak guna…!!

Di teratak yang hamper nak roboh.

“Kakak…!!!” panggil Aliya. Pehal budak nie?
“kak…bapak..bapak ada kat atas…..!!!”
Aku berkejar naik tangga.

“Bang…janganlah…duit tu…ina..nak buat bayar yuran Eja….” Rintih mak. Ayah sedang kira duit.
“alah..budak tu..tak payah sekolah lah..bazir duit saja……!!!” katanya. Aku genggam tangan. Sekuat mungkin.
“tapi bang….masa depan dia..satu-satunya anak kita…” kata mak lagi. Aku lepaskan beg sekolah.
“alah…nanti belajar2 pun…jadik macam kau jugak duduk rumah..tak boleh buat apa-apa…!!” kata bapak.cium duit pulak.

“Habis tu..bapak bagi kami apa??” soalku. Bapak kelihatan kaget memandangku. Mak jugak.
“ha…dah balik pun,,,” kata bapak. Aku sengih.
“dah..bapak balik ni buat apa?” soalku. Dia marah. Nafasnya turun naik.
“Ina…anak kau ni..memang kurang ajar…!!!” jerkahnya. Mak diam. Aku diam juga.
“kau nak jadi anak derhaka ke??” soal bapak… aku tunduk. Sambil genggam tangan.

Esok…

Aku tak pergi sekolah. Malas lah, tak de mood nak belajar.
Aku mengayuh basikal, ke rumah Pak Itam.
“Assalamualaikum pakkkk…” sapaku, Pak Itam sedang menebas kebunnya.
“waalaikumussalam..hah...kamu Eja….ada apa?” soalnya, sambil lap peluh.
“saya nak kerja dengan pak Itam…!!” pintaku, terbeliak mata orang tua tu.
“betul ni pak..saya serius…..” kataku lagi..

Kerja…

Dapatlah kerja, bersihkan kebun Pak Itam, kutip buah, macam2 lagi lah.. yang penting satu hari aku dapat RM 50, tu pun
Pak Itam, bayar bersama dengan rakan2 yang bina kebun tu. Kebun tu, kepunyaan bersama, jadi masing2 consider nak bayar aku, atas keikhlasan aku.
Kerja..

Kerja…

Kerja…

Sebulan…diorang dah ambil trial, aku tak sempat dah….malas lah..nyesal? ada jugak..tapi aku dah tak boleh nak belajar.. dua bulan lebih untuk yang SPM betul….

Masa tengah kerja.

“Assalamualaikummm….!!” Panggil satu suara. Aku paling.
Rijal? Anak Pak Itam. Dan ….paling aku terkejut.cikgu Aisyah…?? Apa pulak perempuan ni buat kat sini??

“nah..,,” Cikgu Aisyah, serahkan aku satu sampul surat warna koko, besar. Tebal pulak. Aku capai. Dan buka . semuanya soalan Trial SPM 2009.
“apa semua ni?” soalku. Cikgu tu senyum ikhlas,
“untuk kamu lah Eja….jawap..hantar…sebelum bulan depan…” katanya. No way..aku serahkan balik kertas tu.
“malas arr cikgu…..” jawap ku.

“Eja..ambil je lah…” Rijal menyampuk. Aku tunduk. Peluh tadi masa kerja tak habis lagi.
“sian cikgu Aisyah…dah bayarkan yuran awak….sampai penuh…yuran Taekwondo awak jugak………” katanya. Aku kaget aku pandang cikgu Aisyah,, dia tunduk.

“aphal cikgu ni??saya tak mintak pun///!!” aku bangun mendadak. Rijal ngan cikgu terkejut.
“memang kau tak mintak..cikgu buat macam ni..sebab..dia nampak masa depan kau,,,,,!!” Rijal membela.
“Eja..cikgu cummaa….”

“Argh…..sudahlah…saya nak kerja….” Kataku.
“ayah aku dah stuju nak berhentikan kau…dan bawak kau ke skolah smula…” aku terpaku dengar kata Rijal.

Esok…

Aku ke kedai. Beli pen..dah stuju nak jawap soalan tuh, walaupun masa skejap je..aku jujur. Cikgu Aisyah pulak sibuk percayakan aku lah..bla..bla..bla…

Tiba..tiba…

“Pap..!!! “ satu tamparan hinggap di pipi cikgu Aisyah. Terpaku aku. Bapak aku tampar dia??

CIkgu Aisyah menangsi.

“Ayah….Aisyah..Cuma…” gulp..’ayah’?? kenapa cikgu panggil bapak aku Ayah??

“kau ni memang tak guna…!!!” satu lagi tamparan naik, dan aku…..

“Haiyyaahhh,,,..!!!” satu tendangan hinggap ke wajah bapak. 360. Bapak terbaring..!!

“Eja,,,!!!” cikgu panggil aku.


Macam tak percaya apa yang aku dengar. Bapak kahwin lain dan cikgu Aisyah, anak tiri bapak… ahh….tipu belaka….habis tu mak macam mana..mak tak tahu ayah dah kahwin lain..

