Pages

.:My Dearest friends:.

Monday, August 13, 2012

I am degree-student-to-be InsyaAllah

Assalamualaikum. salam 24 Ramadhan 1433H. bersamaa dengan 13 August 2012.
hari ni, 
aku berjaya accept offer letter,

apa?
ye, aku nak sambung blaja dah..hihi
Alhamdulilah...
tak caya?
tengok ni~


ha..dah percaya? its my name kan?

so, aku dah official jadi~
bakal~ student di sini

Bachelor of APPLIED ARTS AND DESIGN (HONOURS)
kat?
KULLIYYAH OF ARCHITECTURE AND ENVIRONMENTAL DESIGN (KAED)
IIUM GOMBAK~

well, mesti korang tertanya-tanya kan? apsal lah aku lambat sangat dapat accept offer letter?
FYI, aku resit...resit apa? xpayah la tau..aku dah membebel panjang dah kat post sebelum ni~

and,
aku kat sini nak ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada~
semua lecturer2 ku yang mengaja aku tyme CFS dulu~


Brother Rifzal 
Mdm Ros
Mdm Ju~
Brother Amir
Brother Rahman,


dan semua2 lah..lecturer at AED department tu, termasuk brother Hisyam
Head of department

yang byk bagi sokongan pada aku~

tak lupa pada lecturer2 English aku~
starting level 4,5,6. dan resit pula~~ opsss~ (kantoii)

dan lecture arabic~BTQ,RIM,FARDHU AIN~

makcik2 cleaner, abang2 IP, mak guard dan pak guard~

smoga Allah mbalas jasa kalian <3

dan menjadikan aku sokrang insan pada hari ni (cewaahh~~terharu ni tau)

dan Alhamdulilah, syukur sangat2~

kos yg aku dapat ni, memang kos yang aku nak sangat2~

nak tau apa kos ni?

nantikan dalam post2 merepek aku akan datang okeh~
jadilah pembaca setia untuk mengetahui perkembangannnn hidup aku  yang baru

BERMULA DI GARDEN KNOWLEDGE AND VIRTUE

Saturday, August 4, 2012

Red Velvet for beginner ^^


sorry..gambar ni macam~ dah hancus2 dah kek nya..ekeke..semua rakus nak makan..sebb sedap
haii..helo semua beginner2 sekalian...
yang senasib tak pandai buat kek mcm aku sekalian
gadis2 comel dan abang2 hensem...

Assalamualaikum. tak jawap dosa, 
kalau jawap sayang.
hari ni, aku nak share resepi dengan korang.
cara nak buat RED VELVET
apebenda tah..kek dia warna merah..tu jer...
mula2 aku mcm xrasa nak buat sebab macam susah kan? ekekek
tp last2 aku buat jugak..tetiber raser nak buat...

sbb kakak aku ngan a.ipa aku balik bukak puasa kat sini..so..aku terai la buat.

aku tak pernah lagi lah nak share2 resepi bagai ni~ aku just buat2 biasa jer
ni kali pertama aku masukkan dalam belog,..LOL

aku copy resepi daripada  kak tiqh.

siapa dia? aku pun tak kenal tapi tiap kali aku google resepi mesti resepi dia yang
paling senang aku nak buat :D 

yelah ..beginer mcm aku ni kan..


Resepi kek red velvet:

Bahan A:
240 ml susu cair
2 sudu teh cuka
4 sudu teh pewarna merah (tapi saya gunakan 2 sahaja, takut nak guna banyak-banyak)


Bahan B:
250 gram tepung naik sendiri (jika tiada, 250 gram tepung gandum + 1 sudu teh baking powder)
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar serbuk koko


Bahan C:
2 sudu teh cuka
1 sudu teh soda bikarbonat


Bahan D:
150 gram mentega *
280 gram gula castor *
1 sudu teh esen vanilla *
3 biji telur gred C

Cara-cara:

1. satukan semua bahan A, ketepikan. jangan kacau, campur kemudian biarkan.

2. satukan semua bahan B, kemudian ayak dan ketepikan.

3. campur kesemua bahan D yang bertanda (*), pukul sehingga kembang.

4. masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga kembang.

5. masukkan bahan B ke dalam bancuhan kemudian selang selikan dengan bahan A. pukul sehingga sebati kesemua bahan.

6. di dalam mangkuk yang lain, satukan bahan C dan tunggu sehingga bunyi berdesing hilang. masukkan bahan C ke dalam bancuhan kemudian pukul sehingga sebati.

