Pages

.:My Dearest friends:.

Tuesday, April 20, 2010

cerpen :Harapan Kak Long


Hurm..kali ni
ada Cerpen lagi....

dah takde article lain...
ape2 pun..
enjOy...
sediakan tisu kut...




Antara insan yang paling aku benci dalam dunia ini ialah kakak aku. Mentang-mentang lah sekrang dia menuntut di IPT agama, berlagak alim je lebih. Menyampah aku. Kadang-kadang tak tentu masa dia nak ceramah aku.

Tok…tok….

“Leya…Leya…solat subuh sayang…dah pukul 7 ni..dah bangun ke belum?” soal kak Long. Hisy….tensyen aku macam ni..sengal betul. Mengacau tidur aku yang indah, baru je mimpi prince charming datang.

“eeii..orang dah solat la..” bohongku, lalu mengambil MP3 lalu sumbat ke telinga. Haha…pagi-pagi dengar lagu-lagu ni lagi best.

Setelah siap-siap pagi itu, aku ke meja makan, dan melihat sarapan terhidang, ada nasi goring, keropok keping, ada roti bakar dan air milo, ermm..bestnya.

“pagi semua…!!” aku teriak. Mama dengan papa pun ada sekali. Cuma kak long tak ada..haha…baguslah..kalalu dia muncul saja.pasti patah selera ku.

Tiba-tiba kak long muncul dengan menatang dulang yang berisikan air basuh tangan dan tisu. Isy…meluat tengok senyuman nya. Macam la lawa sangat. Hari-hari nak senyum.

“mama..papa…Leya..jom baca doa dulu….” Katanya sambil duduk sebelah mama. Aku buat derk je..aku terus makan tanpa peduli, dengan lahap pula tu aku makan.

“Leya..kenapa tak baca doa pun?” soal mama. Aku sengih.

“mama tak pernah ajar pun dulu..jadi..mama tak buat dulu..kenapa kak long sibuk-sibuk nak buat…” ujarku sinis. Mama terdiam, kemudian pandang kak long, cari simpati lah tu.eleh…

“Leya..kak long ajar Leya perkara baikkan..lagipun berdoa ni sunnah nabi.,..jadi..baik kita amalkan..” katanya. Aku menjeling lagi. Kedengaran papa ketawa kecil.

“siapa yang makan tak baca doa..ibarat makan bersama syaitan…” ujar papa. Bulat mata aku memandang papa.

“easy..apsal semua orang hari ni merosakkan mood aku??!!” tengkingku lalu bangkit. Bulat mata kaklong melihat ku. Apsal? Kurang ajar?ada aku kisah.?

…………….
Ya Allah, macam mana aku nak merubah keluargaku yang jahil ini? Alhamdulillah..mama dengan papa sudah menerima sedikit demi sedikit ilmu yang ku persembahkan, iaitu mewujukan keluarga islam.

Leya. Ya Allah, sesungguhnya Kaulah pemilik hati manusia. Kau lah pemilik hatinya, maka..bukakanlah pintu hidayah untuknya, sungguh, aku tidak punya banyak masa lagi.. bantulah aku ya Allah.

…………
Aku pulang ke rumah jam 5 petang. Masuk-masuk je rumah, aku Nampak kak Long sedang membersihkan barang-barang perhiasan, menghilangkan habuk agaknya. Namun, tak ada masa aku nak pedulikkannya, aku terus melangkah naik.

“Leya? Awak dah solat?” soalnya, huh…tak kan pernah ku jawap. Berlari menaiki tangga.

Alangkah kagetnya aku masuk ke bilik, dan melihat bilik ku begitu kemas sekali. Hisy..siapa yang buat ni? Tak kan lah bibik? Bibik cuti sebulan. Jangan-jangan Kak Long.eeiii…..lantak la.buat baik macam mana pun, aku takkan dengar satu pun cakap dia. Yaks..
……

Azan maghrib berkumandang,aku yang tengah syok ber’facebook’ ni tiba-tiba di ganggu, oleh satu makhluk.

“Leya?./dah mandi?jom solat berjemaah dengan mama dan papa…” ujarnya di sebalik pintu.

“hisy..malas laaa….” Jawapku.jujur.hhaah///.

