Pages

.:My Dearest friends:.

Thursday, March 24, 2011

.::SMTT3i-Luahan seorang cikgu ??! ::.

"Siapa yang tak lukis gambar kubah Surau, berdiri sekarang !!" soal ku kuat.

38 daripada 32 orang pelajar bangun. bayangkan lah hanya beberapa orang dari mereka yng melakukannya.

"okay ! siape yang tak buat langsung, Garisan sikit pun dy tak buat, name pun tak tulis kat kertas,,or..kertas pun TAKDE !!" suara ku semakin meninggi.

semua pelajar diam. dalam masa yang sama ada yang tergelak kecil dek soalan ku 'tiada kertas langsung'

masih lagi jumlah yang sama.

"Cikgu nak alasan...Kamu !!" aku menuju kepada seorang pelajar ku, namanya Azafiq. tingkatan 1.

"tak dapat kertas cikgu !" jawapnya. takut2 dek rotan di tanganku .

"Tak dapat kertas...Kamu?? Tak dapat kertas jugak??" Aku menyoal Fattah. umurnya 15 tahun.  dia mengangguk.

hampir ssatu kelas aku kelilingi dan jawapan kebanyakkanye sama, ia itu TAK DAPAT KERTAS.

sedangkan aku telah menyerahkan kepada mereka hari selasa lepas , 33 helai kertas, satu seornag sepatutnya dapat ! alasan mereka saja ! aku semakin berang !.

pap !! aku pukul whiteboard dengan rotan buluh. semua pelajar diam dan sepi, cuma pelajar yang duduk saja sibuk mewarna. mewarna kubah yang aku pinta.

"KALAU TAK DAPAT KERTAS KENAPA TAK MINTA????!!!" soalku tinggi, aku sudah hilang sabar.

Well, itu adalah salah satu dari dialog saye mengajar di SMTT3i, atau nama panjangnya, Sekolah Menengah Tahfiz Teknologi 3i. sekolah ni baru saja di buka pada tahun 2011 ini. masih baru

dan ia bertempat di Surau Bandar Tun Razak ,Cheras. Surau Al-Amin namanya.  Ya, sebuah sekolah yang hanya ada pelajar lelaki sahaja., berumur daripada 13-16 tahun saja.

terpaksa lah saya melayani karenah mereka.

Cuti semester ni, saya korbankan, baru saja saya mula bekerja saya sudah dapat berita bahawa saya boleh ambil short semester, memandangka English saya belum EXEMPTED , Jadi saya  masih ada english level 6 lagi untuk teruskan.

ada rakan saya yang sudah exempted, saya terfikir, kenapa saya masih belum lagi exempted.

Kak Laili cakap (salah seorang guru di SMTT3i)

"Mungkin jurusan kerja kamu nanti memerlukan kamu betul2 Fluent dalam english, bukan semata2 Exempted"

kata2 nya benar2 membuatkan hati saya sejuk.

jadi saya telefon ummi saya. bgtahu yang saya boleh ambil short sem sekiranya saya mahu, dan ini akan meringankan beban saya di sem 1 second year nanti.

Tapi..apa yang Ummi cakap.

"Short Sem tu option je kan? kalau macam tu kerja la kat sekolah, tolong sekolah berkhidmat.....bagi je ape yang fiza ada untuk sekolah ni, insyaAllah...kita tolong agama Allah, Allah tolong agama kita.....senang nanti..insyaAllah Allah permudahkan SEM 1 nanti walaupun Fiza banyak subjek.."

subhanaAllah, mendengar jawapan ummi, saya terus buangkan kehendak saya ntuk ambil short sem. walaupun kawan2 saya asyik ajak untuk ambil short sem, tapi hati saya nekad setelah mendengar jawapan dari Ummi, atau mungkin jawapan dari Allah.

setelah benar2 menerima jawapan itu, saya benar2 dah jatuh sayang pada sekolah ini. mana tidaknya, jadual saya padat..

saya bukan hanya cikgu sekolah semata2...


