Pages

.:My Dearest friends:.

Tuesday, March 9, 2010

Cerpen : mak...terima kasih tau..

Entah lah...
rindukan mak pula...
apa-apa pun...
have a Good Reading....


“Apa mak??kahwin???Eiii…tak nak lah,…mak ni mengarut je….” Sufiah terkejut dengan rancangan ibunya. Mahu menikahkan nya dalam dua bulan ini.

“apa pulak mengarutn ya….kau tu…dah berumur tahu tak…tak malu ke nanti apa orang kata??anak mak ni ‘andalusia’….” Hajah Munirah pula. Makin lama makin bingung dengan sikap anaknya. Sudah lah 25 tahun. Kahwin pun tak nak. Ada pakwe apatah lagi. Aduhh pening saja ada anak perempuan seorang ni.

“lagipun mak…mana ada orang nak kat Piah nie…….mak ni….” Dia lagi mengomel. Hajah Munirah menggeleng. Masakan anaknya tidak cantik, padahal. Sufiah mempunyai kacukan Filipina dan Melayu. Wajahnya anggun dan manis sekali. Tubuhnya juga sederhana tinggi. Setanding dengan model-model antarabangsa. Cuma. Dirinya sahaja.

“kau kata tak nak?? Hey..Piah..aku ni..dah lama besar kan kau…..macam mak tak tahu berderet masuk pinang kau masa kau berumur 23, 24 tahun…..ni dah tua..tak ada siapa nak engkau dah…” bebelnya lgi.

“ha…kan orang dah cakap….memang tak adalah ni…Piah bukan apa mak…..Piah ni..sayangkan mak….nanti…tak ada siapa nak jaga mak..susah pula…..” katanya. Nak harapkan abang sulungnya. Hampeh. Dah lah pulang dua bulan sekali, tak makan saman langsung.mentang-mentang lah ada isteri. Ibu kat rumah macam tu je tinggalkan.

“alasan saja kau ni Piah……..isy…tak fahamm aku…” kata Hajah Munirah sambil memeluk tubuh. Sufiah sengih.

“alah..mak…..n anti-nanti je lah..cakap pasal nie……Piah tak sedia lagi nak tinggalkan mak…..ye lah….dari kecik..mana pernah Piah berpisah dengan mak..kan..” dia mula mendakap ibunya dari belakang. Hajah Munirah senyum. Ada saja anak ni/ tahu –tahu lah bahawa memang Sufiah anak kesayangannya.


“mak n i..bukan apa Piah….mak nak sangat nengok kau kat atas pelamin tu……sebelum mak ni…menutup kan mata buat selama-lamanya…” sayu sahaja bahasa Hajah Munirah itu. Sufiah melepaskan dakapannya.

“ape mak cakap nie…oran g tak suka lah,..mak cakap macam ni….yelah…nanti lah orang kahwin..tapi….tahu lah nak cakap bila…” katanya. Hajah Munirah senyum saja. Dia tahu bagaimana nak handle Sufiah..

****

“apa??mak kau suruh kau kahwin??” soal Syafinaz kuat. Tidak percaya.

“oii..slow sket..nanti orang dengo,,malu la…” dalih Sufiah. Syafinaz menakup mulutnya. Kemudian dia melepaskan tawa kuat.

“apsal gelak/??aku ada buat lawak ka??” soalnya tidak puas hati dengan tindakan Syafinaz.

“no..no..sory..frend..adoii.macam 2 mak kau tu….”

“tu lah,…macam tak kenal dengan aku ni..anti laki ///…”Kata Sufiah pulak.

“tu la…hadoi..aku dah agak dah…sampai satu masa akan datang jugak bab ni dari mulut mak kau..dah lah..kau tu..satu-satunya anak perempuan dia..dah lah cantik…”

“apa kau merepek ni..aku sumbat kentang ni nanti. ..aku malas lah..lagipun..kerja pun belum lagi…macam mana nak sara hidup ni…” keluh Sufiah. Syafinaz ketawa kecil.

“kau ni Piah…..yang sara kau nanti…suami kau…bukan nya kau…dah nama suami isteri..” kata Syafinaz. Sufiah mencebik. Geram.

“kalau kau lah macam mana Finaz??” soal nya ingin tahu. Syafinaz angkat bahu.

“entah..kalau aku….kahwin saja dengan pilihan mak akuh…..hah” kata Syafinaz.erm…finaz lain. Bukan macam aku.

“tak pe lah Piah..kau bawak bertenang perkara ni..bukan susah sangat..just buat pilihan saja…”kata Syafinaz

“Piah…tadi…mak ke rumah si Maimunah…adooii..anak dia..kacak pun kacak….baik..sopan…dan paling mak tak sangka..dia pandai masak.. masa tengahari tadi.. mak makan kat rumah dia…hanya tuhan saja yang tahu betapa sedapnya masakan dia….” Puji Hajah Munirah lagi. Sufiah mencebik.

“habis tu..masakan Piah ni tak sodap ko mak??” soalnya. Hajah Munirah menjeling,

“kau ni….”

“dah tu…mak puji dia tinggi melangit buat apa….. anak sendiri ada….” Jegil Sufiah lagi.