“Leya,,,mari lah…kita jarang kumpul sekeluarga…” ujarnya lagi. Hisy..dah makin rimas dah kepala aku ni. Macam- macam.
………..

Alhamdulillah..akhirnya Leya keluar juga, dengan kain solatnya. Aku hanya mampu tersenyum, satu-satunya adik yang ku cintai, dan aku lah satu-satu kakaknya, walaupun tiada sekelumit pun kasih sayang nya buatku. Aku sedar.

Solat maghrib di imam kan oleh papa. Walaupun papa baca agak tergugup sedikit, tapi masih sedap di dengar, suara papa memang merdu kalau mengalunkan ayat al-quran,

Selesai solat maghrib dan bersalaman semua.

“lepas ni kita buat apa?” soal mama. Aku senyum, manakala Leya sudah sibuk mahu naik ke atas.

“kita mengaji dulu ye mama…papa Leya…” ujarku, sepantas kilat mama dengan papa bangun dan mencapai Al-Quran. Erk…berhabuk jugaklah qurannya.

“eii..malasla..membazir masa je tau..orang banyak kerja sekolah nak buat….sibuk la..” ujarnya.

“Leya…kejap je…” pelawa ku sekali lagi.

“ntah..mari sini Leya..dekat papa…kita mengaji sama-sama…”

“tak nakkk!!” tengkingnya, terus berlari ke tingkat atas. Aku senyum, dan tunduk. Beristighfar.

“Ya Allah..bukakan lah hatinya…amen..”

Malam itu, aku mama dan papa, mengaji bersama-sama, sungguh indah berkeluarga Islam ini. Mama dengan papa pula kelihatan suka dengan kehidupan islam.

Seusai mengaji, azan isyak berkumandang, dan kami solat berjemaah lagi tanpa Leya. Berkali-kali aku pelawa, dia jawap

“berapa banyak kali nak solat jemaah ni…hisy…sekali dah la…bukan wajib pun/…”

Ya Allah, kenapa keras sungguh hatinya. MasyaALLAH.

Seusai solat Isyak, aku mama dan papa bersosial di ruang tamu, aku buatkan mereka air panas. Di malam yang dingin.

“Alhamdulillah Noor. ..semenjak kamu balik…papa jadi tenang je..kerja papa pun dah tak serabut sekarang…” ujar papa. Aku senyum .Alhamdulilah.

“eh,.yeke..mama pun sama lah..kat office tu..sebelum ni..kalau mama tengok banyak fail atas meja, mesti mama marah-marah, kalau sekarang, mama tenang je..mama buat kerja dengan tersusun.” Kata mama pula.

“Alhamdulillah..mama papa/…itulah kelebihannya kalau kita sentiasa dekatkan diri dengan Allah…tengok tadi..kita mengaji..mengaji itu ialah ubat untuk ketenangan hati…lepas ni..kalau ada kegusaran saja..boleh lah mama dengan papa mengaji walaupun satu atau dua ayat…” mama dengan papa mengangguk-angguk.

Dalam hatiku masih lagi memikirkan Leya. Ya Allah, bagaimanakah dia pada masa akan datang?Ya Allah..buka kan lah pintu hatinya.

………………….

Sebaik saja aku turun aku mencari-cari kelibat mama dengan papa. Dimeja makan juga tiada. Hanya ada sarapan yang tersedia, kak long mesti ada.

Aku duduk di meja makan. Dan mencapai sekeping roti.kak long muncul sambil menatang dulang berisi air.

“mana mama dengan papa?” soalku angkuh. Kak long tersenyum.

“berangkat ke Johor pagi tadi…” jawapnya.

“hari ni kak long hantar Leya pergi skolah yea…” katanya lagi. Aku tergamam. Eeii..

“eehhh..tak payah2..tak perlu..orang lebih rela naik bas..dari awak hantar yee…” ujarku. Haha..ade ke berangan nak hantar aku..piirrrahh..boleh blahh saje la tu nak ambil hati aku.

“erm..kalau macam tu makan lah…” aku menjeling bila kak long berkata begitu.

………….

“kau apahal pagi2 selalu muram..hairan aku…..” soal Marya. Kawan baik aku dunia akhirat,..haha.. aku sekadar mencebik.