7. bakar di dalam suhu 160C menggunakan api atas bawah dalam 20 minit atau sehingga masak. sejukkan kek.
Resepi Cheese Frosting

aku tak buat mcm yang kak tiqah buat, tapi aku just buat frosting biasa2 ja..

250gm Cream cheese (boley dapatkan kat kedai kek) mahal gila aku beli anchor RM10.
150gm Butter ( aku guna daisy)
1 1/2 cup gula icing. 

cara-cara:

campoq kan ja semua ketiga2 bahan..putaq sampai ia putih gebu dan melepak :D 
kalo puasa jangan pandai2 nak jilat2 naaa...

Bahan-bahan Istimewa

sambil kacau2 tu kan...baca lah zikir Ya Bari' Ya Mussowwir, Ya Rahman..Ya Rahim..dan istighfar..jangan bukak radio masa buat kek..

aku dah terai..terus tak jadi..LOL..

lagipun..kita nak bgi kat orang makan..kene la yang berkat2 dan bersih insyaAllah

*nak baca doa pengasih pun boleh, hik3*





ni dia kek aku~ aku punya ni.....


pastu pepandaila korang hias2 lelawa... aku ni nak cari stoberi tapi takde plak~ malas nak gi giant ramai bebeno orang...lalu aku pun beli lah kiwi...Kiwi pun not bad apa..fungsi dia sama ja macam stoberi . Bila kek terlalu manis, buah2 ni lah yang akan stabilkan rasa dia...

jadi. makan skali ngan buah ek ::D baru yummy!! ekekeke

good luck kepada siapa yang nak terai tu...senang je kak oiiii...

Tuesday, July 3, 2012

Khas untuk STALKER TEGAR....

Assalamualaikummmmm.....
.
.
.
kan aku dah cakap..bila aku bagi salam...
korang kena buat apa??

jawap salam kan? hisy....
sebelum tu aku nak mintak maaf, kalau ada kata2 dalam belog aku ni kurang menyenangkan korang~
sebab ni Blog haku~ hahahah~

sorry yah!

Hah. kalo doh rajin beno nak nulih tu..sampai sehari dapat dua post...LOL. okay.,. topik kali ni aku nak cakap pasal..STALKER....


Tau tak apa itu 

STALKER...

tak tau?

STALKER : mengikut kamus oxford edisi keLIMA..
ORG yg terhendap-hendap tengok binatang liar....

STALK : means..terhendap2...

biasanya kalau dalam Alam Mayat..deifinis nye lain pulak/.//

#membaca semua post2 di facebook, tengok smua album2 gambar ,membaca belog2 dia..
smelihat tarikh lahirnya, melihat siapa yang komen di statusnya..melihat2 dia berchatting2 dengan siapa2 sometimes, like gamba2 yang dah lama2..or status yang lama2....
pegi cek email dia kat mana2...

aku sure, org yang baca ni.mesti berada di laman social and cukup familiar dengan gelaran Stalker kan?

and I bet semua org pernah jadik stalker? eVen aku pun....

kadang2 Stalker ni boleh jadi baik..and boleh jadik tak baik...kadang2..org stalk ni...ada mcam2 sebab..


Sebab #1
Dia suka kat orang tu..dalam diam2...

Sebab #2
org yang dia tak kenal, tapi nak kenal //

Sebab #3
Geng3 or kawan2 lama... nak tengok perkembangan dia.

Sebab #4
Mencari pasangan hidup...

Sebab #5
Rasa-rasa macam menarik ja profile dia..so nak tau sapakah gerangan dia..

Sebab #5 
org2 hebad..mcm..aiman azlan ker, anwar hadi ker, MrTheAllShared ke..

Sebab #6
Denga2 cita pasal org ....and nak tau kebenaran betul ke dak...

Sebab #7 
nak tau personality dia lagu mana....

Sebab #8
macam korang lah...NAK TAU..hohoh


kalau ade sebab lagi, pandai2 lah korang senaraikan sendiri....korang mesti pernah jadik en? 
sO, no wonderlah korang bleh jumpak belog aku...
kau stalk2..pastu jumpa..baca..and nak tau...

macam nilah..straight to da point, senang cita aku nak tekankan bab JUDGMENTAL...

