Pages

.:My Dearest friends:.

Thursday, August 12, 2010

.:Ramadhan yg Hilang:.


Ramadhan Kareem.
alhamdulillah...
akhirnya berkesempatan juga untuk 
mengupdate blog yang dah lama terbiar nie...
maklumlah sibuk sangat akhir2 n i
lagi2 dah nak habis sem...
semua perkara nak kena submit...huhu..
assigment oh assignment



RAMADHAN YANG HILANG.....

semalam baru saya dapat satu task yang mana perlu mengihya'kan ramadhan di CFS IIUM...pada awalnya mereka memberi tahu kami bahawa ramadhan kali ini langsung tidak terasa kehadirannya.

benar, 
saya rindukan zaman persekolahan kami..yang mana suasana itu sungguh terasa sekali. sangat2...terasa. sampaikan kami buat pelbagai persediaan sebelum menghadapi Bulan Yang Mulia ini. 

siangnya di penuhi dengan amalan membaca Al-quraan..masing2 berlumba2 untuk mengkhatamkan Al Qurannya. ada yang sampai guru sedang mengajar pun ada lagi yang masih mengaji secara perlahan...

tidak cukup itu,. solat sunat semakin diperbanyakkan, manakala solat Taraweh sangat seronok dengana adanya imam dan moreh..

ada pula group bertadarrus. kami berlumba2 dalam group pula untuk mengkhatamkan Al-Quran. selain itu, kami juga mengamalkan berbuka dengan kurma dan air dahulu kemudian selepas solat maghrib barulah kami bersama2 makan berbuka yang berat.

MasyaAllah..indahnya bi'ah solehah itu....mengapa tidak terdapat di UIA???mengapa??

saya tertanya2 manakah manusia yang akan menghidupkan ramadhan pada kali ini????manakah..siapakah??

TIADA saya tak jumpa siapa. 

alangkah sedihnya..

akhirnya saya terfikir kalau bukan aku yang  hidupkan memanglah tiada yang menghidupkannnya

Dalam Proses Menyinarkan Ramadhan???

"kamu./....hidupkan ramadhan pada kali ini...kamu buatlah apa sajaa//./"

bila dengar arahan ini, MasyaAllah...sepertinya mahu gugur jantung saya. akal saya tak mampu dan tak pernah berfikir sampai ke jarak itu. 
mampukah,,?kami sebilangan yang kecil ini ??hendak menguasi mereka??

yA Allah..bantulah kami ..mampukah kami??

menjadikan ramadhan ini di rasai oleh semua insan di sini??
menjadikan ramadhan ini, satu ramadhan yang akan di rindui pada masa hadapan
menjadikan ramadhan ini,,,satu kekenyangan buat manusia yang dahagakan pengisian rohan..
menjadikan ramadhan kali ini hidup dan tidak PERNAH MATI DI HATI MANUSIA...

mampukah kami melakukan semua ini,. ??

sedangkan kami jugaa tidak rasa kehadiran..dan kami juga mahukan seseorang yang menghidupkan ramadhan ini Ya Allah...

islam dan tanggungjawap
saya pernah menyoal seorang rakan saya...

"apa sumbangan awak dalam islam ehh??" soal saya. bukan niat apa2 cuma saya ingin tahu apa jawapannya, kerana saya juga sedang mencari jalan bagai mana mahu sumbangkan APa2 dalam ISLAM...

"erm....saya join usrah.." itu jawapannya. saya tersenyum..
"bagusnya..tapi....itu adalah sumbangan untuk diri awak..awak masuk dalam usrah sebab awak nak penuh kan rohani dalam dada.....saya skrang menyoal tentang sumbangan awak kepada islam..ISLAM....bukan pada diri..." ujar saya.

dia terdiam dan tersengih...

"saya boleh ajak kawan saya masuk usrahhh./..." ujarnya lagi. sya senyum dan mengangguk..

"that's better than enough.."jawap saya..

"tapi kan......pernah tak awak tegur kawan2 awak yang berseluar pendek?? Ape yang awak buat bila awak nampak sister and brother yang bukan muhrim.,..makan bersama  satu meja???" soal saya.,..bukan saya katakan ape...cuma saya ingin tahu apa pandangannya.

"saya tak berani lah nak tegur depa..awakkan tahu saya macam mana..saya ni pendiam jee..."


OK..fine..saya tahu..ramai yang akan berpandangan sebegini. tapi saya mahu soal diri kitaa...tepuk dada kita tanyaaa...

SAMPAI BILA KITA NAK JADI MACAM ni??? nak jadi pemalu dan pendiam apabila melihat kemungkaran??????

"takpelah..saya membenci dan menegur dengan hati jee...itukan termasuk sekali dengan pencegahan??"

ujarnya..

"TAPI..SAMPAI BILA KITA NAK DALAM KEADAAN YANG SELEMAH2 IMAN??"

saya sendiri pun telah menyentap diri saya..bahkan saya juga terkejut dengan kata2 saya sendiri..

MASYAaLLAH...aku dalam keadaan selemah2 iman selama ini??

saya sibuk dengan study dengan banyakknya core course//macam 2 lagi...dengan GC ECONS, IBE...MATH...dan macam2 lagi..

saya sibuk..macam mana saya nak kembangkan dan sebarkan islam,....;..

"owh.....awak sibuk.....kalau awak tak tolong agama Allah..macam mana Allah nak tolong awak??" soalan itu membuatkan kami berdua terdiaam..

hurm..

kami sedang berfikir..

wahai semua insan...
apa sumbangan kita untuk islam sebenarnya???
bukan sumbangan untuk dirii\ sendiri..

masyaAllah...

tepuk dada tanya iman...

hidupkan lah ramadhan ..

moga ramadhan yang barangkali terakhir untuk diri ini menjadi ramadhan yang di berkahi..

AMEEN
 
 GF

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3