Pages

.:My Dearest friends:.

Tuesday, July 13, 2010

.:: the secret of Syaaban::.

                                                      malam  nisfu  syaaban  yang penuh 
                                                                        barakah...





MALAM NISFU SYA’BAN
oleh Tuan Haji Baharuddin Harun
 

1. Sekarang kita berada di bulan Nisfu Sya’ban. Bulan sya’ban adalah terletak antara dua bulan iaitu
bulan rejab yang merupakan bulan haram dan bulan ramadhan yang merupakan bulan mulia dan
bulan Al Quran di turunkan.
 

2. Bulan Sya’ban merupakan bulan yang Rasulullah memperbanyakkan puasa sunat berbanding
dengan bulan-bulan lain. Usamah bin Zaid meriwayatkan bahawa beliau telah bertanya kepada
Rasulullah: “ Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa di bulan-bulan lain
seperti mana engkau berpuasa di bulan sya’ban.” Baginda menjawab, “ ia adalah bulan yang
dilupa oleh kebanyakan manusia iaitu bulan antara Rejab dan Ramadhan. Ia merupakan bulan
amalan manusia di angkat kepada Tuhan sekelian alam, dan aku suka amalan aku di angkat
dalam keadaan aku berpuasa.
 

3. Sebagaimana ada riwayat yang sehih menyatakan bahawa baginda berpuasa hari isnindan khamis
setiap minggu. Didalam setengah hadis baginda telah ditanya tentang berpuasa tentang rahsia
tentang berpuasa tentang hari isnin dan khamis, baginda menjawab: “ Pada kedua hari ini amalan
hamba di bentangkan kepada Tuhan sekelian alam, dan aku suka amalan aku dibentangkan dalam
keadaan aku berpuasa.
 

4. Hari ini adalah 14hb. Sya’ban dan esok adalah hari pertengahan bulan sya’ban. Malam ini adalah
malam nisfu Sya’ban .Atau banyak hadith-hadith yang telah menceritakan tentang kelebihan
malam nisfu sya’ban. Antara hadith itu adalah sebuah hadith hasan yang telah diriwayatkan oleh
Muaz bin Jabal yang bermaksud: “Allah sentiasa melihat kearah semua makhluknya pada malam
nisfu sya’ban lalu mengampunkan semua makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang
bermusuhan.”
 

5. Allah sentiasa memerhatikan makhluknya dengan pandangan yang lembut dan di sertai dengan
keampunan. Akan tetapi pemerhatian pada malam ini adalah pemerhatian yang di sertai dengan
belas kasihan dan keampunan serta perhatian yang istimewa.
 

6. Tentang dosa syirik Allah telah menjelaskan pada ayat Nya :
( AN NISA’ 4:116 ) Ertinya ; “Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mensyirikkan Nya
dengan sesuatu dan dia akan mengampunkan dosa selain dari perbuatan syirik bagi sesiapa yang
di kehendakiNya.”
 

7. Manakala orang yang mempunyai permusuhan, perkelahian, memutuskan tali persaudaraan
adalah terhalang dari mendapat keampunan. Allah akan menangguhkan keampunan dari kedua
orang yang bermusuhan itu sehinggalah mereka berbaik-baik semula.
 

8. Pintu keampunan Allah adalah juga tertutup bagi mereka yang mengotorkan hati mereka dengan
perasaan dengki. Mereka adalah merupakan orang yang tidak berdoa dengan doa
(AL HASYAR 59:10) Ertinya:“Wahai Tuhan kami ampunkan lah kami dan saudara-saudara kami
yang telah mendahului kami dengan keimanan dan janganlah Engkau jadikan didalam hati kami
rasa dengki terhadap orang-orang yang beriman . Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau
adalah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani.”
 

9. Seperkara lagi yang di kaitkan dengan malam nisfu sya’ban ini adalah satu peristiwa yang berlaku
dalam tahun kedua Hijrah iaitu peralihan kiblat dari Baitul Maqdis ke Masjidil Haram. Baginda
Rasulullah telah mengimpikan dalam dirinya supaya dia dapat mengadap kearah kiblat bapanya
Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail yang telah membina rumah Allah itu. Dan Nabi Muhammad
S.A.W adalah pewaris dan pengikut agama Nabi Ibrahim. Firman Allah
(AN NAHLU 16:123) Ertinya; " Kami akan melihat muka engkau terngadah kelangit, maka kami
palingkan engkau kearah kiblat yang engkau suka…..”
Allah telah menunaikan apa yang di kehendaki oleh baginda. Allah telah menurunkan firman Nya:
(AL BAQARAH 2:144) Ertinya; “ Kami telah melihat muka engkau terngadah kelangit, maka kami
palingkan engkau kearah kiblat yang engkau suka…..”
 

10. Peristiwa pertukaran arah kiblat ini adalah juga merupakan salah satu rahsia ujian Allah terhadap
manusia sebagaimana firman Nya:
(AL BAQARAH 2:143) Ertinya ; “ Dan kami tidak menjadikan (kamu mengadap) kearah kiblat yang
kau hadapkan muka hari ini melainkan Kami ingin tahu siapakah yang mengikut Rasul dan siapa
pula yang berpaling tadah tidak mengikutnya.”
 

11. Antara amalan-amalan di malam nisfu sya’ban ialah bacaan surah yasin,istiqarah,sembahyang
malam,berselawat dan lain amalan yang dilakukan ikhlas kerana Allah.
 

12. Akhirnya samalah kita mengambil pengajaran malam nisfu sya’ban dimana Allah mengampunkan
dosa setiap hambaNya yang tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu yang lain dan kecuali seorang
ada permusuhan dengan saudaranya yang lain.
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ibnu Hibban dan sahihnya ada
dinyatakan : Tiga golongan yang sembahyang mereka tidak akan diangkat walaupun sekadar
sejengkal iaitu lelaki yang mengimankan sembahyang satu kaum sedangkan mereka tidak
menyukainya,perempuan yang suaminya tidur dalam keadaan marah kepadanya dan dua orang
saudara yang bermusuhan antara satu sama lain.
Sama-samalah kita memperbanyakkan amalan kita dimalam ini dan berpuasa pada keesokkan hari
bagi mereka yang mampu.
 


Sekian.


jom same2 tingkatkan ibadah
sahbat2 nabi buat persediaan 6 bulan sebelum Ramadhan...
kita??syaaban sudah..inilah masanya nak buat persediaan...
masyaAllah berganda pahalanya.....





di copy & paste daripada

http://www2.pkink.gov.my/center/arkib/Tazkirah/Pengurusan/Microsoft%20Word%20-%20Baharuddin.pdf

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3