“apa kau merepek ni…bio lah aku nak puji sapo pun….lagipun..kau tu anak mak….apa-apa pun kaulah yang terbaik….” Katanya. Sufiah senyum puas. Dia tahu maknya sayang padanya.

“Lain kali mak jangan puji anak orang lain depan Piah…Piah jadi panas telinga lah mak…” katanya. Hajah Munirah menjeling.

“ada-ada saja kau ni…ha…esok..pukul 4..lepas kelas kau…kita pergi rumah Maimunah…” kata Hajah MUnirah.

“buat apa mak?? Tak malu ke..pergi rumah dia hari-hari…”

“Ya Allah..amende kau ni….si Maimunah yang ajak..dia nak sangat jumpa kau…” katanya

“eeii..yang makcik Munah ni apa cerita nak jumpa orang…. Dulu dia yang kutuk Piah macam-macam,..kata Piah ni suka mainkan lelaki lah…Piah ni gatal lah…tak kan mak tak ingat….” Kata Sufiah. Sambil meneguk air milo yang makin hilang panasnya. Walaupun duduk diruang tamu.

Namun televisyen juga tidak terpasang.

“bukan macam tu Piah..dia dah lama insaf lah…..lepas dia tahu keputusan kau cemerlang SPM….dia salah faham lah tu..maklumlah..anak mak cantik… biasanya perempuan cantik ni..suka mainkan lelaki…..” ujar Hajah Munirah. Menyejukan hati si Sufiah.

“alah mak…alasan tak boleh pakai langsung…macam lah Piah tergila-gila sangat kat anak emas dia tuh..macam sampah saja…”

“easy…jaga mulut tu..”

“buat apa..dulu dia jugak yang tak sayang mulut….”

“Piah//kau tu dah besar…..boleh piker mana baik mana buruk…mak ni dah tua.. kalau kau dah kahwin nanti… baru lah mak boleh bersemadi dengan tenang….” Kata Hajah Munirah berbaur sayu.

“mak ni….jangan lah cakap depan Piah macam tu.. Piah dah tak ada siapa- siapa lagi….Mak seorang saja…” katanya.

***

“aduuhh..dah lambat lah nie….mesti kene bebel lagi …..mintak-mintak lah Encik Amidun belum masuk…” kata Sufiah sambil melangkah laju ke dewan kuliyyah nya.

“Sufiah…”panggil satu suara garau. Langkah nya mati dan memandang si pemilik suara.

“Encik Midun??”

“ha..ni..saya ada emergency case..bg tahu budak kuliyyah lain….hari ni..Class batal….”katanya lalu tergesa-gesa pergi. Dan masih tergamam.

Walau apa pun dia terus berlari ke dewan, semua mata tercacap padanya. Dia hanya sengih lalu berlari anak menuju ke tempat duduk sebelah syafinaz.

“weh..nampak Encik Midun tak??dia lewat lah…”bisik Syafinaz.

“hari ni..kelas batal..”jawap Sufiah. Bulat mata Syafinaz, lalu dia berdiri mendadak.

“WOii…kelas batal hari ni..ayuh..bubar…..” jeritannya di sahut dengan pelbagai bunyi. Sperti zoo sudah dewan ini.

Sufiah sudah agak dah. Ini lah pasti berlaku. Lagi-lagi kelas Encik Amidun yang mengajar madah undang-undang,

Kadang-kadang ada saja yang meleleh air liur. Betapa mengantuknya, mereka.

“Jom piah…ikut aku pi Mall…..aku blanje…” ajak Syafinaz. Sufiah mengerling jam di tangannya. Pukul 3.20.

“Finaz..sory lah…aku ada appointment dengan mak haku hari ni…sory beb…next time k…”katanya. Syafinaz tidak memaksa dan hanya mengangguk saja

*****


“siapa nak datang ni mama..resah je orang tengok…” kata Ilyas hairan. Hajah Maimunah senyum. Tapi senyum resah.

“mama tunggu keluarga Hajah Munirah lah ni..dengan anaknya….si Piah…” kata nya. Ilyas mencebik.

“buat apa ajak dia mama/..bukan ke dulu mama benci dengan budak perempuan tu??” soal Ilyas ragu2. Hajah Maimunah menjegilnya.

“dulu tu salah mama lah Yas…Yas tak tahu..budak tu..cantik sekarang./dengar kata jadi gilaan ramai jejaka…kalau kau tengok dia..mesti kau pun cair….” Katanya lagi. Begitu yakin. Ilyas mencebik.

“ye lah tu Mama…Yas harap2..dia tak maki2 mama pulak….jaga-jaga dengan dia mama..mulut dia,,..adoii..tak leh pakai….” Kata Ilyas lagi.

“Ilyas,..jangan cakap macam tu lah..pergi dapur..sediahkan juadah,…cepat..” Ilyas menjeling. Tengok lah mama..kalau kena maki hamun ke hape..orang tak nak tolong ya….dah lah dulu dok mengutuk budak tu..mana tak bengang…adoii..bikin pening saja ma….

Ilyas masuk ke dapur dan menyediakan kuih muih yang mudah di buat.

“Assalamualaikum……” panggil satu suara. Hajah Maimunah girang. Itu suara Hajah Munirah.

