Pages

.:My Dearest friends:.

Sunday, September 9, 2012

nescafe light-light VS Orange Juice


Aku sedang menyiapkan task2 yang di berikan oleh Bro. Ismael. dia adalah Studio master ku. tegas, garang, namun di sebaliknya dia seorang yang sangat mengambil berat dan perihati terhadap pelajar2 nya.  Tanganku giat melakar apa yang patut, walaupun begitu, Idea dan lakaran ku masih tidak bisa memuaskan hatiku. hasil kerja ku mesti yang terbaik. 

Nescafe Light-light ataupun Nescafe Milk sangat aku gemari, ia memberikan aku kepuasan yang maksimum apa bila meneguknya dengan suhu yang sejuk.  (ini bukan iklan..hoho)

Wajib ada sekotak, 2 kotak, atau lebih bersama ku. tak kira walau dimana pun aku berada. Aku memang gila dan penggemar nescafe sangat! Nescafe Milk ini seolah2 memberikan aku satu semangat dan perasaan yang baru untuk terus menjalani kehidupan. Sounds weird but for certain people ia sangat bermakna. 

jadi. sudah satu studio AAD mengetahui bahawa aku sangat menggemarinya. 

tiba-tiba ada seorang pelajar lelaki masuk ke Studio, aku tidak berseorangan waktu itu. ada lagi Milah yang sibuk dengan Laptop dan Headphonennya sedangkan projeknya masih belum lengkap. ada Aida yang sedang tidur, dan ada juga Wani yang sedang asyik mendengar lagu sambil membelek2 surat khabar dan majalah. projek masih belum siap. 

Puas aku amati wajahnya, tidak brapa ku kenal jejaka ini. siapakah dia.? dari tahun brapa? dan...kenapa dia menuju dan senyum kearah ku. aku jadi bingung sebentar, namun, mata masih bertaut. lalu ku capai Nescafe Milk. hirup. abaikan mamat tu ye.

pap! satu botol kecil jus oren Twister di letakkan atas meja studioku.  aku hairan. banyak lagi meja lain yang ada, kenapa perlu meja aku?

"apa kata awak cuba jus oren ni..sedap." ujarnya lembut, kepadaku. beg galasnya di lepaskan dripada bahu. kerusi depan di tarik berhadapan denganku.  dia senyum, alamak..senyumannya...sungguh...~~

"apa ni? saya tak suka jus oren lah.." jawap aku. ya.. aku mmg tak suka masam2 ni. kurang sket.

"saya tak suruh awak suka pun, tapi minum. belajarlah minum selain daripada nescafe susu ni...its not good for your health.."

amboi2..mamat ni, dah lah tak kenal aku, tiba2 jaaa kata nak nescafe aku dok sihat..nak suh minum jus dia. 

"saya pun akan belajar minum nescafe yg saya tak suka ni :)" katanya, tersenyum, ambil beg dan terus hilang dari pandangan aku. aku masih lagi ternganga dan pandangnya dengan reaksi yang hairan dan pelik.

who the hell you are?! please tell you are before u leaved at least! urgh!

aku hanya pandang pelik air tu.hisy..entah2 dia guna2 ke apa... so, aku ambil dan bawa balik saja. simpan dalam bilik, buat kenang-kenangan.

Esokkannya aku ke studio seperti biasa. namun, ada nota di mejaku tertulis. 

"breakfast with Orange Juice okay :)"

aku ambil. konyot dan buang.  keluarkan NESCAFE LIGHT minum :)

 I hate orange Juice, no matter how much vitamins was promoted inside it. but I still cant make it as my drink! 

2 comments:

  1. Nescafe mmg sedap...tapi boleh buat migrain...sy dulu mmg giler nescfe..tp recently salu sakit kepala sebelah kiri..da benti 3 bulan..alhamdulillah...xde sakit dah...nescafe ade kafein kimia...boleh minum tp kene minumim...selamat beramal

    ReplyDelete
  2. Ahaks :) Syukran..InsyaAllah cuba kurangkan..tp kalau dah ketagih sgt tu xleh nak buat apa dah~~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3