Pages

.:My Dearest friends:.

Friday, August 26, 2011

WaTer Color 0_o

haha~ today 26/8
last projek...
sblm raya~
masa raya ada lgi 
=_="
mmg xley bla~


anyway WATERCOLOR SUCKK!!
AKU TA SUKAAA!!

So, NORMAL LAH AKU PUNYER BURUK
aku wat duaa

PAINTING 1:


Orite, berdasarkan gambar kat atas? apa korang nampak? brick kan?~ settle~


Then aku tambah SKY..huaa..burookk/.//terus SPOIL MOOD aku nak sambong



Then tambah HUMAN FIGURE DAN WARNA LANTAI DAN POKOK yang macam kene BAKO


dan sebab aku dah TENSION!!..jadi AKU BANTAI JADI CAMNI~ HUAAA


PAINTING 2 :


SERIOUSLY..it is TOtally different dengan 1st
AKU DA BUNTU GILA
TAKDE IDEA DOE!!


TAMBAH ORG..JADI LA MAKIN BURUK >.< T______T



OKAY NI LA HASILNYA~ AKU RASA THIS IS NOT ME!!!! HUARGGHHH
aku suka HORROR ~
LANTAK PI LAAA

ok...mmg BURUK ...


COMPARISON 


now, prEsenting ROOMATE aku punyer =.="
depa ni LEGEND..boley laaa

Created by : 



Created by :



Puas ati? FINE

what Eva


aku nak balik raya

bai2 drawing

tapi~ bro aku sangat baik hati

Bagi kueh RAYAAAAA ~~~

kuEh raya MIX MEDIA dengan PRISMACOLOR

sekian terima kasih

slamat hari Raya smua :D

Friday, August 19, 2011

AED? any IDEA??


Assalamualaikum.,
I am just finished my lates task, that I Have post about an hour ago
You can Scroll down my blog to see various types of my project !
Recently, Many of my juniors a.k.a secara xlangsung jadi junior FB
they asked a lot About AED~


aed? What the hell is that?~~~
ARCHITECTURE AND ENVIRONMENTAL DESIGN.
Freak ! 
owuhh >.< 
Sometimes I felt regret for being AED-ians. ouwwh>.<

Cakap melayu dah ea~ saja jah.coz bru level 6 ha4

Ha, tekan la untuk discoVer sikit2 AED-ians LIFE.

Playing With Soft PASTEL

Hye sahabat2 blogger, hehe
macam biase
aku rajin dah upload gambo skrng projek aku

Pencerahan : aku letak smua projek2 yang aku buat ni
bukan aq nak bangga2 or menunjuk, saje~ 
untuk aku share~ ngan family2 and kawan2 lama aku
supaya dorang tahu apa yg aku study~ huhu
nak katanya...
AKU TAKDE NIAT NAK MENUNJUK3 okey

so, Lantak korang laa :P

SOFT PASTEL : mende ni macam cryon, tapi dy macam kapor (ape ayat aq nie)
macam kapur tulis kat papan hitam tu, tapi dy lagi SOFT..dah nama pun soFt

Figure 1 : First Trying, tak jadik ~~ mwahahaha~~
First trying 
Credit to : NORRUL HASNIATI, Sbb  campOq tangan dy

Figure 2 : haha~ yang atas tu Actual, kene tiru, sebijik ker?? owuuuh...came onn!!!


Figure 3 : Tonyohhh punye tonYoh pastel niee~ ini lah hasil nyer
yang tak seberapeeee~~
ALLAH ITU MAHA CREATIF,,,


Figure 4: Sungguh, LUKISAN ALAM itu adalaH SENI TERINDAH
dalam SEJARAH KESENIAN DUNIA~

mood : sedey, cOZ xlawa sangat macam yaNg real~


Makasih ya sahabat2 sbb tengok, bleh la kritik3 kalo tak suke
kalo rase xmo komen,,tekan je LIKE or DISLIKE tuh~ huhuhu

ape2 pun....

ALHAMDULILLAHHH..SIAPPPP !!! BOLEY TDOOOOQQQ
da lama tak tidddooooqqq
yahooooo !!!



Thursday, August 18, 2011

still life drawing beb~

ni gambaq yang ktorang amik...
lecture letak atas meja, then ktorang kena lukis
HIDUP2~ hoho

still in progress, aq rasa ada masalah dengan DELIMA sengal uhh



FINAL one, malas da

nak kritik2 la...
redho je, tau dah bruuk~ mwahaha..


Ni task baru, kena LUKIS JAM TANGAN
DAN BUAT 5 SUDUT BERBEZA~

NI AKU PUNYER..HUHUHU..BURUKKK


PREPARED BY : ANA HAFIZAH
ABOUT AN HOUR ONLY !!!