Bapak sangat tak adil, aku tak kan maafkan bapak ,sampai bapak mati sekali pun. Biar bapak di laknat Allah, sebagai suami dayus…!!! Itu bukan bapak ku lagi. Aku TAK ADA BAPAKKK..!!!

Suatu hari, selepas aku hantar kertas jawapan percubaan ke sekolah. Aku pulang, esok aku akan belajar seperti biasa. Dan keputusan tu akan kuar nanti.
Aku nampak, ayah di perhentian bas. Aku terus kayuh basikal, laki tak guna//..!!!
“EJa….Eja…!!” panggil bapak. Sambil menahan aku,.
“bapak nak apa ni///??nak bunuh Eja?” soalku.
“Eja…bapak nak mintak maaf,..,”
“Eja tak kan maafkan……!!!” jawap ku sekilas. Bapak kelihatan hampa. Kenapa dengan bapak ni? Ngigau ke? Mimpi buruk tadi? Gila..dah buat jahat nak mintak maaf dengan aku pulak….wrong person beb./
“Eja..bapak tahu..bapak salah…dari dulu…bapak tak pernah jaga kamu…….”
“tahu pun….” Jawapku. Bapak lepaskan keluhan/

“Eja..nak balik rumah ke?bapak ada kejutan…”
“isy,…bapak ni..ngigau ke?? Tepi lah…org nak balik….” Kataku kasar lalu melintas jalan. Gila kot bapak nie…mesti ada muslihat.

“Eja??Eja….!!!!

Bapak ni..nak apa…lagi..?
Aku pandang belakang. Bapak di gilis lori. Aku kaku, basikal jatuh. Jatuh ke jalan.

“BAPAKKKKK…….!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

Seminggu bapak pergi. Tangisan aku tak henti. Menyesal. Menyesal kerana aku tak sempat nak mintak maaf pada bapak…padahal…dia bapak aku…..!!!

Bpak…maafkan Eja….!!!!

Baru kami kenal dengan keluarga tiri bapak. Madu mak.. baik..orngnya…keluarganya baik2,. Tapi aku tak faham kenapa bapak tinggalkan kami. Tinggalkan…..
Cerita buruk tentang bapak. Kami tinggalkan. Biarlah doa..doa atas kebaikan bapak di alam sana. Aku akan jadi anak solehah untuk bapak…!!!
Walaupun bapak tak berjasa..tapi dengan wujudnya bapak,,..aku diizinkan Allah untuk hidup….

“Eja..ni..arwah bapak kasik….” Aku kesat air mata. Menerima.

Sebak..

Baju taekwondo….

Dan…

Sebatang pen

“selamat berjaya dalam spm anakku..maafkan bapak….”

“bapakkkk……!!!!”

Saturday, February 27, 2010

Novel: Tirai Tuhanku ep 11




Maaf..lama tak sambung Novel ini,walau apa pun

saya akan teruskan,


have a good reading....




Tak kan lah Farid Imanuddin ni poskan suratnya disini.
Kalu pos pun. Pasti sampai kerumahnya, bukan rumah Encik Hisyam. Tapi….tak kanlah……


“Ana…OoO…Ana..”teriak Dato’ Hisyam.. a.k.a Dato’ Farid Imanuddin. Pasti ada sesuatu ingin di mintanya.

“ye dato?”

“awak ada ambil surat dalam peti surat??” soal nya. Aku mengangguk.

“ada…sebentar ya Dato’///” kataku. Dato; Hisyam a.k.a Farid.

Aku datang membawa surat tuan.

“tuan…ini surat tuan??” soalku ,. Melihat nama yang tertera. Dia mengangguk lesu. Penat barangkali baru pulang dari kerja. Kelihatan surat dari bank.

“Oh..jadi..surat Untuk Encik Farid Imanuddin ini…adalah surat Dato’??” soal ku berbaur sinis. Tak sangka dato; sebaik ini sanggup menipu aku. Sampainya hati mereka
Menyebabkan adik aku terjebak dalam dadah.. tidak bersekolah. Mataku berkaca. Dato’ Farid bangun perlahan.

“ana..tenang..Ini salah faham…saya boleh terangkan././” katanya. Kali ini. Aku tidak mampu lagi untuk tahan.

“tenang..macam ni,.Encik kata saya kena tenang..macam mana saya nak tenang..sedangkan Encik kat sini tipu saya….sampai saya perlu tinggalkan adik saya di kampung……” kataku sebak. Sekali dengan tangisan yang tak mampu aku tahan lagi. Sudah lama aku pendam.

Wajahnya serba salah.

“Ana….maafkan saya,,,saya Cuma…”

“tidak……encik tahu apa yang berlaku semasa saya tiada ,…..adik saya…..terjebak dengan dadah…sebab tak ada orang jaga….manakala yang seorang lagi tidak bersekolah…..apa yang enci k sebenarnya??semua ini dah berlaku??ini yang encik mahu..dari perempuan tak guna macam saya??mentang-mentang lah saya ni bodoh……lalu saya terus dipermainkan…” rintihk,u lagi.

Dato’ Farid memegang kepalanya.

