Pages

.:My Dearest friends:.

Wednesday, July 17, 2013

goresan luka



Assalamualaikum and salam Ramadan 1434H ,
abaikan muka comel di atas. Camwhore aja. baru beli potrait lens for canon 50mm.

ada hikmah kenapa Allah pertemukan aku dah dia. Aku lebih belajar erti kehidupan yang sebenar. aku di dedahkan awal2 dengan benda2 ini smua supaya aku tahu , yang aku bakal menghadapi sesuatu yang lebih besar untuk akan datang.

soal apa ini? soal hati dan perasaan yg tak pernah berkesudahan. Di saat ramai mahasiswa hari ini membincangkan isu2 kritikal. kadang2 aku sendiri terperangkap dengan perasaan yang tidak pasti dan tak berkesudahan. 

bagi orang lain. iyalah. remeh. bagi aku , bagi mereka yang merasainya, pasti payah skali nak buang. Kerana perasaan yang tuhan campakkan ini sangat melekat di hati ni. sampai kadang2 tuhan pun di letak di belakang. 

What can I say? sometime I miss you. I miss you everyday. I miss you a lot. yes , you. The only one yang ada dah ada tempat di hati aku. heh, saat aku payah gila nak bukak hati untuk strangers, saat tu lah ALLAH nak uji keimanan aku kepadaNya.

sejauhmana cinta aku kepadaNya. Cinta Manusia boleh bawa leka dan lalai. bawa kepada kerosakan hati dan jiwa raga. aku pernah rasa. pernah.

Aku juga pernah tuduh Tuhan aku kejam sebab berikan aku perasaan ini. padahal, aku sendiri yang tak pandai untuk mengawalnya.

Aku pernah rasa macam mana saat terluka dengan teruk. aku menangis tiap tiap malam, menangis di setiap hujung doa supaya Allah mereda kan goresan luka di hati ni. makin hari aku rasa makin sakit dan terseksa.

mencintai seseorang yang tidak di takdirkan untuk aku, sangat sakit, perit dan berbisa, sehingga aku menyalahi semua pihak termasuk diri aku sendiri. Kau fikir bagaimana rasa cinta itu bisa menyakitkan?

ibaratnya kau belai hati ini dengan jiwa perasaanmu, dan kemudian perlahan lahan kau lapah hati ini, diam diam aku merasa sakit, perlahan lahan aku rasa kepedihan. sehingga kini ia masih berbekas. aku harap ia tidak lagi berdarah dan dendam. 

ah, cinta lagi. nanti kau rasalah cinta itu bagaimana. Cinta yang buat kau gila. cinta yang buat kau tak keruan, dan cinta yang boleh ubah setiap persepsi dan perspektif dalam diri kau. kau akan rasa diri kau di tarik2 di siat2... rasa seperti itu.

saat cinta indah. indah tak terungkap bicara dan kalam. Indahnya hanya tersorok di sanubari , terpancar di wajah berseri. aku pernah rasa gembira dan indahnya cinta.

namun, aku juga pernah rasa perit, peritnya cinta separuh ini.

Tuhan benar2 ajar aku supaya aku melepaskan apa yg aku sayang. sebab tak ada apa pun yang mampu aku miliki atas diri aku. Even kalau suami aku pun nanti, ia tidak menjadi hak total aku. mungkin DIA akan uji aku dengan perkara yg sama. 

duhai sang pencinta di luar sana. 
duhai jejaka romeo.
duhai insan2 teristimewa sekalian.

ku mohon untuk jangan berhenti mencintai. Cintalah DIA yang tidak pernah kecewakan mu, tidak pernah sekali pun dia akan mengecewakan mu, kalau ada, itu bukan Dia, tapi kamu yang salah sangka. 

Allah ya Wadud, penuhi dadaku, diri ku, hati , jiwa dan ragaku dengan cintaMu. 

Hafizah
17/7/13

Saturday, June 1, 2013

Hapuskan plastik


Ramai orang kata bunga cantik. 
benda cantik, tak selalunya mudah untuk dapat.

nak tanam bunga pun, bukan senang, kena siram hari2. 
kena jaga cuaca, sampai dia kembang. cantik...

tapi sekarang, banyak sangat bunga fake.
kadang2, bunga fake sangat cantik.
bila di gubah tu. cantiknya...
murah pulak tewww

tapi.mana lagi cantik?

bunga real, or fake?

