Pages

.:My Dearest friends:.

Tuesday, February 22, 2011

.::Keliru::.

yep, tengah keliru skrang, dah istikharah dah, masih lagi blur sebenarnya, sama ada nak tukar kos ke tidak...dari Architecture  ke Economics...

ahh...siksa tau....

sejujurnya saya sebak tgk orang sedang mewarna or melukis, sebab saya tak mampu lakukannya, tangan saya bukan untuk itu, saya tak boley buat sebenarnya. saya tak pandai untuk teruskan bidang dalam architecture ni....

saya suka subjek membaca...tolonglahhh....bagi saya nasihat, tak kesah lah ape pun...same ade nak suruh saya duduk dalam AED ni or tukar..

SAYA TAK NAK MENYESAL !

sama ada saya akan menyesal sebab tukar kos or menyesal sebab Stay  berada dalam kos ini. doakan saya okeh. :)

gamsahabnida sbb baca =)

Sunday, February 20, 2011

haih~ ( bukan mengeluh okeh)

Today, rasa macam nak update, tp
tak tahu nak update ape, tapi nak update jugak blog ni.
well, what I am going to say today is,

Hidup ini bukan seperti yg kite inginkan. Memang,
takkan seperti yang kita ingin kan, sampai bila-bila
sebab kita bukan tuhan, nak rancang itu dan ini
semuanya dah di atur oleh Allah.

Kadang2 kita harus terima yang ada orang sangat benci dan
meluat pada kita. walaupun kita selalu berbuat baik kat dy

sometimes, kita kena terima bahawa apa yg kita
usahakan tidak semestinya akan dapat dan jadi milik kita

dan kita harus sedar juga bahawa apa yang jadi milik kita
akan di ambil semula
dan akan di pulangkan kepada 'tuan' punya pemilik
yakni pemilik hakiki.

tp, selepas kita pinjam? kita jaga tak? amanat ini?

Yes, this is what I am thinking about,
bila buat dosa, saya mintak ampun
bila saya nak sesuatu, senang je saya berdoa dan minta dengan ALLAH.

But, tak lagi. aku malu sudah, Malu dengan Allah.


waktu merepek ; 7:15AM ,20FEB2011,ROOM930,WING C,

MOOD ; selepas study ECONOMIES+MY GIRL = jadilah macam ni, jawapannyE....InpUT MY GIRL lgi banyak dari INPUT econs, tak tahulah dia melepasi ke tidak AVC (average Variable Cost) If not, habis la Shot down level dah sampai.

Thursday, February 17, 2011

Setelah sekian lama.

Assalamualaikum...Wbt.
Sihat? InsyaALLLAH smoga sentiasa sihat,.
saya? sihat...Alhamdulillah.
Pasai apa lama tak update? examination week .
post kali ni takde ape sangat, just nak share skit dekat kalian.

Yang saya SEDIH sangat, kenapa? Sebab Carry mARk teruk
Teruk dari yang saya jangka kan, mula2 saya tak faham kenapa
Carry Mark saya begitu teruk, Sedangkan Midterm saya berjaya dengan
cemerlang, Begitu juga dengan assignment yang lain, rasanya tiada
masalah,

Cuma, Allah tahu yang terbaik, saya baru tahu yang saya tidak hantar
satu Exercise, saya terlupa, saya tertinggal, tak sengaja, Dan
Assignment saya yang terakhir tersalah format, saya tak tahu dan tak
sengaja, tak sangka, saya seorang sahaja yang dapat 'huruf tu' dalam
Carry Mark, yang lain semua nya dapat A,A-,B+ dan B- pun ada cuma kurang sangat
nak kata A- tu ramai sangat yang capai,

Ya Allah, rasa macam tak percaya, subjek yang saya begitu minat dan mahir
telah di cacatkan dengan satu perkara yang tak sengaja.
Sekarang rasa sangat down, apa2 pun saya masih ada lagi Final Exam. InsyaAllah
saya akan lakukan yang terbaik sekiranya Anda semua doakan saya.
mOga Di permudahkan segalanya.

Walaupun teruk mana pun saya jatuh, saya tahu, semuanya ada Hikmah,
Hikmah yang hanya Allah tahu, Rahasia Allah pegang tiada siapa bisa tahu
walau sekecewa mana hati ini. Allah tahu mana yang terbaik untuk hati ini.