“ko pepaham laaaa..ade maLaikat kat rumah akuuu…” jawap ku acuh tak acuh. Marya sengih.

“haha…kakak kau balek ye? Biler dy balek?” soalnya.

“baru je beberapa hari yang lepas..itu pun dah cukup buatku merana….”jawapanku membuatkan Marya tergelak kecil. Apehal minah nie..

“kau ni pun..tak advance la…kalau kau benci duduk dengan dia..apa lagi..usir lah dia dari rumah tu..” cadang Marya. Aku berpaling padanya. Dan tersenyum.

“haha..ehhh Marya..kadang2..otak kau ni boOleh pakai jugak yea…ha….jom..kau ada cadangan??” soalku. Selama ni aku tak pernah terfikir pun nak usir kak Long. Haha…biar padan muka kak long kali ni..biar dia balik semua ke Kedah…serabut je cuti-cuti duduk sini.hisy…

Beberapa minit kemudian. Aku dan Marya Berjaya mencipta Plan A…Plan B..dan Plan C..kih3…

…………

Pimm…pimm….

“Noor..cuba buka pintu..tengok siapa yang datang….” Teriak mama dari dapur. Aku yang sedang membersihkan ruang tamu tersadar.

Aku meluru membuka pintu setelah mengenakan pakaian lengkap menutup aurat. Aku kaget. Tiba-tiba papa datang di belakang ku. Papa keluar dan menyambut tetamu yang hadir. Aku segera lari ke dapur. Urm..apa yang bakal berlaku sebentar lagi..hanya padaMu aku berserah Ya Allah.

“ohh…macam tu rupanya..Alhamdulillah..kebetulan bunga kami pula belum di petik lagi…” ujar papa. Mama hanya tersenyum, melihat ada 3 hantaran. Dari keluarga Muhammad Syarif Zahir. Rupa-rupanya rombongan ini, adalah rombongan meminangku. Ya Allah tak ku sangka. Lelaki yang begitu baik ini kau anugerahkan buat ku?layakkah aku??

“haha…bagus lah kalau macam tu…bertunang/.lebih baik tidak buat majlis…nanti perkahwinan baru di buat Walimatul Urusy…” ujar Ustaz Zahir. Walaupun kelibat Akhi Syarif tiada, kedatangan rombongan ini cukup membuatkan ku bersyukur atas nikmat tuhanku.

Akhirnya, pertunang di langsungkan begitu juga. Hanya ada makan-makan sedikit. Aku lihat. Leya seperti tidak gembira dengan pertunangan ku ini. Malah dia juga tidak keluar bilik untuk bertemu dengan keluarga Ustaz Zahir. Sungguh mengecewakan, tapi tidak mengapa..kerna hatinya Allah yang pegang. Aku hanya mampu bisa berdoa kepada Allah.

……….

“Noor mana?” soal papa. Uwekk..lagi-lagi nama dia..menyampah.

“ada..sedang memasak di dapur…” ujar mama.

“ehh..awak tak tolong dia ke??” soal papa bergurau. Huhu..

“heh..papa..kenapa mesti mama nak tolong diaaa??” soal ku tegas. Ternyata mama dengan papa terkejut akan reaksi ku.haha…

“ye lah kan..kenapa mesti mama yang tolong,.,.sepatutnya kamu kan LEyea??” soal papa pulak. Arrghhh..

“sudah…ini…noor masakkan kepala ikan masak asam..lauk kegemaran kita sekeluarga..” tiba=tiba je kak long keluar. Huh.

“wahhh,…sedapnye…patutlah..rupa2nya bakal mak mentua boleh bau dari sini…” usik mama.kak long malu-malu dan tersenyumm..cisss..MELUATTT…

….

Tokk…tokk…

Leya membuka pintu, kali ni mood nye baik,kalau tak tidak mahu dia membuka pintu,

“ada apa..///?” soalnya acuh tak acuh.

“ermm..boleh kak long masuk kejap..kak long ada perkara nk cakap dengan Leya..” pintaku. Dia bermalas-malasan memberi laluan kepadaku.

Aku duduk di birai katilnya, ternyata malam-malam seperti ini dia masih lagi melayari Facebooknya.

“Leya dah solat isyak??” soalku. Dia sibuk melayan Facebooknya sampai tersengih sendirian.

