Pages

.:My Dearest friends:.

Saturday, March 5, 2011

.::Transgenesis Bisikan Rimba::.


Tajuk :
Transgenesis Bisikan Rimba
Penulis : Amir Husaini
Halaman : 376 Penerbit : PTS Fortuna Harga : RM24

Hye, sbnrnye buku ni dah lama saya baca, tak silap waktu saya...
Form 4 atau 3 begitu.
Buku ini di perkenalkan oleh kakak saya.
memandangkan ini buku lecturenya so, dia menyarankan sy untuk baca
mula2 nampak macam tak best.
tapi ini lah buku pertama Sci-Fi yang saya baca 
seUmur Hidup. 

Sinopsis ini saya copy paste je, sbb dah lama baca
so tak ingat sangat, jadi... inilah TRANSGENESIS

Transgenesis Bisikan Rimba adalah novel Sci-Fi pertama yang saya baca untuk keluaran PTS. Saya beranikan diri membelinya walaupun beranggapan mungkin novel cantik ini akan mengecewakan, maksud saya dari segi bahasa yang boleh membawa saya menghayati. Amir Husaini nama yang asing buat saya. Saya tidak pernah membaca karyanya dan tidak tahu bagaimana gayanya menulis. Oleh itu, saya tidak boleh membaca 'falsafah penulisannya'. 

Namun ketika membaca Transgenesis (pada mulanya saya tidak perasan tajuk novel ini Transgenesis Bisikan Rimba, ingatkan Transgenesis sahaja) pada beberapa halaman permulaan, " eh, bagus pula", sehinggakan saya boleh takut pada bab pembunuhan Hwang Chien Ming. Saya fikir kalau saya duduk bersendirian di rumah, besar kemungkinan saya tidak akan meneruskan pembacaan. Saya beranggapan, "mula-mula ja kot, bagus", tetapi rupa-rupanya sampai ke muka surat terakhir, saya masih kata "eh, buku ni baguslah".

Saya tidak mahu bercerita dari A-Z apa yang dikisahkan dalam novel Sci-Fi ini seperti kebiasaan resensi pada sebelumnya. Saya cuma mahu bangkitkan persoalan kerana novel ini memang banyak persoalan. Lagi satu, kalau saya ceritakan secara lengkap, takut-takut nanti hilang pula 'suspen' apabila anda membacanya.

Flora, Subjek 4-7-9-1, Prof Kay, Prof Joned Jauhar, Dr Ramsay, Ixora, Razilan, Buraquzzaman adalah nama-nama yang saling berkait dalam Transgenesis. Hwang Chien Ming dibunuh oleh seorang gadis yang bermata dan berambut hijau di sebuah kawasan pembalakan Gunung Pulai. Razilan pekerja kepada Hwan Chien Ming menyaksikan pembunuhan itu. Siapa gadis bermata dan berambut hijau itu? Adalah dia hasil eksperimen Prof Kay atau makhluk lain atau khayalan Razilan sahaja?

Subjek 4-7-9-1 yang mahu dikenali sebagai Flora telah melarikan diri dari Institut Trans-DNA sebuah institut penyelidikan genetik yang diasaskan oleh Prof Kay. Flora adalah hasil eksperimen yang diterajui oleh Prof Kay dan diteruskan oleh Prof Joned yang melibatkan pemindahan gen tumbuhan ke dalam tubuh manusia. Apakah kelebihan Flora dengan memiliki gen-gen tumbuhan ini di dalam tubuhnya selain daripada memiliki mata dan rambut berwarna hijau? Flora bukan manusia normal yang lahir daripada persenyawaan antara sperma lelaki dan perempuan tetapi melalui hasil klon Prof Kay sendiri. Oleh kerana itu wajahnya hampir seiras dengan wajah Prof Kay ketika usia mudanya dan ini cuma disedari oleh suami Prof Kay, Datuk Jay setelah melihat wajah yang seiras Flora di Gunung Pulai.

Sebanyak 4790 cubaan klon telah dibuat tetapi tidak berjaya dan akhirnya cubaan yang ke 4791 berjaya setelah Prof Kay menggunakan kaedah lain. Apakah yang terjadi kepada embrio-embrio sebanyak 4790 itu? Ketika Flora melarikan diri dari Institut Trans DNA, bagaimana dia boleh melepaskan diri begitu mudah sekali? Siapakah yang telah membantunya dan kenapa Gunung Pulai dipilih sebagai destinasi?