Lagi satu, saya tahu, Bahawa saya kini sedang menuntut ilmu,
menuntut ilmu untuk ISLAM, dan saya berada di satu jalan dengan RASULULLAH,
susah payah Rasulullah adalah susah payah saya juga, Dan saya Yakin RASULULLAH
doakan dan berikan syafaat buat mereka yg berjuang di jalannya.
begitu juga dengan SAHABAT2 RASULULLAH, Kepayahaan mereka
kepayaahan saya juga, sebab kami berada di bawah satu jalan
jika saya jatuh SAHABAT2 sentiasa di sisi, mereka wujud di jiwa2 jihad  kita.
Mereka, tinggalkan kita semangat ntuk terus perjuangankan Islam walau pun seteruk mata
kita jatuh, mereka sentiasa di sisi memberikan kita sokongan.

Dan dugaan mereka lagi hebat dari kita, dan atau lebih tepat dari saya .
saya sedar, jalan untuk menuntut ilmu tak pernah mudah.

p/s; mesti semua tertanya2 , teruk sangat ke saya punya carry mark? sampai sedih cani?
jawapannya, YES, bagi saya sangat teruk. C+ saya beritahu anda saya dapat C+ ..huhu..
mungkin sudah lama sy tak jumpe dengan huruf ni, sebab tu macam sensitif sket. hehe...

terima kasih sudi baca. Doakan saya tau. terima kasih anda semua...sayang anda..

Saturday, February 12, 2011

.::HOSNI yang tidak MUBARAK lagi ::.

tahniah Mesir, kemenangan itu di pihak yang benar
Assalamualaikum, hai pembaca sekalian, huhu..dah lame tak update blog ni,,
sian la..
dengan background yang hitam suram jer,..aduyai..ntah ape2 ntah..
tapi takpe..
sempena kemenangan Mesir dan kejatuhan Hosni mubarak

well, saya tak nak ulas apa2..tapi saya ambil ulasan dari sahabat saya...


Dorang ni terbaikk sket ulasannye...hehehe..lebih kuranglahh kan? hehe..

whatever

alhamduliilah, "telah lama dinantikan bara islam marak semula,
manusia kegelapan merindukan cahya pembela, pasti datang saat itu
JANJI TUHAN pasti berlaku, "

insyaAllah .

ALLAHUAKHBAR !!!

Sunday, February 6, 2011

My Blog under Construction

ASSALAMUALAIKUM

YES, I KNOW,
sangat buruk kan?template ni ?
well...
ini hanya percubaan jer, sebab baru  first time dapat tukar templates
anyway, ingat senang ker saya explore sendiri tau...huhu
Allah yang berikan ilmuNya. tanpa pertolonganNya
saya tak mampu buat.

Hence,..blog ni..still under construction okehh !!
nak Final exam dah ni

nanti2 I tukar template yer...

SALAM PERJUANGAN.

Wednesday, February 2, 2011

.::Facebook punca kebangkitan di Mesir::.

di sebuah negara di utara afrika yang mana kebebasan media dan rakyat disekat oleh kerajaan diktator yang sudah memerintah lebih 23 tahun, muncul cerita seorang anak muda yang gigih mencari sesuap nasi.

Kadar pengangguran kian meningkat seiring harga barangan yang melambung mendadak, ramai graduan yang tidak mempunyai peluang pekerjaan dan cuba mencari rezeki dengan usaha sendiri.

Mohamed Bouazizi, 26, hidup susah sejak dari kecil, dan rajin menjalankan perniagaan jualan buah-buahan dan sayur-sayuran di jalanan Sidi Bouzid.


Suatu hari, pihak berkuasa telah merampas barang-barang jualan beliau, gara-gara berniaga tanpa lesen. Bukan itu sahaja, Bouazizi turut diludah dan ditampar oleh seorang pegawai penguatkuasa wanita. Beliau berjumpa dengan Gabenor kawasan Sidi Bouzid, namun tidak diendahkan.

Kecewa dan hilang arah tujuan, kerana tidak lagi berdaya membantu keluarga, inilah mesej Facebook terakhir Bouazizi:-

Saya pergi, ibu. Maafkan saya. Mencela dan menyalahkan takkan membantu. Saya tersesat dan itu dari di luar kawalan  saya. Maafkan saya jika saya tidak melakukan seperti yang ibu minta saya dan ingkar kepada ibu. Salahkan zaman di mana kita hidup, jangan salahkan saya.Saya sekarang pergi dan tidak akan datang kembali. Perhatikan saya tidak menangis dan tidak ada air mata jatuh dari mata saya. Tidak ada ruang lagi untuk mencela atau menyalahkan dalam zaman pengkhianatan di tanah Rakyat. Saya tidak merasa normal dan tidak dalam keadaan yang betul. Saya pergi, dan meminta yang memimpin perjalanan untuk melupakan.


