Pages

.:My Dearest friends:.

Tuesday, May 31, 2011

Ce teke, bile kitew nak stOp Complaining?

“Haduuuihh…lambat betul la registration ni…”

“eeii..budak2 ni macam2 la…geram betul”

“adey…tak sudah2 lagi ker pakcik ni…”
“uwaa…letihhh la..dari pagi tau aku berDiri tadi…”

“eeii..makcik ni banyak soNgeh La plops”

“asyik2 makan ni jer…xde ke mende lain..wat la variasi sikit..tak memahami lanGsung doe”

Bila kita nak stop??

Sape2 ade jawapan dak?

Tak dak? Xyah jawap La..ce tepuk dada…soal diri kita sendiri.

Bila kita nak berhenti dari meRungut itu dan ini?

Entah..saye pun tak tAhu.


Monday, May 30, 2011

nescafe mocha


ha..ni gambo dy..
asal eak?

takde mende pun...just cakap
yang aku addicted giler dah ngan mocha ni
xtau kenaPe..

sejak taaruf week la ni...
mocha ni je penambah smgat

pasni..sape2 nak blanje boley la..


Sunday, May 29, 2011

.::Taaruf week day 2::.

Okay first of all nak btau...
hari ni second day ntuk taaruf week
bagi pelajar baru masuk UIA..eh.
CFS IIUM ...
perghhh...
sebagai unit publisti dan protocol..mmg byk la
kene usher dan sbgnye,,
tp mmg best
semakin penat ..semakin best..
tapi/..

penat dy~ xdapat nak di gambokan

penat cani?

tak pun cani...

tapi last2..akhirnye da penat sebab jadi penat
welcome~
 haha~ tapi xpe...
akk ucapkan slamat datang
untuk adik2 yang baru masuk
jangan nakal3...
cari la kak ANA HAFIZAH yer

oh ye..skrang xde lagi gambo registration.......nanti akk pOstkan yer~

Friday, May 27, 2011

.: Just wanna say:.

Assalamualaikum..
petang2 cani en,
dah la bz,,.byk lagi keje tak settLe
tapi aku rileks jap..
coz ade mende yg ttibe je aku terfikir

sejak keblakangan ni
byk mende yg aku suka..aku xdapat nak buat
ok..contOhnya...aku still nak teruskan dengan debate..
mmg aku minat debat melayu..tp keadaan xmengizinkan
atau lebih sedap lagi..Allah yg tak izinkan..byk perkara
aku kene utamakan..selain dari debat...

tu mmg dah agak sedih
walaupun aku tahu
"Allah tahu apa yang aku tak tahu"
jadi aku redho je la..walaupun sedikit sedih.
namun...hurm..aku ikut je aturan Allah ya Bari' 

lagi2~
aku nak sangat sambung taekwondo aku
tp..di sebabkan beberapa sebab
terbengkalai training aku
dah la belt xnaik2..asyik duk situ jah..
penin jugak ennn///
macam mana aku nak handle perkaRa yang aku minta
tp  aku sendiri xboleh nak handLe

Smoga Allah permudahkan urusan aku
smoga Allah ya Bari' aturkan jadual hidupku
sebab aku yakin..Allah tahu yg terbaik
even hati aku sendiri terluka :)

Allah maha best !

.::A picture speak A thousand wordZ::.

comic ; istri solehah (perghh.xleh blah aku ni)


nampak x? kalau xnampak..click je kat gambo ni haa....dapat la tgk besaq3

Wednesday, May 25, 2011

comic ; The Pious Student

Giler
haku dah jatuh hati dengan comic ni~
huhu~




























Tuesday, May 24, 2011

Lirik ; Jawapan Rindu

Assalamualaikum~
Tarraaa~ Lirik of the month,..try la dengo nasyid ni
best woo~ jiwang gituh..
bukan nak layan lagu jiwaNg..sometimes, lagu2 ni bleh ubat hati yg lara ni
ngah bz2 dengo lagu  best2..perghh..layannn~

okeh~ 
dalam mase yg same sy nak ucapkan 
slamat bekeje wat smua komiti taaruf week
pusat asasi universiti islam antarabangsa petaling jaya~
best..xsaba nak jmput adeQ2




