Pages

.:My Dearest friends:.

Sunday, March 13, 2011

.::Tsunami 11 MAC 2011 @ JAPAN::.

” Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah(jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi.” (Al-A’raaf 98-99)

Walaupun sehebat mana negara tersebut, namun tidak dapat menandingi
kehebatan kuasa Allah,
sekelip mata saja DIA mampu menunjukkan kehebatanNYA kepada negara hebat ini.


JOM ..tgk sket gambar2 KeSan tsunami Di JepuN

NILAH loji reaktor nuklear Fukushima Daiichi No 1 yang berlaku letupan pada sebahagian atas bangunan berikutan gempa bumi kuat, Jumaat lalu. Gambar terbaru ini dikeluarkan Tokyo Electric Power Company (TEPCO) di loji nuklearnya di Fukushima, di utara Jepun, hari ini. Kebimbangan memuncak kemungkinan berlakunya kebocoran radiasi sehingga lebih 10,000 penduduk sekitar loji sudah dipindahkan setakat ini





JOM..kite tinjau ape lak yg berlaku kat MEXICO.

SEKUMPULAN ikan dilihat berenang berhampiran persisiran pantai Acapulco, Mexico, hari ini. Menurut nelayan tempatan, mereka tidak pernah melihat kejadian itu sebelum ini.






ejadian ini berlaku di Acapulco, Mexico apabila beribu ikan jenis sardine, achovy dan mackerel telah berkumpul setempat dengan padatnya berhampiran pantai. Para nelayan disitu menganggap fenomena gempa bumi dan tsunami yang berlaku di Jepun sebagai punca kejadian ini. Masalahnya, Jepun dan Mexico jauh beribu nautika, apa kaitan ikan-ikan ini dengan kejadian tersebut? 


Korang rasa?Ada kaitan? Of course...Makhluk bernama ikan ini terlalu ketakutan..Ketakutan dengan Kuasa Allah di JEPUN. lalu Allah Arahkan mereka untuk bergerak jauhhh sangat2 dari Jepun tersebut. kerana makhluk ini takut akan ALLAH. tidak seperti MANUSIA.

Berita Harian minta maaf

assalamualaikum..
hye~ sudah2..jangan marah2 dah,,
BeRita Harian sudah pun mIntak Maaf~
Rilex okeh..
korang rase agak2 ZOY tu kene buang keje x?
haha..kite bako je..kite bako...
Anyway...kene lah pilik Kartunis yg beriLmu sket..
jangan main angkat sebarangan orang.
kan dah maLu..siot jer...
nak sah kan?den x tipu ni..tekan SINI~


ni la gambar yg buat ramai orang mengamuk.
tu la...isu senstitif 140 tahun di buat main2...
haha~

Berita Harian mohon maaf


2011/03/13

MERUJUK kepada ilustrasi mengenai tragedi tsunami di Jepun yang mencetuskan kontroversi dalam Berita Minggu hari ini, kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak berniat untuk mempersenda atau menunjukkan sikap kurang prihatin terhadap peristiwa yang berlaku Jumaat lalu.

Malah kami juga tidak bertolak ansur dengan sebarang cubaan untuk memburukkan keadaan di negara berkenaan.
Kami mendapat banyak reaksi daripada pembaca berhubung ilustrasi itu menerusi laman sosial dan panggilan telefon daripada orang ramai yang prihatin mengenai nasib rakyat Jepun.
Kami sensitif dengan tragedi yang menimpa rakyat Jepun, malah turut melancarkan Tabung Bencana NSTP-Media Prima untuk menggalakkan masyarakat menyumbang bagi meringankan beban mangsa bencana. Kami turut menghantar wartawan ke tempat kejadian  bagi membolehkan mereka melaporkan situasi sebenar tragedi.

Kami berasa sedih dengan kesengsaraan rakyat Jepun yang kehilangan anggota keluarga dan harta benda. Pelukis ilustrasi kami turut meminta maaf atas lakaran yang menimbulkan kontroversi.

Kami amat simpati dengan kejadian terbabit dan sekali lagi memohon maaf atas rasa kurang senang yang timbul berikutan penerbitan ilustrasi itu.