“waalaikumussalam…masuk lah…eh..mana Piah??” soalnya.

“ade..dia dalam kereta…tengah cakap telefon sekejap…nanti dia masuk lah….” Kata Hajah Munirah. Mereka saling dakapan. Rapat. Dan mesra.

“Ilyas nya ada??” soal Hajah Munirah. Hajah Maimunah sengih.

“ada lah..yelah..orang tengah praktikal sekarang,,,,banyaknya duduk rumah dari pergi hotel sana….”

“ye lah kan..bagus juga…ada lah tukang masak di rumah kan///./?” kata Hajah Munirah.


“Ye lah…ok lah.. Qilah..aku kena blah dah nie..maklomlah..anak mak…”

“eleh..kau…sampai bila agaknya jadi anak mak tu…” Qilah pula bersuara. Sufiah ketawa. Terhibur juga dapat berborak dengan teman lama di Johor. Dah lah tengah bersedih untuk kerumah hantu ni.

Perlahan saja dia keluar. Bila pandang rumah tu. Satu keluhan kecil keluar.

“adooii..aku tak boleh mengeluh..berdosa..” dia menasihati dirinya sendiri. Dengan perasaan yang sengaja dia kuatkan dia melangkah.

“wah…Piah..datang juga kau..mari lah masuk nak….” Sufiah menjeling. Macam palsu je lakonan ni.
Makcik Munah ni, mesti ada udang di sebalik batu., tetiba saja berubah angin suka kat haku.

“Ilyas…oo..Ilyas..mari keluar…ada tetamu ni…” panggil Hajah Maimunah. Ilyas sandar di dinding dulu sebelum berjalan kearah mereka. Malas.

Dia duduk di sebelah ibunya. Bertentangan dengan Sufiah.

‘ada hati nak jodohkan aku dengan kau..pi blah la..kau ingt kau tu handsome sgt ke??kucing rumah aku tu ada misai..lagi handsome dari kau…’ hati Nakal Sufiah berbisik.

‘eleh,,siapa nak kat enkau…pirrah.. ingat kau tu lawa sangat… ni.mak aku ni lagi lawa tahu..’ hati Ilyas pula bersuara.

‘amboi…hei..kalo tak kerana mak kau yg ‘cantik’ tu., tak hingin aku datang..lagi-lagi jumpa dengan laki sewel macam kau nie….’ Berbalas la pula hati mereka. Bulat mata Ilyas memandangnya. Sufiah senyum meleret. Dan mengejek.

‘ok..kalau macam tu..sila lah..angkat kaki ye dari rumah ni…jgn jejak2 lagi…..blah arr…’ bisik Hati Ilyas.

“argh….mak….Piah balik dulu lah..panas lah rumah ni..macam rumah lilin….nanti..mak balik guna budak nil ah……..”

Masing-masing tergamam. Apalagi Ilyas. Ternganga mulutnya. Tak kan dia dengar apa hati aku cakap???isy ,,,tak kan lorr...tak logic langsung.

“pi mampus lah kau..laki tak guna..kau piker kau bagus sangat ke ha…ea.aku ni..petik jari je…berbaris nak kan aku..alah..stakat muka macam kau..kat pasar malam tu.. berlambak jual 5 seringgit…lima seringgit……hurm….berani je dia kata aku macam2..apa dia piker aku terhegeh-hegeh ke nak datang rumah dia…stakat reban buruk dia tu..kat rumah aku berlambak..siap itik dengan ayam aku lagi tido…pirrah…ade jugak laki tak sedar ..DIRI…………………!!!”

Sudah terlambat. Kereta Honda JAZZ milik Sufiah telah terlanggar bumper depan kereta Honda accord di hadapan. Yelah…si Honda tu berhenti mengejut. Sedangkan..lampu isyarat…..adoii..dah merah rupanya. Habis lah…

Sufiah keluar.

Seorang lelaki keluar.

Sufiah telan air liur. Gila.serius muka jantan nie. Namun dia gagah juga. Tak de lah teruk sangat. Biasa saja. Malah kemek pun tidak. Dia sempat break tadi. Cuma teranjak sedikit.

“maaf..Encik..saya tak sengaja…..encik tak apa-apa kan??ada rosak teruk ke biar saya ganti….” Kata Sufiah. Gelabah la sedikit. Lelaki itu buka kaca mata hitamnya.

Lalu di perhati keadaan keretanya. Di sentuh bumper tu. Kemudian kereta Sufiah pula. Di sentuh.

“tak ada apa-apa yang teruk. Sikit saja . . saya pun Ok je..” Sufiah hembus nafas lega.

“tapi..saya rasa..awak saja..yang tak OK..” katanya. Sufiah tak faham. Kemudian lelaki itu keluarkan sapu tangannya dan lap di dahi Sufiah. Darah.

Sufiah Lali.pengsan. tak sedo diri.

****


“Aduhh..sakitnya kepala…haaa??” bulat mata Sufiah melihat lelaki tadi di hadapannya. Maknya di sebelah. Hajah Maimunah dan Ilyas juga ada. Kepalanya berbalut,

“Alhamdulillah…kau dah sedar Piah….syukur Ya Allah..mak ingat..mak kehilangan kamu tadi…….” Kata Hajah Munirah.


