Kita akan
sentiasa bertarung dengan diri kita sendiri, sehinggalah kita menemui
kemenangan, atau kekalahan dalam diri kita. Pertarungan ini adalah pertarungan
sengit, dan berterusan sehinggalah kita menemui ajal.
Dalam
menghadapi pertarungan jiwa ini, manusia akan terbahagi kepada 3 golongan.
1) Golongan yang
dapat di tewaskan oleh hawa nafsu mereka.
Golongan
ini tunduk kepada dunia,Golongan ini adalah golongan kafir dan mereka yang
mengikuti cara cara mereka, iaitu orang yang MELUPAKAN ALLAH,lantas ALLAH
MELUPAKAN MEREKA. Dalam AL-QURAN ALLAH berfirman.
2) Golongan kedua ialah Golongan yang BERJIHAD melawan dirinya ,bertarung memerangi hawa nafsu,Kadangkala mereka meNang dan kadangkala mereka Kalah. apabila bersalah, kita bertaubat, inilah golongan kedua, dan kebanyakkan kita ummat islam, paling2 tidak pun kita berada di golongan ini.
3) Golongan ke3 ialah golongan orang2 Maksum, seperti para Nabi dan Para RASUL.
SENDI-SENDI KEKUATAN DALAM PERTARUNGAN JIWA.
(HATI)
hati lah yang akan jadi sendi kekuatan dalam kita meneruskan perjalanan ini,
apabila hati itu terus hidup lembut, bersih , dan cekal dan sentiasa mengingati kata2 saidina Ali
(AKAL)
Akal akan menjadi sendi kemenangan dalam pertarungan jiwa sekiranya akal itu dapat melihat,
mengetahui sesuatu dapat membezakan sesuatu dan dapat menyedut sesuatu daripada Ilmu yang kelak
akan di gunakan untuk mencapai tempat yang hampir dengan Allah,
mengetahui kekuatan dan kebesaran Allah.
Akal mukmin yang sedar itu dapat membezakan BAIK dan BURUK, antara
HALAL dan HARAM ,Maaruf dan Mungkar,
Cahaya Akal tidak DAPAT di PADAMKAN oleh sesuatu Kecuali MAKSIAT, KEKAL dalam
Maksiat,Terang-terangan Melakukan Maksiat dan TIDAK BERTAUBAT
TANDA2 KETEWASAN JIWA.
apabila hati itu telah mati , apabila akal itu terpadam dan tidak bercahaya atau menyeleweng,
pabila manusia tewas dalam pertarungan dengan Syaitan terbukalah pintu2 masuk bagi segala kejahatan kedalam dijwanya
Lagi2 kita tahu syaitan itu akan meresap dalam diri anak2 ADAM seperti mana darah
yang mengalir dalam diri anak2 ADAM.
selain itu penyakit paling bahaya yang menimpa mereka yang telah TEWAS ialah PENYAKIT WAS2.
Kubu Pertahanan dari Godaan Syaitan.
syaitan memasuki hati manusia melalui 10 pintu
TAMAK, dan JAHAT SANGKA, lantas aku hadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada setelah berusaha dan ikhtiar
CINTAKAN HIDUP dan PANJANG ANGAN2. lantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut tiba2
CINTAKAN KEREHATAN dan NIKMAT lantas aku hadapinya dengan meyakini bahawa nikamt itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.
KAGUM PADA DIRI SENDIRI (UJUB) lantas aku hadapinya dengan mensyukuri nikmat2 Pemberian ALLAH dan takutkan balasan siksaanNYA.
PANDANG RENDAH TERHADAP ORANG LAIN dan TIDAK MENGHORMATI MEReKA, lantas aku menghadapi nya dengan mengetahui hak2 mereka dan kehormatan mereka,
HASAD, lantas aku hadapinya dengan sifat Qanaah (berpuas hati dengan apa yang ada,setelah berusaha dan ikhtiar) dan redha terhadap pemberian ALLAH kepada MAKHLUKNYA,
RIYA' dan SUKAKAN PUJIAN MANUSIA-lantas aku hadapinya dengan sifat ikhlas.
BAKHIL, lantas aku menghadapinya dengan menyakini bahawa apa yang ada di tangan MAKHLUK itu akan binasa sedangkan apa yang ada disisi ALLAH itu kekal
TAKABBUR, lantas aku hadapinya dengan sikap tawadhu'
TAMAK- Lantas aku hadapinya dengan yakin akan balasan ALLAH dan tidak mengharapkan sesuatu daripada manusia
oleh itu sahabat2 saye, dan diri saya sendiri terutamanya, marilah sama2 kita kembali kepada ALLAh, jangan sia2kan HIDAYAH yang allah kurniakan kepada kita, jangan sia2kan NIKMAT Iman dan ISLAM yang ALLAH hadiahkan kepada kita tanpa kita minta ini.
maka, bersederhanalah dalam makan dan minum dan berpakaian,
jom banyakkan berzikir, istighfar dan membaca Al-Quran.
jauhi sifat tergesa2 dan sentiasa berhati2.
salam mujahadah, Ana Hafizah
No comments:
Post a Comment