Album : Hafiz Hamidun
Munsyid : Hafiz Hamidun
http://liriknasyid.com


Terasa sesuatu
Persoalan memanggil 
Di benak yg paling mendalam
sehingga menjadi ralit
Semakin jiwa dilanda
Gelora Sang Penanti
Semakin sukar difahami
Puncanya gelisah ku ini

Hanya kekosongan 
Jua kehilangan 
kurasai
Menghuni hati

Di mana kan ku temui
Penghujungnya resah ini
Seumpama ku menanti sejawapan Rindu
Di mana kan ku temui 
Oh sinaran yg hakiki
Untuk menjadi penyuluh 
Jalan didepanku
Hingga akhir waktu

Andainya kau temui
Cahaya yang ku cari
Sudikah dikongsi bersama
Sebagai teman mahupun sebagai kekasih

merenung bayangan jauh
Menatap pengertian
Menyelam dasar persoalan
Menyelongkar kemuncak maksud

Friday, May 20, 2011

.:EPAL BESAW:.


or, In english we call as BIG APPLE
entah..sejak bila tah aq tergila2 epal besaw ni...
ni Antara jenis2 donat di big apple....muahhzz


Nampak x ni? ni nama dy CALIFORNIAN ALMOND
FEBERET HAKU.

then, beside aku suke makan
aku pernah la berniat nak blanje 33 org anak murid aku makan big apple
nak aku kira
jap...satu RM2.50
darab dengan 33...
ha...cuba lah krahhh

fuh~ xkaye aku nak blanje budak2 ni..tp tu impian aku la
dorang suke ke xsuke ke xtau la plak..
yelah...anak murid sendiri ni..
sayang kot..nge~

plaja2 smtt, t cikgu blanje deh~

sebelum tu
ADE SAPE2 NAK BLANJE AKU BIG APPLE TAAAKK??
nak pilih? tekan sini

by
ana hafizah

Monday, May 16, 2011

Kejap je

sblm tu...nak nangis boleh x?
just for a minute

jap2, nak nangis, tp air mata tak tumpah
kerasnya hati ini ya Allah ~~

kenapa eak. rasa nak menangis? 
sebab banyak kerja yang tak terbuat...
sebab kerja2 yang tak terbuat tu..saya tak mampu nak lakukan
dan kerja yang saya tak mampu nak lakukan tu, bukan bidang saya ntuk saya teruskan

kenapa?
saya masih menunggu Hikmah dari Allah
menunjukkan jalan keluar untuk saya~
supaya saya tidak meninggalkan jalan ISLAM ini
supaya saya tidak tinggalkan DAKWAH ini

Cabaran ni terlalu kuat ntuk saya
kadang2, saya rasa, saya kaku
tak mampu nak bergerak
xmampu nak berfikir
tak mampu nak berikan tindakan apa2
terhadap amanah2 yang saya dapat

Kenapa?
saya dapat amanah yang tidak kena dengan jiwa saya
apa reasonnya??
saya tak pandai ...buat kerja tu
kenapa saya dapat tanggungjawap tu?
saya tak RETI...
kenapa saya still kena buat???????????

kenapa saya persoalkan smua ni???

saya mahu pelangi syurga
tapi saya tak kuat hendak menempuh ke jalan itu
duri2 ini
kabus2 ini
membuatkan saya hilang pandangan

sampai saya lupa, pada siapa PENCIPTA saya.

smoga Allah sentiasa di sisi saya,
melihat saya
dan memberi semangat kepada saya
memberi kemahuan kepada saya
memberi ilham dan kepandaian kepada saya
amin..
Allah...sungguh pada-Mu aku bergantung..
aku dah xde ape2 dah..

walaupun sahabat baik disisi saya sendiri pun
tidak mampu membantu saya..

pray 4 me sahabat2 seperjuanganku
demi Islam, diri ini tak nak futur
tapi...

.::13 alasan tipikal gulz tak nak pakai tudung:.