Dear awak.

Stop being so fake. so cheap. okay?

be yourself. hold your pride. 


afraid


people always scared of something that they do not know. 

I was wondering, there are some people, who afraid with others thought,

maybe what they said, its probably right about them, but they try to push away.

because they are afraid. 

some people, afraid of truth. 

truth that maybe more cruel than any lie. 

all we have to do is, 

raise up our hand, just give everything to Allah. 

ask Allah, the way. 

that's how human's should live. 

when they felt the feeling of being slave of Allah, then they will realized that it is a fortune of being only slave.

coz being the slave and only then you'll free.

when you are afraid, you will have only one thing in your mind. 

.GOD.





Friday, May 31, 2013

It was you.

Dulu saya doa macam macam untuk awak. 
smoga awak cepat sembuh,
semoga awak kembali balik ke jalan tuhan
semoga awak ceria selalu
semoga Allah permudahkan dan selesaikan masalah hidup awak.
semoga..

dan semoga..

yang baik baik belaka, semua untuk awak.

tetapi hari ini, saya menyesal bila lihat doa saya di makbulkan.

kenapa hati saya , semakin hari semakin sakit bila lihat awak bahagia?

tapi kenapa... mulut dan hati ini masih belum bisa berhenti untuk

mendoakan kehidupanmu? 

dear awak,
take care,
be good,

remember that you always have me :)

eventhou, I know that I can't have you.

but still...

I just want to hold this feelings, a little bit longer, just maybe, for a while,

after, I meet somebody that can re-open my heart again.

there;s so much things i wanted to tell you,
soo much, until my heart hurts when I keep it by myself. 

can u promise me? 

keep your heart. red.

dont forget to love yourself more. 


Atas restu Allah, ku ingin milikimu.


kejiwangan Ana Hafizah
11:45pm
5/31/2013

Wednesday, May 15, 2013

Random


Just a random post. aku tahu takkan ramai yang baca blog, mula2 Twitter agak privasi, tapi entah kenapa akhir akhir ini twitter semakin tidak lagi privasi.

dengan twitter, boleh bergaduh, boleh putuskan sillaturahim. aku dah penat nak bergaduh.

kadang2 aku fikir, aku dah 21 tahun, tp still gaduh macam aku zaman2 skolah dulu, tp dalam bentuk lain lah, makin byk pulak ujian.

aku tahu, bila aku ada banyak sangat masalah hubungan dengan manusia ni maksudnya aku kena cek balik hubungan aku dengan Allah, kadang2 aku nak solat cepat2 ja, doa pun pendek2 ja.
,
bila aku ada problem, kemain aku doa lama2 sujud lama2, and kdg2 solat sunat lebih2, time aku happy. takde pulak nak mengadap tuhan sampai mcm tu.

okay, aku kembali balik kepada blog sebab ni lagi privasi kot, sbb dah ramai yg tak layan blog. and skrg ni people semua jadi busy body. busy body yang sangat annoying

people jadi bermuka2, people jadi tak ikhlas bila berkawan. itulah keburukan laman social,. yang dulu aku pun agung2 kan. skrg tengok, dah takde spa nak baca benda yg panjang2 mcam ni.

Actually, I just want to say.

if you have a feeling for someone, just tell them, confess. kalau taknak sudah.

maksud aku, tak rugi pun kalau kau luahkan perasaan tu, at least dia tahu.

tapi kalau kau rasa, ia akan mburuk kan lagi keadaan baik kau diam,

dia just untuk kepuasan hati kau,. at least bila kau dah luah kau bleh tahu expressi dia, so done! kalau dia terima, Okei, kalau dia reject pun takde masalah,.

sbb rasa yg kita rasa ni anugerah Allah. just put it on a right place okay.

hey, aku pun pernah kene reject,hmm... yelah, aku ni sapa suruh gatal ulat bulu sangat. sapa ntah yang reject aku?

bagi alasan mcm2 taknak aku. gila. cakap je lah kau taknak aku jadi teman hidup kau. kan senang.

ni putar2 belit ayat. puii.

eh2, kalau nak reject pun, biarlah beradab okei.

random betei post aku kali ni, ermmm..lagi aku nak cakap apa ek?

okei , aku skrg tengah dalam minggu portfolio. dan banyak giler benda aku nak kene tacap and re-do, lagi2 project dua aku beg tu masuk pertandingan, so nak kene collect sketch, nak kene sketch lawa2 sket bajet2 pro. untuk lepas di peringkat saringan.