Bila kita stalk or...org usha2 orang kan? best kita ada satu mentaliti or ....kita judge dia macam mana...~

1) Kalau dia post pasal sirah2 and palestin2 ni...mesti dia ni budak baik kan????

2) eh....ayat dia smua jiwang2... ni mesti minah/mamat jiwang ni...ewwwww~~~

3) amboiiihh ayat dia...bahasa dia semua tinggi2...ni mesti alim..ni..banyak membaca... mesti mantap and hebad nih...

4)amboii suka upload gambo sendiri??? gedik lak tuuu..ewWWWWW

5) IN RELATIONSHIP WITH...?? amboii KAPEL nampaaakk

dan lain2 lagi...Im sure. korang hebad bab2 nak judge orang ni kan?? opss..maafkan syaaa...~~~


well, macam kan, ade sometimes, kau kenal budak tu, tapi kat luar dia lain..and kat alam Mayat dia lain....kau macam pelik kan? tau x kenapa??

1)pengaruh kawan2 kat dalam tu....
2)sebenarnya dia macam tu...

org slalu cakap/./

apa yang kau tulis, mencerminkan peribadi kau...

and seriously, kata2 tu aku boleh cakap hanya dalam 50% je yang betul/.... aku ade kenal sorg member yang suka sgt~ bukan suka sgt.memang FB dia tu jadik medan perjuangan dia lah..untuk sebarkan dakwah~~ ayat2 cinta kepada illahi...

tapi..dia alam reality..aku xmau lah nak cakap macam mana en~ cuba fikir apa aku nak cakap..korang kan hebad dalam judge2 orang ni kan..mwahahahaha~~~

TAPI bagi aku atleast..mende2 yang dia sebarkan tu ..boleh la bgi dia pahalaaa kalau org len tacink and berubah dengan ayat2 dia tuuuu..insyaAllah lah..

pastukan,,, satu lagi, kalau kau nampak status dia macam pelik2 ja..jangan lah kau terus cakap dia dah BERUBAH JADI TERUK or apa2 lah ..mende yang tak elok..

cuba korang perhatikan..adekah dia ada masalah ker? EMO semacam..mesti sebab ada masalah ker? or... sebab tu lah...jangan suka2 saja nak jugde org ..tu la..aku cakap betul ni...~~ ade je org jenis macam tu.... 



cuma.... gini jer aku nak cakap..



tak semestinya...apa yang dia tulis tu melambangkan PERSONALITy or ATTITUDE DIA...~

tu ja aku nak highlight kan,,makanya tuan2 dan puan2...sila lah ubah MENTALITY ANDA YANG COPAT2 SANGAT NAK JUDGE ORANG~~

KAU TU..DAH LAH STALKER..LEPAS TU NAK JUDGE2 ORANG..THEN KAU SEBAR2KAN APA YANG KAU "RASA.....AND BAJET2 TAU PASALDIA": KAN??

opss..lupa nak off capslock..hahahaha~ sila baca dengan nada manja.... :P tudia...

jangan pelik, bila seorg lelaki boleh jatuh hati dengan wanita disbebakan status2nya.....tp di dunia reality..... XD 

ekekeke~ 

 and satu lagi aku nak pesan..kepada smua laki2 and pmpuan2 STALKER SEKALIAN..

kalau korang nak carik pasangan hidup....silalah ajak dia untuk berjumpa dengan anda secara serius sekali dengan WALI or MAHRAM....~~~~ sebab...

tak cukup dalam alam maya sajaa~ tak cukup tak cukup~~~okay?

 and kepada siapa2 yang suka sgt stalk org..lepas tu cita benda buruk2 pasal org tu...makanya silalah teruskan PERBUATAN ANDA YANG SANGAT MULIA ITUUU...~

aku pun xde hak nak halang korang dari judge diri aku macam mana..kot suka kau lah,




"Give positivity , you receive back positivity , give negativity, you receive back negativity..."

"you are creating your life with your thought and your feelings..."



Bahasa Alam Mayat~

Assalamualaikum~~ w,b,t...  bila aku bagi salam..korang kena buat apa? jawap salam lah kan...asal diam ja? takpa2 jwp dalam hati pun takpa..

malas nyer aku nak update belog ni..sebuk sangat aku dengan twitter and facebook yang takde kesudahan sehinggalah qiyamat tiba itu... =,,="



topik kali ni aku just nak bincang2 and godek2 pasal bahasa Alam Maya, memang lah xde dalam SPM , O LEVEL ker..A LEVEL KER....MASTER or apetah lagi PHD kan....#mungkin..

and kali ni aku nak fokusnya hanya pada FACEBOOK dan TWITTER

selalu jer aku dengar2 orang salah faham pasal bahasa Alam Maya ni..dah banyak kali da berlaku...and ramai dah berlaku di sekeliling aku...kat aku pun penah berlaku jugak...hadehh..dah nak buat macam mana...manusia ni ada BERJUTA2 karenah..memang taklah nak layan smua kan?