“nanti la..jap lagi..kak long nak cakap ape sebnarnya..bilik Leya panas dah nieeee….” Ujarnya, aku senyum, senyuman untuk diri sendiri. Bila berdepan dengan satu-satunya adik ku.

“erm..kak long nak cakap ….nanti kak long dah nak pergi….lepas tu..kak long dah tak balik-balik dah…” ujarku, sedih dan sayu hatiku ingin mengatakannya.

“so..ape kaitan dengan Leya?” soalnya selamba. Aku senyum lagi, walaupun mata sudah berkaca.

“ada satu je kak long nak pesan…nanti..jadi anak yang solehah ye?” ujarku. Ntahhh la.. tiba-tiba Leya memandangku.

“OOoO..Anak Solehal..macam kak long la??? Kak long nak..Leya jadi macam kak longggg????macam tuuu??”

“bu…bukaann Leya..bukan macam tu maksud kak longgg…”

“Argghhh..sudahhh la kaklongg..Leya dah meluat tengok muka kak longgg..menyampah tau…asyik bermuka-mukaaa je..prassan baikkk…” ujar keras. Pahit untuk aku telan/ air mataku tidak tertahan lagi.

“kenapa Leya benci kak long?kak longkan satu-satunya kakak yang Leya ada….dan Leya satu- satunya adik yang kak long ada…………..” ujarku. Sebak. Leya senyum sinisss…

“Kak longgg..di sebabkan kak long satu=satunya kakak Leya la…Leya naik muak tau,,,,,,,baik kak long mati jeee senang..biar Leyaaa hidup sendiri..lagi best….!!!!” Tengkingnya. Tersentak aku. Ya Allahhh…..Leyaaa…adik ku..sanggup kata padaku sendiri.

“LEyaaaa…..kenapa cakap macam ni…kak long sayang Leya tau…”

“ada Leya mintak ke kak long sayang Leyaaaa??haaaaa….” aku tergumam, tiada ada lagi yang aku mampu bisa katakan. Ya Allah..ampunkan lah dosa-dosa Leya..adik ku..satu satunya adik ku sayangg.

“Leyaaa..” aku terus mendakapnya walaupun dia meronta-ronta ingin lepasss.

“eeii..kak long ni dah gilaaa ke..lepas laaahhh…!!!!!” teriaknya. Akhirnya tubuhku di tolak. Biarlah ia menjadi kali terakhir aku mendakapnya. Maafkan kak long leya….kak long tak mampu didik awak dengan baik.Maafkan kak Long Leya…Maafkan…

………….

Hisy..sah2…kak long tu ada masalah mentaL.gilaaa..tak siuman..buang tebiat…eEEEiiee…kenapalah aku dapat kak macam nieee??geramnyeee…arghh..

“Oit..apsal nie?dahi berkerut2nie?” soal Marya. Sambil meletakkan air kotak milo atas mejaku. Malas nak pi rehat ke kantin.

“werhh…ko tau…malam tadi…kak long aku peluk aku..eeeiii…” kedengaran Marya ketawa kuat.

“wehhh..apsal?? dia less ke??hahahaha…” kata Marya.

“entaahhh..eeiii..geli aku..sejak akhir-akhir ni dia balik rumahhh..pelik aku….dia macam kena rasuk kut..hahah..” Ujarku.

“hah..plan A berjalan tak??” soalnya. Aku sengih,

“dia baru bertunang..rileks dulu..hahaha…nanti aku tahu lah macam mana nak usir diaaa…serabut je//./” aku dan Marya sama-sama ketawa kuat.hoi,.hoi…..

………

Lepas pulang dari sekolah, aku terus naik ke bilik.woii…penat giler petang nie..ada perlawanan bola jarring, nasib baik menang..kalau tak wat malu muka saja…muahaha.. sebab ada akulah kumpulan aku menang. Hah..nak buat macam mana…Leya is the best of the best…hihi..

Baru je aku nak landing..tiba-tiba, mataku tercacap pada satu benda di atas meja computer ku. Apa tuh??

