sorry..gambar ni macam~ dah hancus2 dah kek nya..ekeke..semua rakus nak makan..sebb sedap |
haii..helo semua beginner2 sekalian...
yang senasib tak pandai buat kek mcm aku sekalian
gadis2 comel dan abang2 hensem...
Assalamualaikum. tak jawap dosa,
kalau jawap sayang.
hari ni, aku nak share resepi dengan korang.
cara nak buat RED VELVET
apebenda tah..kek dia warna merah..tu jer...
mula2 aku mcm xrasa nak buat sebab macam susah kan? ekekek
tp last2 aku buat jugak..tetiber raser nak buat...
sbb kakak aku ngan a.ipa aku balik bukak puasa kat sini..so..aku terai la buat.
aku tak pernah lagi lah nak share2 resepi bagai ni~ aku just buat2 biasa jer
ni kali pertama aku masukkan dalam belog,..LOL
aku copy resepi daripada kak tiqh.
siapa dia? aku pun tak kenal tapi tiap kali aku google resepi mesti resepi dia yang
paling senang aku nak buat :D
yelah ..beginer mcm aku ni kan..
Resepi kek red velvet:
Bahan A:
240 ml susu cair
2 sudu teh cuka
4 sudu teh pewarna merah (tapi saya gunakan 2 sahaja, takut nak guna banyak-banyak)
Bahan B:
250 gram tepung naik sendiri (jika tiada, 250 gram tepung gandum + 1 sudu teh baking powder)
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar serbuk koko
Bahan C:
2 sudu teh cuka
1 sudu teh soda bikarbonat
Bahan D:
150 gram mentega *
280 gram gula castor *
1 sudu teh esen vanilla *
3 biji telur gred C
Cara-cara:
1. satukan semua bahan A, ketepikan. jangan kacau, campur kemudian biarkan.
2. satukan semua bahan B, kemudian ayak dan ketepikan.
3. campur kesemua bahan D yang bertanda (*), pukul sehingga kembang.
4. masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga kembang.
5. masukkan bahan B ke dalam bancuhan kemudian selang selikan dengan bahan A. pukul sehingga sebati kesemua bahan.
6. di dalam mangkuk yang lain, satukan bahan C dan tunggu sehingga bunyi berdesing hilang. masukkan bahan C ke dalam bancuhan kemudian pukul sehingga sebati.
7. bakar di dalam suhu 160C menggunakan api atas bawah dalam 20 minit atau sehingga masak. sejukkan kek.
Resepi Cheese Frosting
aku tak buat mcm yang kak tiqah buat, tapi aku just buat frosting biasa2 ja..
250gm Cream cheese (boley dapatkan kat kedai kek) mahal gila aku beli anchor RM10.
150gm Butter ( aku guna daisy)
1 1/2 cup gula icing.
cara-cara:
campoq kan ja semua ketiga2 bahan..putaq sampai ia putih gebu dan melepak :D
kalo puasa jangan pandai2 nak jilat2 naaa...
Bahan-bahan Istimewa
sambil kacau2 tu kan...baca lah zikir Ya Bari' Ya Mussowwir, Ya Rahman..Ya Rahim..dan istighfar..jangan bukak radio masa buat kek..
aku dah terai..terus tak jadi..LOL..
lagipun..kita nak bgi kat orang makan..kene la yang berkat2 dan bersih insyaAllah
*nak baca doa pengasih pun boleh, hik3*
ni dia kek aku~ aku punya ni..... |
pastu pepandaila korang hias2 lelawa... aku ni nak cari stoberi tapi takde plak~ malas nak gi giant ramai bebeno orang...lalu aku pun beli lah kiwi...Kiwi pun not bad apa..fungsi dia sama ja macam stoberi . Bila kek terlalu manis, buah2 ni lah yang akan stabilkan rasa dia...
jadi. makan skali ngan buah ek ::D baru yummy!! ekekeke
good luck kepada siapa yang nak terai tu...senang je kak oiiii...
No comments:
Post a Comment