Pages

.:My Dearest friends:.

Friday, January 27, 2012

1#environmental design

Hye assalamualaikum....
tak jawap dose..kalau jawap sayang.....

well..aku bru je habis present projek pertama aku
dalam subjek ED....

ED for environmental design..
mybe la korg tertanya2..awat kos SENI bina ada gak mende ni

jawapanye..aku pun TAK TAHU....

seriously....dua hari terakhir aku tak tdoooo beb~
mmg la dua hari tu tak lama...tapi kalau
NON STOP? kau nak kata apa...

So, aku just nak share la...keje2 rumet aku
studio met aku..

mana yg sempat la ye <3 

MATERIALS ; A2 ILLUSTRATION BOARD, POSTER COLOR (PELAKA),

THEME ; ORGANIC AND GEOMETRIC DRAWINGS

Ar Roziana




ana hafizah

asad


azwan

ammar

yaya

pija



KTORG kena present....er..aku goreng ja... -_-

btw..penat gile2 nak tdo..bye!

Monday, January 23, 2012

Kahwin awal?

Assalamualaikummm...woot2...dah lama aku tak update belogsepuut kesayangan aku ni...
maklum la..bz sket...or....erti kata lain..TAKDE idea :D


WeLL, saja aku pick tajuk Kahwin awal ni, sebab..skrg ni ..mmg dah fenomena Kahwin awal? isnt it? if you guys aware la..kalau rasa biase je..maknanye tak lame dah tu nak idup..

anyway, Kahwin awal... i have about 3 or 4 of my close friends yang dah kawen..kalau kawan2 yang jauh2 kenal2 gitu je lain ,...tapi..yg baik and mmg rapat ngan aku pun ada...

depa kawen start umoq 19..ada yang 18...wah2.stakat ni aku tak Interview lagi depa macam mana kondisi rumah tangga depa...hihi..kalo tanye kan di katakan meyibuk la pulak..

Why Sindrom nikah awal.

Hapen to Matrix Student..which is 2 years after SPM, aku tak tahulah macam mana mende camni boleh tersebar??

# mungkin sbb byk sgt main ngan hati dan prasaan kot
#sbb nak elak dari dosa (alasan feymes)
#sebb tgk kawan2 lain da kawenn..macam SERONOK jeee~

macam ni la. aku bukan nak halang sapa2 kawen awal..ohh..TIDAK ..siape lah aku kan? kalau da sampai nye jodoh korang ...nak wat camna?? kan??

THE PROBLEMs are...

1. Kau takde calon..lepas tu kau duk merungut  "NAK KAWEN...SERONOKNYE KAWEN..." , kau tahu tak, mende ni leh jadi melaghokan kau..kalau kau dah GIAN sangat nak kawen...kau pi kasik tahu FAMILY kau and biar family kau carikan...

2. If family kau tak kasik kawen awal....came on bebeh..just focus on your studies..tak payah la kau nak usha2 membeR2 kau yang dah kawen...and skali lagi cakap "bestnya..dy da kawen..ala..nak kawen jugak.."
errrrrhhh...

3. To all yg dah kawen awal.. kau tak payah la beria2 nak SEBAR gambar kawen kau merata2...nak kata "kawen ni best..kawen la.." so, menyebabkan kawan2 kau yang mmg dah GIAN nak kwen ni jadi gila meroyan...makin nak kawen..even pasangan pun takde...

4.  Bila2, masa2...tiap2 saat and waktu..kau asyik nak cakap pasal KAWEN jer..OMG..came on guys...kau nak cakap skali skala....jarang2 boleh la..ni dah kalau hari2....tiap2 saat kau nak cakap pasal kawennn??? uihhh....Naya dah ni...aku jadik meluat tau dok? semua benda kau nak cakap .....

5. KAU TAK MALU KE WEH...cakap pasal KAWEN slalu???????????????????

6. kau banyak sangat main dengan hati dan prasaan ni....lama2,..ROSAK hati....so..jaga2 la wehhh

7. kau nak cakap pasal...lelaki soleh la...beriman lah..baik..romantik..SWEET....tapi kaU SENDIRI??

contoh, masa makan,...