Al Quran dan kain sembahyang, di ikat sekali dengan riben,?? Sekali dengan sehelai kertas. Oh..Lupa hari esok birthday guaaa..yesss….hadiah lah nie..tapi….???YAKSS..DARI KAK LONG???eeeii…

Dari kak long rupanya. Ummphh…quran itu aku letak ke tepi dan suratnya aku buang ke dalam tong sampah sebelum sempat ku baca. Arrhhh..landing lagi best..katil..nak solat asar ke?tak payah laaa….hahaa

……..

Aik…dah malam…wahhh..lamanya aku tidur. Pukul 9 malam sudah..wah2…

Aku turun ke bawah. Perut dah berbunyi dah nie. Aik.gelap..mana mama dengan papa ni…?kak long??erk..perlu ke aku sebut nama dia?huh……..!!!

Tiba-tiba kedengaran bunyi enjin kereta. Mesti mama dengan papa dah balik. Hairan, mama masuk dengan tangisan yang teresak-esak.

“mama..kenapa nie?” soalku. Mama diam dan memandangku.

“APA…!!! TAK PUAS LAGI???...sekarang dia dah pergi….puassss!!!!!!??” soal mama meninggi. Aku tergamam, apa yang mama cakap nie?? Aaa..aku tak faham..

“Zahh…aa..abang dah panggil semua orang….adik bradik kita…mak ayah..sepupu..jiran-jiran..supaya datang sini…..kejap lagi Jenazah sampai la…bersabarlah Zahh..Noor kan pernah cakap…hidup mati kita di tangan Allah..tak perlu di tangisi..hanya mendoakan…” kata-kata papa cukup membuat ku tergamam. Aku tergelak kecil..

“haha….papa…Jenazahhh??Jenazahh ape pulak niee??” soalku. Papa diam. Tiada pedulikan aku , papa menunggu di depan pintu.

“Assalamualaikumm….”sapa satu suara. Kaget.

“kami kawan Noor..kami dari Kedah..kami datang satu bas nie…” maaakk..Ramainye…kak long ni betul2 menyemakkan laaahh hissy…

Mama dengan papa sambut dengan baik. Aku hanya lihat dari jauh..masih tidak faham. Kawan2 kak long semuanya memeluk mama. Ada juga lelaki yang memeluk papa.

“makcik..bawak banyak2 bersabar,…Noor memang anak yang baik..kami pun..dia seorang kawan yang baik..tak ka nada lagi insan seperti diaa…” makin lama makin hiru biru rumah nie dengan tangisan.

Tak lama kemudian, nenek dari Perak datang, Pak Lang…Pak Usu …Pak de..semua dari Melaka datang. Mak aihh..ape mende ramai2 ni..macam nak buat kenduri Arwah jeee…hisyy..menyeramkan.

“ehh..kamu tak tukar pakaian lagi..pergi sana..” ujar nenek. Aku hairan.

“tukar baju untuk apa nenek..bukan penting pun kan?? Raya lambat lagi..” ujarku..haha…sempat lagi buat lawak.

“bertuah punya anak..pergi sana..” nenek seakan-akan menghalauku. Cehh..ada aku kisah??hurm… aku terus naik ke bilik dan aahh..landing atas katil lagi best do..

Tapi kan..apsal lah hati aku tak sedap semacam je ni??hisy…ade apa2 ke ni??mustahil..jarang aku rasa macam nie…hurm~~~pedulik laa..baik buka Facebook lagi bagus.

Dalam setengah jam lepas aku Online Facebook nie..aii..banyak pulak mende yang mengelakarkan. Huhu…tak kering gusi aku dalam facebook nie.

Lepas tu, kedengaran suara membaca sesuatu. Tak kan baca Yassin kut…isyy..mama dengan papa nak buat kenduri syukur untuk kak long lah tu..alahhh..baru bertunang dah lebih2..mana aci…semua sepupu n pak sedara dari penjuru Malaysia datang..wah22..melampau betul kak long ni…nak promote lah tu..dia je yang baguss…elehhh..aku kahwin nanti…artist2 semua datang taU..huh!!

Tok..tok…

Aku membuka pintu. Kelihatan mama.

“awak tak nak baca Yassin untuk kak long??”

“ada apa mama.kenapa nak baca Yassin pulak??”

“awak nie..mmg adik yang tak berhati perut..mama menyesal lahirkan kamuu..!!!” ujar mama, lalu terus turun.