Salam korang,
Saya jumpe post yang cool gila
Best.
sumber dy kat sini - sini
Harap baca la dengan hati terbuka ye.
Allah ya Qahar, Ya Latif..


Salam A'laik. Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.
 

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
 
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.
 

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak
ikhlas beragama Islam. 
“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

Sunday, May 15, 2011

.::Tanggal 16 Mei 20++ ::.

Assalamualaikum.
How you doing?
Hope we always say thanks to our god, because
Because of HIM. You can read my blog
Infornt of you right now J
Anyway, everyone know what is the meaning of this date

16th may every year.

Yes, I guess everyone already knew

Dah2..speaking pelik plak .

Sebenarnya dedikasi ni buat semua

Guru-guru

Ustaz ustazah

Cikgu-cikgu

Di

MADRASAH AR-RAHMAH MELAKA

SEK.REN.SRI ABIM KUANTAN

SEK.REN AL-IRSYAD KUANTAN(SRAI)

MAAHAD TAHFIZ TARBIYYAH TOK JIRING, KT (MTT)

SEK.MEN.AL-IRSYAD KUANTAN (SMAI)

SEK.MEN.AGAMA.KG LAUT, KT (SMASKL)

dan

Lecture

DI CFS IIUM

LESEN KETE

KEUSAHAWANAN

KEM2

Makcik-pakcik

Naqibah usrah

Akak2 and abang2 senior

Member-member

Kawan2 FB

Sahabat seperjuangan

Dan jugakkk

Siapa2 yang pernah ajak saya buat kebaikan, dan mencurahkan ilmu yang ada padanya, serta pernah menegur dan menasihati saya secara langsung atau tidak langsung..

Saya ucapkan ribuan terima kasih tak terhingga buat antum semua
Wahai murrobi ku, smoga diri mu sentiasa di payungi rahmat Illahi,
Dan semoga engkau menjadi penghuni Jannatul Firdausi.

So, saya nak nyanyi sket boleh?

Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah keliru
Ke timur atau ke barat
Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi,
Jasamu tiada berganti,
Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Dan melangkah satu persatu
Sambil tangan mengenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini
Oho..aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan…beri kekuatan
Untuk mendidik ku selamanya
Ku pohon restu kasih-MU
AMPUNKANLAH…GURU.

Lilin Seorang Guru  By IN-TEAM.

DAN SUDAH TENTUNYA
MUROBBI KU YANG TERAGUNG DAN TERBAIK SAMPAI BILA2




Terima kasih, guruku
Daku mohon maaf seandainya
Ketika kau mendidik ku, hati mu terguris,
Dan terluka.
Sungguh, aku luka mu itu, tidak akan berparut
Kerana aku akan mengapai impian dan cita2 ku
Terima kasih guru.

Thursday, May 12, 2011

Cerpen; Sorry, you are not my type 9


Assalamualaikum
sorry pembacE sekalian...
maaf deh.
kali ni baru ada idea dan berkesempatan ntuk sambung
smoga ALLAH YA MUSSHOWWIR
sentiasa berikan idea kepada saya
arigato !!
teruskan menyokOng saye :P

Tuesday, May 10, 2011

.:Saya Sayang Dia ::.

why I am doing this? ntah..xpaham jugak


Assalamualaikum///
ape khabar...
yang saya hormati..followers2 terchenta
pembaca2 yang bijaksana
dan ...erk...blogwalkers (ade ke ayat ni) yang di muliakan Allah sekalian.
bace tajok kat atas tu..

mmg semua da tahu..bila cakap pasal sayang~ :D
mesti satu prasaan yang indah giler. 
erm..indah la..satu perasaan yang confortable
and positif, and warm.and smooth bla..bla..bla,..

okay..bila saya cakap
saya sayang dia..
who are first person?

mak ayah?
adik bradik?
kawan rapat?
erm....ourself

sometimes..org baik2 sket

Allah la the first.
then Rasulullah
baru mak ayah : D

so~ sape kan  'DIA' yang saya maksudkan skrng nih ~ 
of kos la my tuhan,majikan,erk..ketua dan..segala2nya dalam hidop ku..
okay..let see..why HE so important to me?

jom kite compare nak??? dengan pakwe or makwe korang..
ape bezanya aku punye kekasih ni?