“apa mak merepek ni…..orang Ok je lah…” katanya. Lalu bangun dari baring tadi.

“maaf lah yea….tadi…salah saya…”kata lelaki itu .Sufiah bingung.

“huh..sy yang salah lorr….” Jawapnya sambil pegang kepalanya. Sakit lagi. Berdenyut. Dia angkat kaki.

“mak jom balik….” Katanya.


“tak boleh..awak kena tahan wad selama 3 hari…” kata lelaki itu. Bulat mata Sufiah.

“Hah…tiga HAri??/lamanya…kuliyyah saya macam mana??”

“tak pe lah Piah..nanti Hospital keluarkan lah surat,,”

“ookk…baiklah,..mak cik…minta maaf ya..saya minta diri dulu….” Katanya lalu keluar. Sufiah mendengus.

“mak..habis tu kereta macam mana??” soalnya .

“tak pe..Ilyas dah uruskan…”jawap Hajah Maimunah.

“uruskan apa…kereta bukan rosak pun..”

“isy…Piah..kau ni..orang dah tolong tu…” bantah Hajah Munirah. Tegang dengan sikap anaknya.

“tak pe lah…mak cik Mun….nanti Ilyas tinggal je kereta dia tengah jalan tu..” katanya. Sufiah menjeling.


***


“nilah yang mak risau kan pasal kau Piah…kalau kau kahwin..sekurang-kurangnya ada orang boleh jaga kau…sepanjang masa….” Kata Hajah Munirah.

“apa lah mak ni….mak dah tak nak jaga Piah lagi ea?? “ soalnya.

“kau ni Piah..aku dah tua..bukan boleh lagi..jaga kau macam budak kecil..kau pun dah beso…bimbang lorr mak ni…” katanya/. Sufiah Diam. Mak ni serius ke nak suruh aku kahwin??adoii..

“mak…we talk about this later k….Piah nak tido kejap lorr…” katanya lalu baring.

“Kau pergi mana ha..Piah,…kau ni memang derhaka dengan aku yea//??” Ilyas berang. Lalu mencabut tali pinggangnya. Sufiah menangis

“abang….Piah tak kemana pun..Piah beli susu baby ni..”
“ahh…alasan je kau..macam aku tak tahu..kau keluar dengan jantan lain….” Sufiah menangis lagi apabila di tuduh begitu. Ilyas angkat tangan dan pukul dan libasnya.
“sakit….sakit bang…..sakit…sakit…”

“sakit~~~….~sakit……s.”


“Piah…Piah..bangun Piah….”

“Sakit…SAKIT,,,!!!” teriak Sufiah. Lalu dia buka mata dan bangun mendadak.

Bulat mata Hajah Munirah.

“MAK??” soalnya. Lalu di dakap maknya sambil menangis.

“kenapa Piah..sakit ke kepala kau tu/?” dia menggeleng.

“Mak…Piah tak nak kahwin mak…tak nak……dia pukul Piah mak..!!”

“asthgfirullah ..istighfar Piah..kau mimpi buruk ni….astghfirullahal adzim,..” kata Hajah Munirah.
Sufiah menangis lagi.

“betol ni mak..tak nak.,..!!” Hajah Munirah diam saja. Kasihan sama anaknya., Fobia dengan kahwin.

***


“hahaha…..!!!” kuat juga minah ni gelak. Hampir saja seisi café memandang mereka,

“kau ni Piah…aku tengok dah macam trauma dengan kahwin je…..”kata Syafinaz. Sufiah menjelingnya,

“dah,…ntah2 tu petunjuk Allah…mane tahu,….mungkin betul lah kot si Ilyas tu kaki pukul lepas kahwin nanti…siapa tahu….” Kata Sufiah. Syafinaz ketwa kecil pula.

“ada2 saja lah kau ni…..jangan lah sangka buruk…..kahwin lah dulu..baru tahu…”

“amboi..senang kau cakap…kalau dah tahu perangai dia..lepas tu..nak cerai??”

“isy,,,,alah..itu lah ombak perkahwinan…kah3…kene bawak bahtera elok2 tahu….” Kata Syafinaz. Sufiah mencebik,

“kalo ketuanya….jahat….kalao tak de ombak pun…tetap tak aman jugak kapal tu…!!”Bentak Sufiah lagi. Syafinaz menggeleng sahaja..kadang2 lucu juga dengan perangai satu2 nya kawannya

“aku dah tekad….tak nak kahwin…dalam masa terdekat ni..tengok lah…beberapa tahun akan datang….” Katanya. Syafinaz menggelng.

“tualah kau nanti..tak ada siapa nak…….” Katanya. Sufiah mencebik.

“lantak lah…lagi bagus……”

“tak baiklah Piah….Allah dah letak kan jodoh untuk kau…kena terima lah…….” Katanya. Sufiah menjeling.

“ye lah..memang lah macam tu…tapi..tunggulah..aku belum bersedia lagi ni….”

“kau tu…sampai bila nak bersedia agaknya…….” Sufiah menjeling.