PENGARANG

Thursday, March 10, 2011

Motivasi Usahawan – Kisah Kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary

Ok, siapa kenal orang dalam gambar ni angkat kaki....
haha...
Handsome tak? mlayu ke omputeh ni? hUrm...
Ok2...Encik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary bukan membeli
titile "Tan Sri" dengan duitnya, tpi membeli gelaran tersebut dengan Kejayaan dan kesungguhannya.
MasyaAllah,
kalau tgk la sjarah hidup dy sblm dia jadi kaya. hisy~ mmg org tak kan sangka, ni la Pak Syed..hehe
Anyway, untuk pengetahuan korang, saye baru kenal Tan Sri Syed ni, beberape Jam yg lalu
huhu~ masalah2....Tapi takpe,. At least I know Him better. 
I wish my spirit can be like him. aND I hope Also, My money be like him...qui2...
barang sape yg tak kenal lagi. Ini, saye ade sediakan beberape maklumat 
tentang Tan Sri Syed. 
or..nama terkenalnya Yayasan Al-Bukhary.
dan sebenar2nye..
Artikel ini saya telah copy and Paste dari Link ni.


jommm...check it Out ------->

Sunday, March 6, 2011

How to Score A (subjek yg korg tak minat)

Assalamualaikum~
Subjek yang saya tak minat??
urmm~ ....ermm...urrmm...
jap2...
Sudah semestinya Bahasa Arab PMR. 
iaitu Bahasa Arab Komunikasi. 

Jap2 before I start this part.
this is not motivational Talk okay !!!
Saya bukan Pakar motibasi
bukan pandai menasihat
bukan pakar dalam membimbing remaja or student
I just share something that I can share 
apart of my life.

Ok2. I understand, mybe somepeople from you will say
"Ek elleh, Minah ni. BAT punyelah senang, mmg la 
senang nak score ...." 

And I will answer.
"Oit~ kalao Subjek BAT tu senang..apsal ade lagi budak yang 
gagal BAT? sepatutnye 1 Malaysia nilah 100% lulus subjek arab.
and subjek arab dah tak jadi dah subjek PMR."
haih~ ckp byk, Lain org of kos la lain pemikiran.

Ada yg cakap subjek math and science tu killing senang. 
ade jgak yg cakap sebaliknye.

ade jgk yg cakap KHB or GEOGRAPHY tu best giler.
ade yg tak fikir mcm tuh.

Okay2...today..untuk amik mood so, Saya gunekan
Bahasa Arab komunikasi (PMR)
Press Read more if you are in love with knowledge :)

Saturday, March 5, 2011

.::Transgenesis Bisikan Rimba::.


Tajuk :
Transgenesis Bisikan Rimba
Penulis : Amir Husaini
Halaman : 376 Penerbit : PTS Fortuna Harga : RM24

Hye, sbnrnye buku ni dah lama saya baca, tak silap waktu saya...
Form 4 atau 3 begitu.
Buku ini di perkenalkan oleh kakak saya.
memandangkan ini buku lecturenya so, dia menyarankan sy untuk baca
mula2 nampak macam tak best.
tapi ini lah buku pertama Sci-Fi yang saya baca 
seUmur Hidup. 

Sinopsis ini saya copy paste je, sbb dah lama baca
so tak ingat sangat, jadi... inilah TRANSGENESIS

Transgenesis Bisikan Rimba adalah novel Sci-Fi pertama yang saya baca untuk keluaran PTS. Saya beranikan diri membelinya walaupun beranggapan mungkin novel cantik ini akan mengecewakan, maksud saya dari segi bahasa yang boleh membawa saya menghayati. Amir Husaini nama yang asing buat saya. Saya tidak pernah membaca karyanya dan tidak tahu bagaimana gayanya menulis. Oleh itu, saya tidak boleh membaca 'falsafah penulisannya'. 

Namun ketika membaca Transgenesis (pada mulanya saya tidak perasan tajuk novel ini Transgenesis Bisikan Rimba, ingatkan Transgenesis sahaja) pada beberapa halaman permulaan, " eh, bagus pula", sehinggakan saya boleh takut pada bab pembunuhan Hwang Chien Ming. Saya fikir kalau saya duduk bersendirian di rumah, besar kemungkinan saya tidak akan meneruskan pembacaan. Saya beranggapan, "mula-mula ja kot, bagus", tetapi rupa-rupanya sampai ke muka surat terakhir, saya masih kata "eh, buku ni baguslah".

Saya tidak mahu bercerita dari A-Z apa yang dikisahkan dalam novel Sci-Fi ini seperti kebiasaan resensi pada sebelumnya. Saya cuma mahu bangkitkan persoalan kerana novel ini memang banyak persoalan. Lagi satu, kalau saya ceritakan secara lengkap, takut-takut nanti hilang pula 'suspen' apabila anda membacanya.

Flora, Subjek 4-7-9-1, Prof Kay, Prof Joned Jauhar, Dr Ramsay, Ixora, Razilan, Buraquzzaman adalah nama-nama yang saling berkait dalam Transgenesis. Hwang Chien Ming dibunuh oleh seorang gadis yang bermata dan berambut hijau di sebuah kawasan pembalakan Gunung Pulai. Razilan pekerja kepada Hwan Chien Ming menyaksikan pembunuhan itu. Siapa gadis bermata dan berambut hijau itu? Adalah dia hasil eksperimen Prof Kay atau makhluk lain atau khayalan Razilan sahaja?

