Pages

.:My Dearest friends:.

Sunday, December 5, 2010

Sharing ; A day when nothing went right??


Hari ini aku ada kelas pagi, Alamakk..dah pukul 7.45 macam mana ni, kelas pukul 8, aku segera meluru ke bilik mandi untuk mandi, arghh..malangnya bilik mandi semua sudah penuh..aku ke tandas pula,aahh..penuh jugaa..macam mana nie...terpaksa aku turun ke tingkat 8 memandangkan aku duduk di tingkat 9, ahhh..pagi2 aku sudah berpeluh, dan jam 8.05 minit aku bertolak dari mahallah dan terus menuju  ke kelas yang jaraknya dalam 1 kilometer jugak..

sedar tak sedar baru aku teringat yang buku english aku tertinggal..arghh..lantak la..aku da lambat giler nie,  
sampai je di kelas, aku terus kena marah, then di malukan pulak tuh,.ahh...
sebaik aku duduk saja, tiba2 kerusi patah, rupa2 kerusi itu rosak, smua ahli kelas gelakkan akuh...adoyaii..

bila dah dapat kerusi biasa, akhirnya aku boleh duduk dan menarik nafas, tiba2 Madam mintak kerja minggu lepas, Aiyyyaakk..tertinggaall kat meja study bilik pulaaaakk.. dan skali lagi aku kena marah dan di maki pulak,dan orng lain sedang belajar, aku pula yang terhegeh2 menyiapkan kerja lagi sekali.

Fuh, tamat kelas akhirnya aku ke cafe sendirian, lapar perut. sampai di Cafe...argghhh.Duit tak bawak puLak,.di sebabkan nak cepat sangat tadi, semuanya tertinggal, nak cucuk duit kat matrik aku pUn tertinggal..aduyai macam mana nie. 

Cari punya cari, akhirnya adalah lekat RM 2 dalam beg aku, ahh.lega2...dan aku pun beli lah nasik lemak dnegan seleranya, tiba2 ada sorng student langgar aku dan habis nasi lemak aku  jatuh..arghh..dan dia memohon maaf bersegera nak kejar kelasnya sbb dy dah terlambat...aduhhh..aku nak makan apa nie.?
kejap lagi kelas dah nak start pulak, dan aku tak makan lagi.
macam mana aku nak belajar dengan perut lapar macam nie.

akhirnya aku terus je ke kelas, dalam keadaan lapar, masuk je kelas mathematics tU...aiyyyaakkk..terlupa lagi, aku tak bawa buku math..dah tu buku ape yang sebenarnya aku bwak nie? bila bukak beg terkejut aku hanya ada buku2 meeting je dalam tuh..patut la berat semacam,,bukan buku blajar...adoyai..macam mana nie
aku duduk dalam kelas macam org bodoh je, tak buat ape2...kalo cikgu suruh tulis baru boleh tulis, yang lain sume cikgu expLain dari buku tu sendiri.

Akhirnya, kelas untuk hari ni tamat, hanya ada dua subjek saja. boleh balek bilik lega. bila aku balek je mahallah, rupa2nya lif rosak, dan aku terpaksa panjat tangga sebanyak 9 tingkat..bayangkan..huhu..nak tak nak buat jugak lah..duit da la takde nak beli lunch. panjat2 , sampai depan pintu bilikkk..argghhh..kunci bilik pulak aku tak bawak, tinggal dalam bilik. 
mau tak mau, aku kena tunggu roomate aku laa baLikk..aduayaiii..perut lapar.
dalam stengah jam merempat tepi koridor tu, baru la muncul roomate aku.
haiYa...aku diam jer.

masuk2 bilik air milo yang smalam roomate aku buat untuk study  malam tertumpah di meja aku, habis terkena assignmen  aku yang kena haNtar esok, puas dy mintak maaf, aku pun redha je la nak buat ape lagi mende dah jadik, bersih2kan, aku terpaksa pergi print balek. assignment aku.

nak pergi print tiba2 Pendrive aku terkena virus shortcut..argghhh..tensyen nye aku....pakcik tu plak cakap dy tak reti nak baiki...apelah sengal sangat, nak sangat bukk cc tapi xpandai threat virus, skrng aku tak tahu nak buat ape dah.

aku pergi cc, memandangkan aku takde laptop sendiri, buat balek la assgment aku tu, buat2..tiba2 CC blackout..MAAKKK..aku tak sempat nak save Lagii~~arrgghhh..bingaiii..

keluar dari CC,aku tgk seliper aku dah masuk longkang dan dah hanyuut..warggghh...mmg sengal ar sape yg sepak sliper aku tuhh..then aku balek je dengan kaki ayam sebelah. bodoh punye manusia, tak pikir orang ker.

balik je biLik, aku terus baring atas katil,penat. tiba2 aku rasa something kat kepala aku...WAAA...semut banyak nyee..aku kebas2 katil aku dengan semut yng sengaL tuhh, ni semua pasal roomate aku tinggalkan bekas makanan yg tak basuh bawah katil. adoyaii...

Then malam ni sepatutnya aku ada training, tapi aku memilih untuk tidak pergi, aku siapkan assignment dan essay2 yang belum aku buat, dan report2 banyak lagi,

Sedang2 aku buat kerja, aku terfikir,kenapa hari aku hari ini sangat teruk?dan tiada perkembangan walaupun sedikit? sama, malah lebih teruk daRi semalam,.  tiba2 aku dapat mesej dari seorang sahabat.

"Kadang2 hati ini perlu di ketuk dengan ujian, biar kita kita tahu, bahawa hidup ini bukan untuk suka2 sahaja.."

dan satu perkara paling aku lupa ialah....MEMULAKAN HARI KU DENGAN MEMUJI ALLAH. dan sepnjangan masalah yang aku hadapi aku tak pernah minta pada Allah.
inilah yang aku silap..

MOGA SELEPAS INI ALLAH ATURKAN PERJALANAN HIDUP YANG LEBIH BAIK UNTUKKU. AMINN

2 comments:

  1. sume rummate yg kne..hahaha..yo lah pizah~....gud luck next time yeah~...:D

    ReplyDelete
  2. Hahahahaha..........yeahh...
    ni rekaan semata2 la..bukanye betul
    mane ade Allah kejam sangat bg kat ana hari macam nie..hik2..

    ni ade dalam essay,a day when nothing went right

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3