"kan best kalau makan ngan suami"

??

Masa naik bas.

"Kan best kalau naik bas ngan suami. boleh pegang2 suami jeee"


Ok,that is. mende ni usually hapen kat org2 biase..or org2 jemaah.. mcm...entahlah weh..aku kurang sikit lah masuk dengan org macam ni.

kau asyik2 nak cakap pasal kawen.. cubalah kau cakap tentang IDEA ke,...tentang SIRAH2,,.ISU semasa ke?  that better..boleh kau buat BIJAK sikit

daripada kau terus terbuai2 ..syaitan dah hanyutkan fikiran kau dengan kahwin..kahwin..kahwin..sbb kau masih belum mampu lagi.

Boleh tak kau jangan TAKSUB sangat dengan PERKAHWINAN?

sampai satu masa nanti..sampai lah jodoh kau....insyaAllah kahwin jugak kau..tapi..tak payah la..sampai nak meleleh2 macam ni...

MacM ni la..frankly speaking...


aku tahu. islam sangat memuliakan perkahwinan..yes..i know it..and aku tak nafikan..cuma..and islam pun galakkan kita untuk berkahwin awal..cuma.....~

"Manusia mengagung-agungkan perkahwinan itu, dengan ketaksuban mereka"


paham2 ar sendiri..da beso kan?

Sepatutnya.

"semakin lama kau memikiran soal pernikahan, semakin itu kau akan tahu, betapa beratnya ia,sehingga kau tidak mampu lagi memikir tentangnya"

dan tolong lah jgn jadi..

"Semakin kerap kita berbicara soal kahwin,jodoh, lelaki dan wanita...semakin kurang rasa manis di alam perkahwinan itu "

sebab...smuanya kite dah tahu? or SIBUK nak ambil tahu lebeh2..

Ok lah...

so...pesanan aku yang last kan/...

Janganlah terlalu TAKSUB atau EXITED sgt dengan "KAHWIN AWAL" kau tu. boleh..tapi diam2 sudah.//cumanya kadang2......kita tak tahu sama ada kawan2 kita ni. suke ke tak topik KAHWIN AWAL untuk di bualkan...so...MALU la sikit...

So, AKU MINTAK MAAF BANYAK, KEPADA SAPA YANG TRASA..OR YANG TERKILAN DEK KATA2 AKU~ IM SORY OKEH....AKU TAKDE NIAT LEN^^

Monday, January 9, 2012

Maseh^^

Salam~ Happy birthday~
saya nak ucap terima kasih, kepada semua yang wish dan doakan saya dalam ucapan mereka, moga2 Allah berkati semua doa2 dan makbulkan semua doa2 kalian~ erk..termasuk yg kawen awal??

ok fokus2~

Post kali ni khas untuk umi :)

Umi, terima kasih krn MElahirkan,
menjaga, mendidik mengasuh,
Marah, ketawa gembira.
dan macam2 lagi lah

umilah segala2nya.
umi yg memahami
sehingga kini aku membesar begini
jadi anak yg solehah untuk umi insyaAllah

yg penting~ orang sayang umi :)

"Smoga ALLah pertemukan lagi kita di dalam Syurga, Keluarga SYURGA"

ameen.~~

buat sahabat2 yg wish..
mekasih sgt2~ yang ingat

atau yang usha2 kat FB je pun da okey da even xingat : D

Maseh2 ^^

walaupun xdapat byk adiah~ syukur masih di kurniakan sahabat2 XD

Wednesday, January 4, 2012

Murals Project

Assalamualaikum...
Ya Allah, semoga setiap manusia yang membaca 
penulisan ku ini, sentiasa KAU berkati mereka :D