“Ana….Ana….maafkan saya….saya tak tahu sampai macam tu sekali.” Katanya. Aku mengegelng. Tak boleh terima alasanya tidak kukuh. Aku terasa seperti di perbodohkan.

“papa…kenapa ni??” soal Tuan Taufiq tiba-tiba yang entah muncul dari mana. Taufiq terkesima melihat aku galak dalam tangisan.

“Ana…” panggilnya

“ahh..tuan pun sama….tak ada maknanya lagi saya tinggal dirumah ni….terima kasih banyak-banyak kerana berikan saya peluang…bekerja disni…!!” kataku lalu berlari masuk ke bilik.

Segera aku mengambil pakaian ku. Dan masukkan dalam beg. Aku perlu pergi dari sini.
Dan cari Athirah dan Akeem. Mereka lebih perlukan aku dari semua ini.
Biarlah abang long nak buat apa pun dengan tanah tu. Malas lagi aku ambil peduli.
Sedang aku mengemas semua baju dan barang- barangku. Gadis itu masuk. Aku kaget dan tidak perdulikannya.

“Ana…..bersabar,,…” katanya. Aku diam. Masih lagi ligat mengemas.

“sabar??awak cakap sabar??dah lama saya simpan…..macam mana saya nak sabar??” soalku penuh amarah. Kali ini aku sudah tidak boleh kawal.

“sebenarnya… ayah saya buat ni ada sebab….” Katanya

“sebab nak rampas tanah ayah saya?ambil lah..saya dah tak ada mood lagi mahu pertahankannya………” kataku geram. Dia diam. Terkejut barangkali.

Aku keluar dari bilik laju.. ingin keluar. Dengan berbekalkan gaji bulan lepas. Pasti aku mampu sampai kampung. Bukan susah sangat pun.

“Ana…Tunggu dulu…Izinkan papa saya terangkan…..!!” panggil Taufiq kuat. Aku diam. Tangisan masih bersisa. Tidak segalak tadi.

“Ana..maafkan pakcik…..pakcik bersalah…sebenarnya..pakcik nak uji kamu…sebab.ini pesanan ayah kamu…….” Katanya. Aku bingung.

“pesanan ayah??Ayah pesan apa??” soalku.

“dia suruh uji kamu dahulu…Ana…..kamu dah lulus ujian…..jangan bimbang…tentang tanah tu pakcik dah uruskan…tak ada siapa lagi yang dapat kacau tanah tu…..” katanya.

Aku diam. Tak tahu nak cakap apa. Ego ku masih meninggi.

“kalau awak nak balik kampung saya boleh hantarkan……” pelawa Taufiq.

“saya dah tak nak main dengan permainan kalian semua……..” jawapku. Jujur. Aku sudah penat. Kerana permainan mereka lah, aku telah meNgabaikan Akeem dan Athirah.

“Ana…!! Kalau tanah tu terlepas ke tangan along kamu macam mana??” soal Gadis itu, atau Busyra namanya, aku memandangnya sekilas, dengan pandangan setajam pisau,.atau keris.

“perdulikan lah…..saya lebih rela daripada kehilangan adik….” Kataku.

****

Lama Lee memandang kertas itu. Gambar yang dilukis oleh....

to be continue.......

::saya dan anda::


Pernah hati ini terguris, dengan fitnah dan tomahan menghiris...

sehingga terasa diri ini hina...

hingga tiada siapa yang sudi membela,

ku tabahkan hatiku harungi hidup...

biarpun tiada siapa yang menemani...

keseorangan aku di lautan sepi...

di tinggalkan mereka yang ku percayai....

dalam hidup ni..ade mende yang kita suka..ada yang kita tak suka. dan tidak semestinya yang kita suka, baik untuk kita, dan,..yang kita tidak suka. tidak baik untuk kita.

Post kali ini, saya ingin bercakap tntang diri saya, kenapa? saya yakin, ramai yang kenal saya...sama ada kenal 'gitu-gitu' je ke..atau memang kenal 'sgt' , tapi yang pastinya kenal tu, memang akan kenal dengan perangai saya sebenarnya macam mana,...

"gila-gila"

"childish"

"hyperactive"

"happy-go-lucky"

Macam2 gelaran yang kawan2 bagi pada saya.. But ingin sangat saya katakan..

This is my real attitude, sama ada buruk pada pandangan anda atau sebaliknya , ia tetap saya. aku tetap aku, walaumacam mana pun berlaku.

Dulu, seorang manusia pernah tegur saya, "awak ni macam budak2 la.....matang la skit"...saya nak tanya anda..

bagi anda..matang tu macam mana sebenarnya?? adakah hanya duduk diam,,,sopan....atau ntah la...tetapi sebenarnya perspektif setiap insan sangat berbeza..kadang2 perbezaan itu boleh timbulkan pertelingkahan jika tiada persefahaman.........

Saya sebagai seorang remaja, memang sensitif, saya tahu itu, namun siapa anda hendak menghukum saya ini seorang yang akal pendek?seorang yang hanya tahu main-main? hanya seorang yang tahu bertindak ikut emosional semata-mata??