Siapa pula Dr Ramsay yang tiba-tiba sahaja wataknya muncul entah bab yang ke berapa? Apakah yang telah terjadi kepadanya dan apa kaitan dirinya dengan Ixora sehingga Ixora telah berjaya membuat Prof Kay tertuduh sebagai pembunuh Hwang, sedangkan Ixora pada mulanya cuma setiausaha Datuk Jay, suami Prof Kay. Sekali baca, ya, memang kelihatan Prof Kay yang membunuh. Tetapi adakah betul Hwang Chien Ming dibunuh oleh Prof Kay atau ada cerita lain di sebalik? Siapakah sebenarnya Prof Kay dan apa kaitannya dengan haruman kenanga yang sentiasa sinonimnya dengan dirinya?

Persoalan yang paling penting dalam Transgenesis : Siapakah yang membunuh Hwang Chien Ming. Persoalan ini masih tidak terjawab sehingga ke halaman terakhir.. Mungkinkah Prof Kay, klon Prof Kay yang menyerupai Flora, atau ...? Siapakah dalang sebenarnya dalam cerita ini, adakah Ixora, atau mungkin Prof Joned, atau Datuk Jay atau......? Entahlah, saya tidak berani meneka kepada semua persoalan ini, mungkin kerana saya sudah biasa tersalah teka dalam Transgenesis.

Saya tidak sangka sama sekali novel ini akan ada sambungannya walaupun penulis tidak menyatakan secara jelas akan siri lanjutan itu. Cuma, berdasarkan penghujung cerita yang tergantung itu dan persoalan-persoalan yang masih belum terjawab, maka saya yakin, Transgenesis ada Siri ke-2. Saya dapat rasakan dalam Siri ke-2 itu nanti pasti kisahnya melibatkan Prof Kay atau Kenanga dengan 6 orang saudaranya yang terpisah setelah satu kejadian yang ada kaitan dengan Dr. Ramsay. Ehm, agaknya betul atau tidak jangkaan itu?

Transgenesis Bisikan Rimba bukan sekadar menceritakan dunia sains klon semata-mata tetapi ia juga cuba menyampaikan makna sains dengan mengetengahkan perbezaan pendapat antara Prof Kay dan anak muridnya Prof Joned serta Dr Jauhar dan Dr Ramsay.

Prof Kay dan Dr Ramsay beranggapan bahawa sebarang ujikaji sains tidaklah harus disekat walaupun ia bertentangan dengan etika dan kemanusiaan. Mereka juga cuba menganggap pencapaian sains tidak ada kena mengena dengan Tuhan tetapi ianya semua disebabkan oleh keajaiban sains. Tetapi Prof Joned dan Dr Jauhar tidak bersetuju dengan pendapat itu. Agama dan sains tidak boleh dipisahkan. Jikalau ada cubaan ke arah itu, maka manusia akan cuba melanggar fitrah dan seolah-olah cuba mencabar kekuasaan Tuhan. Lambat laun, manusia juga akan menemukan kehancurannya di atas perbuatan diri sendiri.

Saya suka beranggapan Transgenesis Bisikan Rimba bukan novel Sci Fi yang kosong. Definisi novel Sci Fi yang kosong buat saya ialah novel yang cuma gah dengan kisah-kisah sains, teknologi dan fantasi tetapi tidak ada mesej yang boleh membawa pembaca berfikir tentang Tuhan. Sebuah karya yang hanya gah pada tulisan dan kisah, tanpa mesej yang jelas akan hanya membawa mulut membaca, tetapi sebuah karya yang boleh membawa pembaca menilai baik dan buruk serta makna kehidupan akan membawa hati turut membaca!

Semoga Transgenesis Bisikan Rimba akan terus membuka hati pembaca untuk jangan angkuh dengan kehebatan diri dan cuba mencabar kekuasaan Tuhan. Nanti padah kembali pada diri. 
Saya menanti kemunculan Transgenesis Bisikan Rimba Siri 2. Saya berharap resensi untuk Transgenesis Siri ke-2 itu nanti akan menjadi pelengkap kepada resensi ini!

I think you alls kena baca ni. This is really awesome. 
saya masih mencari Transgenesis keluaran kedua. :) yeahh ...
Reading is Life.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3