Aku tak tahu apa yg Allah aturkan untuk aku, tiba2 kena masuk pertandingan. kalaulah rezki aku ada, dapat lah aku beli sbijik camera dslr kak long aku yg aku hlangkan.

dan sbijik gitar juga yg aku jugak hilangkan.

ada hikmahNya, kalau aku kalah pun, at least aku ada pengalaman masuk pertandingan ye dak? daripada yang tak pernah masuk lansung~

salam alaik.

Tuesday, May 14, 2013

when you're in love

hey, whatssap? eh, assalamualaikum. 

lama tak jenguk and update blog, org skrg tak main dah blog ni, yelah, since ada twitter lagi, ada fesbuk. semua orang macam dah hampir nak meninggalkan dunia blogging, termasuk aku sendiri. 

yelah, semua org nak ceritakan pasal diri sendiri, and berikan pendapat kat fesbuk.

asal tajuk aku lain mcm? pfft. malasnya nak jalan jenjiwang ni. cumanya. aku tak tahu nak update apa blog ni, Jari jemari yang sedang menari atas keyboard ni tak mahu berhenti, menaip ikut gerak hati. cewah~ poyo la pijah.

pernah tak, korang in love, aku tak specific kan cinta kepada manusia, maksud aku, kalau kau in love dengan BB kau ke, lappy kau ke, or segala gadjet yang kau ada, or mybe u're so in love with your own father, 

and so in love with your cat. sampai satu tahap kau tak boleh nak suarakan. maksudnya.

hmm. maksudnya tak terluah dek kata2, even kau nak sketch or nak berpuisi pun tak boleh. but your heart keep saying that. keep repeating that in your mind. 

that you are so in love. 

hebatkan? kuasa cinta. Maha Agung. sebab tu ada buku "Secret- The power of love" 

Love yang paling Maha skali. ialah kuasa CINTA tuhan. 

even kau dah cinta sesama manusia pun kau dah rasa gila nak mati, cinta punya pasal sanggup musnah hidup, sanggup terjun bangunan, sanggup bunuh diri, sanggup lintas jalan~

demi cinta

manusia sanggup buat apa saja. 

sanggup jadi hanjing~ sanggup jadi sampah, sanggup jadi apa apa saja yng possible lah. LOL

eg : korang sayang sangat kat bola sepak korang. and so that, bila bola tu bergolek tengah2 jalan, korang sanggup bahayakan diri and nyawa korang semata2 nak selamatkan that ball. u see. kalau kau mati, bukan jihad pun, mati katak. hua hua hua

can u imagine. kalau kita bercinta dengan SANG MAHA PENCINTA?

kita boleh mabuk. and buat saja apa yang DIA nak, kita tak nampak org len dah. hanya DIA saja yang kita nampak.

tpi, betapa useless nya kita en? 

kita lebih syg hadiah tu daripada si pemberi hadiah tu. pelik. bila dapat hdiah, sepatutnya kau lagi sayang org yang bagi hadiah tu kan? but then.. why?

manusia, 

slalu takut dengan apa yang dia tak tahu,

slalu buntu and tidak yakin dan tidak percaya bila dia tak boleh nak nampak, rasa dan hidu. 

itulah lemahnya manusia. tapi Allah bagi kita Hati.

untuk kita letak Allah at the Highest place in our heart.

tapi, payahkan, guane2 pun kita nak manusia jugak, coz we think benda tu lah yg paling hebat, paling agung. padahal............

apa2 pun, kalau tak berusaha untuk mencintai DIA , macam mana kita nak dapat kan?

and. 

kalau pergi kepadaNya dalam keadaan berjalan. Dia datang kat kita dalam keadaan berlari. 

semakin kita dekat padaNya. semakin Dia menghampiri kita. 

but we will never realize that, until we feel, the power of HIS love, through the hardship. 

ujian hebat, untuk orang hebat. 