“Ek elleh..pe la mama nie..tak pasal-pasal..demi kak long..aku kena herdik pulak..ciss..siap kau nanti”

Hurm..dahaga lah pula..

Aku turun., dari tangga atas, aku tersentak, melihat ada sekujur tubuh yang sudah siap berkapan, terbujur kaku di hadapan semua orang.

“mayat sape pulak yang sesat nie?” soalku. Aku terus turun, dan menghampiri maksu dari belakang.

“Mak su..tu siapa yang meninggal..kenapa buat kat sini??” soalku. Maksu sedang membaca yassin teresak2 memandangku sayu.

“bawak banyak2 bersabar Leya…kak long kamu dah pergi buat selama-lamanya,….” Kata Maksu. Aku tergamam, seluruh tubuhku longlai. Ya……A…LLAHH..

“Kak Longggggg!!!!!!” teriakku, lalu terus menghampiri tubuhnya, aku dakap..tangisan ku makin lebat, mak su cuba tenangkan ku .tidak berkesan…

“KAKK LONGGGG…MAAFKAN LEYAAAA…kenapa tinggalkan Leyyaaaa…….Kak longgg!!!kak longggg bangunnnn!!!” teriakku. Aku tak dapat kawal emosi. Semakin lama semakin sebak…tangisan ku semakin kuat. Ya ALLahhh..banyak nya salahku pada kak longgg…kak long..bangun laaahh..Leya janji…LEya tak kan benci kak Longggg…

Leya tak sanggup tengok kak Longg pergi……KAK LONG…..!!! LEYA ADA SEORANG KAKAK JEEEEE,,,!!!
KAK LONGGGG!!! Kak longgg..siapa nak masak untuk Leyaaaa…sape nak kemas bilik Leyaaa???

Aku tak mampu lepaskan kak Long saat kak long di kebumikan.tubuhnya aku dakap sentiasa. Wajahnya cerah berseri…..wajahnya bercahaya…Kak Longgg..Maafkan LEYAAA….

Seusai Jenazah kak long di kebumikan. Aku masuk ke bilik, mataku tertumpu pada hadiah kak long. Aku ambil ,aku dakap kain sembahyang dan Al-Quran itu, dakap dan cium, bau kak long…kain sembahyang yang kak long gunakannn…Ya Allahhh..cepatkan kau ambil kak long dari ku…aku tak sempat nak mintaa maaf..

Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu, surat.ya ..Surat yang kak long beri..dengan mengesat air mata aku ambil kembali surat yang masih terlipat kemas itu dari tong sampah..

Khas buat adik kesayangan kak long

Leya…

Selamat hari jadi…

Selamat hari jadi….

Selamat hari jadi Leya…

Selamat hari jadi…..

Leya,..maafkan kaklong, kak long berikan hadiah ni awal ..esok hari jadi Leya kan?Alhamdulillah dah besar pun adik kak long nie..

Kenapa kak long bagi hadiah ni awal? Sebab kak long takut kak long tak sempat nak bg..

Leya,

Mungkin masa leya baca surat kak long ni..kak long dah tak ada..maafkan kak long Leya…Kalau Leya gembira kak long tiada,…kak long rela pergi…tapi sebenarnya, kak long sendiri tak sanggup nak tinggalkan Leya.Kak long menghidapi Leukemia, kaklong tak nak penyakit ni..tapi Allah berikan hadiah buat kak long…kak long bersyukur di kurniakan seorang adik, yang cantik dan cerdik seperti Leya

Sebab kak Long sayang Leya..sebab..Leya satu-satunya adik yang kak Long sayangi sampai ke Syurga.

Leya,

Kak long hadiahkan Leya kain sembahyang dan Quran ni, moga-moga Leya rajin –rajin Solat…Rajin mengaji..dah lama kak long tak dengar Leya mengaji kan??sejak tu..Leya 5 tahun..hihi..ingat lagi suara Leya yang comel tu..tapi sekarang Leya dah besar...kak Long rindukan suara Leya…

Leya jangan tinggal solat ye..nanti Allah marah, berdosa..Kak long doakan..Leya jadi anak yang solehah buat mama dan papa…taat mereka….jaga tuturkata bersama mereka. Dan sama2 solat jemaah dan mengaji bersama2…InsyaAllah…Kak long akan turun bersama Kalian.

