Pages

.:My Dearest friends:.

Saturday, April 17, 2010

cerpen : ana bahabbat anti

Assalamualaikum wahai pembaca sekaliann…

Dah lama rasa tak update blog….

Maaf dehh…

Takde idea kut

Malas se lagi…

Pastu….hermm…alasan je byk…kiki…

Ok ..kali ni sy paparkan cerpen..wat hiburan dan pgjaran bersama dehh…

Citer zaman biler tah..

Tpi pernah di publish di satu blog…
have a good reading guys -->>


13 Disember 2008,pusat rekreasi hijau.


Aku memandang sayu air sungai yang mengalir deras dari air terjun sana. Suasana alam semula jadi ini, langsung tidak mendatangkan ketenangan kepada ku. Malah, aku semakin teringat satu persatu peristiwa yang menghantui aku. Namun.,lamunan ku mati apabila ada yang menyentuh bahuku
.
“Ema,…jom…makan sekali….kita datang sini…nak rileks….nak release tensyen..nak damai..tenang…bukan mengenangkan kembali apa yang Allah dah takdirkan…..” pujuk Kak Sue, kakak sulungku. Aku hanya tersenyum hambar. Meskipun bau BBQ sudah menusuk ke hidung, namun selera ku patah.


“Ema tak lapar kak…Ema….tengah cari ketenangan ni…harap…semua faham….”aku menoleh pula pada angah..dan kak cik. Mak dengan abah pun ada. Aku terus melangkah pergi.jauh dari keluarga ku/

11 disember 2008


“hey…anak bertuah…cepat..pengantin lelaki dah sampai tu….” Teriak mak. Aku kelam kabut,kasutnya belum pakai…tudungnya masih tidak kemas.


“EMa…cepat ambil ni…”kata kak Sue sambil hulurkan mahkota untuk letak atas kepala.adooiii…habis la…macam ni…ade juga cair make up aku nih.


“kak Sue…..Ema punya kerongsang hilang nih…”


“ya Allah…kau ni..masa nil ah nak cari……biar akak cari..hisy….pelik betul la….”


Sejurus kemudian. Aku dengan kak sue Berjaya keluar. Haha….walaupun selekeh sikit tak ape lah. Dari jauh..aku lihat kelibat Abang Fawwas, bakal suami ku. Kami akan di ijab Kabul sebentar lagi. Segaknya dia. Berbaju melayu ringkas dan sedondon dengan ku. Warna kuning air.


Kami berjalan menuju ke masjid, tok kadi pun..dan siap nak tunggu kami. Ermm….berdebarnya jantungku. Hisy….habis peluh percik dari wajahku. Mujurlah make up ku nipis sahaja.


“eh…tertinggal sijil kursus kahwin dalam kereta”tiba-tiba abang Fawwas bersuara. Sejenak, dia terus berlari anak kea rah kereta pajeronya.


“BUSH……..!!!!!!!!!!!!!”


“ALLAAHHH…………!!!!!”


Pusat rekreasi hijau.


Bahuku di sentuh lagi. Peristiwa yang baru sahaja bermain di minda ku hilang serta merta. Aku berpaling sedikit. Angah, sambil memegang pinggang yang terisi jagung dan ayam bakar.


“masih sedih lagi ke?” soalnya. Aku mengeluh kecil. Aku mencapai pinggan yang di hulurkan. Tak de selera langsung.


“hebat Allah kan??” soalnya tiba-tiba. Aku memandangnya, cuba memahami bait ayatnya.


“yep…DIA teramat sangat hebat….boleh menghidup suburkan…dan mematikan……” aku tunduk/.


“akhirnya,tersedar juga kita..bahawa hanya tuhan kekal selamanya……kan?” soalnya. Aku menggguk sambil memeluk lutut.


“Ema Faham tak..apa yang Allah nak tunjuk sebenarnya?” soal angah. Aku menatapnya,. Dalam.


“kuasa?” soalku. Dia menggeleng. Habis tu..apa??bukan ke..Allah buat sesuatu hanya untuk menujuk kuasaNya??


“Ema terlalu sangka buruk dengan Allah….Ema kenal tak ALLAH itu siapa??” soalan cepu mas. Aku bingung.


“kenal la////kan tuhan kita ….”


“kalau tuhan kita…siapa kita pulak?”


“hamba…”


“yep…itulah dia….’kita sentiasa layak diuji’ “kata Angah. Aku diam dan terpaku.


“dan…susunatur jadual Allah itu lebih hebat dari kita…angah Yakin…Allah pasti akan kurniakan Ema..seorang suami..yang benar2 ikhlas mencintai Ema…kerana tuhannya..kerana agama Ema..kerana akhlak Ema..dan segalanya yang telah di garisi Islam…” kata angah. Mata angah penuh sinar harapan. Harapan kepada siapa??Allah..ye…Angah benar2 yAKin dengan Allah.