Anda pernah terfikir tak,kalau anda bertindak sedemikian pada mana-mana remaja, saya yakin, tak ada seorang remaja pun suka kan anda. kerana dengan cara ini anda fikir, andalah paling matang, anda lah tahu segala-galanya kerana anda lebih "besar" dari remaja.

Ya saya tahu,..ada dikalangan anda yang sedang membaca akan berkata. "budak ni emo.sgt ..tegur sikit pun tak boleh "

tapi..ingin saya lampirkan petikan daripada blog nisa' Gombak tentang Akhlak Rasulullah dalam menegur..

CARA MENEGUR OLEH RASULULLAH SAW (SBG KUDWAH HASANAH)Firman ALLAH swt

dalam surah an-nahl, 125;
'Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…'

Merujuk kepada tafsiran Imam al-Qurtubi, beliau menyebut bahawa ayat ini menyuruh para daie supaya menyebarkan da’wah serta memberi nasihat kepada ‘orang-orang Islam’ secara khususnya dengan cara yang penuh bijaksana, lemah lembut dan berstrategi.

Para daie mestilah menjauhi sifat kasar dan keras ketika menegur dan memberikan nasihat agar orang yang ditegur tidak merasa malu dan melarikan diri sekaligus matlamat da’wah jauh dari realiti dan tidak terlaksana.

Al-Qurtubi menambah lagi bahawa hukum menasihati dan menegur sesama muslim secara lemah-lembut dan bijaksana ini kekal sehingga hari kiamat.Sirah Rasulullah saw mencatit pelbagai peristiwa teguran Rasul kekasih ALLAH swt ini kepada orang yang berbeza dengan kaedah berbeza.

Masih ingat kisah seorang lelaki yang datang meminta izin baginda untuk berzina?Lalu apakah respon baginda? Adakah Rasulullah saw mencerca atau memukul atau memaki-hamun lelaki tersebut? Bahkan Rasulullah bertanya lelaki itu kembali, “Adakah engkau suka lelaki lain berzina dengan ibumu atau kakakmu atau adik perempuanmu?” Jawab lelaki itu:

“Aku tidak suka ya Rasulullah,” Lantas baginda berkata dengan lembut: “Begitu juga dengan orang lain, mereka juga tidak suka jika engkau berzina dengan mana-mana wanita di kalangan kerabat mereka.”

Itulah dia antara uslub atau kaedah Rasulullah saw menegur dan berdakwah kepada orang lain. Lalu mengapa kita sering memandang enteng tips-tips yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Kenapa kita sering ‘berkasar’ ketika menegur saudara-saudari kita sesama muslim?

Gunakan budaya menegur sebagai perantaraan untuk menambah kawan dan taulan bukan untuk mencari musuh dan pergaduhan.

Malah ALLAH Az Zawajalla sendiri berfirman;
Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.-Ali 'Imran:159

Dan rasulullah bersabda;
المسلم من سلم المسلمين من لسانه ويده"Muslim itu adalah seorang yang menyelamatkan(atau menyejahterakan) muslim yang lain dengan lisannya(percakapan) dan tangannya

Khusus buat semua insan yang mengenali saya....

ketahuilah, saya sebenarnya bukan 'tertutup' dalam menerima teguran, tetapi saya ini hanya manusia biasa, apalagi dikurniakan emosi. Fahamilah dahulu sebelum menegur.

Anda tidak berhak mengatakan saya ini "ala..dia kecil lagi tak tahu apa2" apalagi dengan kata2 "dia tidak mampu berbuat apa-apa"..."alah..kamu tak faham lagi...." itu cukuplah membuat saya sangat benci kepada anda. Maaf saya katakan, kerana ini anda telah MENGIKTIRAF diri anda sebagai MAKHLUK PALING HEBAT. ini namanya perlekehkan org. dan merendah-rendahkan ,martabat orang....

BUat kakak2, abang2, makcik2 pakcik2,...or sahabat sahibah semua,

Anda bukan tuhan hendak tentukan saya ini layak menerima teguran anda atau tidak. Anda juga tidak mampu mengatakan "eleh tegur sikit meleting..."kerana anda bukan pemilik hati saya. Ummi saya ajar, kalau mahu menegur seseorang, hendaklah minta kepada PEMILIK HATI INSAN ITU.....biar Allah yang tentukan....anda cuma INSAN sahaja.

Jadi jangan anda hairan dengan perangai saya seperti ini duhai sahabat.....kerana sebagai SEORANG DA'IE..anda akan berhadapan dengan jutaan perangai seperti saya, malah ada lagi dahsyat dari binantang....

Ingatlah, dan berwaspadalah ketika menegur ...bukan saya sahaja. bahkan orang yang paling rapat dengan anda juga. kadang2...

Ibu boleh terpisah dengan anak...

kawan baik juga boleh terputus.

org yang kita suka boleh jadi benci.

Jadi,..hati-hati dengan QALAM anda...ia mampu membunuh UKHWAHFILLAH yang di bina,

remaja sekarang sangat sensitif dengan teguran, kerana mungkin hatinya dihijab, tapi oleh itu anda PATUT, cuba cara sehikmah mungkin.Memang tugas kita adalah 'amar ma'ruf nahi muNgkar' jangan dengan tindakan anda yg tidak seberapa 'hikmah' tu memburukkan imej islam itu sendiri.