Dia sangat Penyabar

#1  Aku ni panas baran tau... bila something yg tak kena, aku mesti panas, and rasa nak mengamuk jer, but DIA datang dengan Kesabaran dan ketenangan yang siap2 dapat DIA, mesti bahagia gila, so kali ni namanya Ya SOBUR, yup..

Dia Menghargai saye

#2  Selalunya, Orang xkan hargai apa yang aku buat, even besar mana pun pengorbanan aku, tetap takkan ada orang nampak, tetapi...aku tak kisah, sebab aku ada  yA Syaakur, yang nama-Nya bermaksud, tuhan yang maha menghargai. bila aku rasa begini, aku sebut berulang2 kali nama Allah~ Ya Syakur, sesungguhnya, aku tidak bergantung pada manusia, tapi pada -Mu, then, tiba2 orang sekeliling aku menghargai aku pulak :P

Dia Kreatif tau :)

#3  Aku ni kos architecture~ sometimes idea not comes out, blurr smacam jer, but, nak buat macam mana, 'pakwe' sangat kreatif, SANGAT kreatif, sebab nama DIA pun Mushowwir (maha kreatif), hehe,...tiba2 DIA ilhamkan aku idea yang sangat bernas, dan kreatif, DIA pegang tanganku....dan mengatur gerak tanganku supaya menjadikan idea itu sangat kreatif, kadang2 beyond ur mind :) romantikkan?

Dia selalu ada di saat aku sedih

# 4  erm, Bila aku sedih , aku macam susah nak luahkan kat orang, mybe lepas time aku tak sedih baru aku boleh ceritakan kisah kesedihan aku tuh..but,aanyway,...time teresak2 menangis, tidak ada seorang pun yang aku fikir melainkan DIA yang bernama YA SAMI' dan Ya Bashir , Yang Maha mendengar dan Maha Melihat. apa2 yang aku cakap, aku yakin..DIA pendengar yang baik. malah...DIA peluk aku dengan YA WADUD (maha Pencinta) DIA berikan aku kehangatan berCINTA dengan-Nya, sampai membuatkan aku lupa pada cinta dunia.

Dia la tolong aturkan semua jadual hidup aku :) so sweet

#5   Kadang2.. tangan dan kaki ni kaku, kadang2 nak mengatur jadual buntu, kadang2 nak buat apa pun mesti tak jadi2,,rancang2 mesti tak jadi, tapi Allah ya Bari' datang kepada ku, dan mengatur semua langkah2 ku , DIA memegang ERat tangan ,kaki dan tubuh, dan mulutku, supaya buat apa yang DIA aturkan, dan semua ATURANNYA, sangat2....sempurna, dan sesuai untukku, aku tak tahu la kalau DIA takde ape aku nak buat, aku rasa kalau aku JAUH dariNYA aku boleh MATI~


DIA selalu bagi semangat padaku :)

#6  byk kerja yang aku xmampu nak siap kan sorang2, ada time tuh..aku jadi down gila, sampai aku fed up dengan kehidupan ni, dulu masa econss aku dapat C carry mark,..aku memang nak putus asa dah...
tapi..tiba2..DIA datang dengan wajah ketengangan, memegang erat hati dan jiwa ku....DIA berikan aku suntingan semangat. DIA menemani ku belajar tiap2 malam, DIA memberi tunjuk ajar padaku tiap2 kali aku buntuh...HADUHHH~ AKU SUDAH JATUH CINTAAA NI BILA CERITA PASALNYA.  Yang menaiikan semangat aku tuh..nama dia ALLAH YA BA'ITS....yang genius bagi tunjuk ajar tuh ya ALIM, YA HAKIM DAN YA ROSHID :)

Dia selalu menegur kesalahanku

#7   erm....walaupun DIA selalu tolong aku, but doesnt mean kesalahan aku smua DIA terima,,,sangat bagus...sangat baik...sangat romantis..sebab apa...sebab any kesalahan dan dosa yang aku tak prasan...DIA hukum aku...so, yang menghukum ni ..nama DIA YA HAKAM, tak sakit pun..betul...tapi dia berikan aku pengajaran supaya aku tidak mengulangi nya lagi.