“Ema tahu….angah selalu berhajat kepada sesuatu….angah minta dengan Allah…tapi….Allah takkan bagi direct pada Angah…Allah uji dulu…Allah gagalkan dulu…..lepas Angah bangkit semula…di situlah Allah Nampak usaha angah dan…..Allah itu tidak pernah mengecewakan angah.////walaupun sejenak….”kata angah..aku terpaku. Angah begitu Yakin, kenapa tidak aku??apa masalah dengan kepercayaan Aku kepada tuhanku??


Minggu seterusnya aku pulang kembali ke UIA. Ramai shahibah dan sahabat menghulurkan ucapan takziah mereka. Aku hanya mampu tersenyum hambar. Siapa tidak kenal dengan abang Fawwas, seorang amir di UIA. Yang memegang jawatan Jemaah Perwakilan Pelajar. Dia sangat hebat, Allah lebih sayang kan dia..aku sudah faham semua itu. Yang penting…sekarang…aku harus tumpu pada hidup ini. Hidup dia sudah berakhir, hidup ku..harus di teruskan dengan tabah.


Argh….lewat…kurang asam punyer Nora..tak kejut aku pun pagi ni..sengal sungguh sahabatku ni. Sell fish betul arr..dah lah pagi ni kulyyah ustaz Hamdan…habislah nanti..kena ceramah panjang dari kuliyyahnya. Abes sumer orang bengang dengan aku.


Sepantas kilat aku cuba berlari apabila keadaan di café kosong pagi ini.,semua student ada kuliyyah. Argh….3 minute lagi nak pukul lapan…siaplah….ini pelari maroton tiba mencapai pingat emas, dengar berbaju labuh dan berseluar putih,dan selendang putih,haha,,aku berlari macam hantu sesat kat univeristi islam antara abangsa…


“astaghfirullahhhhhhhhhhh…….!!!” Aku dan suara itu sama sahaja menjerit. Nilah balasannya lari tanpa lessen. Dan dah terbabas. Eeii…..bertembung dengan muslimin pulak tu..malula macam ni. Kami sama2 bangkit.


“asssiff jiddan…ana terburu-buru ni…..” kataku lalu terus blahh…adess…maafkan aku ustaz Hamdan, .

“bang…!!!” aku menolak pintu. Dewan kuliyyah jadi diam. Sunyi sepi..macam tak derk manusia langsung. Aku tersengih sumbing. Aihk??mane ustaz Hamdan??slalunyer dia ONTIME…


Aku melabuhkan punggung di sisi Nasyrah. Dia tersenyum sahaja.


“mesti anti hurry gilerkan…?” soalnya. Aku hanya mengangguk Hairan.


“mana ustz Hamdan?” soalku.


“hari ini kuliyyah batal…sebab..ustaz Hamdan ke Pineng….” Katanya. Ya Allah….penat sahaja aku berkejar. Huhu…sadisnya..


“ustaz ni..kenapa tak bagi tahu Awal2…ana nak cepat sangat sampai ana terlanggar dengan sorang muslimin nih…”ujarku. Nasyrah ternganga.


“muslimin?” soalnya lagi sambil terlopong.


“siapa?” soalnya. Entah…aku sekadar mengangkat bahu saja.


“ana rasa..ana tahu siapa,…..”kata Nasyrah sambil lirik mata nakalnya. Aku hairan…


“sebelum anti masuk tadi…ada..sorang muslimin ni..mungkin anak ustaz Hamdan yang beru pulang dari Yaman tu….dia umumkan yang ustaz Hamdan ada hal….” Kata Nasyrah. Aku hanya mengangguk.


“eh/…Nash…ana belum siap lagi assignment ustazah Hafizah..nak pergi maktabah ni….”kataku lalu mengangkat kembali beg ku lalu melangkah keluar. Dalam perjalanan. Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Mana kad Pelaja aku??Ya Allah…tadi aku bawa..mustahil. dalam beg pun tak de nih..hisy..berat kes ni.


“Assalamualaikum…” sapa satu suara. Isy..tengah kelam kabut nih. Aku memandang si pemilik suara.eh…ini…


“assif jiddan..ini anti punya kan?” soalnya sambil menghulurkan kad pelajar, tertera wajahku yang cumil dan namaku yang cantik. Adoi..


“ha’ah..kat mane anta jumpa ni ana tak perasan pulak.” Kataku lalu mencapainya.


“erm..tadi..anti terburu-buru sangat….sampai tak perasan anti tertinggal tu”katanya. Aku hanya tersengih.


“Syukran jazilan…nak masuk maktabah baru ana perasan…..ok..ana minta diri dulu…” dia sekadar mengangguk dan berlalu pergi


Rumah Ustaz Hamdan.