Haii...semua org tau saya cuti 3 bulan
yela ,,, tak amik s,sem.
apa saya buat?
keje?
no~~~~

keje la jugak..tapi randomly..macam tolong2 org la

and...recently, dapat project buat MURAL
kat PASTi and PRA tahfiz
gila...tak pernah buat pun before..
tiba2 dapat projek...
rezki..alang2 boleh blaja kan?


anyway..takde la cantik sangat, but i just wanna share 
hasil kerja2
yang di izinkan oleh ALLAH untuk aku lakukan

1 PROJECT : CAT PASTI AL-FATAH BATU 3,KUANTAN

Tenaga :
Abah
saye
Amin
Hanif
Cikgu Watie
Adik Muharrar
and..bidadari Firdausi (ko datang 3rd day ok..tp masuk gak name nko)


Ni takde IDEA..so. buat la garis2~hoho

ada la sikit batu bata...
Seriously..buruk..
ni aku ngan adik2 aku yang bantai

Pensil and pagar~~ cat....
dari kiri , cikgu Watie, muharrar,bidadari Firdausi~~ and tangan tu..amin sobiRin

Done! tingkap, ada buku and spider~ohoho


Memang tak brapa nak lawa...
sbb yang lukis aku
warna and catnya org lain
cat ok dah
pelukisnya...terok!!!




Ana Hafizah (Smoga di ampuni Allah dosa2nya)


tingkap, dari jaRak dekat


mestilah nak kene coret sket kan? hasil koje kitewwww~~ awwwuumm

 2nd PROJECT : DECO PRA TAHFIZ ,DANAU LUMAYAN

yang ni beza sket..sbb kene tampal2 jer..takleh CAT..huhu..so. ktorang i mean
i dengan ROZIANA~ mALAs nak tag beliau.hoho

kami 4 hari bertungkus lumus menyiapkan,..hoho

tenaga ;
Aku
Roziana







pat ni paling ktorang sukewww~~ ahakasss~






Sori...basicly camera tak lawa~ sbb  camera handphone jer en?
sapa2 nak ajak ktorang hias2 nursery ke ....pasti..tadika ker...
contact kami okay :D

perghh..wat biznes plak~~ ok..tu jer nak share

da nak masuk UIA baleekk..sem 3 dah wooot~~uhuhuhu

Doakan..smoga di ampunkan dosa,. dan di berkati ILMU segala yang di pelajari and smoga Allah terima segala amalan kita  :)

Ameen

Monday, December 12, 2011

Syair yang membuat Imam Ahmad Menangis.

                               