Leya..

Kak Long mintak maaf dengan Leya..kalau Kak long menyakiti hati Leya..kak long tak tahu apa salah kak long sampai leya tak suka kak Long…Kak long nak sangat tahu kenapa..sebab kak long nak jadi kakak yang terbaik untuk Leya. Maafkan kak long ye sebab peluk leya malam tadi..sebenarnya..kak long teringin sangat..nak peluk Leya..macam kakak2 lain peluk adik mereka…Kak Long pun rindukan gurau senda leya…rindu ramah mesra Leya dengan kak Long..Kak Long rasa itulah pelukan kak Long yang terakhir dengan Leya.

Leya,,

Andai kak Long pergi buat selama-lamanya, janji dengan Kak long, dengar semua nasihat kak long ye. Tu je kak Long harapkan…

Doakan kak long selamat bertemu Ya Robbul Alamin sayang…

p/s : kak long tak cukup duit nak beli hadiah lain. Maafkan kak long ye..

SALAM SAYANG
KAK LONG


“KAK LONGGGGGGG…….!!!!!!!” Tiada kata yg mampu ku ungkapkan melainkan meratapi kematian kaklong buat selama-lamanya. Aku sudah tidak punya kakak..kakak yang selalu menasihati aku..kakak yang selalu bersabar dengan sikap ku…kakak yang tidak pernah putus asa untuk mengajarku….kakak yang selalu senyum padaku..tiada lagi kini…

Kalau la Allah bg aku peluang sekali lagi..KEMBALIKAN LAH KAK LONGGG..aku janji…akan layan kak long dengan baikkk..kak longggg..Leya sayanggggg kak longgg..!!!!
20 APRIL 2010
21:40 PM
p/s : cerpen di hanya rekaan semata2 takde kaitan langsung dengan kak long sy yg betul..hihi

12 comments:

  1. huaa..tak leh blahh betUll...sy sendiri yang tulis...saya sendiri yang menangis...adeyy

    menghayati betul...

    ReplyDelete
  2. tulisan yg mantap..keep it up..
    sayanglah kak long fizah tu ye :)

    ReplyDelete
  3. haha..yeye..mmg sayang...kadang2 terjadi jugak macam kat atas..isyy2..bila dah tulis sndiri cerita nie baru insaf..kah3...

    *bangga la kak long ku membaca komen ni.

    ReplyDelete
  4. Cesss...ntah pape je..namaku pula yang dijajanya..hua3...tidak ada kaitan dengan orang an??haha...daku tidaklah sebaik 'kak long' watakmu itu..hua3...

    ReplyDelete
  5. ERM...hampir percaya ana d buat nya..anyway good story..really enjoy..teringat plak kat along ana..huhu..dah lm x jumpe..hargai sementara masih ada waktu..

    ReplyDelete
  6. sufi intelek : along...hehe...namaMu inspirasi ku...uhuk'ss....hurm.tak jadi baik macam tu sbb adik2 semua dah baik kan??jadi tak payah nak suruh2..huhu..

    sis Izzah : hehe...itu lah cerita kalau di buat dengan feeling, masa buat ni mmg ana byg kak long ana pun..huhu..hargai sementara masih hidup

    ReplyDelete
  7. hahaha.. sygilah keluarga anda... Ok la tu masing2 dilandasan yg 1...

    ReplyDelete
  8. ceh...ada2 je ko eh..nak cakap sendiri baguih la tuh...ceh..balik ni kalo tengok umah bersepah..xdenye..eh, xpayah tengok umah..tengok bilik ko je pun dah..haha...jangan mare...=p

    ReplyDelete
  9. pasti negeri slangor : betul tu..bila dah ada jalan yang sama tak susah nak bentukkan keluarga islam.

    sufi intelek : sOry sket..sila lah balik rumah skrang..n tengok my room..hehe..terkejut..make sure takde pykit jantung ehhh..very clean..haha..n cantik..mcm hotel..kikik

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum..nice cerpen..menitis air mata..

    ReplyDelete
  11. assniera88

    w'salam...Alhamdulillah...cerpen tentang kasih sayang seorang kak long..hurm~~~mmg penuh dengan perasaan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3