Hisy…apa yang ana fikir ni..astaghfirullah…….tesis tak siap lagi.duk mengelamun je ana nie. Hati ana..asyik berdebar je…stop la berdegup wahai jantung..eh..jangan..matilah ana…tiba-tiba bahu ana di sentuh. Ana kaget.


“subhanallah…ana teruna abi ni…..dari tadi baru muqoddimah kat leptop tu..mana isinya….wahai Assyahid Abdullah Azzam?” soal abi, ana tersengih malu. Adoii..abi ni..ada sahaja dia mahu mengusik,


“belum…ada idea nak buat muqAddimah abi…” bohongku, sedangkan ana duduk mengelamun mencari perasaan yang tidak pasti.


“hmm…sejak bila anak abi yang sorang nie…tak de idea nak buat muqaddimah?” soal Abi,aiseh..abi ni…ana diam.


“nampaknya ada sesuatu yang anak abi nak sangat kongsi dengan abi…..” kata Abi, ana menggaru kepala ana yang tidak gata. Malu dengan abi.


“mari..” abi ajak ana,pergi ruang tamu, ruang kami bergaul sesama keluarga. Ana menurut dari belakang.


“baiklah…mulakan…” abi memulakan bicara. Ana mati kutu nak mula macam mana,


“nampaknya..memang anta ada masalah dengan muqaddimah…” ana dengan abi sama tergelak. Malu ana di buatnya. Ana rasa memang abi dah dapat bau apa yang ana rasa.


“azzam…jangan pendam lama-lama,..nanti akan makan hati….” Abi mulakan bicara seriusnya. Ana diam sejenak, dan menarik nafas.


“ana…tertarik dengan sorang muslimah..”perlahan sahaja ana menutur, bimbang di dengar oleh Azwar. Adik ana suka sangat mengusik ana.


Abi kelihatan tersenyum.


“sudah sampai masa kamu agaknya Azzam….marilah..kita pinang dia…” tenang abi menutur. Aku segan. Dan..hati ana hampa sebenarnya,


“kenapa anta diam…masa tak sesuai ke?” soal abi.abi dapat kesan wajah ana berubah.


“tapi abi....dia dah berpunya…”


“astaghfirullahaladzim…..muhammad rasulullah……” abi beristighfar panjang. Ana tunduk.ana tahu..abi tak senang hati kalau keadaannya macam ini.


“istighfar banyak Azzam….sabar..nafsu tu..”ana lagi tunduk.


“kalau boleh..abah nak tahu..siapa muslimah pilihan anta tu….” Ana gugup. Argh…biarlah..ana lepaskan pada abi..lepas tu..ana lupakan dia. Ya Allah..bantulah aku….


“di..dia…Asma’ Humaira Abi…” kataku perlahan. Tiba-tiba abi tersenyum. Abi memandang sekeliling.


“syukur Alhamdulillah/….”kata abi. Subhanallah..kenapa dengan abi ni?sedangkan wanita itu sudah pun berpunya,


“kamu tahu ke dia dah berpunya atau tidak?” soal abi. Aik…anak murid abi.tak kan abi tak kenal.


“sebab..jari jemari dia masih merah abi…..mungkin baru lepas kahwin…” kata ana sayu. Abi menepuk bahu ana.


“bulan depan….dua bulan lagi…kita pinang..minggu depan..abi suruh ummi merisik…” ana tersentak, biar benar abi ni. Abi terus bangun meninggalkan ana yang terkulat-kulat.


“abi….!!” Teriak ana.


“Alhamdulillah.!!!” Teriak abi dari ruangan dapur. Tiba-tiba tak ana duga, AZWAR muncul, ana kaget. Dia tersenyum penuh makna.


“Azzam..maafkan Azwar…” katanya sambil melabuhkan punggung sebelah ana. Ana memandangnya aneh. Buang tebiat ke ape budak nih.


“limaza?” soal ana. Dia sengih.


“sebab….Azwar dah dengar semuanya perbualan Azzam dengan abi….” Dia terus bangkit dan berlari ketingkat atas.


“Azwarrr…!!!!” teriak ana sambil mengejarnya. Dia terus menutup pintu, kedengaran abi dan ummi dari dapur marah2. Isyhh….matilah ana.


1 Disember 2008


“maaf makcik…ana ada hal semalam..terpaksa tangguhkan makan malam kita…” sopan sahaja abang Fawwas menutur kata, mak tersenyum senang.


“taka pa lah Fawwas…biasalah tu….jom…pak cik dah tunggu kat dalam sana….” Ajak mak, aku dari dalam rumah tersepu malu, terus berlari kedapur, melihat kak sue yang sedang masak gulai lemak cilia pi,kesukaan abang Fawwas,


“ha..dah sampai ke putera idaman tu?” soal kak sue, aku memeluk kak sue dari belakang.