Subjek 4-7-9-1 yang mahu dikenali sebagai Flora telah melarikan diri dari Institut Trans-DNA sebuah institut penyelidikan genetik yang diasaskan oleh Prof Kay. Flora adalah hasil eksperimen yang diterajui oleh Prof Kay dan diteruskan oleh Prof Joned yang melibatkan pemindahan gen tumbuhan ke dalam tubuh manusia. Apakah kelebihan Flora dengan memiliki gen-gen tumbuhan ini di dalam tubuhnya selain daripada memiliki mata dan rambut berwarna hijau? Flora bukan manusia normal yang lahir daripada persenyawaan antara sperma lelaki dan perempuan tetapi melalui hasil klon Prof Kay sendiri. Oleh kerana itu wajahnya hampir seiras dengan wajah Prof Kay ketika usia mudanya dan ini cuma disedari oleh suami Prof Kay, Datuk Jay setelah melihat wajah yang seiras Flora di Gunung Pulai.

Sebanyak 4790 cubaan klon telah dibuat tetapi tidak berjaya dan akhirnya cubaan yang ke 4791 berjaya setelah Prof Kay menggunakan kaedah lain. Apakah yang terjadi kepada embrio-embrio sebanyak 4790 itu? Ketika Flora melarikan diri dari Institut Trans DNA, bagaimana dia boleh melepaskan diri begitu mudah sekali? Siapakah yang telah membantunya dan kenapa Gunung Pulai dipilih sebagai destinasi?

Siapa pula Dr Ramsay yang tiba-tiba sahaja wataknya muncul entah bab yang ke berapa? Apakah yang telah terjadi kepadanya dan apa kaitan dirinya dengan Ixora sehingga Ixora telah berjaya membuat Prof Kay tertuduh sebagai pembunuh Hwang, sedangkan Ixora pada mulanya cuma setiausaha Datuk Jay, suami Prof Kay. Sekali baca, ya, memang kelihatan Prof Kay yang membunuh. Tetapi adakah betul Hwang Chien Ming dibunuh oleh Prof Kay atau ada cerita lain di sebalik? Siapakah sebenarnya Prof Kay dan apa kaitannya dengan haruman kenanga yang sentiasa sinonimnya dengan dirinya?

Persoalan yang paling penting dalam Transgenesis : Siapakah yang membunuh Hwang Chien Ming. Persoalan ini masih tidak terjawab sehingga ke halaman terakhir.. Mungkinkah Prof Kay, klon Prof Kay yang menyerupai Flora, atau ...? Siapakah dalang sebenarnya dalam cerita ini, adakah Ixora, atau mungkin Prof Joned, atau Datuk Jay atau......? Entahlah, saya tidak berani meneka kepada semua persoalan ini, mungkin kerana saya sudah biasa tersalah teka dalam Transgenesis.

Saya tidak sangka sama sekali novel ini akan ada sambungannya walaupun penulis tidak menyatakan secara jelas akan siri lanjutan itu. Cuma, berdasarkan penghujung cerita yang tergantung itu dan persoalan-persoalan yang masih belum terjawab, maka saya yakin, Transgenesis ada Siri ke-2. Saya dapat rasakan dalam Siri ke-2 itu nanti pasti kisahnya melibatkan Prof Kay atau Kenanga dengan 6 orang saudaranya yang terpisah setelah satu kejadian yang ada kaitan dengan Dr. Ramsay. Ehm, agaknya betul atau tidak jangkaan itu?

Transgenesis Bisikan Rimba bukan sekadar menceritakan dunia sains klon semata-mata tetapi ia juga cuba menyampaikan makna sains dengan mengetengahkan perbezaan pendapat antara Prof Kay dan anak muridnya Prof Joned serta Dr Jauhar dan Dr Ramsay.

Prof Kay dan Dr Ramsay beranggapan bahawa sebarang ujikaji sains tidaklah harus disekat walaupun ia bertentangan dengan etika dan kemanusiaan. Mereka juga cuba menganggap pencapaian sains tidak ada kena mengena dengan Tuhan tetapi ianya semua disebabkan oleh keajaiban sains. Tetapi Prof Joned dan Dr Jauhar tidak bersetuju dengan pendapat itu. Agama dan sains tidak boleh dipisahkan. Jikalau ada cubaan ke arah itu, maka manusia akan cuba melanggar fitrah dan seolah-olah cuba mencabar kekuasaan Tuhan. Lambat laun, manusia juga akan menemukan kehancurannya di atas perbuatan diri sendiri.