SEBELAH TU JAM SEBENAR


YANG NI BUDAK-BUDAK LEGEND STUDIO AKU

PREPARED BY: WAN MASYITAH

\
PREPARED BY : HASYIMAH HASSAN


PREPARED BY : NORRUL HASNIATI




Tuesday, August 16, 2011

Projek lagi~

Salam
Seperti biasa,
projek tak habis2 
even di bulan ramadhan,
kaLi ni, xde laH gempak sangat
but nak buat tu syeikhh..mmg lah

ape2 pun..Ini hasil nye~
Allah itu Ya Wahhab, aku buntu gila, DIA mai Bantu :D

Hak ni pakai PENCIL COLOR
FUH~ Jenuh gak nak buadd~
aKu dah xreti nak wat cane~ g2 laaa


 yang belah kIri tuh yang CONTOH, yang kaNan tu aku punYer


perg..buruk3.. asaL siap aaaa

USING CHARCOAL, atau ARANG, heh~ 


Ha, ni jam,~ yang kiri tu actual lah kan


Perggghhh..susah beb nak kasik jadi camni~kaki xde sebelahh..hoho


Syukran ALLAHHHH..

Friday, August 12, 2011

.::8 AnuGerAh ::.


Bismillah walhamdulillah..
Salam Ramdhan semua =)Di sebabkan bulan Ramadhan ni aku sibuk dengan ibadah GC aku~ hehe~ so
I would lIke to share some Formulae I guess, hik3~ It is not just a Formulae, but, Once You DO it, You will Get The Result~ dengan Syarat...IstiQamah..
So, dengan Bangga nya
aku persemBahkan Post yang aku cOpy Pasta
dari 

Ramadhan Kareem smua :)


**Siapa yang meninggalkan cakap yang berlebihan, dianugerahi kepadanya

kebijaksanaan.

**Siapa yang meninggalkan pandangan yang berlebihan, di anugerahi
kepadanya kekhusyukan hati

**Siapa yang meninggalkan makan yang berlebihan, di anugerahi kepadanya
kelazatan ibadah

**Siapa yang meninggalkan ketawa yang berlebihan, di anugerahi kepadanya
kehebatan (dalam dirinya)

**Siapa yang meninggalkan gurauan yang berlebihan, di anugerahi
kepadanya keindahan (budi bahasanya)

**Siapa yang meninggalkan cinta kepada dunia, ia di anugerahi rasa cinta
kepada akhirat

**Siapa yang meninggalkan kesibukan (menghitung) keaiban orang lain, ia
di anugerahi (kesempatan) untuk memperbaiki aib dirinya sendiri

**Siapa yang meninggalkan perbuatan menyelidiki tentang bagaimana
keadaan Allah swt, maka ia dianugerahi keselamatan dari iktikad orang
munafik.



Monday, August 8, 2011

Finally ! BiG ProJect DOne !

Assalamualaikum...
mwahah, today is very big daY
I know, everyone's wondering~
yeaahh..SUBMIT BIG  PROJECT,
we receive the project its about 27 August, then
the submission day is today, 8 August ! 
Finally
After A week, I did'nt have Enough Sleep,
enough meals...ops..pose lah..hehe..
yeah...
dah lah miting sana sini~ ape dah..
and Finally, DONE!
ALHAMDULILLAH, 
tu jer aq mampu cakap, tatau cane dah..
ni dah lama tak tdO
lepas je aq publish post aq nie, aq nak tdoooQ!! 
sampai pukol 5..jeng3~



Orite, sblom aku tunjuk korang projek besaw aku yang aku
buat sampai tak tdo2, sakit2 badan, emo tak stabil, ibadah tah kmana
macam2 lah, aku nak tunjukkan 
Projek sebelum Aku midterm duluhh~ni yee

 jom exploRe duniaku~ hehe~ just click the picture if you wanna see large picture.tq :)

Friday, August 5, 2011

my working progress non-stop (Drawing composition&Layout)

5%-- Drafting atas Butter Paper (4 jam)
5%--Sketch atas A2 size board (12jam)

ada 9 compartment
DRAWING COMPOSITION AND LAYOUT
(MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN- PUTRAJAYA)
submit day monday 8 August 2011

10% -- pintu gerbang --- (almost 5 hours)
10%---Tiang3 sekalian (mybe 5 or 6 hours)
10%---Dome and bhgian luar Masjid (I donno mybe about 4 hours)
10%---pERspective kolam kanan (mybe abOut 4 hours)
10%--Perspective pool Left (perhaps 4 hours also)
10%--Main Pool (donno laa...6 or 7hours)
10%--Tulisan "masjid Tuanku Mizan z.Abidin-putrajaya" 
"Nuur Hafizah bt Ramdan" studio 6, 104161, 2011/2012" (4 hours)
10%--lubang2 sengal ( 4 hours )
10%-- Lantai2 Annoying! (3 hours--ni nak tiru rOomates..mwahaha)

is it enough 110%? and

57 HOURS !!!! 

ni anggaran jer, 
nak tacap2 lagi, lepak2 lagi,
insane2 lagi...tak letak mana? mwahah..
Qiam, saho, berfacebook lagi?
peace..doakan
kami okeh



Tuesday, August 2, 2011

RaMaDhaN's CoMiNg BaCk--CHeck This OUt !


Hehe, dah takde idea
nak wat post ape pasal ramadhan, 
so aku jumpa nie..
jom baca~
ade jugaklah yg terkena kat diri sendirik..huhu

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan

Oleh
 Zaharuddin  Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)


يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة


Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)


4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.


6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)


7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.




8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)


9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)


10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.


11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-


ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ


Ertinya :  menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.


12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
17 Oktober 2006
( Ulang siar pada 11 Sept 07 )
(Ulang siar pada 31 Ogos 2008 )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3