***


“tak nak la mama..dia bukan nak kat Yas pun…Yas pun tak berkenan lah dengan dia mama…..ganas semacam…ntah apa-apa…orang mcam tu ke mama nak buat menantu?” soal Ilyas tidak berpuas hati. Mana lah dia suka kan budak pelik macam sufiah tu.

“Isy..knp cakap macam tu….dy baik sbnrnye Yas…nanti kamu dah kahwin dengan dia… faham2 lah antara satu sama lain..sekaraNg memang lah…tak kenal maka tak cinta……” Hajah Maimunnah tidak mahu mengalah.

Ilyas buat muka. Tdk puas hati.

“Mak ni..org dah kenal dy dari sekolah menengah lagi..nak dekat brape tahun dah…..” katanya.

“alah..tu kamu kenal saja..belum rapat kan??” Ilyas pegang kepala. Mama…mama….apa nak jadi la dengan aku nanti..

****


“Assalamualaikum….”

Teriak satu suara dari luar rumah. Sufiah pelik.

“Piah….sape datang tu….tgk jap..mak tgh masak ni…….” Teriak Hajah mUnirah pula. Sufiah bangun menghala ke pintu. Wajahnya berkerut seribu.

“hai Sufi…” Sufiah terlopong….


“Zack..aku tak tahu pun kau dah balik dari Australia……bila….” Soalnya.


“dah lama..kau je yang tak nak tahu……” kata Zack sambil menghirup udara segar di taman bunga rumah Sufiah.

“hey..bukan aku tak nak tahu la…kau yang tak inform…..” bantahnya.

“ha..takpe2 aku dah balik pun ….aku dgr…..mak ngah nak kahwin kan kau dengan Ilyas……” soalnya. Sufiah mencebik. Lalu memeluk tubuh.

“isy..malas aku…..”

“apsal?”
“kau pun kenal Ilyas macam mana kan?apa lagi dengan mak dia yang tak leh blaah tu…” katanya. Betapa geramnya hati dia.

Zack senyum. Ataupun nama sebenarnya Zakrif. Kenal sangat dengan perangai sepupunya…


“Rileks la Piah..kau tu dah besar panjang..bukan susah sangat nak manage hal rumah tangga ni…” katanya. Sufiah memandangnya aneh.

“Ooii….cara kau cakap..macam kau ni..dah ada pengalaman….kau dah kahwin ye??” soalan Bodoh Sufiah.zack menggeleng,

“Piah..mende ni..orang dewasa macam kita dah patut tahu….kita bukan remaja dah, nak bermain-main dengan cinta..” katanya.

“hey..bila masa aku bermain dengan cinta ni…kau fikit hidup aku macam remaja lain?” soalnya. Masih tak puas hati.

“kau ni piah…tak ubah-ubah , dari dulu asyik keras kepala saja…” katanya. Sufiah mengeluh kecil.

“dah tu…ini memang perangai aku…..” katanya sayu. Zack senyum lagi.

“tak apa piah…Allah tu maha Adil..Dia…akan berikan kau..lelaki yang faham kau….yang terima baik buruk kau…Cuma..kau saja..” katanya. Piah memandangnya mendadak.

“aku??”

“yelah/./.Cuma kau perlu buka hati kau..untuk terima siapa suami kau…sama ada dia baik atau tidak….perkahwinan adalah satu amanah…bukan main-main…..bukan hanya untuk hidup bahagia saja….Ombak perkahwinan…semua akan lalui…hanya tinggal kita saja…kuatkan diri kita dan pasangan kitaaa…” kata zack panjang. Sufiah mengagguk-angguk.

“kau baru lepas pergi kursus kahwin ke Zack?” soal Sfiah. Tawa mereka pecah di ruang tamu itu.

******

Suatu pagi. Kedengaran suara yang paling Sufiah tak suka. Aneh…perempuan tua ni datang pagi-pagi nak buat apa.

Waktu itu, Zack baru sahaja selesai memasak sarapan nya dengan Sufiah, mereka agak mesra. Hajah MUnirah senang melihat Sufiah ketawa gembira. Kalau boleh ingin sekali dia jodohkan Sufiah dengan Zack, tapi entah apa yang menghalangnya.

“Eh…MunAH….masuk lah….” Pelawa hajah Munirah.

“maaflah Mun…aku ada hal penting nak bincang dengan kau….” Kata Hajah Maimunah, macam serius saja bunyinya.

Apabila duduk diruang tamu, Hajah Maimunah terdengar satu gelak tawa di dapur.

“Zackkk…janganlahh…geli tauuu….!!!!”teriak Sufiah sambil menahan perut dengan ketawa.

“haa..tau pun kau…mari aku buat lagi……..!!!!” kata Zack..ceria dengar tawaan Sufiah.

“Zaccckkkk…!!!” teriaknya lagi. Zack bermain-main lagi dengan tikus yang baru di cekupnya di rumah Sufiah. Memang terkena perangkap Zack.

“Aii…Mun…siapa dalam dapur dengan Piah tu??” soal Hajah Maimunah tidak puas hati.

“oh..tu..sepupunya piah….Baru balik dari Australia….” jawapnya. Ada riak cemburu Maimunah, apalagi dengar Piah ketawa macam tu. Tak pernah dia dengar piah heppy macam tu.