Dia maafkan saye kalau saye buat salah :|

#8  selalu kan. kalau kita buat salah kat orang..orang susah nak maafkan kitew... yelah...sebab kitew ni manusia,...sape suruh bercinta dengan manusia.  'PAKWE' saya ni...DIA..bila saya buat salah or dosa padaNya, DIA mesti maafkan,...mesti !! bila DIA asyik maafkan saye..saye jadi segan la plak dengan DIA..so, mmg kalau boleh xnak buat dosa pada DIA..saya akan cuba elak selagi boleh... sebab DIA ni..namaNya YA TAWWAB (PENERIMA TAUBAT), YA 'AFU (MAHA PEMAAF),


erm..actually byk lagi
tp cukup la tuh..hehe
nanti lagi korang kenal kekasih aku
lagi korang cinta DIA
eh..xpe2 aku tak kesah share..sebab 
aku tahu, DIA ADIL, xpernah pun
menzalimi HAMBANYA. :)

Hehe..jadi..jom kita cinta
Allah.
kita Sayang Allah
jadi buatlah apa sepatutnya
orang bercinta buat

kalau kita cinta seseorang, mesti slalu ingat dia,
tp kalau Allah, nak ingat...sebutlah nama NYA. :)
PUJI la DIA sepujian2nya..

sebab...
Semakin banyak kita luangkan masa pada ALLAH
makin byk lah masa ALLAH luangkan pada kita


yang benar
Ana Hafizah 
"indahnya hidup bersama tuhan"



Ya Allah, maha suci engkau...Ya Wadud...belailah aku dengan cinta-Mu..sungguh...aku hanya ingin mencintai-Mu sahaja


Saturday, May 7, 2011

.:Happy Parents day:.

sempena hari ibu ni, saye tak nak wish kat umi saye je..saye nak wish kat dua-dua.
Sebab janggal la kalau happy mothers day...abah saye tgkk jer..
lau fathers day..umi plak camtu...but the most important is
uMi sangat suka bila anak2 dy appreciate abah nye. rather than herself.
why? ntah..tu la cinta ister kepada suami kot..hehe
walaupun saye tak brape nak tahu tentang ni..but I see..my mom sangat sayangkan my daddy

My daddy, sayang, tapi takkan lah nak tunjuk depan anak2 nye...EGo kan..biase la..
but anyway...saye nak ucapkan slamat parents day kepada
UMI dan ABAH.

walaupun peluang ntuk Umi dan ABAH baca hanyalah.... 0.00001 %  
jadi tak pelah..Orang just ucap jer okeh.

Wat abah 
Even abah garang...and org tak brape rapat ngan abah
but still you are the best daddy ever !
takkan ade yg dapat menggantikan exactly same macam abah.
walaupun abah gila motor,ever suruh org bawak motor besar and bunyi bising abah tu
I cant help it...that's your hobby :)

walaupun abah xtunjuk yg abah sayang kat ktorang
but I can see how you sacrifice your day ,time ,and money.
masa org nak buat kuih,..you help me to repair the oven.
you help me to pay my school fees..
even help me in UIA's registration.
huhu~
byk lagi..dari kecik....sampai skrng
abahlah yg terbaik..
Org doakan abah smoga menjadi penghuni syurga yang di gilai Bidadari syurga
dan umilah ketua bidadari tersebut :)
Amin ya Allahh 

Wat Umi
org byk lukakan hati umi
but still umi masih lagi sanggup jadi umi org
then. xtahu dah brape byk pengorbanan umi
stat dari mengandung, melahirkan. menyusukan, membesarkan
dalam keadaan yg serba dhaif
kami anak2 umi ni membesar dgn penuh kesusahan
tambah lagi menyusahkan umi/..

but still..kami yakin..stiap apa gerakan yg umi
lakukan ntuk anak2 umi ni dihitung oleh Allah taala
umi, takkan ada yang lain
umi lah umi, umilah ustazah, umilah tukang masak,umilah tukang cuci,
umilah baby sitter ...
mekasih Umi..sob2..

kami xkan lupekan umi.
sampai akhirnya kita satu keluarga bertemu di syurga insyaAllah
kami anak2 umi yg solelah dan soleh ni..
akan sentiasa doakan abah dan ummi
moga di beri 
keberkatan dan keredhaan di DUNIa dan di Akhirat :)

Love you forever
your third daughter.