Sekali lagi saya inGatkan....

Ini hanya pandangan peribadi saya, apa yang saya tulis untuk diri saya sendiri dan anda juga, kalau anda rasa tidak mampu menerima, silakan..sAya Bukan TUHAN,....Saya insan lemah...namun, bagi saya ia penting untuk seseorang yang rasa dirinya sebagai DA'IE..

Andai ada sesiapa yang mempunyai Nasihat atau teguran yang munasabah..sila lah tegur dengan berhikmah,.kerana...saya ini terlalu lemah dan senstif...maknanya bukan tidak boleh terima langsung. but... saya cuba untuk faham anda....TEGURLAH ATAS PERASAN SAYANG, BUKAN TIDAK PUAS HATI.

Maaf andai terkasar bahasa...yang kuat dari Allah...yang lemah dari saya..hakikatnya..kedua-dua dari Tuhan saya......

wassalam...

Thursday, February 25, 2010

::hatiku untuk siapa::


Semalam..tergerak hati saya ingin menghadiri majlis ilmu yang di bawa
oleh ummi saya sendiri,
selama ini saya tidak hadir atas alasan macam-macam..
Once saya pergi, setimbun emas saya dapat...
semua persoalan saya dalam pOSt yang lepas sudah hampir kepada jawapannya,....

Mengapa saya berasa jauh dengan Tuhan walaupun Allah itu sebenarnya berada dimana-mana saja. Itu sudah pastilah ada masalahnya dengan Hati...

kalau sebut tentang hati..adalah tempat paNdangan Allah...Oleh itu yang Layak ada dalam hati kita hanyalah ALLAH..

tapi, hati saYa? tidak terGambar keadaannya macam mana..sakit, rosak. bersarang labah-labah, koyak sana sini. bocor..apalgi penuh dengan titik dosa.

DUlu..sekali kita buat dosa, satu titik hitam akan mewarnai hati ini. Namun, hati saya..hanya tinggal satu saja titik meraH..

iaitu hati yang masih mengharap , tapi dari sudut yang sangat terpencil, dia mahu keluar, cari hidayah tuhannya. tapi titik2 hitam lain menyesakkannya.. membuatkan dia tersepit.

di sudut hati setiap manusia memang ada satu titik yang baik. itu di panggil sebagai "GOD SPOT " di mana. bila di sentuh titik itu, maka akan menangis lah, gerun lah kita akan kuasaNya.

Tapi.GOD SPOT kita, kecil saja..kenapa?kena sentuh dalam-dalam. buat muhasabah diri ramai2,,kena tunjuk gambar neraka. or siksaan, baru bisa menangis.

Betapa kerasnya duhai hatiku. keras lagi dari batu. sekurang-kurangnya ia melekuk bila kena titisan air.

kerasnya besi akan berkarat dan reput juga dek air...

Tp..hati yang lalai dan tertutup, terus di hijaB..

sebut pasal hati terhijab,buat saya sebak..sebab kalau manusia yang hati di hijab ni sangat kasihan keadaan.

Saat orang dalam kesusahan dia tiada perasaan, saat berceritakan tntg dosa pahala dia sengih saja. apalagi kalau ceritakan tntg kuasa Allah, buleh pula di gelaknya. apakah hati ini. jenis apa?jenis A?AB?O?aduhh...

Kata Ummi saya lagi dalam ceramahnya,

dalam hati kita masih ada berhala, its mean berhala jahiliyyah,berhala cintakan dunia, berhala cintakan manusia., dan segala berhala yg berkaitan dengannya....

ibarat kt menyembah berhala tersebut...astghfirullah...

bila fikir semula, patutlah saya mengalami keadaan seperti sebelum ini. waLaupun pada Zahirnya saya meNgaji,pohon ampun,solat sunat, puasa sunnat..itu tidak menjamin keadaan dalam hati saya. hati saya masih kotOr.

Bila nak solat saya sibuk dengan SMS, padahal dah pakai kain smayang..bila nak mengaji sibuk pulak Layan FB, macam mana nak berkat. Itu salah dan dOsa saya..

saya hanya main-main ketika beribadah,tak ambil serius, padahal saya benar-benar ingin berubah.

Syaitan masih bersarang dalam hati saya, mahu melakukan itu dan ini..hati ini masih jahat. jadi tak payah lah saya tanya diri lagi, apakah Allah terima amalan saya? jawapannya NO ..ABSOLUTELY...

menangis..terus menangis....menagih hidayah,tak dapat. kenapa. hati bukan sayang Allah, sbnr nye bkn betul2 nak pun...tapi saje..konon..pura-pura..

Saya sedih cakap tntg hati saya sndiri, saya xjaga amanah hati ini, mcam2 ada dalam nya. kalau perkara baik tak apa, kalau buruk macam mana...lagi lah kronik hati saYa,..

Tapi saya tahu, dengan Nama Allah Ya Tawwab, maha penerima taubat. Kasih sayang Allah tu Luas, keampunanNya tidak jangkau dek akal kita,,Betapa sayangnya Allah pada kita sehingga satu rakaat solat kita ibarat seribu rakaat malaikat.

