Maaaff…..dah lama tak update blog…
Malas mungkin..
Takde idea pun mungkin…
Dan..semestinya ilmu tak kan cukup…….
PROLOGUE INSANIAH…
Makin lama diri ini lalai, lalai dan lalai. Lalai memikirkan hal-hal dunia.
Kemana aku sambung belajar, apa pekerjaan ku, apa nasibku seterusnya. Bagaimana dengan jodoh ku?? Macam mana?? Macam mana?? Macam mana??
Ahh….tak mampu…kalau di fikirkan, aku bisa pusingg….pening..penat dan tak berdaya lagi memikirkan, kerana apa?? Kenapa??
Makin aku fikir, makin aku rasa lemah. Bagaimana perancangan ku?? Jadi kah tidak??berjaya kah tidak?? Adakah ia akan berjalan lancar?? Adakah aku akan Berjaya pada masa akan datang??
Mak…ayahhh??kenapa tidak perdulikan aku??kenapa semua insane tak pedulikan aku?? Hina sangatkah aku,,,adakah aku ni Jijik sangat? Teruk sangat?kenapa aku di buang begini sekali., tiada manusia pun yang menghargai aku..?? siapa tiada siapa??uhhh…..alahaii nasibku begini…
Kawan-kawan….selalu mengutukku, selalu mengumpa. Ada bersama bila gembira. Menghilang kan diri pabila diri ini dilanda gelisah dan masalah. Mana mereka…kenapa??tinggalkan aku sendiriaan?? Manakah sahabat yang sering bersama? Berjuang bersama,..manakah sahabat yang dulu bersama-sama di tarbiyyah di satu tempat. Manakah teman2 yang sama2 berjuang dahulu. Dimanakah merekaa???
jOdohh…ohh…siapakah mahukan diriku??? Adakah insan yang masih inginkan ku. Puas ku mencari…tiada yang mahu..adakah diri ini tidak laku? Tiada harga diri? Agaknya berapakah nilai diriku?? Mengapa..wanita tidak mahukan aku…..aku kaya..aku punya wang..aku punya kerjaya dan kereta…kenapa??tidak mahu aku??manakah wanita solehah? Yang jadi penyejuk mataku, yang peringan beban hidupku, yang mengindahkan dan memudahkan urusanku. Bilakah aku kan punya isteri cerdik dan solehah?yang mampu memberikan zuriat buat penyambung perjuangan di jalan Allah?? Bilaaa…..
Oh…lelaki….buruk sangat kah paras ku?? Tidak maniskah senyuman ku?? Apa aku tidak indah di matamu wahai kaum lelaki?? Mengapa aku tidak bertemu jodoh lagi? Mengapa??mengapa??Tuhaaann?? penat sudah diri ini mencari jodoh..mencari lelaki yang setia..tiada..lelaki manakah yang soleh..yang mampu memandu bahtera rumah tanggaku kelak. Lelaki manakah yang mampu memandu bahtera ini melayari kehidupan rumah tangga?? Mana?? Layakkah aku dapat lelaki seindah begini?? Lelaki yang mencintai agamamu..
MASALAHHH???ohhh…Masalahh..Ya Tuhan…aku ada masalah..kawan-kawan aku ada masalah..mama..papa saya ada masalah….masalah saya besar,..macam mana ni…..mengapa aku sering diuji. Aku tak larat…
Aku sudah penat….
Penat…..
Tak mampu berdiri lagi…
Siapakah yang mampu menanggung masalah sebesar ini…
Teman2ku ..bantulah aku, aku ada masalah..siapa..dengan siapa aku bisa mohon pertolongan.
Mengapa aku selalu di uji,. Mengapa ujian berat sebegini buat ku??arghhh….aku ingin mati saja. Moga2 beban ini berakhir,
CINTA….betulkah cinta itu buta. Aku hanya ingin mencintai dan di cintai…salahkah diriiku??aku juga ingin di sayangi dan menyayangi..salah jugakah?habis tu, bersama siapakah aku ingin berkongsi rasa. Aku suka padanya, kerana dia pandai menarik minatku, dia pandai memujukku, segala-galanya, aku cinta dia..cinta…cinta…..dia baik. Selalu perihatin bersamaku.. selalu bersamaku saat ku sedih. Dia menghargaiaku..aku sayang dia..aku cinta. Dia…dialah segala-galanya bagiku…..
ALAMAKKKK…esok nak EXAM..tak baca apa lagi…macam mana nie???nota??mana nota aku?? Mintak dengan lecture la…sedut je la..isyy..nyesalnye tak baca,…tuhan..ala…jawap je la…dah salah aku ..sapa suruh tak studi..salah aku..salah aku…padan muka aku
Adui~~~ tak larat da nak tulis…hurm~~
Kalau anda pernah luah kata2 di atas ada IBARAT SEPERTI TIADA TUHAN,,,nauzubillah.
SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN MENGUJIMU.
Firman Allah taala dalam kitabNya yang agung.
