Pages

.:My Dearest friends:.

Wednesday, September 5, 2018

Comeback post : Solat Aku.







Madrasah solat untuk pendosa. Benar kata mereka, Solat itu mencegah kemungkaran. Mencegah, tak mungkin kau tidak melakukannya walaupun sekusyuk mana solat engkau. Jika manusia itu barat laluan penuh berliku lara , Quran itu seperti kompasnya, dan solat itu umpama alatan untuk kau ikhtiar hidup. Saat kau dah takdak apa dah, Solat itu yang akan selamatkan kau. Seperti Allah bilang, benda pertama sekali akan di tarik adalah solat kau. Baik solat kau, baiklah pengakhiran kau.

Tapi, aku bukan nak sembang pasal baik or tak baik solat kau. Aku nak share macam mana Madrasah solat ajar aku jadi aku. aku tak baik, aku tak solehah, tapi, seakan aku rasa solat itu yang bawa aku balik dan kembali kepada Dia, Saat aku paling dekat dengan Dia ialah waktu solat.

Solat tu reflek hati kau. Masa hati kau tengah lalai, masa hati kau tengah seronok keluar jenjalan, solat semata2 sebab kena solat dan puff, habis mcm tu je. Solat kau hanya untuk tunaikan kewajipan. Itu bagi aku selemah, lemah solat. Ada lagi, solat yang kau buat tanpa kau rasa apa. Kau tengah layan movie, solat pun di akhir waktu, dan alar kadar. Sudah lah lambat, hamparan pun kurang, bacaan pun tungganglanggang, itu belum lagi cek bacaan Alfatihah yang belum tentu benar kau baca dari masa kau kecil sampai sekarang,

Jika hati kau lalai, solat tu macam tu. Dia ibarat cerminan hati kau. Tapi, seandainya kau rasa kau dh byk sngt buat dosa, bila kau angkat takbir tu, kau akan rasa kau hendak/mahu solat dengan khusyuk. Itu satu rezeki. Rezeki tuhan bagi kau untuk perbaiki solat kau. Solat yang baik untuk orang mcm aku, bagi aku setiap kali kau solat, kau berusaha untuk khusyuk, tiap kali dahi cecah lantai, kau akan rasa kebesaran tuhan. lagi besar dari masalah yang kau tengah hadap sekarang Tuhan bagi bacaan "Subhana Rabbiyal 'Ala, wabihamdihi" Bermaksud, Maha suci Allah, yang maha Tinggi, Besar, dan Agung. Itu yang kita sebut. tapi tak pernah nak rasa kat hati. tak pernah sampai, Paling teruk aku pernah buat, Aku baca sekali je. tak sempat habuk lekat kat dahi pun.

Pernah tak kau rasa setiap kali kau solat, badan kau rasa panas dan menggeletar?. Tak pernah, aku pernah rasa, tapi aku tak faham kenapa. Aku cuba anggap, kau mungkin tak rasa, tapi badan kau, tubuh badan anggota kau rasa kau sedang nak menghadap Allah. Pernah kau rasa kau nak angkat takbir, sebut kebesaran Allah time tu kau sebak? Tak pernah, tapi, hati kau sebak, sbb hati kau masih rasa, tapi kau yang tak rasa. Antara kau dan hati kau ada selaput keras. Kadang air mata kau turun tanpa rasa sedih dan pedih, sebab hati kau yang pedih, diri kau yang pedih. Kau nangis for no reason, kau hairan. Sedangkan hati kau berbisik, Kembalilah kepada Dia walau apa pun jadi. Walau seteruk mana dan jauhnya dosa kau.

