Pages

.:My Dearest friends:.

Monday, March 28, 2011

:Maafkan cikgu::

Hari ini, kerja yang saya berikan daripada hari khamis lepas, ramai yang tak siapkan..
saya pesan pada mereka.  siapkan dan hantar sebelum zohor.
tapi masih ada yang hantar selepas zohor. dan yang hantar semasa azan zohor. takpe cikgu maafkan.

saya minta yang tidak hantar berdiri di hadapan, Ramai. dalam 17 orang begitu. yang lain berjaya siapkan.
saya tak jerit2 dan xmarah2...sebab saya puasa hari ni dan memang tak larat nak marah sebennarnya...

saya minta mereka semua seorang demi seorang tampil ke depan dan berikan 3 sebab knp mrk xsiapkan...dan denda yang mereka mahu.

bagus, ada yang mahu berlari keliling taman. 20 kali.
jalan itik 20 kali, ketuk ketampi 100 kali, pamping 50 kali,
berlari keliling taman 100 dan 120 kali,

dan paling saya tak tahan... rotan 40 kali.

"apa denda yang kamu mahu??" Aliff saufi menggeleng , tidak menjawap persoalan ku.

"rotan 40 kali kamu nak?" soalku. dia mengangguk.

aku mulakan rotan pertama.aah..pedih hati ni..sampai ke 10, tukar tangan kiri.

tangannya berketar2.....menandakan dia benar2 takut menerima yang seterusnya.  kalau ikutkan hati mahu saja aku hentikan dan bergembira dengan mrk, tapi aku fikirkan kewajarannya.

mrk harus diberi sesuatu untuk pengajaran. supaya mereka tidak mengulanginya kembali.

selepas rotan ke 20, kembali ke tangan kanan....Allah..tangannya sudah mereka di kali ke 10 tadi..

aku teruskan lagi, sehingga 40 kali.

pedih hati ku. kalau boleh aku tak mahu rotan mereka. aku mahu mereka letakkan sendiri denda untuk diri mereka sendiri.  tapi mereka tak mahu.

mereka mahukan rotanku.

"Haikal..kamu nak rotan 40 kali?" soal ku. tegas. tapi suara ku tersekat2,..perut kosong !

Haikal mengangguk.

setelah rotan 5 kali. dia mengibas2 tangannya. aduhh sakit ujarnya.....

aku pinta tangan kiri, aku rotan 5 kali.

"lagi 30 kali lepas ni.." ujarku.

wajahnya seperti hendak menangis.

Allah, sebenarnya, aku mmg xmahu rotan mrk...subhanAllah...sakitnya diri ni bila rotan anak murid.

buat anak2 murid cikgu yang kena denda dan rotan..cikgu minta maaf sangat2..cikgu doakan agar kamu semua jadi para pelindung agama Allah yang benar2 tabah dan ada semangat juang. SUPAYA kamu menjadi mukmin yang sebenar2nya. kalau cikgu xmampu nak bawa diri cikgu ke syurga. cikgu harap kamu yang boleh bawa diri cikgu sekali atas perubahan diri kamu semua.

smoga Diri antum menjadi pemelihara Agama Allah. Amiinn...

3 comments:

  1. subhanallah..xpe laa, fiza..Allah tahu niat fiza kan..fiza nk ajar dorang spya jgn ulang ksalahan kn..utk kbaikan dorang jgk..xpe2,, Allah melihat usaha mu..dah xyah sedih2 lg tau..nanti akak pun sedih gk..hehee..chill..:)

    ReplyDelete
  2. huhuuuu~..sedihnyer entry ni...i know how u feel..chill okay... :')

    ReplyDelete
  3. huhu..mekasih smua bg skongan ntuk saye...huu...mmg tengah down gile smalam..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3