“ye la kak sue….handsome sangat dia hari ini…”pujiku, tulus, wajahnya bersih dan bersinar, tak ,muak memandang. Bias luruh jantung ini.


“sudah…pergi ambil pinggan mangkuk semua….cepat hidang..lambat pula nanti…..”pesan kak sue, dengan riang hati. Aku menyusun segalanya.


“hai…kenapa tak makan wahai cik Asma’ Humaira??” soal kak sue tiba-tiba, semua yang sedang makan memandang aku, aiseh..tak sedar, lama benar aku memandang abang Fawwas. Abang Fawwas sekadar tersenyum manis. Kak Sue ni memang laaa….


Ada yang menyentuh bahu ku, segera ku kesat air mata yang entah bila tumpah ke bumi. Nasrah??


“hey..kenapa nie Ema?” soalnya. Hati terasa sangat pilu, segera ku dakap dia. Menangis semahu-mahunya. Dia mengusap belakang ku.


“sabar Ema…ini dugaan anti….sabar ye..Allah senyum dengan ketabahan anti…” pujuknya. Tangisan ku semakin galak. Apabila melihat cincin di jariku.


“dia terlalu baik Ema…Baik…” aku teresak2, sesekali angin memori datang menerpa, aku tak boleh nak haling jiwa ini dari terus mengingatnya.


“memang ..sebab itu Allah sayang kan dia….jangan bimbang Ema…dia milik ALLAH..dan Allah pasti hantarkan penggantinya…..” pujuk Nasrah lagi. Aku diam, esakan semakin kendur. Mata ku kesat dengan tisu yang sudah lunyai.


“Assalamualaikum….”muncul satu suara. Masing2 memandang, Azwar??


“maaf menganggu….” Katanya sambil melabuhkan punggung di hadapan kami.


“ye..ada apa Azwar….??” Soalnya pada juniornya dalam jurusan yang sama. Anak ustaz Hamdan. Siapa yang tidak kenal, tidak kurang juga hebatnya dalam berceramah dan member tazkirah.


“Azwar…erk…Cuma…erk..nak kenal2 je dengan ukhti…Asma’ Humaira….boleh kan?” soalnya. Aku memandangnya hairan, aphal pulak budak nieh…


“maaf…Azwar….nak ucapkan salam takziah…maaf sangat sebab..Azwar lambat tahu…” katanya. Aku hanya tersenyum.


“sudah lah Azwar, sudah berlalu pun….kak Ema..dah tak nak kenang lagi….”


“jadi…kak Ema nak mulakan hidup baru?” soalnya. Aku mengangguk. Nasrah juga tersenyum senang.


“kalau…ada pengganti abang Fawwas macam mana?” soalnya. Aku kaget lalu memandang Nasrah, begitu juga reaksi Nasrah. Kenapa dengan budak, ni.


“kak Ema tak faham apa maksud Azwar..tapi….satu je..kak Ema belum bersedia terima sesiapa lagi….” Kataku jujur. Bagai semalam aku melihat wajah abang Fawwas.


“kak Ema…sedangkan nabi itu menyuruh ummatnya agar percepatkan nikah, keluarkan zuriat yang boleh gemilangkan islam…kenapa harus di tangguh semata cinta yang tidak keka;l??” soalan itu benar2 menusuk hati sanubari ku. Nasrah memandang ku.


“Azwar….perasaan cinta dan sayang itu..anugerah Allah….siapa pun berhak untuk rasa…dan…yang penting..keikhlasan dan perhubungan la…membuatkan kak Ema sangat sedih…” terang Nasrah bagi pihak ku.


“tapi kak Nash….cinta itu hanya illusi semata…mengaburkan pandangan mata hati…dan menutupkan pintu hati kak Ema…pada mana2 muslimin lain….” Katanya lagi tidak berpuas hati.


“Azwar..dengar kata kak Nash….. hati kak Ema sangat lembut….dia mudah mencintai dan di cintai,…inilah naluri wanita Azwar….” Terang Nasrah, aku hanya tunduk mendiam diri. Aku hairan dengan tindakan Azwar, kenapa dia bersungguh-sungguh menyoal pasal ini??


“maaf…Azwar faham kak Nash..kak Ema…Cuma…ada lagi insane yang tulus dan sayangkan kak Ema dari jauh…dia juga mencintai kak Ema…..dengan setulus abadi….percayalah kak Ema…pemergian abang Fawwas…bukan satu kehilangan….ada penggantinya. Dan…tunggula….” Azwar terus bangkit meninggalkan kami. MasinG2 dalah keadan bingung.

