Pages

.:My Dearest friends:.

Friday, May 21, 2010

.:: gantikan keluhan dengan pujian ::.


Maaf…
Sibuk…
Hehe
Tahu2 la…
Bakal
Mahasiswa alim mujahid

InshaAllah…
=)


MeNgenangkan kelemahan diRi

“stop mengeluh, gantikan keluhan dengan pujian” 
Itu kata seorang ummi, ibu saya, juga sebagai motivator hidup saya.

Saya akui, banyak kelemahan dalam diri setiap manusia, disini, kali ini, dalam post ini,
Ingin saya ceritakan tentang, sedikit perjalanan hidup saya pada akhir2 ini, sebelum masuk UIA,
Dan  bagaimana saya menguruskan sesuatu yang tidak pernah saya urus, hatta dengar pun tidak.

Mendapat berita kemasukkan ke UIA, bukan lah satu berita yang gembira bg saya, apatah lagi dengan kos  seni  bina dan reka  bentuk alam sekitar, dulu memang pernah saya minta, tp sekarang minatnya kurang lagi…=(,  itu mula 2 yang bermain di minda saya, ADAKAH SAYA MAMPU?

Melihat2 procedure yang telah di syarat kan membuatkan saya jadi malas untuk menguruskannya dengann segera, saya tidak ambil berat soal borang, dan pengisian maklumat.

Malas, semuanya saya malas, ketika itu, dalam fikiran saya hanya mengharapkan pertolongan dari  Ummi,.Ummi  Ummi..

Apalagi semua  dokumen2 perlukan pengesahan2  tertentu, adakalanya saya sendiri jadi lemah, buntu dan putus asa.

SAAT-SAAT MENYIKSAKAN

Ketika ini, saya baru bertemu dengan seorang sahabat saya, bakal ke UIA juga. Kemudian, beliau bertanya kan saya pelbagai soalan,
“dah isi ke belum borang ni??”

“dah mati stem ke??”

“duit yayasan dah ambil ke??”

“dah post ke surat ke UIA??”

“dah buka  akaun bank?”

“dah buat laporan polis?”

“dah buat kain n tudung putih”

Masa tu baru terbeliak mata saya, rupa2 nya banyak perkara yang saya belum selesaikan, dalam pada itu, barulah saat2  menyiksakan datang.

Tidak silap saya 3 minggu lepas, saya bertungkus lumus sehingga sekarang, banyak perkara yang saya belajar bagai mana cara menguruskan,

Buat laporan polis,.

Beli stem hasil dan mati stem.

Alahai..apakah ini semua,


Sampai satu masa, saya menangis dan terus menangis, menjerit

“TAK RETI….AKU TAK PANDAI..MACAM MANA NAK BUAAATT!!!” hati ni terus teriak, sampai satu masa…

Allah mengetuk hati saya dengan kata2 daRi UMMi..

“jangan rasa kamu buat dengan kudrat kamu sendiri, kalau kamu fikir nak uruskan semua urusan ini atas usaha kamu, LUPAKAN….ia tak kan pernah berjayaa…” kata Ummi,

Saya tergamam, benar, benar, saya fikir selama ini saya penat kesana dan kemari, membawa motor, kadang2  terpaksa membawa moto sehingga ke UMP. Bayangkan betapa jauhnya.

Saya punya permintaan Yayasan dua kali kena reject, pada masa itu saya berserah kepada Allah

“Ya Allah..aku rela dan redha atas apa yang Engkau berikan” dengan melafazkan kata2 ini, saya tenang setelah di reject. Tenang, tidak gelabah,

Akhirnya, Allah mengaturkan langkah saya, untuk terus ke pejabat daerah dan mintak cop. Akhirnya pada hari yang sama dan waktu yang singkat saya Berjaya mendapatkan dana yayasan

KENAPA ORANG LAIN URUS SENANG JE…AKU YANG SUSAH PAYAH..

Saya selalu soal diri saya, kdang2 saya soal orang lain.

Kenapa orang lain uruskan semua urusan ni, senang je, lancar je…takde masalah pun.tapi saya….
Sampai satu tahap, saya ke satu tempat  yang sama sebanyak  4 kali, saya menebalkan muka, banyak kali,

Saya berhadapan dengan pelbagai kerena  pegawai kerajaan yang macam2 kata-kata,

Saya menebalkan muka menyoal pelbagai persoalan yang bermain di minda,.

Saya tertanya2  lagi., kenapa  saya je yang susah payah?? Orang lain senang…mak ayah uruskan,…tapi saya????

“Allah nak kamu belajar…belajar dan jadi cemerlang, jadi kuat, jadi berdikari, jadi hebat di antara manusia lain….itu tujuan Allah menguji kamu dengan kesusahan…supaya kamu lebih menghargai bila masuk U nanti…supaya kamu terbiasa dengan pelbagai urusan seperti ini …Supaya kamu sedar…JALAN MENUNTUT ILMU TAK PERNAH MUDAH…DAN  TAKKAN MUDAH..MELAINKAN DI PERMUDAHKAN ALLAH…” ujar Ummi ku lagi. Lagi satu teguran dari Allah.

Membuatkan air mata ini meleleh. Kerana KESYUKURAN……

Kesyukuran, kerana di hadiahkan dengan kesusahan. Kesusahan yang membuatkan saya FAHAM dan KENAL SIAPA ALLAH SEBENARNYA…


TAHAP PERTAMA…

Saya yakin, kesusahan  yang saya lalui ini, mungkin ramai yang kata…

“alaaa..senang je buat semua tu…aku boleh buat sndiri”

“cehh…tu pun susah/..”

Saya yakin ,ada suara akan menyumbang, di  sarang hati masing-masing.

Ya..bagi anda mudah

Bagi saya….tidak mudah…dan sangat penat…kerana…stiap jalan yang Allah hamparkan buat manusia lain2…

Begitu  juga dengan manusia,…menuju 1 jalan…redhaaa..ingin keredhaan Allah…tp ada pelbagai cara…

Begitu juga saya…Allah uji kita dengan pelabagai ujian yang lain..

Ada orang ……urusannya di permudahkan Allah

Ada juga di susahkan Allah kerana atas  KEHENDAK ALLAH…

Saya yakin, kesusahan ini baru sampai tahap pertama……bila jejak saja kaki ke U nanti….Sejuta  kesusahan yang datang…=)

Saya janji  pada diri saya….takkan mengeluh….saya buat…saya buat dan saya buat….walaupun salah…saya tetap cari jalan penyelesaian…..

Sebab saya Yakin ALLAH ITU MAHA BIJAK SANA, DIA TAHU APA YANG TERBAIK UNTUK SAYA…SELAMANYA……

Cerita ini, bukan sekadar ceRita….tp

Ada pengajaran untuk di kongsikan bersama…

Doakan saya Berjaya dunia  akhirat

Dan ANDA…

Sentiasa di hati saya,..untuk saya doakan kalian dalam doa saya….

Insha ALLLAH…

YANG BAIK DARI ALLAH, YANG BURUK DARI SAYA SNDIRI, TP HAKIKATNYA KEDUA2NYA DARI ALLAH….

ILA  LIQO’….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3