Allah sangat sayang kita, tapi..saya..khianat kasih sayang Allah, saya menduakan, malah mentigakan...bukan...saya membanyakkan kasih sayang Allah..saya salah guna keampunan Allah...kalau manusia, pasti sedih hati...Tapi Allah,....tak ada makna pun,...tak luak pun..tapi kita pula yang ruGi,...Ya Allah.....

Ada cara, yang boleh di amalkan, antaranya.ialah Kalimah LAILAHAILLALLAH...kt smua dah tahu yang kalimah ini berat. berat timbangannya.

"Ya ALLAH alirkan lah kalimah Lailahaillallah...dan urat nadiku, kedalam saluran darahku, dalam hatiku dalam segenap inci tubuh ku....."

Knp?supaya Zero dunia, dan Hanya Allah dalam hati..

Cukuplah Allah bagiku, slalu juga kita zikir yang ni, dulu masa kat skola kalau zikir ini, saya rasa sayu, betul ke cukup Allah bagiku?sedangkan saya bergantung banyak dengan manusia..saya tak sedar, bantuaN manusia semuanya dari Allah, perantaraan Allah ,ye..tapi saya...tak faham.saya tak bersyukur, saya ttp puji manusia jugak..saya salah..pasti Allah murka. tapi Allah tahu hambaNya..lemah...

Saya kongsi hanya untuk meluahkan rasa, andai ada salah silap silakn tgur, siapa yang ada nasihat,,sila lah usulkan..saya sedia menerima..syukran...

-hamba pertingkat diri-

Wednesday, February 24, 2010

::saya hamba hina::


Tatkala kita tidak tahu apa yang terjadi pada diri ini,

hilang punca entah kemana,

semuanya lari, ibadah, kehidupan, pemakanan,kesihatan,

semuanya tidak terurus.

Insan lain tidak akan faham, tidak akan tahu, dan tidak akan dapat melihat dari pandangan

mata kasar. Ia hanya mampu di rasa oleh hati..Hati yang inginkan hidayah..

iaitu hati kita sendiri.......



Sejak kebelakangan ini . Memang ada sesuatu yang aneh berlaku, saya tak dapat nak gambarkan. apa yang saya rasa. apa yang saya nampak.. lebih-lebih lagi, atas apa yang saya lalui sendiri.

Sangat mengerikan. Rasanya makin lama saya makin jauh dengan Allah...Makin lalai.. tapi tindakan saya tidak....

selepas saya sedar akan kesilapan...saya terus ubah tabiat lama, menjadi tabiat baru....

tapi..tak berkesan..

Agaknya.,..masih ada hijab yang saya tertinggal. walau apa pun,...saya tetap cuba..

bangun tahajjud....

mengaji dan tadabbur quran..

berzikir sblm tidur...

Dahulu tabiat saya...suka tidur pukul 3 pagi..tapi bila di tegur sahabat..saya ubah ke pukul 12 paling awal....

tapi..masih sama juga, saya tak bisa tidur, saya termenung sambil berzikir sampai jam 4...akhirnya,..semalam...

ada seorang sahabat saya..menghntarkan mesej supaya berqiamullai....

walaupun saya tidak tidur..tak lah namanya qiamullai..tapi saya usaha bangun dan tunaikan solat...

Rasa ringan sedikit...

saya minta dengan Allah..pulihkan keadaan saya..jangan biarkan saya sesat tanpa cahaya hidayah dariNya....

Saya minta lagi,.supaya hati ini berasa kehadiranNya....terus menangis..terlalu hiba..sayu..dalam keadaan yang sunyi sepi...

hanya saya dengan Tuhan saya...tapi..apakah tuhan saya mendengar rintihan dan permintaan hati ini. meronta-ronta ingin di belai perasaan kasih sayang dan gerun pada tuhan.

Saya tahu ini lah ujian paling besar Allah turunkan pada saya..iaitu membiarkan saya terkapai-kapai dalam hidup..

ALLAH bukan kejam..cuba berikan saya kesadaran...

selepas saya di uji dengan masalah keluarga...masalah kawan..masalah cikgu..masalah pelajaran..masalah adik2..masalah dalam jemaah, masalah kerja..kini tiba masalah konflik dalam diri sendiri pula...

Amat berat rasanya,,tapi saya tahu

"Allah tidak akan membebankan hambaNya atas apa yang tidak mampu"

saya sedih...saya rasakan hanya saya sahaja manusia dalam dunia ini punyai masalah seperti ini.
Orang lain tak mampu rasa, kerana mereka ada ujian masing2...

Namun ...bila berhadapan dengan manusia lagi..apalagi yang saya harus lakukan..terus berpura-pura dengan kegembiraan..bukan mahu sembunyikan...kerana dari situlah semangat saya datang........