Saya suka beranggapan Transgenesis Bisikan Rimba bukan novel Sci Fi yang kosong. Definisi novel Sci Fi yang kosong buat saya ialah novel yang cuma gah dengan kisah-kisah sains, teknologi dan fantasi tetapi tidak ada mesej yang boleh membawa pembaca berfikir tentang Tuhan. Sebuah karya yang hanya gah pada tulisan dan kisah, tanpa mesej yang jelas akan hanya membawa mulut membaca, tetapi sebuah karya yang boleh membawa pembaca menilai baik dan buruk serta makna kehidupan akan membawa hati turut membaca!

Semoga Transgenesis Bisikan Rimba akan terus membuka hati pembaca untuk jangan angkuh dengan kehebatan diri dan cuba mencabar kekuasaan Tuhan. Nanti padah kembali pada diri. 
Saya menanti kemunculan Transgenesis Bisikan Rimba Siri 2. Saya berharap resensi untuk Transgenesis Siri ke-2 itu nanti akan menjadi pelengkap kepada resensi ini!

I think you alls kena baca ni. This is really awesome. 
saya masih mencari Transgenesis keluaran kedua. :) yeahh ...
Reading is Life.

.::Kata-Kata Hikmah::.

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya

Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.

Visit : Koleksi Cinta 
  
Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)
Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi. 

Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya. 

Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya

Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap

Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”.

Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu. 

Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan

Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).

Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)

Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)

"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)

Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.

Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)

Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.

Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)

Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."

Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)

Kekitaan yang erat tiada yang berat.

Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.

Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati

Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.

Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.


Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2010/01/koleksi-kata-kata-hikmat-hikmah.html#ixzz1FiKKa5Ie

Friday, March 4, 2011

.::Something That I wanna Share about::.

annyeonghaseyo,
hehe~
Lama tak dengr khabar kan?
followers pun dah smkin bertambah...haduii..camne nak buat ni..
this is not the best blog that you should follow for, but if it is your desire because ade mende len
hehe...silakan lah.....I dont care at all, 


So, Curious tak nak tahU saye pgi mane? haha...
kami pergi TRIP MRC or nama manja nye ialah
CUTI2 MRC..haha..
ni logo MRC ..tp kami
Mrc Mahallah Khadijah.
percutian ni kami sendiri2 je rancng
tapi pakai bajet MRC la..mwahahaha


Today, and now on..
I wanna share something for you all,
about my trip
to port Dickson 
wahh..isnt it good?
well..ini bahagian dalam rumah :) cantik isnt it?

Ni dapoq...lawa lagi masa ktorng baru sampai...erk..bila
dah duduk situ...mmg semak habis la..

wahh..cANTik Isnt It? ni lah nama dy..Old english style
yang ni kami tak semakkan okeh..



                                      Haha..kusi ni slalu jadi mangsa kami duk bergambaq~ best2
Hari pertama sampai, kami rehat2 dulu..Then...trus ade
THE BEST CEKODOK COMPETITION.
haha..org len duk buat cekodok biase je...tgk kumpulan saye
kami gune kan Variasi..hahaha....lain dari yg lain

Malam tu Kami tgk muvie ramai2...Wayang la katekan
tapi wayang kali ni halal okeh.
Tajuk citer??? BABY AND ME..mwahaa,...syOk doe tgk ramai2

Esok paginyeee~ kami pegi PAntai TELUK KEMANG.
Yeaah..The Best ocean  EVER ! sbb pi ramai2 ..haha

salah satu aktivitinye ialah...
LEARNING DANCING STEPS..
jap2..sape ngaja??
hahahaha...SAYE LA...sape lagi..
malas je nak bangga...Ops..erk..huhu


Haha...best ni la nama dy PENCIL BOAT
bukan BANANA BOAT yea...
SeRiously wa tell ya....MEMG SUPERB arr...

YEahhh...Itu diaa...lePas Naik pencil tuhh..
boat tu terbaLikkkk...ops...mmg sengaja la diterbalikkan..
mmag kami hampir lemas la..
air masuk hidung la ..ape mende la..
memAngggg~ Layaaann!!!

Hahaha...OuR next Activities...ialahhhh
SAND CASTLE...!!
OPS..BUKAN2..MRC CASTLE...mmg kami berpeluh2 ar buat
mende alah ni
cuba teka sape arkiteknye??
Mwahahahah..malas la cakap....Ngeee~




Hohoho..amacam?
ye2,..saye tahu..anda akan cakap
ala..simpLe nye...ala..senang je..

ha...cube la kOrang buat..tahu tak ..nak jadikan dy tinggi punye la payah..adeyy~


Ok2//cukup3..tu je yang saye nak share..haha
ade lagi gambar2 yang lain and menarik and cun2 belake
tapi tak mau la saye letak kat sini kan..
sat gi orang kate murah lak nak tayang muke..haha
Whatever....ok2...tu la sebabnye saye bz sket


dah la bru lepas Final. 
lepas tu ade program sket.
then ade Cuti2 MRC lg..
ha..skrng baru sampai rumah....
kui3...


ok..salam perjuangan
thanks coz reading..
luv u all so strong!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3