Barangkali, wabak Al-Futur itu adalah wabak yang paling berbahaya dalam kehidupan para Amilin, kerana itulah Dr. Al-Syed Muhammad Noh meletakkan ‘Al-Futur’ sebagai wabak nombor satu dalam buku karangannya yang bertajuk ‘Wabak Sepanjang Jalan’ [Aafat ‘alat Toriq].
Bagi depa yang biasa dengan alam perjuangan..mesti gerun and takut sangat dengan perkataan futur ni, selalunya dalam perjuangan kita, dan kesungguhan kita nak capai something,
mesti kita nak ia berjalan lancar, xmau da malas2 xmau ada sekatan2..but seriously, it usually happens, dalam belajar pun sama,
Namun, apakan daya...Hidup tidak selalunya Indah,,.langit tak selalu cerah~
mana2 perjalanan, mesti ada penyinggahan~ hu..apakah daku merepeks ni?
Futur?Ramai tertanya2..
Futur ada dua maksud
Pertama : Terhenti setelah melakukan terus menerus dan terdiam selepas bergerak.
Kedua : Malas (Jemu) atau menunda-nunda ,atau lamban setelah semangat dan bersungguh-sungguh,
Dari sudut istilahnya pula, Al-Futur merupakan suatu wabak atau penyakit yang mungkin menimpa sebahagian daripada para ‘Amilin.
Tahap al-Futur yang paling rendah adalah malas, menangguh-nangguh, melengah-lengahkan, dan tahap yang paling tinggi ialah berhenti terus atau diam sesudah bergerak cergas secara berterusan.
Dalam diri manusia ni, ada iman, dan kadang2 iman tu naik dan turun, tapi kalau turun iman tu naik balik xpe..ni ...kalau iman dah turun tu..berlarutan dan jadi berpanjang-panjangan malasnye..sampaikan satu tahap boleh meninggalkan amalan-amalan wajib..huhu..bahaya tuh bhaa....dan sampai satu tahap..mereka yang berjuang itu TAK AKTIF sama sekali.
PUNCA FUTUR?
1) Berlebihan (ekstrim) dalam beragama
why cant? sebab agama Islam adalah agama mudah dan ringan. semakin seseorang itu MEMPERSULITKAN agamanya, maka dia akan DIPERSULITKan oleh agamanya sendiri. Islam ni agamanya sangat kukuh dan bukankah islam mengajar kita untuk BERSEDERHANA? Kerana kita ni umat yang berada di pertengahan iaitu umat yang penuh dengan rahmat. nak tahu lebih?? baca lah sejarah Hidup Nabi Muhammad, khatam sirah nabi...so u will understand what I am talking about.
2) Berlebihan dalam melakukan hal-hal Mubah.
iaitu berlebih-lebihan dalam hal Makan, Minum, Berpakaian, setiap kali manusia itu melaukan sesuatu Yang melampaui batas iaiti perbuatan Mubah, maka ia telah kehilangan nikmat KETAATAN. kerana orang yang BERLEBIH-LEBIHAN ini biasanya akan di serang WABAK MALAS, dan berasa MALAS dan BERAT untuk melakukan ketaatan dimana, hal ini akan menyebabkan munculnya FUTUR (LEMAH SEMANGAT)
Berkata Syaqiq Al-Balkhi "Ibadah adalah pekerjaan, Kedai2 adalah khalwah ( menyendiri) dan alatnya adalah rasa LApar "
3) Enggan hidup BERJEMAAH dan lebih suka hidup menyendiri.
Biase la kite dengar hadith nabi yang pasal SERIGALA tu kan? apabila kambing biri2 itu berjauhan dari kelompok2 dier...so..serigala akan baham orang yang jauh tu
camtu jugak dengan Syaitan.... bila kita bersendirian, mulelah nak tarik kita itu dan ini.. hasut kita itu dan ini... maka,,.akan menyebabkan FUTUR kerana manusia itu lemah SEMANGAT bila bersendirian dan Penuh Gairah bila bersama2 saudaranya.
Jika seseorang itu bersikap terus menjauh dari sahabatnya, maka diri nya sendiri TIDAK akan selamat dari keputus Asaan, kepenatan dan kebosanan.
4)Minimanya ketaatan
Jarang melakukan solat wajib DENGAN BERJEMAAH, bersama kaum muslimin , malas melaksanakan solat, tak perhatikan rukun solat, Membuang masa dengan berfacebook (huhu) buang masa jer, dan jarang membaca Al-Quran.
selebihnya..
1) Sikap keterlaluan dan berlebih-lebihan dalam agama
2) Membazir dan melampaui batasan dalam menggunakan sesuatu yang diharuskan
3) Mufaraqah (meninggalkan) jemaah dan memilih hidup beruzlah dan berseorangan
4) Kurang mengingati mati dan hari akhirat
5) Pengabaian melakukan ibadat harian
6) Mengambil makanan yang haram atau syubhah
7) Penumpuan amilin ke atas sudut tertentu dari ajaran Islam
8) Gagal memahami sunnatullah tentang alam dan penghidupan
9) Mengabaikan hak tubuh badan kerana bebanan tugas dan tanggungjawab di samping kekurangan tenaga amilin.
10) Tidak bersedia menghadapi halangan dan cabaran dalam perjuangan.
11) Mendampingi golongan yang tidak berjiwa besar
12) Sambil lewa menjalankan tugas sama ada di peringkat individu atau di peringkat jemaah
13) Terlibat dengan perbuatan jahat dan maksiat terutamanya melakukan dosa kecil serta memandangnya sebagai remeh
Cara nak merawat Al-Futur
1)Menjauhkan diri dari melakukan maksiat sama ada yang besar mahupun yang kecil
2) Berterusan melakukan ibadat harian
3) Mengintai waktu-waktu yang afdhal untuk beramal dan melakukan ibadat.
4) Membebaskan diri dari begitu keterlaluan di dalam agama
5) Meletakkan diri dalam dakapan jamaah
6) Memberi perhatian kepada sunnatullah yang wujud pada manusia dan alam seluruhnya
7) Bersedia untuk berhadapan dengan halangan
8) Meneliti dan bertindak secara sistematik dalam pekerjaan
9) Sentiasa mendampingi orang-orang soleh yang berjihad dikalangan hamba Allah
10) Memberi hak kepada badan
11) Menghiburkan diri dengan melakukan perlakuan yang harus
12) Sentiasa merujuk dan mengkaji buku-buku sirah, sejarah dan biografi
13) Sentiasa mengingati mati dan soal kubur
14) Sentiasa mengingati syurga dan neraka
15) Sentiasa menghadiri majlis ilmu
16) Menerima Islam secara keseluruhan
17) Melakukan muhasabah ke atas diri dan mengkaji setiap masa
Teruslah bergerak hingga KELELAHAN itu LELAH mengikutimu...
Teruslah berlari hingga KEBOSANAN itu BOSAN mengejarmu...
Teruslah berjalan hingga KELETIHAN itu LETIH bersamamu...
Teruslah bertahan hingga KEFUTURAN itu FUTUR menyertaimu...
Tetaplah berjaga hingga KELESUAN itu LESU menemanimu...
salam Mujahadah wahai DIRIKU ..
.::ANA HAFIZAH::.
Sumber rujukan
Buku 31 sebab lemahnya IMAN.
No comments:
Post a Comment