Saya sUdah berJanji dengan Allah..bahawa..saya akan terus kejar redhaNya...teruskan menghampiri dirinya...

waLaupun apa yang berlaku...antara saya dengan Allah tiada siapa mampu menghalang...Yang penting saya harus kuatkan diri..dan terus bertaubat,,bertaubat..dan bertaubat..selagi pintu masih luas terbuka untuk saya,,,,,,,

sempena maulid rasul.."Ya Allah..sampaikan salamku pada kekasihmu...kata padanya..aku lah ummat yang sentiasa berusaha mencari Mu...."
Pada pembaca...saya tiada niat lain untuk menulis luahan ini..melainkan ingin berkongsi rasa..

sesiapa yang ada nasihat untuk saya..silakan..saya amat menghargainya....

moga hiduP saya kembali bersiNar,...kerana Islam masih perlukan saya,,.saya tidak mahu masalah diri menjadi penghalang dan merudumkan semangat saya...

Monday, February 22, 2010

::Ukhwah Fillah::






SMASKL



ketika cinta bertasbih...

Alhamdulillah...Bermula pada 19 Feb hingga 21 Feb,


saya berangkat ke SMASKL, bersama lagi dengan dua orang sahabat. ..


Agaknya Allah yang panggil kami,. suruh melawat sana..ramai juga yang tertanya-tanya..

tidak di sangka-sangka...kedatangan kami, di sambut meriah..ramai yang teruja..


ada yang menceritakan masalah mereka...


ada yang mengadu..macam-macam lagilah...

Apa bila kami tiba di Terengganu. Kami meminta seorang ibu kepada sahabat ini (Izzati namanya). untuk mengambil kami.


Alhamdulillah...walaupun beliau penat dan baru lepas menghadiri tamrin, tapi masih bisa melayan kami sebagai tetamu.

itulah satu pengorbanan..

Erm...Buat sahabat yang tumpangkan kami. tidak terhingga terima kasih nak di ucapkan sebenarnya..budinya terlalu besar..terharu kami..

malu pun ada...

Keesokkannya kami ke SMASKL..(sekolah menengah Agama Kampung Laut)..

di sambut penuh meriah oleh adik-adik..gembira tidak terkata....


Allah pertemukan hati kami......
zati,adawiyyah dan awanis.....



BERSAMA SAHABAT


Akasyah,Sakinah,Nadhirah,Izzati



SATU babak paling Klimiks dalam Journey kami. ialah....bertemu dengan sahabat lama......mereka juga yang duduk di terengganu hadir.


Nadirah..Sakinah...Izzati..Akasyah...dan Farhah..
kami ke Giant Mall...

pada awalnya memang susah nak pergi...dari kampung pedalam...ke bandar

lama juga kami tunggu transport..
hati yang disatukan kerana Allah

Dalam hati saya berfikir.sahabat saya sanggup susah bersama,..berfikir idea bersama-sama. walaupun keadaan sangat panas..dahaga...apalagi saya yang beria-ia mahu pergi atas alasan mahu membeli laptop skins..konon nya murah disana,.



Bersahabat kerana Allah terlalu indah....



Berkat doa tulus hati sahabat saya...dan doa kami semua..Allah permudahkan ....


Perjalanan kami mungkin dianggap biasa..namun bagi saya satu perkara luar biasa. bersusah bersama-sama.


Apalagi ada salah seorang dari sahabat kami...yang sehelai sepinggang..Tapi...itu lah...hakikatnya..BERSAHABAT ITU TIDAK PAPA..ya,,benar itu.


Perjalanan kami bertambah lagi..apabila kasut saya tercabut tapaknya. Ini yang membuat saya kagum dengan sahabat saya (Akasyah)....
Sahabat itu anugerah.......

walaupun kenyang baru lepas makan. dia sanggup menemani saya memilih kasut dan selipar yang sesuai..
lama....tak jumpa..


bersahabat adalah satu cara untuk kita teruskan hdup......


selepas ke Mydin..berjam agaknya...tapi tak ada..



kami berangkat pula ke Giant..baru ada..tu pun ada masalah dalam memilih size yang padan dan selesa..


Tak tahu hati ini. bersyukur dengan persahabatan yang dikurniakan..


maksud saya...bukan semua orang ada pengalaman indah seperti ini...ada sahabat yang saling memahami..sanggup bersusah payah...dan berkorban


Bagi saya..ia adalah satu anugerah..yang Allah bagi untuk saya...special...

Mungkin perkara ini di pandang remeh..alah.biasalah tu..jalan2 dengan teman2...

bagi saya tidak begitu..kami lain...hakikatnya lain sekali

Kami pulang lewat malam..dalam jam 8 lebih...penat..


masih gembira..
.............

Bermalam dengan adik-adik,

bagi sesetengah kakak..bukan mudah.kadang2 ada yang suka cara kita...


ada yang tidak..
saya...bukan lah ramai peminat..cuma..saya lebih gembira faham mereka...walaupun hati sendiri terluka..
adik2...mereka remaja..yang ingin kebebasan..
ada yang mengadu tentang peraturan sekolah..ada yang ceritakan kesalah mereka pada saya..ada yang minta pertolongan..kadang-kadang saya tak mampu nak tolong...tapi saya cuba yang sebaik mungkin....ada juga yang minta saya bersubahat,,


kadang-kadang bila kita 'sekepala' dengan mereka. ada saja agenda mereka..inginkan kebebasan..yang salah di sisi undang2 sekolah dan agama mungkin.
saya cuba kawal sebaik mungkin.....walaupun serba salah..saya tahu serba salah supaya hubungan dengan mereka Ok...susah juga kalau mereka tidak suka saya kelak...