إذا ما قال لي ربي أما استحييت تعصيني ؟
Apabila tiba saat tuhanku berkata padaku: Tidakkah engkau malu melakukan maksiat kepadaku?
وتُـخفي الذنبَ عن خلقيَ وبالعصيانِ تأتيني
Engkau menyembunyikan dosa dari makhlukku sedang dengan dosa engkau datang berjumpaku?
فكيف أجيبُ يا ويحي ومن ذا سوف يحميني ؟
Maka bagaimanalah aku boleh jawab dan siapalah yang boleh mempertahanku?
أسلي النفس بالآمالِ من حينٍ الى حيني ..
Aku sentiasa mendamaikan perasaanku dengan harapan-harapan dari detik ke detik.
وأنسى ما وراء الموت ماذا بعد تكفيني
Sedang aku lupa apa yang berlaku selepas kematian apalah yang cukup untukku.
كأني قد ضمنتُ العيش ليس الموت يأتيني
Seolah-olahnya aku telah dapat menjamin akan terus hidup dan kematian tidak akan datang.
وجاءت سكرة الموت الشديدة من سيحميني ؟
Jika tibalah saat sakit kematian siapalah yang boleh menahannya dariku?
نظرتُ الى الوُجوهِ أليـس منهم من سيفدينـــي؟
Aku hanya mampu melihat wajah-wajah di depanku adakah seseorang di kalangan mereka yang boleh menebusku?
سأسأل ما الذي قدمت في دنياي ينجيني
Aku bakal ditanya apalah yang telah aku persembahkah di duniaku dahulu yang boleh menyelamatkan daku.
فكيف إجابتي من بعد ما فرطت في ديني
Bagaimanalah jawapanku setelah mana aku mengabaikan urusan agamaku?
ويا ويحي ألــــم أسمع كلام الله يدعوني ؟
Hai kesalnya apakah aku tidak pernah mendengar kalam Allah yang menyeruku?
ألــــم أسمع لما قد جاء في قاف ويسِ
Apakah aku tidak pernah mendengar kandungan surah Qaf dan surah Ya Sin
ألـــم أسمع بيوم الحشر يوم الجمع و الديني
Apakah aku tidak pernah mendengar tentang hari perhimpunan, perkumpulan dan pembalasan.
ألـــم أسمع مُنادي الموت يدعوني يناديني
Tidak pernahkah aku mendengar penyeru kematian yang mengajakku dan memanggilku?
فيا ربــــاه عبدُ تــائبُ من ذا سيؤويني ؟
Wahai tuhanku inilah seorang hamba yang kembali siapalah yang sanggup menerimanya?
سوى رب غفور واسع للحقِ يهديني
Kecuali tuhan yang maha pengampun, yang maha kaya, yang sentiasa memberiku pedoman ke jalan sebenar.
أتيتُ إليكَ فارحمني وثقــّـل في موازيني
Aku mendatangi mu maka kasihanilah daku dan beratkanlah neraca timbanganku.
وخفف في جزائي أنتَ أرجـى من يجازيني
Ringankalah pembalasanku kerana engkaulah sahajalah paling diharap kebaikannya apabila melakukan pembalas

Sunday, December 11, 2011

Can You Feel - One Night Only :D


SeriousLy, best lagu ni
ENJOY,
naik smgt insyaAllah 
amik yg baex 
buang yg tak baex 
OK!



When I'm on my own, I can be who I want to
There's another world on my bedroom walls
Can I get there someday, 
Can I get there someday

It could be yours, the world we see
The future's ours, stand close to me
Here we are, our dreams in sight
We'll come together
Can you feel it tonight?
Can you feel it tonight?
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/o/one_night_only/can_you_feel_it_tonight.html ]
So I ran for days
And now I found my way
And as the streets race past
I just won't look back
Can I make it someday, 
Can I make it someday

It could be yours, the world we see
The future's ours, stand close to me
Here we are, our dreams in sight
We'll come together
Can you feel it tonight?
Can you feel it tonight?

Oh... 

It could be yours, the world we see
The future's ours, stand close to me
Here we are, our dreams in sight
We'll come together
Can you feel it tonight?
Can you feel it tonight?


More lyrics: http://www.lyricsmode.com/lyrics/o/one_night_only/#share

Saya mesti JAGA diri saya


Kita akan sentiasa bertarung dengan diri kita sendiri, sehinggalah kita menemui kemenangan, atau kekalahan dalam diri kita. Pertarungan ini adalah pertarungan sengit, dan berterusan sehinggalah kita menemui ajal.
Dalam menghadapi pertarungan jiwa ini, manusia akan terbahagi kepada 3 golongan.

      1)  Golongan yang dapat di tewaskan oleh hawa nafsu mereka.
Golongan ini tunduk kepada dunia,Golongan ini adalah golongan kafir dan mereka yang mengikuti cara cara mereka, iaitu orang yang MELUPAKAN ALLAH,lantas ALLAH MELUPAKAN MEREKA. Dalam AL-QURAN ALLAH berfirman. 


2)  Golongan kedua ialah Golongan yang BERJIHAD melawan dirinya ,bertarung memerangi hawa nafsu,Kadangkala mereka meNang dan kadangkala mereka Kalah.  apabila bersalah, kita bertaubat, inilah golongan kedua, dan kebanyakkan kita ummat islam, paling2 tidak pun kita berada di golongan ini. 


3) Golongan ke3 ialah golongan orang2 Maksum, seperti para Nabi dan Para RASUL.