“eh..Zackkk…kat luar ada mak Ilyass…” kata Sufiah, apabila dia jenguk ibunya di luar. Haha..sudah masanya. Zack memandang Piah dengan senyuman seolah-olah mengerti. Sufiah keluar dan bawa mangkuk nasi yang berisi nasik goreng. Dia pandang sekilas pada Hajah Maimunah, si perempuan tua tu senyum-senyum pulak. Tengok lah lakonan terhebat ni.

“abanggg..!!! ambilkan air milo yang Piah buat tuhh,..” panggilnya, saje di kuat-kuatkan. Dengan panggil Zack ‘abang’.


Zack pun keluar dengan menatang dulang, dia memakai apron.

“nah…ini airnya sayang……” kata Zack pula. Geli hati Piah melihat wajah Hajah Maimunah penuh dengki tuh. Haha..ada lagi lah..

“eh….makcik Munah..bila sampai..maaflah..saya tak perasan pun tadi….seronok sangat kat dapur….abang..ni makcik Munahhh..” panggilnya,

Bila time Zack nak salam, Hajah Maimunah, acuh tak acuh saja.

“eh..,..mak..ajaklah makcik Munah sarapan sekali…” katanya.

Di meja makan, Zack memijak kaki Sufiah, Bulat mata Sufiah memandangnya. Zack buat isyarat mata. Sufiah senyum.

“erm..abang nak nasi?? Ni.. biar Piah isi kan….abang nak banyak ke sikit…” katanya. Sengaja buat begitu depan Hajah Maimunah.

“tak kisah sayang…..banyak ke sikit…asalkan sayang yang isikan….erm..bagi air milo sekali sayang….!!” Makin panas telinga Hajah Maimunah mendengar nya.

Hajah Munirah pula hairan dengan aksi mereka.

“hey..kamu berdua ni sihat ke tak?” soal nya. Sufiah gumam, begitu juga Zack/.

“kenapa Mak??ada yang tak kena ke?” soalnya. Hajah Munirah hanya menggeleng berkali- kali.


“erm..makcik..mak cik tahu..abang Zakri ni….baru balik dari Australia tau…dia belajar business …mak ayah dia..ada beberapa buah Syarikat di Australia..di Malaysia…dan juga di Kanada…”” sengaja saja Sufiah ingin ungkitkan hal itu. Hajah Maimunah pura-pura senyum. Tapi Sufiah tahu, senyuman dia tu palsu . haha..padan muka, buat lah muka palsu. Segala-galanya palsu, tak hairan aku.

Akhirnya Hajah Maimunah pulang, dengan hati yang panas giler, yelah, siapa tak panas, kalau bakal menantu buat macam tuh.. jatuh egonya..

Dua-dua Sufiah dan Zack duduk tersandar di sofa. Tiba-tiba, Hajah Munirah mencekak pinggang.

“ apa yang kamu berdua buat tadi haaa??” marahnya lalu labuhkan punggung di sisi Sufiah yang kelihatan keletihan akibat shooting ‘lakonan’ mereka,

“buat apa mak…tak de apa pun..” dalih Piah. Hajah Munirah geram.

“tadi..yang kamu berabang sayang tu apa/…haa….Zack..kamu pun sama?? Pergi layan si Piah ni buat apa? Si Hajah Maimunah tu bakal mak mentua kau Piah,..panas la dia bila kau buat macam tu…” katanya. Sufiah bangun mendadak. Geram nie..sesedapnya mak nak smash aku pulak.

“apa mak ni..sejak bila Piah jadi ‘bakal menantu’ dia..” kata Piah geram.

“Orang dengan Zack saje je nak buat orang tua tu sedar dirii sket.. pastu dah tak nak jodohkan Piah lagi dengan si ilyas tuh…” katanya. Memang betul tu pun yang dia ingin buat.

Hajah Munirah menggeleng berkali-kali.

“Piah..Piah..mak cuba bagi kau yang terbaik…kau buat macam ni pulak…” katanya berbaur kecewa. Piah menghampiri ibunya.

“makk..Piah janji..lepas ni..biar Piah carii sendiri…pastu Piah bawa ‘dia’ jumpa dengan mak ea…” katanya, padahal sengaja je nak sedapkan hati maknya.


Zack hanya jadi pemerhati saja. Macam-macam lah nak uruskan cik Piah ni sorang.. nakal..susah nak handle sebab keras kepalanya. Ada saja alasan yang di cipta.

***

“what….kau janji dengan mak kau nak cari sendiri….ko biar benar..mana ko nak cekau laki ha..ko ingat cari laki..macam cari baju kat pasar malam keee??” soal Syafinas. Memang bengang benar-benar. Piah..kawan lelaki pun tak ada. Ni tiba-tiba nak buat calon suami pulak.

Sufiah mendengus kasar.

“tulah..hidup aku makin lama makin rumit pulak…adoii..macam mana aku nak buat ni….”ngomenya sendiri.