Tapi..semuanya atas didikan Allah...nasihat saya mereka dengar.....Alhamdulillah..saya balik dengan hati yang lega.

saya akan teruskan berdoa untuk mereka,,.berdoa lagi..dan berdoa.....

Buat adik2 yang k.Fizah sayang..kamu semua Nadi saya.....jantung saya....kalau kamu tiada..seolah saya sendirian atau kematian..

Allah hantar kalian buat diri ini.

Buat sahabat yang mengenali diri ini. apalagi sahabat yang sentiasa menyokong dan mendampingi saya..

TERIMA KASIH...

Antum sahabat dunia akhirat Ana

Friday, February 19, 2010

::pilih jalanmu sendiri::




Dalam kehidupan seharian makin lama, kita makin dekat dengan kiamat. Suatu hari saya pernah bertanya Ummi saya
"Ummi..kenapa makin lama.manusia berubah??jadi semakin lain..bahkan yang baik juga telah berubah..menjdi tidak baik......."soal saya.

ummi saya menjawap "sebab..di akhir zaman ini..manusia semakin jelas dengan jalan mana yang mereka pilih..sama ada jalan dunia atau jalan akhirat.."
saya terkesima. tidak pernah pula saya berfikir begitu.......

Baru-baru ini saya dapati diri saya agak lalai, berhadapan dengan YM..FACEBOOK...BLOG..LAGU-LAGU...sehingga saya tidur lewa malam. ada tu saya terlajak tidur untu bangun solat subuh.


makin lama saya rasa diri ini dah tak ada cahaya lagi/ cahaya keimanan. cahaya keilmuan,.dan macam-macam lagilah.

ini mungkin satu ujian.


Lagi, saya selalu berhadapan dengan godaan syaitan yang amat kuat. sehingga kadang-kadanga saya kalah dengan nafsu sendiri.

Ini lah dunia telah menghukum saya. atau Allah sendiri telah hukum saya. kerana mengabaikanNya.

Sampaikan suatu hari saya YM dengan sahabat saya pada pukul 2 pagi. dia tanya saya buat apa.

saya jawap. buat kerja sedikit. kemudian dia doakan semoga kerja saya di redhai Allah. masa itu baru saya sedar.APAKAH ALLAH REDHA DENGAN KERJA SAYA?? kemudian dia suruh saya tidur awal untuk bangun tahajjud

saya lagi terkesima. tidak lah lama benar saya tinggalkan Tahajjud, namun saya lakukan juga sekali sekala.

dulu..saya lah pencinta Tahajjud. mengejut sahabat2 lain. tapi itu dulu. hanya kerana duduk dalam suasana peperiksaan SPM sahaja.


saya tidak sedap hati. sejak malam itu saya berusaha tidur awal...baNgun Tahajjud. kemudian saya puasa sunat. melakukan amalan2 Rasulullah

barulah saya rasa hidup saya tidak kosong. Betapa leganya hati ini. terasa Lapang.

Tak salah ayat "dengan Mengingati Allah hati akan menjadi tenang..."

Baru saya sedar saya terlalu taksub dengan benda dunia seperti ini



Betul kata-kata itu. Di akhir Zaman Ini kelihatan jelas manusia pilih jalan Mana.


semoga Allah memilih kita kepada jalan yang terbaik..iaitu satu-satunya jalan untuk menujuNYa.


kadang-kadang saya tak tertahan air mata. dimanakah saya akhirat kelak. sahabat2 saya??keluarga saya??apakah Allah akan ampun kan segala dosa saya???bukan seluas lautan dosa saya....


lebih lagi. lebih..terlalu luas dosa ini.



Tapi saya tahu..pintu Taubat masih terbuka sehingga Malaikat Izrafil meniup sangkakala nanti. masa itu saya tidak mahu menyesal. TIDAK MAHU. saya ingin saya mati dalam keadaan aman . aminn Ya Allah..


apa yang lebih mulia.Mati dalam Syahid. Syahdunya rasa hati ini.

Marilah kita bersama pilih jalan yang sebenar. teringat kata-kata saudara Hilal. katanya. kita susah nak pilih Jalan mEnuju kepada Allah kerana kita tidak meninggalkan Jahiliyyah

bagaimana kita mahu bawa kedua-duanya sekali.

mustahil

yang gelap tak kan bercampur dengan cahaya

minyak dan air tak kan bersama

begitu juga dosa dan pahala.

adalah dua perkara yang pro dan contra. hitam dan putih.

DUlu saya ingat..saya akan terus kekal lalai. LALAI..tapi Allah masih sayangkan saya.

moga-moga anda juga begitu.

maafkan saya jika ada kesilapan. terima kasih buat sahabat saya. itu adalah teguran Allah . Saya terima. dan saya sayangkan nya.

TheChOicEiSiNYoURhANd.....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3