Adduh…sakitnya leher ana ni…dah seharian ana duduk dekat maktabah ni buat research…..ana dapat satu muqaddimah yang sangat baik, dan bait2 ayat yang sangat gramatis, tenangnya disini.tesis ana akan siap tak lama lagi, mungkin seminggu dua lagi. Dari jauh,..ana terlihat satu kelibat yang ana kenal..Asma’ Humaira. Astghfirullah..kenapa dengan ana nih??ana memandang sekeliling, bilik multimedia ini sudah penuh, tiada satu pun computer yang kosong,masing2 sibuk dengan assingmnet. Ana yakin, Asma’ datang sini..pasti mahu siapkan assigmnentnya. Dia kelihatan seperti mahu keluar, ana segera mendapatnyanya.


“Asma’ Humaira/….”ana memanggil dia berpaling, wajahnya mendung,matanya agak bengkak sedikit.


“eh…anta??” soalnya sambil tersenyum.


“anti datang sini untuk apa??” soal ana. Walaupun ana tahu di tangannya ada fail assignment.


“tak…ana datang nak siapkan assingmnet ni…tapi…dah full la….tak tahu bila boleh siapkan…”katanya. Timbul satu idea gila ana.


“apa kata anti guna leptop ana…” dia terlopong melihatku.


“leptop anta…eh,…tak payah la….lain kali je la ana siapkan assigmnet ni….”katanya serba salah.


“erm..begini sebenarnya..ana ada hal dengan ustaz Hamdan…jadi….boleh minta tolong jagakan??” soal ana, harap2……… dia lama memikir.


“erm….boleh juga,,,tak pe lah….boleh la kalau ana buat assigmnet??” soalnya. Aku mengangguk senang.


Dia terus melangkah masuk ke bilik itu dan mencapai leptop ku, jari jemari merahnya terus menari-nari diatas keyboard. Milik siapakah mu,??

Aii…baik benar muslimin ni,??tak pasal2 bagi leptop kat aku, tak tahu ke aku ni penjenayah siber,haha…biar aku hantar segala macam jenis virus dalam leptopnya. Haha..eh..ape aku ni..orang tu baik2 la.a…dah lah..handsome..ya Allah..teringat pulak kat abang Fawwas…perwatakan mereka macam lebih kurang je….isy…astghfirullah…bismillah…mulakan assigmnten…


Ooo..jadi…namanya…Abdullah Azzam..bin moHd Hamdan….sah la dia ni anak ustaz Hamdan,…baik…dari Yaman….tengah buat tesis…isy..ape aku nih…dok chek orang punyer privasi…isy2 teruk2….


Ahh…siap pun…Hah…!!!! 4.00 petang dah…mak aii…sengal betul…pelik la..lama benar si Abdullah Azzam ni jumpa ayah dia..entah2 dia tahu aku nak guna lama,..sebab tu dia tak mai..isy..aku da nak balik nih…tak kan nak tinggal leptop ni sorang2 jerk…habis kena cekup.dah la baru lagi…Hp lagi.


“Assalamualaikum….Nasrah….ni ana ni..anti kat mana??”


“masih di café….?apa kata..anti masuk bilik multimedia sekarang??” pintaku, sejurus kemudian talian di matikan,keadaan bilik ini semakin lenggang,aduhh….lama bangat sih…dia ni pun satu…macam cips more je.

“ASSALAMUALAIKUMMM…maafkan ana..Ya Allah..ana tak teringat pun..assingmnent anti dah siap??” soal Azzam tiba2, aku bangun mendadak.erkk….


“erk..dah siap pun…baru je…..” bohong ku.


“syukran Jazillan…erk…..:


“panggil ana AZZAM….”


“erm…Syukran Saudara…ana pergi dulu….”kataku,eeiii…seganla duduk lama2..nanti apa orang kata.
Dari jauh Nasrah tercegat depan pintu bilik multimedia sambil memeluk tubuh.


“ha,…ada rahsia dengan ana tak?” soalnya.hhmm..kenal sangat..nampak sangt dia memang nak tahu apa yang berlaku antara kami tadi.


Aku pun mulakanlah cerita. Simple..present tense..ops..salah..

Kenapalah dengan ana nie..tak keruan sangat jadinya bile berdepan dengan makhluk Allah yang sorang tuh, ana masih bingung dengan abi dan ummi, ana nak Tanya…terasa segan la pulak…ana tunggu je lah..ohh..tesis ana belum sempurna lagi…


Segera ana mengeluarkan leptop dari beg,tiba-tiba…ana terkejut. Astghfirullah///macam mana….kad pelajar Asma’ Humaira boleh ada di sini??esok ana tak pergi kampus…erm…terpaksalah ana pergi untuk pulangkan kepadanya.


“Assalamualaikum ya Akhi……” sapa satu suara. Aahh..ana kenal suara itu,kalut ana menyimpan kad asing itu, nanti mendatangkan fitnah pula.


“hmm…Azzam sembunyi apa dari Azwar??” soalnya, dia ni..ada 6th sense ke boleh hidu gelabah orang??