Datang sekolah pukul 8.30 pagi, sebab 9.00 baru pelajar start kelas hafazan mereka, tengahari, saya dan cikgu lain mesti hidangkan ntuk mereka. kami tolong . sebab mereka masih kecil dan budak2..ada yang besar tetapi sibuk menguruskan disiplin, jadi ini tindakan kami.

kemudian, sampai petang, kami solat jemaah Asar, kami perlu bawa mereka pergi bersukan, atau sediakan apa2 modul sukan untuk mereka, supaya merka tidak hanya duduk sahaja dalam Asrama mereka. biar mereka mengeluarkan peluh.

memandangkan kawasan surau agak kecil, jadi kami bawa mereka berjogging di TASIK berdekatan. seronok melihat senyuman mereka.

kemudian, kami makan petang bersama2 mereka. lagi. selepas maghrib mereka ada kelas hafazan, atau mungkin kelas Tauhid dan sebagainya, saya tunggu lagi selepas Isya' .  dan hidangkan pula Minum malam untuk mereka. Siang saya mengajar. siang saya cikgu, malam saya pengasuh.

cuba bayangkan, bagaimana sya tidak jatuh sayang pada anak2 murid ini. tapi begitulah, tidak boleh la terlalu manjakan mereka. adakalanya kami memang bertegas.

namun kami harus faham juga situasi mereka, sebab mereka ni jadualnya padat. pagi sampai malam ade kelas, so, jangan pressure sangatlah mereka. itu kami faham dan cuba faham.

Untuk kerja rumah yang baru je saye cakap tadi, saya suruh mereka lukis kubah Surau Al-Amin, yang mana, mereka duduk ni, tapi ade jugak yang tak siap, dan alhamdulilah /.

lepas marah2 baru siap !

hai..depa ni nak kene pressure dulu baru nak gerak..kite dah la xsampai hati nak pressure dorang, dah lah dorang ni cepat merajuk atoooii..pening cikgu tau !!

kat sini saye serta kan sket beberape lukisan yang boleyy la..di terimaa...hahaha..cikgu baik ni..letak kamu punye lukisan dalam blog cikgu...




Hai...cikgu tak ingatlah siape punye..tp cikgu tahu..ni Daud , Firdaus dan Aisamudin punye kan? hehe..teka lah mane 1 kamu punye...

ye..cikgu tak suke puji budak2 depan2 orang..nanti ade yang jeles..jadi cikgu puji dalam blog je yea...nasib kamulah kalau jumpa blog cikgu...

ape2 pun..cikgu nak mintak maaf sangat2 skiranya cikgu melukakan hati kamu semua....maaf sangat2..cikgu ni Emo sket..huhu.....kamu pun janganlah buat cikgu marah..cikgu sayang kamu semua tau..cuba lah dengar cakap cikgu sket..huhu...

Ok2..back to our story !

Seriously, kami semua cikgu sayangkan sekolah ni, bukan cikgu2 je..staf2 3i company semuanya sayang sekolah ni, sebab sekolah ni di bina atas dasar kasih sayang kerana Allah.

kerana ingin melahirkan akhlak seperti Rasululllah. insyaAllah.

saya yakin. anak2 murid di sini, terjaga dengan begitu rapi. sehinggakan saya boleh tahu siape yang ade masalah, and siapa yang tiada,

ada juga anak murid saye namanya Fahmi, tingkatan 2, dia seorang yang ceria, tiba2 satu hari dia nampak lain, tak senyum, termenung,  jadi saya mengambil keputusan untuk beritahu cikgu Laili..sebab cikgu Laili lebih lama di sini, jadi biarlah dia jumpa personal,

dan betul Fahmi ada masalah.

Ya Allah, lukanya hati ni jika tahu anak2 murid ada masalah, sungguh ! Sayang ! siapa yang belum rasakan kasih sayang di sekolah ni, cubalah jejak. sekolah yang penuh dengan kasih sayangg..

adoiii..emo betul cikgu ni...Cikgu akan cuba beri yang terbaik ntuk kamu semua.


Oh ye..sebelum saya terlupa, sblm ni saya ada bg kerja rumah ntuk mereka. saya suruh hantar sblm pukul 6 petang, then ada yang sengih2 hantar pukul 6.30, siap boleh cakap "kami yang pertame eh cikgu??" adooii..

kali ni saya mengaku, saya bertindak dengan emosional.