Ade pelbagai situasi,

1) Status Facebook dia berbunyi......

"dia cakap muka saya macam Liyana Jasmay......ehehe..bencinya..."

yang kita sangka...

hisy...dia ni benci aku cakap macam tu kat dia? erk.aku cakap ja..pehal dia nak benci2 pulakkk...!!!

 see.. now the PRAsangka sudah menebal dan menyelubungi dalam hati......


2) Tweets dia berbunyi....

"Makin hari, aku makin benci dengan dia.... #setankot.."

and kita sangka...dia kata..kita macam setan and dia benci kita....

macam ni lah, senang cerita aku nak cakap kat korang, untuk pengetahuan korang, FACEBOOK ni LAIN sangat dengan PENCICIP(twitter,,,,)

apa yang lain?

# Twitter ada Hashtag..  Hashtag kat twitter symbol dia macam ni....


and fungsi dia adalah..erm..macam..kau nak highlight kat something yang kau tak tulis dalam tweets kau...

contoh kan....

"aku suka dia......#mungkin..."

haa..kau nampak tak permainan dia.., so, kalaulah orang FACEBOOK yang takde TWITTER..sibuk2 nak usha2 lah konon nye..mesti akan cepat salah faham....kau faham tak salah faham yang macam mana? salah faham yang tak mungkin kau boleh imagine~

#Twitter ni...pendek ja..

dia boleh tweets hanya dalam 140words saja... so, kalau lah budak2 FACEBOOK ni takreti2 nak baca..kadang2 budak2 Twitter ni SAMBUNG kepada NEXT TWEETS dorang...ada paham...so, baca kasik habis...

#Unmensi...

Stye budak2 kat Twitter, suka sangat main Unmensi,....kau paham tak apa itu unmensi? contohnya....


CP mardy‏@mahfuz_mardy
Allah... Ken kemek bumper kete nehhhh!!!! T..T

Miss Perilous‏@Ms_personate
hah? eksiden? =..="


nampak tak permainan dia...aku tak TAG pun si CP MARDY_MAHFUZ tu.......just balas without mensi.....faham...


and selalunya....Unmensi ni akan ada keburukkannya.....

1) berlaku salah faham.... "dia ni cakap kat aku ker???"

2) berlaku salah Faham... "amboi..seronoknya dia mengata aku,,,"

3) berlaku salah faham...."..ooo..dia balas kat aku...aku pun balas kat dia gak lah...."

4) berlaku salah faham.. "aku sebenarnye tuju kat kau la buduss...."

 dan sebagainya..... and kadang2 UNMENSI ni pun boleh bawak padah :) fikir2kan lah....

k, aku pun sebenarnye takde idea nak tulis apa..cuma aku nak cakap.....~

kalau nak jadi stalker orang kat twitter or facebook, jadilah stalker yang BERTAULiyyah...dah la kau stalk orang lepas tu...kau salah FAHAM pulak dengan dia.....

nampak tak permainan Syaitan kat situ?

Syaitan ni sedap2 je macam2 smua dia  bisik kat telinga kau tau...cakap macam2 pasal org tu..suruh kau ber PRASANGKA buruk pada orang lain......

inilah tugas2 dia sejak di buang dari SYURGA dahulu...



makanya. pesanan aku kat korang....


1) ALAM MAYA ni ade pelbagai jenis2 orang, agak2 sikitla kan kalau nak Update status or Tweets tu.....macam2 boleh berlaku.....

2) Jangan cepat sangat salah faham, pastu tuduh orang melulu, kau tak tahu apa yang dia rasa #mungkin...suka hati dia lah nak mengadu kat FB ker..Twitter ke...dah dia punyaer ACCOUNT kan?

3)JANGAN BACA lepas tu SEBAR kat orang lain pasal apa yang dia tulis kat FACEBOOk... yang boleh bawak pergaduhan...ada paham??? 