“tak ada Azwar….ana nak buat kerja ni….jangan ganggu…..”kata ana lembut, dia senyum meleret. Kemudian dia sentuh dan memicit2 bahu ana. Ni mesti ada apa2 nih


“Azwar…” panggil ana.


“erm…”


“ada apa ni??” soal ana.

“nak tahu satu cerita hangat tentang Asma’ Humaira?” soalnya. Terbeliak mata ana memandangnya.


“hangat War??yang baik ke tidak?” soalan pertama. Azwar muncung.


“of course la yang good punya….ini bukan khabar angin..tapi..khabar hujan….” Katanya..aik///kiasan semacam je…


Malam itu…baru ana tahu apa sebenarnya berlaku dan siapa sebenarnya Asma’ Humaira yang telah Berjaya curi hati ana tu. Tabahnya dia..hari-hari dia hanya mengukirkan senyuman manis buat shahibahnya..ini membuatkan firasat ana kuat untuk menjadikan dia calon isteri ana sebelum ana berangkat kembali ke Yaman, dengan harapan…Allah makbulkan. Amin….


Ya Allah…mana pulak kad Pelajar aku ni??sejak kebelakangan ni memang tak reti duduk diam la mende alah tu…macam ade kaki pulak, hamper saja 360 darjah aku pusing di dalam bilik.


“hey…towwaf ape tu..cari apa??” soal Nora..roomate ku,tapi lain jurusan.


“kad pelajar…smalam ade lagi…”


“tinggal kat mane2 kot….blog 5 ke??maktabah ke..or…..”


“hah..!!!bilik Multimedia…..kat sana mybe…..syukran Nora…uhibbuki fillah…Asslamualaiku…” aku terus meluru keluar, matlamat utamaku kini. BILIK MULTIMEDIA

“tapi cik tak boleh masuk kalau tak de passs……” kata seorang pegawai kepada seorang muslimah, ana kaget, dari jauh macam ana kenal je siapa muslimah tu.


“masalah nye skarang ni pak jaga….pass ana ada kat dalam….tu..kat meja tengah tu..tak caye…pak jaga gi lah ambil….” Arah Asma’Humaira. Ini mesti dia cari kad pelajar dia.


Pak jaga tu masuk kedalam. Asma’ Humaira tunggu di luar dengan perasaan marah. Huhu..takutnya ana nak tegur.


“Asslamualaikum…” dia agak tersentak.


“waalaikumussalam..eh..anta….apa anta buat kat sini pagi2 macam ni???” soal dia, nak tergelak pun ada,


“sepatutnya itulah soalan ana nak Tanya anti….dah lah berdua sahaja dengan pak jaga tu…”ternyata terdengar kata2 itu terus dia tunduk, malu dan mungkin rasa bersalah kerana datang sorang diri.


“ana Cuma cari pass ana….hilang….”suaranya kendur. Ya Allah…terasa hati rupanya, ana bergurau je.


“hmm…sebenarnya..pass anti ada pada ana…..nah…”kata ana lalu menghulurkan. Wajahnya diangkat sedikit sahaja, hamper tak kelihatan wajahnya.


“syukran..kalau anta bagi tahu ana awal2…tak de lah jadi macam ni…” suaranya seakan merajuk, dia terus berlalu pergi,maafkan ana….ana…isy….apa lah ana ni…tak pandai jaga hati muslimah langsung….mesti dia sedih..Ya Allah…berikan lah khabar gembira kepadanya.


“hey..kenapa ni…sedih je….ada masalah??” soal Nasrah.hurm….aku diam je sambil bermain pass di tanganku.


“Nash…”panggilku dia menatapku,sedia untuk mendengar segala macam luahan hati ini.


“kenapa ni Ema…anti teringatkan…Arwah lagi??” soal Nashrah.aku segera menggeleng.


“tadi ana kena marah////ana tak sangka la pulak mende ni akan berlaku..ana rasa berdosa sangat…”kataku jujur. Nasrah semakin aneh/.


“hurm…story from begin…”katanya.


“erm..macam nie…pagi tadi kad ana ni hilang…ana teragak la tinggal kat bilik multimedia, masa tu..pagi lagi..hanya ana dengan pak jaga je la yang ada…tak sangka timbulkan fitna di depan mata Abdullah Azzam…”laju ku menutur.


“hah??dy kata apa?” soalnya.


“katanya…ana tak boleh datang seorang…bahaya…fitnah…entah la…hati ana tak tenang…bila dia cakap macam tu…seolah2…dia akan ubah pandangan dia terhadap ana/////ana takut kalau dia dah tak baik dengan ana lagi sebab perangai buruk ana…..”ujarku penuh khawatir.