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka di biarkan (sahaja) mengatakan : “kami telah beriman”,sedang mereka tidak layak di uji lagi????Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya mengetahui orang-orang yang dusta. (AL-‘ANKABUT:2-3)
ayat ini menjelaskan mengapa manusia, atau hamba-Nya, atau lebih khusus lagi mereka yang beriman di uji oleh Allah taala. Adakah cukup dengan mengatakan islam di bibir, cukup sekadar mengucap kalimah syahadah? Adakah dengan kalimah “Lailahaillallah” . sebenarnya dengan ujian inilah Allah ingin tahu tahap keimanan kita, sama ada kita ini benar-benar beriman dan bertaqwa pada-Nya atau sekadar seorang “PENDUSTA AGAMA?”
Allah berfirman lagi dalam kitab-Nya yang terunggul.
“dan kami jadikan sebahagian kamu cubaan bagi sebahagian yang lain pula.MAHUKAH KAMU BERSABAR??dan adalah tuhanmu yang maha Melihat (AL-FURQAN :20)
Sungguh…walaupun kita sering bicara ISLAM ADALAH AGAMA YANG MUDAH. Tetapi ia sebenarnya berat untuk di laksanakan kerana ia penuh dengan ujian. Dan islam itu tidak dapat di jalankan melainkan mereka di uji terlebih dahUlu.
Sungguh…salah satu sebab kekalnye agama ISLAM sehingga kini kerana ia hidup bersama-sama orang2 yang diuji. Haha……..bila di uji,,maka kita akan lebih kuat mnghadapi ujian seterusnya, sebab itu ISLAM hidup atas ujian….atas mereka yang kental di uji, Hingga Allah tahu KEJUJURANNYA, KETULUSANNYA,KEJELASANYA SERTA KETEGUHAN MEREKA.
Saya tertarik dengan kata2 Ibnu Qayyim…(semoga Allah merahmatinya ) katanya apa…
“Wahai orang2 yang mempunyai tekad yang Lemah, sesungguhnya jalan itu sangat sulit dan panjang, NUH a.s berduka cita dan menangis, NAbi Zakariya A.S Di sembelih. Nabi YahYa A.S Di bunuh. UMAR R.A di bunuh. UTHMAN R.A di tusuk dan bergelimang darahnya. ALI karamallahuwajhah. Di bunuh . saidina Hamzah di bunuh dan di mamah jantungnya. Para imam dan alim ulama’ di sebat dan di masukkan kedalam penjara. BERANIKAH KITA MENEGAKKAN ISLAM???????????????????????????
Oleh sebab itu, mintalah bantuan dengan Allah wahai para mujahid, jangan gentar, jangan takut kerana Allah bersamamu, Allah tahu kelemahanmu di mana. Allah tahu,…DIA TAHU SEGALA-GALANYA.
WAHAI DIRIKU……
Jadi…cubaan dan ujian ini merupakan sejarah penubuhan agama “LAILAHAILLALLAH..” di muka bumi ini.
Ambilah kisah2 sejarah dari para nabi2 terdahulu . bagaimana mereka di uji. Bagaimana kuat dan ketal nya mereka. Mereka tidak merungut. Mereka tidak hidup mewah..seluruh jiwa dan raga mereka,…di serahkan seratus peratus% atas jalan dakwah atas jalan islam..
Mengapa kita tidak ambil kisah pada akhir zaman ini??mengapa kita rasa dakwah tidak penting??mengapa kita rasa kita tak layak di uji…??hurmm~~FIKIR2KAN LAH
“Allah sedang berbicara kepadamu tentang SABAR dan IKHLAS… SABAR dan IKHLAS itulah Islam”
Saje je selitkan ,,,sebab ingat tak kisah fahri di penjara tu??? Hehe…..Fahri rasa dia suci je..kenapa dia di uji..isy…perasan la tu dy hebat sangat..konon2 orang baik macam dia tak payah di uji..hehe…..jahat la pulak…Ok….
Akan datang saya akan paparkan beberapa PERMASALAHAN BERKENAAN DENGAN UJIAN………ini adalah rumusan dari segalanya…..hurm~~~ada2 je saya nie…Ok..i.Allah..
Salam mujahadahh…
Salam penuh kesabaran….
Ada apa2 soalan bLeh tanya…
Jangan malu2 jangan segan2…
Sungguh org yg malu bertanya..sesat jalan…
Eh..tiba2 teringat kata2 DR. AZIZAN….
4 GOLONGAN ORG YG DAPAT 4 KALI GANDA PAHALA.
1) org yang bertanya
2)org yang menjawap
3)org yg dengar
4)org yang kasih akan tiga golongan di atas..
Renung2kan dan selamat beramal..huhu..=)
BUKU DR AIDH ABDULLAH AL-QARNI/JAGALAH ALLAH..ALLAH MENJAGAMU/CETAKAN2006/TERBITANALHIDAYAH
No comments:
Post a Comment