4) selalunye, mende dalam alam maya ni tak payah bawak keluar...cuba bersihkan hati kita sikit.....sikit2 nak mengata..sikit2 nak mengumpat....

5) Tayah nak perbesarkan mende2 yang kecik ....

6) kalau kau nak guna ayat sarkastik pun..tayah lah nak main2 unmensi ker? or direct kutuk2 org yang memang kau tengah ada problem....tak meced tau ta?


Patutlah mak aku pesan.. jangan main sangat dengan Alam maya ni,..segala privasi kau terbang~~~

tapi aku degil jugak..dah banyak kali dah berlaku pada aku, and korang kalau tak penah kena lagi...siap2 lah.....smua orang akan kena....kalau dah nama duduk dalam alam maya kan???
skrg ni,.jom kita sama2 muhasabah diri..
kau aku dan dia...
sama2 jom kita nuhasabah.....
perbaiki apa yang kurang..
jangan hanya nak cari kesalahan org lain
kalau ada rasa tak puas hati cakap depan2...
main2 unmensi sampai bila pun tak sudah....
okay?
POST NI AKU TUJU KAT SMUA ORANG....BUKAN PADA SAPA2 PERSONAL
HARAP JANGAN PERASAN
TAPI KALAU DAH TERASA...ALHAMDULILAH...
salam mujahadah
-Ana Hafizah-


hamek kau..habis berkotak nescafe uht aku buat entry ni..kbai

Tuesday, June 12, 2012

@#$myCrAzYhOliDay@$#$

Hi there, Assalamualaikum, kalau jawap tak jawap dosa, kalau jawap korang memang AWESOME.
okay...entry post kali ni, memang aku akan merepek dan merapusss sehabis-habis nye~

so, lantak korang lah nak baca ke, nak tengok gamba je ke... or so oN~ btw..kalau rasa blog ni memekak  dengan lagu sungha-Jung A thousand year,korang boleh tekan pause kat atas tu ek..pepandai la nak idup~

Cuti oH cuti~ btww..mesti korang dah tau yang aku ni cuti sampai bulan sembilan....ye..sampai bulan 9 sampai RAYA beb! LOL~ sebab aku bru je kan grad daripada CFS IIUM PJ~ tpi ade something yang menghalang~

biasa lah english aku tak pass2 lagi..even dah 2 years aku blaja english..my engslish still awful,..macam hampeh..mybe sebab aku ni memang di lahirkan bengap untuk berbahasa english, lagi2~ WRITING~ o,O

can we stop talking about english..its SUCKs~ what? Im speaking? no..im writing in my blog with english words? damn.!!! xpe lah..aku pun cuba berbaik2 dengan english aku nih~

well..korang CURIOUS tak nak tau ape aku buad cuti ni? tak curious? aku pedulik hapenye~

tu aku cakap, entry kali ni memang aku nak merapu and aku nak repot la aktivity yang aku buad sepanjang cuti ni~


1st skali, aku bru beli gitar bulan 4 hari tu..its classical,..why classical ..well..I found it to unique with its sounds..not like akustik~ annoying..LOL, so, aktiviti aku....mestilah... 

1#~BELAJAR MAIN GITAR~




selepas pada itu,  tangan aku menggatal untuk mendesign something~ 
model ni aku curik dari internet~ tapi baju tu aku design sendiri~ wakakaka~
lawak..so, lepas ni aku akan belajar menjahit lah pulakk

#2Fesyen Designer and Menjahit (mungkin)


Next, mende ni perkara biaselah...aku akan jadi driver tak bertauliyyahhh~

bru2 ni..aku drive ke KEDAHHHH....wahh...KEDAH dari KUANTAN beb!

wa cakap lu..memang 2 hari tak hilang penat,~
then, hantaq adik2 aku pi skolah.. (ni wajib)
bayokan segala bil2 yang ade kat rumah ni~ termasuklah bayo kerete
kredit card.bukan akunye...~ my mom lahh

#3DRIVER TAK BERTAULIYYAH (sebab lesen aq mati..Drivin like a bOss)