17 Disember 2010, Bouazizi telah membakar dirinya dengan satu tin minyak petrol. Seterusnya beliau dikejarkan ke hospital di ibu negara Tunis dan bertahan sehingga 4 Januari 2011, dan disahkan meninggal dunia.

Apakah kesan daripada tragedi Bouazizi membakar diri ini?

Sebenarnya setin petrol itu jugalah, yang telah membakar kemarahan seluruh rakyat Tunisia kepada presiden dan isterinya, Ben Ali dan Leila Trabelsi yang selama 23 tahun telah menyalahgunakan wang rakyat.

Kerajaan Tunisia cuba mengawal kerosakan yang berlaku, dengan menurunkan harga barang-barang keperluan, selain janji Presiden Ben Ali untuk tidak lagi bertanding pada pilihanraya presiden yang dijadualkan pada 2014.

Namun, segalanya sudah terlambat, beribu-ribu rakyat semakin membanjiri kawasan pejabat kerajaan dan di tengah-tengah kekalutan itu, Ben Ali dan Laila lari dari Tunisia, bercadang untuk ke Perancis, namun terpaksa bertukar haluan ke Arab Saudi yang sudi menerima Ben Ali, sama seperti kisah Idi Amin beberapa tahun dahulu.


Anak muda Tunisia memberikan semangat baharu kepada politik Tunisia. Anak muda kita?

.::FINAL EXAM SCHEDULE::.


24 January 2011
SPEAKING TEST

19 January 2011
FARDHU AIN TEST

9 February 2011
EPT TEST

14 February 2011
RELIGION IN MALAYSIA

17 February 2011
MATHEMATICS TO BUILD ENVIRONMENT

21 February 2011
ECONOMICS TO BUILD ENVIRONMENT 

25 RANDOM THINGS ABOUT ME

25  RANDOM THINGS ABOUT ME

oh my coach ! its killing me :(, di sebabkan saya di tag oleh Yana 
so, nak menyedapkan hati dy,,,sy buat la jugakkk,., kang nangis lak kang..
ni sket jer dari maklumat diri, xyah la korang tau lebih2 sangat...melampau la tuh


Saya beragama ISLAM. (smoga terus thabat)

 saya suke gila menulis (ta kesa la..menaip ker ape ker )

 terpaksa masuk dalam kos ARCHITECTURE ni..

Menyampah dengan orang yg suke kutuk blakang

 saya ada laptop..lalalal( amik umi punyer) nama dia SYIFA'

 boros gila berbelanja , 

 kadang2 rajin gila study, and sometimes malas gila study.

Suke online, caye tak, saya bleh berdepan dengan laptop 3 hari berturut2

byk cakap..blaa..blaa...tp bila dengan org baru kenal tetibe jadi pendiam.

 kadang2 pemalu (aiseh..malu tu kan sbhgian dari iman)

kejap saya rasa saya ni baik, then rasa jahat pulak, (crisis Identity)

 suke art, tp  tak pandai melukis or mewarna, sekian !!

 ta cukup ilmu untuk hidup

 seriusly suka mengedit gambo n slalu bangga sorang2 (astghfirullah)

suke stalker orang hebat2..haha...sebab sy pun nak jadi hebat lol~

 minat gila dengan subjek RIM, tapi xtau la bleh A ke tak...hik3

 sy suke senyum (sampai ade org cakap...'gila ker budak ni') dah...muke sye mmg di cipta untuk senyum.

 selalu pura2 kenal orang tu kalau ada orang yg saya tak ingat dy, then dy tegur sy, buat2 ingat sudah...

 kalau sy bercerita tolong la tgk sye.....sy tak leh kalo sy tgk cakap org pandai len.... >:P

 suke gile dengan hamster ..tapi ...uhuk's...kang saya bela mati tang tu jugakk..

 ok..saya fobia gila dengan ulat dan seangkatan dengannya (sy boleh pengsan kalau terpegang ulat ..seriously !!!)

  kadang2 panas baran gak , kalo sye peNat jangan la  tanye macam-macam , kang kene xpasal2

 saya sangat konfiden kalo sy cakap kat depan org ramai (walaupun statement yg saya bagi salah..haha...salah takpe,.asal konfiden..lalalala~)

 mudah gelabah tak tentu pasal, tak cool langsung, (depends  on situations la...)

 semua di atas adalah benar...haha...


cukup dah kan? haha..baiklah...nak tag orang? hurmmmmm....okay,.ini dia blog2 bertuah..haha



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3