“tu la ko…masa cakap tak piker..mesti mak ko mengharap giler…jangan hampakan harapan mak kO tau..silap…silap/..mak ko pi dulu…” kata Syafinas. Bulat mata Sufiah memandang Syafinas/

“aku cakap betul ni..Piah..ajal kita tak tahu bila…..tunaikan la,,.perminTaaan orang tua kita…” katanya. Berkerut dahi Sufiah memikirkan nya. Makin lama hidup ini makin payah. Banyak perkara nak kena selesaikan..

Masternya belum habis lagi. Lambat laun dia dah nak jadi peguam. Tapi masalah ni lah paling payah dalam subjek Undang-undangnya. Iaitu masalah munakahat…aduuii..

Masalah diri pun tak boleh nak selesai…apa lagi masalah orang lain…kene fikir jugak tuh,.

“Finaz…ko kene jugak tulun aku….” Katanya. Syafinas menggeleng berkali-kali.

“tolong apa….kalau boleh aku tolong laaa…”

“carikan aku lelaki..!!”

“what…gila la kau ni…ko ingat…senang-senang jee??” soalnya. Sufiah menggaru kepalanya lagi. Tudung yang melitupi kepalanya, sedikit terabai.

“dah tu…apa aku nak buat?? Aku tak sedap hati laaa…”


****


Petang itu Sufiah pulang ke rumah,

“maak…oo..makkk” panggilnya. Tiada. Maknya tiada.

Puas di cari di setiap penjuru rumah nya, langsung tiada.

“mak ni pergi mana…tak kan lah rumah mak cik Munah kut..??” soalnya sendiri. Tiba-tiba telefon bimbitnya menjerit.

“hello…??”

“Piah..ni..aku..Ilyas…” katanya di hujung talian. Terpaku seketika, budak ni dapat mana no aku.?

“eh…aphal ni call akuuu?” soalnya.

“Piah…mak kau….mak kau Piah..datang kat Hospital besar skarang…” rasa ingin luruh jantungnya. Mak?masuk hospital?

Dengan dada yang berOmbak. Sepantas kilat dia masuk ke kereta dan menuju ke Hospital.

“Ilyas….!!mana mak..??” soalnya panic. Sangat-sangat panic. Dia dah tak ada apa-apa lagi. Hanya maknya saja dalam keluarganya.

Tangisan nya merembes keluar. Tak tahan, terlalu sedih. Dalam hatinya berkumat-kumit panjatkan doa kepada Allah Taala, biar panjangkan umur maknya.

‘maaaakkk..Piah janji..Piahh akan kahwin makk..tapi mak kena bertahaannn…” hatinya berbisik.


“Piahh…jangan sedih ya…mak kau…mesti tak apa-apa…” pujuk Mak cik Munah. Tapi Sufiah terus menangis. Tak tahan woo…dengan mak la dia segala-galanya, antara dia dan maknya tiada rahsia. Ibulah segala-galanya.


Beberapa jam selepas tu,


Keluarlah doctor yang merawat ibunya.

“maaf..keadaan pesakit sangat lemah…puncanya, adalah di sebabkan kondisi jantung yang lemah…” kata doctor tu. Sufiah pelik.


“tapi doctor….mak saya..tak ada penyakit jantungg/…!!!” bantahnya. Tangisan masih bersisa.


“penyakit ini datang tanpa kita sedar,..tapi saya yakin…mesti,..dada pesakit selalu sakit…oleh sebab tak datang buat pemeriksaan ini lah jadinyaa….” Kata doctor itu. Sufiah menangis lagi.

“habis tu doctor…macam mana keadaan mak saya nanti…??”


“dia akan baik-baik..Cuma lemah..dan sudah masanya untuk dia jalani terapi…untuk kembalikan kesihatan jantungnya….erm…kalau tiada apa-apa saya ingin minta diri..jangan ganggu pesakit sehingga dua jam kemudian…”

“erk…terima kasih doctor…” katanya. Sufiah terduduk.


Tiba-tiba..


“Piahh..!!”

“Zack….”

“macam mana keadaan Mak lang??”” soalnya. Ibu bapa Zack turut datang, beserta adik-adiknya.

“mak longgg..!!” rintih piah. Di dakap tubuh itu. Hendak hilangkan sedihnya.

“sabar Piah..sabar ya sayang……insyaAllah..tak ka nada apa-apa jadi dengan mak kamu…”


“Piah..doktor cakap apa??” soal Zack.ti


“mak sakit jantung…” semua terkejut. Tiba-tiba saja/…sudah kehendak Allah

“Ya Allah..Piah bawak banyak-banyak bersabar ye…” pujuk Mak Longnya. Orang lain pun boleh sakit jantung kalau dengar berita ini.

Zack pandang Ilyas. Mahu bicara dengannya.

“Kau kenal kan siapa aku??” soal Zack. Ilyas mengagguk.

“kenal..kau sepupu Piah..” jawapnya. Zack pula angguk.
\

“kau tau…sejak nak Piah nak di jodohkan dengan kau..hidup dia aku tengOk huru hara…aku dah tak Nampak Piah yang dulu…” katanya. Ilyas pandangnya pelik.

“kenapa kau salah kan aku?” soalnya.

“Ilyas…Ilyas…aku tak salahkan kau…Cuma..kau tahu…Piah dah tak ada siapa-siapa kan??” soalnya. Ilyas mengagguk. Timbul la jugak rasa simpati kat perempuan ni.