Friday, May 6, 2011

.::dier Mai folowes::.

Assalamualaikum..
hehe..
tengok tajuk pun da tau..
tak tau nak cakap pe..

cume nak wat announcement
yang followers aku da sampai 100 lebih..
mesti korang cakap..ala sratus  je pun..

memang la...tp tu pun dah cukup byk bg aku..sebab blog aku ni bukan best sangat pOn..
tetibe ramai en..huhu..aku tak tahu sebenarnye ape penarik daya
korang follow blog haku

jadi skrng..aku nak korang yg follow aku ni..tinggalkan komen
yg korang paling suke post aku yang mane
aku pun kompius la..
kalau suke yang "STORY" aku boleh wat banyak2 lagi
kalau suke yang "CERPEN" ...erk.....aku bleh sambung lagi..haha

anyway..harap sangat dapat share ilmu byk2 dalam ni
lau bleh aku nak byk2 org wat sesi soal jawap kat sini
bRu gempak..
(sorry..high demand lak..kui3)

lagi satu...
MEKASIH yer.. :)
so aku hadiah kan korang tarian ni..hak3


Tuesday, May 3, 2011

.:A day that I hate the most::.


Leaf lonely - by toxytocin

what is the meaning of the tittle?
yeay,my part time job is done.
da bereh..
I 'm off bulan mei 2011.

Trima kasih Allah,
 beri saya peluang untuk menjadi guru,
mempunyai anak murid sendiri,
walaupun anak murid tak brape nak sayang and hargai saya.
but is okey, help me to get more patient and  knowledge to understand others.

Trima kasih Allah
Kerana mengajar saya cara untuk mengajar,
membantu saya untuk meningkatkan communication skill saye,

Trima kasih Allah
kerana beri saya peluang untuk mencurahkan ilmu yg saya ada
walaupun tak seberapa dan tidak di hargai.
tapi moga2 ilmu itu bermanfaat dan menjadi sedeqah jariah kepada diri saya.
InsyaAllah.

Khas wat cikgu2 kat sane
mekasih ea,. sebab trima diri yang hina dina yg xtahu ape2 mase masuk hari tu
bg tunjuk ajar
sabo dengan prangai yg pelik and susah na paham ni
mekasih sebab gembirakan hati ni, 
dan berikan nasihat supaya dapat meningkatkan diri
mekasih lagi sebab memberi makna dalam idup sepanjang jadi cekgu yg ta bertauliyah ni..
mekasih lagi sebab menyisihkan dan mengumpat or kutuk dan sebagainye, 
maap kalau saye ade wat silap ke terkasar bahase ke...moga2 di maafkan
saye nak kuar dari skolah ni ngan zeRo2 okeh
ade mase nanti kite gadoh la nanti yer.. 
khas wat murid cikgu 

wat dak2 form 4 

Blaja leklok ea, 
cikgu tulis kat sini sebab cikgu segan nak
face to face ngan kamu~ :)

buat Naim,
kamu boleh kalau kamu bykkan usaha,
kamu bijak sebenarnye...jangan sia2kan 
bakat yang kamu ade
sbg ketua plajar, jaga adik2 dan rakan2 kamu
jaga sekolah
tunjukkan akhlak yg baik. okeh :) 
ada masalah dalam plajaran trus jmpe cikgu. insyaAllah
takde cikgu lagi yg xnak tlg anak muridnye
maafkan smua kesalahan cikgu ea