Ujian itu pahit, sbb Syurga itu manis

Allah dah janji kepada org mukmin

dan, pesan aku untuk kau , dia dan diri aku sendiri. 

no matter what happen. apa2 kena dahulukan Allah, cuba., cuba dan terus mencuba, biarlah kita mati dalam keadaan kita berlari , merangkak untuk meraih redha dan cinta ALLAH.

no matter how hard the way. no matter how pain, no matter how shit it is...just pass it, walau kau harus mengesot, merangkak, meniarap, dan bergolek2 untuk sampai kepada Nya.

but please. never stop. dont stop. dont ever stop. and dont turn back. 

with love
ana hapijah


Friday, May 10, 2013

something that I cant help

Orang tanya saya. Tak rasa sedih kah atas apa yang berlaku?  saya senyum. Apa lagi yang mampu saya jawap. sedih memang sedih, tapi benda dah nak jadi, saya yakin Allah pasti ada sesuatu nak tunjuk kepada saya, mungkin dah tunjuk, cuma saya yang masih buta. terhijab dengan dosa-dosa selama ini .

Aku ada share dengan kaklong pasal ni. kak long cakap, same thing happen kat dia.

bila ada seorang lelaki, datang tergila-gilakan dia. and then, ada banyak perkara yang tak dapat kita ungkapkan, tiba2 broke up mcm tu saja. cakap tidak. dulu rapat.

she said.

memang kadang2 kita rindu, kadang2 kita rasa sakit di hati ini. kita pun tak nak perkara ini jadi macam ini. tapi along pernah mintak kat Allah. moga jauhkan dia daripada along. Tapi along tak sangka dengan cara ni Allah pisahkan kami. jauhkan kami,

Along pun dulu slalu persoalkan, why in this way. kalau boleh along nak tarik balik doa along yang termakbul tu supaya Allah kembalikan balik semua macam dulu.

but they. Everything happen for a reason. People walkin , and walkout in our life is a gift and test from Allah, for us to learn something about life.

but hey. I know u loved him. walaupun kau takkan mengaku, but I know then..That how I felt that time. namun, perasaan suka hanyalah mainan shaitan. kau suka dia cara dia suka kau. sbb takkan ada org lain yang mcm dia lagi yg tergila-gilakan kau, and sanggup buat apa2 untuk kau. never. org mcm tu akan datang skali je dlm hidup kau.

dan aku berfikir panjang jugak atas apa yang terjadi.

semua Allah da atur. aku perlu akur dan yakin.

walaupun agak berat semua ni untuk aku terima sbb perasaan tu dah makin dalam. every night I was cried for all this mess.  kadang2 aku mcm susah nak terima dan redha.

apa2 pun yang aku rasa sekarang, apa yang aku buat sekarang, not going to change anything at all. this is how Allah slamat kan aku daripada fitnah2 akan datang. This would be better. aku cuba buat pro cons dia. dan ini lebih baik untuk aku dan dia.

biar dia dan life dia. aku dan life aku.

takkan seperti dulu lagi. never. but. how  I wish kami baik mcm dulu. wish.hanya tinggal harapan yang punah.

Bisakah?


Aku bisa bermadah pujangga,
jadi aku izinkan bait bait ayat dato' Siti NurHaliza
untuk menceritakan penyesalan aku. 
pasal apa? entah~


Daku terasa ingin membawa
Cinta yang terlara ke titik mula
Kembali mencuba untuk kali kedua
Menggilapkan gerhana jiwa

Pernah ku terasa ingin merayu
Pada kasih dulu pulang padaku
Lupakan dosaku putihkan kelabu
Tenangkan amarahmu
Namun?

Bisakah yang terpadam dinyala
Bisakah yang terhina dicinta
Walau ku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Naluri meminta kuungkapkan kata
Seindah bahasa janjikan setia
Akan bersemilah cinta dihatinya
Percaya ku semula
Namun?

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah yang dusta dimaafi
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Bila senduku berlinang sayu
Dalam rinduku ku tertanya

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah hatiku difahami
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3