“aku nak…kau kahwin dengan Piahhh…” selorohnya. Bulat mata Ilyas memandangnya.

“ape kau mengarut ni Zack……buang masa aku lahhh…” katanya. Zack sengih sinis.

“buang masa..habis tu…siapa nak jaga Piah bila mak dia tak ada?” soal Zack.

“Hey Zack…kahwin ni bukan main2 tau…kau fikir Piah tu nak terima ke aku….aku tak cinta dia…apatah lagi dia…”

“perkahwinan bukan di bina atas dasar cinta saje…tapi tanggungjawap…..” kata Zack. Ilyas terdiam.

“aku tak fahamm..kenapa aku…Piah dah tak de orang lain ke? Kau sendiri Zack??” soal Ilyas.

…………


Sayu dia pandang ibunya. Seluruh badannya di penuhi tiub-tiub, wayar2 melekat di tangan hidung, dan leher ibunya. Sebak rasanya. Wajah ibunya juga pucat.

Bibir yang selalu membebelnya kini tiada warna.

“maakkk…” rintihnya, dicapai tangan wanita itu.

“jangan tinggalkan Piah makk…Piah dah tak ada sesiape lagi…”katanya lagi. Airmata gugur membasahi pipi gebunya.

“Piaaahhh” panggil ibunya. Sufiah senyum.

“maakk…Piah kat sini…”

“Piahhh…..mak rasa ajal m ak dah dekat…” katanya. Tangisan Sufiah makin galak.

“maaakk..jangan cakap macam tu…..”

“Piahh…..makk akan pergi jugak satu hari nanti….cumaa…mak minta…kahwin lah Piah…walaupun makk tak dapat tengok cucu mak….mak tak kisah…asalkan ada orang jaga kamuu…” kata Hajah Munirah perlahan saja.

“Zaacckk/…” rintih mak. Sufiah pandang belakang, Zack tersenyum.


“Alhamdulillah..,..Mak Lang dah sedar…….”

“Zackk….kau jaga Piah boleh?” soalnya. Sufiah kaget, kenapa Zack pula , Zack senyum.

Zack pegang tangan Mak Lang.

“Mak lang….jangan bimbang…Zack jaga Piah…Zack tolong carikan jodoh untuk Piahh…” Kata Zack penuh Ikhlas. Hajah Munirah senyum.

“bagus lah Zack..senang hati mak lang dengar….Cuma…mak lang rasa baik kamu saja yang jaga Piah… sampai bila-bila..” kata Hajah Munirah.

“maakk….Piah dengan zack sepupu…” katanya. Hajah Munirah senyum.

“Insya Allah..kalau dah jodoh tak kemana,,.. kamu..kalau takut sangat nak kahwin dengan Ilyas…mak serahkan pada Zack saja..”

Zack masih diam. Seribu bahasa.

Piah pun diam. Tak tahu nak cakap apa. Tapi dia segan memandang Zack.

“Piaahh..janji dengan makk..kau akan kahwin dengan Zack?” pinta seorang ibu. Sufiah diam. Tak tahu,..semua ini terlalu cepat baginya.

“mak lang,,,,tak perlulah paksa….Zack rasa…Piah perlu kan masa…” kata Zack..dia tahu ape yang bermain di minda Zack.

“Tapi..Zack…Mak Lang dah tak ada masa….”
…..

Lama dia duduk di depan kubur itu, semua manusia sudah bersurai dari melawat kubur keluarga masing-masing.

“maaakk….selamat hari raya…maaf zahir batin…” bisiknya. Sayu saja.

Kini..sudah 2 tahun ibunya pergi. Tapi rasa mcam baru 2 hari, dan kenangan bersama ibunya, masih segar dalam ingatan..


“Mummy…Mummy..” teriak satu suara kecil. Sufiah kesat air mata. Di sarung cermin mata hitam,


“yes sayang…??” soal, anak kecil tu berlari mendapatkannya.


“Mummy…daddy dah tunggu kat sana,…dia suruh mummy jangan sedih2…sebab daddy dengan Ika ada……..” katanya, Siti Zulaikha…itulah nama anak sulung dia dan Zack. Anak kecil yang sudah petah berbicara.


Kalau mak ada..mesti mak suka dengan Ika..mesti mak sayang Ika…sayang sangat2, tapi mak tak sempat dengan ika…bisik hatinya.


Perlahan dia bangun, meninggalkan ibunya yang sudah lama meninggalkan dunia. Zack tunggu di luar kereta sambil menyandar.

“Daddy…daddy…Mummy cakap…kita tak sama dengan nenek…Nenek istimewa…” kata Ika. Zack senyum memandang Sufiah yang masih tunduk dengan sisa tangisannya.

“tak ape lah Ika..mari kat Daddy….siapa lah kita ni Ika......kita tak ada dalam hati Mummy…” kata Zack. Ika diam.

Sufiah senyum pandang Ika dan Zack. Dia tahu Zack sengaja ingin hiburkan nya. Kalaulah Zack tiada, Ika tiada, tak mungkin dia sekuat ini.

Betul kata maakk..aku perlu kan teman selain makk…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3