"skarang pukul brapa?"

"6.30" jawap mereka. dua orang, Firdaus dan Ikhwan.  Mereka datang tercungap2 seolah2 bersemangat menyiapkan lukisan yang saya pinta.  mata mereka bersinar2 seolah2 ingin pujian dan senyuman dari saya.

"cikgu suruh hantar pukul brape?"

"6" jawap mereka.

"kamu pergi tong sampah....buang lukisan kamu..cikgu xnak terima..." ujar ku. geram.

senyuman bertukar  wajah kecewa .

mereka perlahan-lahan. keluar dari bilik guru dan menuju ke tong sampah. saya tak pasti sama ada mereka buang atau pun tidak, tapi yang pastinya mereka tak sanggup buang.

ya saya akuinya, lukisan itu amat payah ntuk di buat....payah skali, tapi saya hanya bg masa sedikit..

sejujurnya , balik rumah malam tu, saya menangis teresak2 membayangkan wajah kecewa Ikhwan dan Firdaus..

ahhh....gila ! saya gila ! ayat apalah dorang baca ni..mentang2 budak Tahfiz ! hisy ! geram betul cikgu !!!  takpe2...inilah namanya kasih sayang dari Allah..insyaALLAH. !

yang terakhir. saya mengajar mereka subjek SENI. atau saya namakan ILHAM CLASS.

I make them free to think. to draw ! and to imagine !

lastly, smoga Allah memberkati dan meredhai SMTT3i . Amin.

7 comments:

  1. waaaahh..akak sgt kagum ngan fiza n sume warga sekolah ni..tp,, fiza jgn laa strict sgt ngn dorang..layan dorang cm kwn..baru fun..dah xyah nangis2 dah pas marah dorang..hehee..skadar nasihat>>

    ReplyDelete
  2. k.kema : Hehehe....bukan strict, tapi memang kene tegas pun dengan dorang ni..huhu....nanti dorang naik lemak kak ! percaye lah...huhu...
    tapi time2 dorang xbuat saye marah, saya buat lah baik, jadi kawan dorang, gelak same2.. :DD hehe..

    ReplyDelete
  3. hahaa..ari tu kata, tgk bdk2 tahfiz ni ase sejuk hati..terus x jadi nak marah..hahaaa~
    relaks la, dik..hehe..fiza pon tau cmne perasaan kena marah ngn cikgu kn..haa,, seram sejuk jgk..haha..tp xtau laa kalo dorang mmg suke tgk muke fiza tgh marah..kih3~~

    ReplyDelete
  4. k.kema : atoii...mmg, saye mmg xsuke marah2 tapi nak buat cane depa ni loyar buruk tau..hisy ! sakit hati gak kadang2..nak tergelak pun ade ngan dak2 ni,...tapi...
    bila saya marah, saya bukan marah betul2 ,...waktu dalam kelas je saye sedikit serius, kebanyakkanye saye marah main2 and ugut2..mybe terpaksa tinggikan suara or ROTAN sket..heheh...dugaan jadi cikgu..huhu..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Cikgu Ana,
    Insyaallah you will be a great teacher, just have to be very patient with their behaviour. Insyaallah saya cadang nak masukkan anak saya Ali Imran ke sekolah ini tahun depan, kalau ada rezeki.
    If you are still there next year and he gets to be enrolled, you will meet my son Ali Imran, he loves drawing and subjek agama. I'm very happy to know there is such tahfiz school with graphic multimedia subject, I think Ali will be very interested to be in this school.
    Anway, will be dropping by Insyaallah tomorrow afternoon to see Ustazah Wahidah.
    Take care and all the best,
    Raba'ah

    ReplyDelete
  6. bagus... mmg kena tegas skit budak2 nih... tak semestinya tegas kiter tak sayang budak kan..... anak saye darjah satu..klu x dpt ustazah/cikgu tegas.. habislah dia..ngn saye2 gak... sbb anak saye perlu diberi perhatian dek kerana byk berkhayal dalam kelas.....

    ReplyDelete
  7. Boleh saya tahu sekolah ni sekolah tahfiz ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3