“erm..kes anti ni..bukan lah serius sangat cik adik oii…setakat si Abdullah Azzam tu..ape lah kisah…dy ok je la…..tak de simpan suuzzhan dengan orang..percaya deh..”kata Nasrah,aku hanya mengangguk

Hairan,petang itu, mak suruh aku pulang, kak sue juga terpaksa pulang dari Klang, angah juga, ada apa ya..jamuan kesyukuran ke mak nak buat??or tahlil untuk arwah abang Fawwas?tak kan la…walaubagaimana pun. Aku terus berangkat kesana.


Sampai dirumah, aku lebih memilih untuk istirehat dalam bilik, kerana mak macam sibuk je berbual dengan mak long dan mak ngah, apa yang gempak sangat nie.sedang aku memusingkan diri untuk mengetahui hal sebenar, daun pintu terkuak.


“ASSalamualaikum…” kak Sue,


“Waalaikumussalam..kak Sue…masuklah…..” kak sue melangkah, dan duduk di birai katil.


“Allah memang sayangkan Ema…”katanya. Hairan.


“kenapa kak sue..apa sebenarnya nie?” soalku ingin tahu.


“ada rombongan meminang Ema….” Aku terlopong. What??this is a dream righat…tak sampai dua bulan lagi abang Fawwas pergi.


“daripada keluarga mana?kita kenal ke?” soalku lagi. Kak sue menggeleng.


“tapi….kak sue Yakin..perwatakan dia…mesti sama dengan Fawwas..sebab..akak kenal dia….”


“kak sue kenal ‘dia’ “ kak sue mengangguk.


“siapa kak sue….” Soalan aku belum terjawab. Kak sue terus bangkit.


“jomlah keluar..ibunya ada adik dia pun ada…Cuma..dialah yang tak ada….” Oo…jadi sekarang aku faham kenapa semua tergesa-gesa balik. Aku dan kak sue terus melangkah keluar. Aku agak kaget melihat Ustaz Hamdan. Azwar dan Ustazah Hamidah. Terpaku sejenak aku,melihat kotak baldu yang dalamnya terhias satu cincin permata yang berkilau. Lama aku terpaku.

“Ema…tercegat kat situ buat apa..mai sini..” panggil mak, aku tersentak,aku melabuhkan punggung di hadapan mereka, sesopan yang mungkin..


“macam mana…stuju tak Ema??” soal mak tiba-tiba, aku kaget.stuju apa nie??tak hujan tak rebut tak..taufan….tsunami..tetibe je soalan cepu mas datang.


“erk..stuju…ape??” soalku. Kedengaran ustazah Halimah dan ustaz Hamdan ketawa kecil.


“Asma’ Humaira…kami datang nie..bagi pihak anak lelaki kami…datang ingin menyunting anti..jadi bidadari hidupnya…di syurga kelak…” lancer sahaja ustazah menutur,lalu memandang suaminya. Aku kaget..jadi…ini adalah rombongan meminang..abdullah Azzam?kenapa dia lakukan dengan terburu-buru.


“macam nie..mak cik..sebenarnya…ana..tak kenal dengan anak mak cik….” Jujurku. Mereka saling berpandangan.


“kamu mahu taa’ruf dulu ke Asma’ Humaira??” soal Ustaz pula. Aku diam. Malu lah…


“ana rasa tak perlulah kak Ema….cinta selepas kahwin itu lebih abadi dari cinta sebelumnya…”Azwar bersuara. Aku memandangnya. Kini. Aku mengerti maksudnya. Dia hanya tertunduk segan kali.


“benar tu Ema…..bukan ke Ema dah kenal dengan dia??” soal Mak. Aku mengangguk. Macam mana berita ni cepat sangat tersebar eak??adeehhh….malu lah…


3 Mei 2009


“Ya Allah…anak dara bertuah..hey….bangun….pergi mandi sana…..orang semua bertungkus lumus kat dapur dia sesedap je landing free///”bebel kak sue pagi2. Aku memandang tanganku yang merah pekat. Terbayang kenangan saat aku bakal di ijab kabulkan. Apakah, Allah akan atur..seperti aturan abang Fawwas.


“kak sue…akad nikah buat kat mana??” soalku. Kak sue senyum.


“rumah je sayang….dont woory….Allah itu maha Adil…” kata kak sue…sayu je. Alamak…mataku berair nih..segera aku mendakap kak sue, menangis dalam dakapannya.


“shu…dah besar…buat apa nak nangis lagi….cepat…pergi siap sedia….” Kata kak sue. Aku sekadar mengangguk sambil mengelap air mata yang masih bersisa.

Ya Allah..kenapa lah pulak rasa panas nih??ana mengebas2 baju.


“Azzam..anta panas ke??” soal Azyad, abang kedua ana. Aku malu sendiri,


“boleh kuatkan air cond tak Yad??” pinta ana. Dia tersengih.


“kalau dah nervous…duduk la dalam peti ais pun….rasa panas punya…” Azyad menyakat. Ana menggaru kepala yang tak gatal, ahh..hampir sampai,


Ana Cuma berbaju kemeja warna ungu, warna tema kami.bagaimana agaknya rupa bakal isteri ana??sedihkah dia..atau..pasti dia terimbau lagi kenangan bersama Fawwass…sahabatku..