For Adam
jangan lemah smgat okeh
kamu boleh
kamu ada Allah untuk bersandar
jangan lupe, bkn kamu sorg je ada kat dunia ni
sahabat2 kamu sentiasa ada disisi kamu
kalau xfaham, terus tanya cikgu kamu. 
jangan biarkan kamu dalam dilema  yer
maafkan segale kesalahan cikgu

special for FATTAH
keep it up, walaupun kamu 15 tahun. 
cikgu rasa kamu bleh up untuk amik SPM.
teruskan dan cepatlah matang okeh
cari cita2 kamu, mana kamu nak terbang tinggi,
gunakan segala bakat yang kamu ada untuk trus berjaya
trime kasih sbb slalu sokong ckgu dalam kelab seni,
cikgu mintak maaf atas sume kesalahan cikgu pada kamu~

For Nabawi
Thanks masakkan cikgu Nasi goreng hari tu
the best memory ever
maafkan cikgu lau cikgu ada wat kamu trasa ker, okeh
kalau ada masalah dalam hidup,
jangan terus down, rapatkan diri dengan Allah
mesti Allah boleh tolong kita
ada masalah dalam pelajaran, cepat2 berusaha untuk bangkit semua
kamu ada semangat, semangat yang kawan2 kamu takde.
cikgu kagum dengan kamu
xkiralah dari mana kamu datang, 
yang penting~ make sure, jadi IMAM MASJID NABAWI
teruskan berusaha ye.

For Alif saufy 
truskan usaha untuk trus berjaya
jadi lah seorang huffaz quran yang bijaksana 
cungkil bakat kepimpinan dalam diri kamu.
dalami segala ilmu yang kamu pelajari, 
jangan hanya belajar kerana exam,
buat yg terbaik dalam hidup kamu. 
smoga cita2 kamu tercapai untuk jadi engineer 
maafkan cikgu dulu cikgu rotan kamu 40 kali kan?
maaf atas smua kesalahan cikgu yg lain :)

wat AIMAN Hamidi

Aiman, 
mekasih sbb sokong cikgu  dalam kelab seni
make sure kelab seni berjalan time cikgu takde
make sure aktiviti yang kite rancang, berjalan
didiklah adik2 kamu di SMTT3i dengan baik ye.
Kalau kamu blajar bersungguh2 dan maksimumkan usaha kamu, 
cikgu yakin, kamu boleh terbang tinggi lagi
xkesahlah apa cita2 kamu.
smoga Allah permudahkan urusan kamu~
cg mintak maaf keh, atas keterlanjuran kesalahan cikgu.

for Syafiq/Rafiq

cepat2 la matang nye
cukup2 lah main2 ok,
terima kasih sebab sokong cikgu dalam kelab seni
cikgu tgk, kamu ada satu keinginan yang kuat dalam diri kamu
keinginan yg takde pada kawan2 kamu yang lain
gunakan kelebihan kamu untuk terbang lebih jauh. 
jadilah plajar yang cemerlang disisi Allah di dunia dan di akhirat
cikgu tahu kamu ta suke cikgu, but ape2 pun cikgu mintak maaf atas smua kesalahan cikgu
cikgu mmg tak layak jadi cikgu, tapi cikgu berterima kasih dengan kamu
kamu buat hari cikgu lebih bermakna. 
Pergilah lebih tinggi dan lebih jauh Syafiq


Buat anak2 murid cikgu yang lain, maaf cikgu tak tulis nama,baiklah untuk
Fahmi, Izwan, Azafiq, Daud, Ikhwan,Lokman, Anwar, Ammar, DIn, Irfan , Fidod, Firdaus,Aliff Danial,Haikal , Abu Hurairah,Aiman, Nabil, Asyraf ,Taufiq,Hisam, Amirul, Hisyam.,Faez,Ashiq,Amir Zikree,


maafkan segala kesalahan cikgu
cikgu akan sentiasa doakan smoga cita2 kamu semua tercapai
tak kesah lah apa yang kamu ingin jadi, smoga Allah lah MATLAMAT kamu
Smoga kalian menjadi para huffaz yang memelihara ISLAM dan ALQURAN dan ASSUNNAH
smoga kalian yang membawa PANJI2 ISLAM kelak,.
Jadilah anak yang soleh
berakhlak mulia.
Salam perpisahan dan kemaafan dari cikgu Fiza


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3