SENDI-SENDI KEKUATAN DALAM PERTARUNGAN JIWA.

(HATI)
hati lah yang akan jadi sendi kekuatan dalam kita meneruskan perjalanan ini,
apabila hati itu terus hidup lembut, bersih , dan cekal dan sentiasa mengingati kata2 saidina Ali


(AKAL)
 Akal akan menjadi sendi kemenangan dalam pertarungan jiwa sekiranya akal itu dapat melihat,
mengetahui sesuatu dapat membezakan  sesuatu dan dapat menyedut sesuatu daripada Ilmu yang kelak
akan di gunakan untuk mencapai tempat yang hampir dengan Allah, 
mengetahui kekuatan dan kebesaran Allah. 


Akal mukmin yang sedar itu dapat membezakan BAIK dan BURUK, antara 
HALAL dan HARAM ,Maaruf dan Mungkar,

Cahaya Akal tidak DAPAT di PADAMKAN oleh sesuatu Kecuali MAKSIAT, KEKAL dalam
Maksiat,Terang-terangan  Melakukan Maksiat dan TIDAK BERTAUBAT 

TANDA2 KETEWASAN JIWA.

apabila hati itu telah mati , apabila akal itu terpadam dan tidak bercahaya atau menyeleweng,
pabila manusia tewas dalam pertarungan dengan Syaitan terbukalah pintu2 masuk bagi segala kejahatan kedalam dijwanya 

Lagi2 kita tahu syaitan itu akan meresap dalam diri anak2 ADAM seperti mana darah
yang mengalir dalam diri anak2 ADAM.

selain itu penyakit paling bahaya yang menimpa mereka yang telah TEWAS ialah PENYAKIT WAS2.


Kubu Pertahanan dari Godaan Syaitan.
syaitan memasuki hati manusia melalui 10 pintu

TAMAK, dan JAHAT SANGKA, lantas aku hadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada setelah berusaha dan ikhtiar

 CINTAKAN HIDUP dan PANJANG ANGAN2. lantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut tiba2

CINTAKAN KEREHATAN dan NIKMAT  lantas aku hadapinya dengan meyakini bahawa nikamt itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.

KAGUM PADA DIRI SENDIRI (UJUB) lantas aku hadapinya dengan mensyukuri nikmat2 Pemberian ALLAH dan takutkan balasan siksaanNYA.

PANDANG RENDAH TERHADAP ORANG LAIN dan TIDAK MENGHORMATI MEReKA, lantas aku menghadapi nya dengan mengetahui hak2 mereka dan kehormatan mereka,

HASAD, lantas aku hadapinya dengan sifat Qanaah (berpuas hati dengan apa yang ada,setelah berusaha dan ikhtiar) dan redha terhadap pemberian ALLAH kepada MAKHLUKNYA,

RIYA' dan SUKAKAN PUJIAN MANUSIA-lantas aku hadapinya dengan sifat ikhlas.

BAKHIL, lantas aku menghadapinya dengan menyakini bahawa apa yang ada di tangan MAKHLUK itu akan binasa sedangkan apa yang ada disisi ALLAH itu kekal

TAKABBUR, lantas aku hadapinya dengan sikap tawadhu'

TAMAK- Lantas aku hadapinya dengan yakin akan balasan ALLAH dan tidak mengharapkan sesuatu daripada manusia

oleh itu sahabat2 saye, dan diri saya sendiri terutamanya, marilah sama2 kita kembali kepada ALLAh, jangan sia2kan HIDAYAH yang allah kurniakan kepada kita, jangan sia2kan NIKMAT Iman dan ISLAM yang ALLAH hadiahkan kepada kita tanpa kita minta ini. 

maka, bersederhanalah dalam makan dan minum dan berpakaian, 
jom banyakkan berzikir, istighfar  dan membaca Al-Quran.

jauhi sifat tergesa2  dan sentiasa berhati2.

salam mujahadah, Ana Hafizah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3