Dari jauh lagi kelihatan berpusu2 para tetamu meriahkan majlis kami. Ya Allah…berdebarnya ana…jangan gagap masa nak akad nanti sudah….habis ana.


Sampai sahaja,kami di sambut mesra oleh keluarga Asma’ Humaira. Dan saudara mara keluarga ana yang sudah sedia menunggu. Sepatutnya akad nikah di lakukan di masjid…tapi dengar kata…atas permintaan Asma’Humaira sendiri…hurm..pasti dia ada alas an tersendiri.

Alhamdulillah..beberapa minute yang lalu, aku selamat di ijab kabulkan sebagai seorang Isteri, setelah upacara membatalkan air sembahyang, kami sendiri yang bertungkus lumus mengemas kawasan.


“ya Allah….hey…pergi masuk bilik nu..”arah kak Sue.


“kenapa…awal lagi la kak sue….ni..banyak lagi pinggan tak basuh nie…” protes ku,


“la..dah nama pun raja sehari…kena la layan suami…” aku malu sendiri, segan la pulak bila sebut nama “suami”


“Ema..”panggil satu suara. Ya Allah..Nasrah… aku terus mendakapnya.


“apsal lewat…??” soalku.


“kami…satu bas tersekat dekat satu kemalangan…….” Aku tergamam.


“ke..ke..malangan???” soalku tersekat2. Nasrah mengangguk.


“dahsyat jugak la…dengar kata sorang maut…” kata Nasrah. Jantungku berdegup kencang. Aku terus melilau mencari kelibat Abang Azzam, no…I must find him.


“eh…Ema..Ema…” panggilan Nasrah tidak ku peduli. Abang Azzam. Aku terus berlari naik ke bilik kami, tak ada,.aku turun pula, ke ruang tamu, tiada. Mana dia. Ya Allah..tolong jangan uji aku dengan kehilangannya. Aku tak keruan,. Aku berlari pula ke dapur, dan…..aduhhh..aku terlanggar satu kelibat nie.


“Astaghfiruullahh…..” suaranya. Aku mengangkat wajah. Dia..masih ada depan ku. Mataku berair..dan..air hangat tumpah ke bumi.


“abang…….!!!” Teriakku sambil terus mendakapnya. Saat itu, wajah abang Fawwas bermain di tubir mataku, tapi..aku cuba buang jauh2 kerana…di hadapan ku kini adalah kenyataan..bukan illusi semata.. aku hidup dalam alam relity kini. Semua mata-mata di dapur kaget memandang kami. Yang sedang sibuk juga, berhenti sejenak menyaksikan drma free ini.


“Ya ALLAH..ada apa nie Asma’??”soalnya di telinga ku,perlahan sahaja. Dia mengusap belakang dan ubun2 ku. Terasa indah di perlaku begitu.


“abang….jangan tinggalkan ana….” Rintih ku, saat itu, aku hanya sedar bahawa aku masih dalam dakapannya. Di hadapan orang ramai.


“Asma’…Allahkan ada…..abang milik Allah..dan Asma’ juga milik ALLAH…kitakan kembali padanya….jangan terlalu sayang pada manusia..sayang…..” aku hanyut dengan kata-katanya, mendamaikan jiwa.


Ahh…malunya..habis semua tersenyum nakal kepadaku, entah apa tanggapan mereka agaknya, mase tu…emosi aku tak berapa nak stabil, mana lah boleh kawal,dari tadi kak sue asyik sengih je,kadang2 ade jugak sakit hati ni. Tapi..entahlah..malu jugaklah dengan Abang Azzam…macam manelah tindakan reflex aku macam nie..isyyy….!!!


SUBHANALLAH…peristiwa siang tadi benar2 menampar ana. Isteri ana peluk ana depan orang ramai, mungkin ana tak berapa malu..tapi yang penting..ana faham perasaan dia ketika itu..pasti dia terimbau pada Fawwas,,,tambahan pula siang tadi ada kemalanga. Tenteramkan hati isteriku ya Allah//.ana pohon..semoga rumah tangga yang di bina ini…akan jadi satu taman-taman syurga buat kami sekeluarga. Tapi…minggu depan ana dah kena balik Yaman..hurm….kasihan lah isteri ana keseorangan..tapi ana dah minta Allah jagakan dia..jagakan diri ana jua, supaya dia tak bimbang. Ana akan jaga dia…dan bawa dia jadi bidadari syurga buat ana. Ammin…



p/s:Sape YANG PErNah BcE citer ni SiLA2 komen2 LAGi eaaakkk….citer ni dah lame berkurunnn….zaman dinasoUr lagi……haiihhhh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3