Kadang kau tak rasa kau dlm belenggu dosa. Tapi, setiap hari yang kau lalui, dunia je yg ada, Tuhan ada sipi-sipi, celah celah. Sedangkan segala benda rezeki, kasih sayang, dan ilmu dan kerjaya2 yg kau try settlekan sendiri tu, tuhan yang bagi kau daya untuk siapkan. Nanti bila kau sakit, kau dah rasa xboleh nak angkat badan pun, time tu baru kau rasa, kau sbnrnya takde daya. Allah kalau nak tarik. kejap je. Saat tu, apa yg kau boleh buat , Solat dan Doa saja. ikhtiar ubatan tu lain lah. Tapi, kalau kau fikir kau kena kembali kepada tuhan selepas apa yang terjadi, ketahuilah kau bertuah, Tuhan izinkan hati kau kembali kepadaNya. Tuhan izinkan, nampakkan kau, tunjukkan kau jalan kembali kepadaNya. Ada orang, tuhan tutup jalan, tuhan tak kasi hati tenang, tuhan kasi kau resah gelisah dibelenggu masalah, tuhan tutup jalan pulang, sebab hati kau, Dia yang pegang. Maka bersyukurlah.

Aku bila sedar balik masa aku dh lama tinggal solat, (sbb period) then aku start solat balik, solat aku jadi kurang kadar. bukan ala kadar. Mungkin sbb mmg dosa sang hawa waktu period adalah berdosa dan kotor. nak sucikan balik tu mcm takes time, kalau skjap 5 hari takpe , aku kadang 10 hari. Bila selepas sehari dua, aku dpt kekuatan untuk cuba kusyuk dan dapatkan balik feel solat tu, menangis tak tertahan kadang2 sebab bersyukur Allah buka pintu hati ntuk aku cari kekusyukan dan cari kebesaranNya dalam solat tu. Seadainya Allah terus biarkan aku solat dlm keadaan lalai sampai bila bila anggota ,hati aku dlm keadaan tersiksa, tp aku tak tahu. Sebab tu hati tu milik dia , saat kau dah dapat rasa tu, kau doa sungguh2 biar Allah jaga. biar Allah ingatkan LAGI jika kau LALAI. ingatkan LAGI, panggil kau LAGI. Tak mungkin kau dlm keadaan ingatnya sentiasa. sebab kalau ya. Hati kau dan mata kau meleleh all the time. fikir lagi betapa rezeki yg dia berikan. despite ujian yg kau sendiri cari pasal kadang2, Peluang yang Allah berikan tu beyond fikiran kau.

Rezeki yg paling kau kena bersyukur adalah rezeki kau dibenarkan untuk sujud dan ruku' kepadaNya. 5 solat waktu wajib yg kau tegak berdiri mbaca ayat yang kau separa faham tu, yang tu lah Allah kira, pandang dalam seharian hari kau. lalai mcm mana pun, Tapi bila kau set up your self, niat and mind untuk jumpa Dia. Dia ready. cuma kau. apa yg sepenuhnya attention kau boleh bagi?

Entahlah, bagi aku, selagi kau ada peluang untuk angkat takbir, angkat lah sepenuh hati dan jiwa. masa tu baca "ya Allah, kluarkan hal2 dunia dari hati dan kepala aku, aku serahkan segala urusan dunia kepadaMu." settle. tak kurang 5 minit. sekejap, biar sekejap tapi berkualiti. Waktu kita dgn Allah. mmg selalu, tapi, itu paling specific, apa ada dalam hati kau tu lah refleksi solat kau. Selagi masih mampu perbaiki, setiap solat perbaiki niat, setiap solat  perbaiki hati dan perbaiki khusyuk mengadap tuhan.

Lama dah tak menulis, tapi entah kenapa aku rasa terpannggil nak tulis. Jika aku mati satu hari nanti, kalau kau perbaiki solat kau sebab baca post aku. aku harap adalah part aku mengalir dan selamatkan aku dari siksa kubur. Amin. Aku doa sapa yang tengah resah hati gelisah tu, balik kpd Allah, sama sama aku doa kau dapat ketenteraman jiwa. Ya ssalam. Amin...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3