 Jadi Fasilitator yang di sayangi oleh adik2...LOL
okay2..mungkin tak brape di sayangi sebab aku ni kind of annoying person~
awww..menyampahhhhnye kakak ni

ahh..aku pedulik hapenye~ dah orang jemput aku jadi fasi~
btw..bukan 1 je kem kali ni..cuti ni baaaaanyaaak sangat ke..and aku 
kene jaaaaaaadi laaaaagi fasssssiiilittator ....yang mungkin bertauliyyah kali ni hhh

org jemput, aku datang jew~ so, sapa2 nak jemput aku jadik fasilitator .silakan

#4 JADI FASILITATIOR yang di sayangi oleh adik2...hahaha~


Amende ni? haaaa..nilah aku nak habaq maaaii.. ni lah..cenderahati yang aku tengah working out skrg
aku kene produce banyak gila dapat 400 unit kot..untuk di jual ke Dinasti collection~ ahah!! inilah sumber pendapatan aku..penat2 dahulu.....senang2 kemudian..

btw..klo korang nak tempah..pun boleh...silakannn contact aku yer~

#5BUAT CENDERAMATA


NI GAMBO ape ni? okay2.. ape yang paling menarik perhatian korang?
ha patung hantu tu kan? yang mulut berjahit tukan?
well..bukan patung~
tu TABUNG~ so,..cuti ni aku menabung laa..untuk masa depan akuu

#6MENABUNG




oh ye...aku akan terus buat model2 ni.untuk jual~~

#7 Cendrahti untuk di JUAL lagi~ (nak tempah boleh2)


And aku akan secara tak langsung menjadi Photographer tak bertauliyyah lagi~~~
dengan kewujudan camera DSLR 1100D EOS CANON kaklong aku ni
aku pegi mana2 mesti bawak dia
bak kata YUNA~
stiap gambo ade lagunyeWW~

ohoooiiilah 

#8 PHOTOGRAPHER and JALAN2 AMIK GAMBA~LOL



Jeng2....memang tak di sangka..aku yang ganas~ lagi kasaq..ala2 tomboy ini
boleh buat kek? jap2..i mean bakery2 ni~ weeeeewwW
seronok seyehhh..tapi sian tu lah...family aku yang jadik mangsaaa
kene makan smua yang aku buat
sebab aku memang xmakan dah masakan aku sendiri~ LOL
lagi2 biskut2 kek2 ni....aku mana makan sangat..buat je pandaiiii..

#9BUKAK BAKERI KAT RUMAH (mybe buat duit nanti ..insyaAllah)




melukis potret dan try watercolor~~~

#10 PORTRAIT DAN WATERCOLOR~ 

selain tu..dok lupe jugak lah aku mengaji~ dan mengaji dan mengaji..mengulang balek hafalan aku 10 juzuk dalam kepala tu...huhu~ kene ingat balik..dosa aku nanti..

pastu..ade gak hang Out tengok wayang~

tolong keje2 UPU and pilihanraya dok lama doh nimmm

ape2 pun..kepada kawan2 aku yang bosan giler and tak tahu nak buat ape kat rumah..tirulah aku~

kita takkan kesepian, di sebabkan malas or mak tak bagi koje~ inilah nasib kitewwwW~ ekeke

cuti masih panjang~ jangan gemok2kan badan yew hafizahhh

jumpaq lagi..assalamualaikummm







Sunday, May 20, 2012

Unexpected Cameron Highland

Assalamualaikummm~ tak jawap dosa, kalaO jawap sayang~ hai..prasan betul lah aku ni, sape lah nak bace entry aku kali ni ek? haha..kbai~

Kali ni, aku nak story sikit, pasal percutian adhock kitOrang, ke Cameron highland. kitorg tu sape? aku , Hasniati, Masyitah, and roziana~ LOL...

kenapa dikatakan sebagai Adhock? well., kisahnya bermulaaa...

sebenarnyye ktorang ni dah lama planning nak pegi cameron highland ni, asal cameron highland ek? entah. sebab kitorg ingat dekat kot..haha...

tyme ktorg bertolak tu pukul 10 lebih kut.  masa tu baru nak paste kan GCII oh ye..ktorang curi2 keluar masa portfolio day. masa tu jumaat kot. 11hb.. amekkau~

lepas paste ala kadar kat studio, terus ktorg blah ke cameron....sebenarnya ktorng tak tahu jalan~

TAK TAHU JALAN PUN?~

a'AH....haha..kelaka gila..punya la syOk jalan2 nek keta lah...sampai ke genting sempah, makan punyalah heaven , pastu beronok2 pegi naik genting highland confident jahhh..LOL...~

tiba2 ,rasa macam tak  betul, cuba la call sape2 yang boley tolong tyme tu..ramai gak tak angkat...maka, aku tepon la..hyung aku~ seb bek dia ade..haha..xpat nak kelentong die...ade je mesti die tau aku wat ape..hailahhh..

pastu, terpakse lah ktorg guna naik jalan batangkali~ lalu balik kat KKB, pastu naik Tapah...perghh..jauh gilakkk..

JALAN MEMANG TERBAIK!

wa cakap lu..dah la gelap. jalan pulak macam cacing~ ulaa..bapak la simpang patah dia tuu..selekoh maut...masa tu driver die Hasniati...seram gilaaa...aku sure, korang mesti tau jalan kat situ..

pastu aku terfikir, apesal lah ktorg sanggup nak pi sana ek? hmm...terfikir2 pun xtau sebab dia apa..ktorg ni memang suka buat koje gile...memang suka buat sesuatu tiba2..ape yang terlintas kat fikiran ktorng terus kitorg buat~

same gak mcam masuk dalam snow world tu~ kat I CITY..tu pun adhock jugak..rasa nak pegi..terus pegi.....UNTUNG LAAA boleh "RASA2" je dah sampai..LOL..duit tu memang tak payah cakap laa...tapau je sape yang ade...nanti ganti la balik

memang selalunye yang jadik mangsa memang duit hasniati~ haha...anak OKB~ LOL...untungla....sorry atit..bukan sengaje nak pau duet nko..cumenye..mmg tiap kali ktorg tak cukup duet~ hoho///

best~~

SAMPAI DI CAMERON~

malam tu, pukul  3  pagi gitu, ktorang belum sampai lagi kat Tanah Rata, singgah tido kat kawasan perumahan, gilo takde surau..rasanya kawasan tu semuanya cino~ Cino ~~~ nak tdo pun seram gitu..tpi selesa gak tdo dalam kete~ hoho...ekon sah2 la tak bukak~ memang kesejukkannn~

alarm bunyik pukul 5am, pastu ktorg gerak..sian dreba..LOL...akhirnye, puas pusing2 jumpe jugak masjid ni..kat atas bukit


solat subuh kat masjid Annur nih. jemaah. ada 3 orang saja lelaki, 1 orang makcik, sayang je. ada masjid lawa2 tibe2 takde orang pulak nak mari. macam masjid untuk persinggahan jah kot, hmmm... sedih pun ada rasanya,

so, ktorg lepak kat sana dalam sampai pukul 8pagi gitu, pastu.......

cari makan pagi lah ape lagi, memang kelaparan lah. sebab malam pun makan awal jugak lah.. singgahlah kat kedai mamak

aku order roti telur satu~~ and teh tarik~

Yana..tamakk..makan sampai dua roti kosong~ lapa sangat letteww~

ati lagi la mewah..nasik lomak..

masyi mee honn~ lol


okeh.. destinasi seterusnya, ktorg singgah kat satu farm..ade banyak pokok2 ~~





ahh..indahnye, aku suka gila permandangan kat cameron ni.~ memang lah aku dah selalu pergi..tpi tak jemu2 aku memuji ciptaan Allah taala yang sangat agung ni.....keadaan tanah yang berbukit bukau....dengan suasana yang sejuknya....memang cantik lah..banyak hijau jee..lagi2 pegi sana ngan kawan2..walaupun tak banyak duit tpi alhamdulilah sampai jugak kami kat sana.

Next, kami pegi kat CaMERON VELLY...ni ..alah..kat daun teh tuhh, perghhhh..TEMPAT PALING BEST gilaakk

best skali~ alhmdulillahhh..dah lama aku mengidam nak pi sana..kami smua pun mengidam nak pi sana,..memang terbaiklahhh







banyak lagi gambo2, aku rasa macam nak abadikan smua dalam belOg neh~ lol...
then, kami pegi kat Mardi~ ape nama tempat tu tah..














Alhamdulillah,, petang tu, terus kami balik~ pegi gombak swimming pulakk~
penat :)

ktorg ada beLi bunga~ haisy...seronok. tp bunga banyak dah layu lah sampai KL

~~~

Memang aku syukur sangat2, perancangan Allah slalu yang terbaik

dulu kami dah rancang banyak kali nak pegi, tapi tak dapat2 jugak pergi~ haddoii

tp, Allah itu tahu yang terbaik untuk kami, dan alhmdulillh

untuk kali terakhir  bergelar CFS students, kami keluar bersama2 ^^

kenangan terakhir, after 2 year foundation kat CFS....

Wallahualam :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3