moga hati ini terus bersangka baik dengan Allah...
dan semakin kuat imanku pada-Nya...
aku tahu..insan beriman di uji...
kuatkan aku yaAllah....
LANGKAH TERCIPTA:UNIC
Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.
Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.
Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.
Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.
Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.
kau tahu ku tak bisa..beranjak terbang dan melayang.
tanpa dirimu, ku tak bisa....
dan kembalilah....
kembalilah oohh sahabatku......
ERTI SAHABAT SEPERJUANGAN.
Selama saya di sekolah menengah, saya selalu dengar perkataan "sahabat seperjuangan" , masa saya form 5 juga masih lagi menggunakan perkataan itu. errmm.....
sekrang baru sekarang saya tahu ape ertinya.
sahabat seperjuangan ialah, sahabat yang sentiasa bersama dengan kita, dan mempunyi medan seperjuangan sama dengan kita...dan jugaa mempunyi tahap kefahaman fikrah sama dengan kita.rela berkorban apa sahaja demi sahabat, tak rasa terbeban olehnya dan tidak pernah rasa tersusah dan menyusahkan padanya.
selepas duduk di IIUM, inilah yang saya definisikan sebagai SAHABAT SEPERJUANGAN...
bila sebut sahaja sahabat seperjuangan. saya sedih, kadang2 saya ingin menangis...
apakah ini semua salah saya??? or salah siapa?? atau ini sememangnya satu ujian dan dugaan??
SENDIRIAN...ATAU TIDAK..
pada zahirnya.
saya mengatakan saya amat kesunyian dan kelaparan dan kehausan serta rasa tercicir dari dunia islam, saya bukanlah lagi seorang dari pada serikandi islam., kerana saya sendirian, saya tiada sahabat sejati, maksud saya bukan sahbat baik, tapi sahabat yang memahami fikrah.
sukar untuk saya temui apa lagi pelajar kos Architecture and environmental design. MasyaAllah....
dalam hati saya,. ingin saja saya keluar dari uia dan masuk ke KTD.di mana taman2 syurga di sana.....yang mana ada sahabat sahibah yang sama fikrah. kadang2 saya rasa macam...nak nangis..erk..dah nangis pun ...hurm....
sebab....takde sahabat......ya....memng ada rakan2 di sini..namun mereka hanya sekadar sukakan hiburan semata2...
ya2...saya tau ape yang anda katakan..
"Fiza....ape lagi..dakwahlah mereka...ajaklah depa....kan tu tugas kita..awak sebagai orang yang faham kene lah sebarkan..." ujar satu hati yang boleh saya teka.....
sedih...sedih kalau anda katakan ini kepada saya...bukan kerana saya tidak mahu,..
tapi kerana saya tidak mampu.......tak mampu...tanpa sahabat di sini....
sebulan saya kesedihan. kesyunyian...bagaimana saya ada kekuatan untuk lakukan perkara yang " mudah
ini...
SAYA TAK RETI DAN TAK MAMPU...
faham tak???saya,,...saya rasa macam....nak ..erk..entahlah.......terlalu mendalam luka kat hati ni.... saya mahu seorang teman...sorng pun takpe...tak same bilik dan mahallah pun sama...asalkan saya boleh jumpe " dia" dalam masa satu hari/ satu hari je...untuk menyejukkan hati saya..untuk menerima nasihat darinya, dan juga untk berkongsi masalah dengannya...tpi..saya tak jumpe.....
saya rindukan sahabat seperjuangan saya...Ya Allah..hadiahkan lah walaupun seorang ya Allah....seorang pun tak pe di IIUM ni
tiada satu pun manusia di dunia ini tak di uji oleh Alllah Taala.
ini ayat biasa yang saya dengar dan saya sendiri kirimkan buat sahabat2 dan teman2 seperjuangan saya,...
namun apa yang ingin di sampaikan sebenarnya tidaklah sebesar ertinya.
ya Ujian, dengar saja..ujian apa?ujian pertengahan tahun kah?or ape2 ujian di sekolah or IPT. bukan..bukan ini sebenarnya ujian..ujian ialah..satu kepayahan yang anda lalui dan anda pasti akan mengeluh. ya...benar..saya setuju dengan pendefinisian ini.
kenapa ye..sejak akhir2 ini saya selalu sedih??
saya tidak faham kenapa..jadi saya cuba rapatkan diri dengan Allah. saya mohon, Allah berikan sedikit kebahagiaan. yang bisa membuatkan saya tersenyum.
ya..saya senyum..tapi hanya palsu..dalam hati saya kosong, tidak punya apa...
saya tak tahu apa yang saya tertinggal dan apa yang saya terkurang, kadangkala...hal ini menjadi satu tanda tanya dan renungan dalam diri saya...
apa yang saya mahukan dalam kehidupan ini???
apekah "kebahagiaan" yang saya inginkan sebenarnya??
hati saya gelisah, dilanda kesusahan dan keperitan .,..
dalam hati saya menjerit...!!!! ya Allahhh..........!!!!!!!!!!
kalau sekali pun saya ketawa....itu...........saya tidak pasti...kenapa...mungkin sementara..kemudian ada ujian yang datang melanda....
APAKAH SOALAN DAN JAWABANNYA?
masih bermain di minda saya..mengapa hidup saya tidak setenang dahulu??
Apa sebenarnya kegelisahan ini??
saya masih mencari...megharap Allah tiupkan sesuatu ketenangan dalam diri ini..
sejujurnya, hati ini mencintai alat untuk berdakwah ini..
MINGGU PERTAMA DI CFS IIUM...
minggu pengenalan. ataupun minggu Taaruf..ataupun Taaruf week..ala semua same je...=)....
kami di kenalkan dengan tempat2 Di UIA PETALING JAYA ini. selain tempat2...
termasuklah department yang penting untuk kami ini.
mula2 menjejak di sana....
yang bermain dalam fikiran saya ialah..KEHIDUPAN..
ya....
bagaimana dengan kehidupan di sini...
sosial kah??\\
akan terpengaruh kah saya??\
atau...baikkah??\\
akan bertambahkah iman saya....\\
apa lagi yang bermain dalam fikiran saya ialah....ROOMATE...macam mana roomate saya...adakah..baik..atau tidak...sama ada membawa pengaruh baik atau buruk..\
selain itu...
lagi dalam fikiran saya...\
bagaimana...saya boleh jadi yang terbaik di antara 200 lebih pelajar Architecture and Environmental Design..haha...masih terlalu awal bukan...
tapi..apa yang boleh saya rumuskan..ermm....i have my own Critical thinking....and i like it very much....
Alhamdulillah.....
bertemu dengan Roomate....
Yana...\
Fifi
Farah..\
dan saya...
kami datang dari latar belakang yang lain...berbeza...cara kehidupan mereka. ternyata berbeza dengan saya....
ada yang lembut...ada yang agak slamber...dan ada yang agak manje...tapi...
hakikatnya bukan itu yang saya lihat, sebaliknya, saya lihat,,,sejauh mana sahabatku ini,,,,akan membentukku, dan apa sumbangannya pada ISLAM...ISLAM dan ISLAM.....\\
ROOMATE...
Alhamduliilah....
roomate...senang di bentuk....\
mereka sukakan kebaikan...
pabila di ajak solat ke surau...
Alhamdulillah,.,tiada penafian...tapi hanya penyetujuan....suka...i like it...hehe...
mereka mengaji..sejuk mata memandang...\
tutup aurat...\\
paling best..\
mereka belajar solat sunnat dan berpuasa...
walaupun sebelum ini mereka tidak pernah pun teringin hendak melakukkannya...
\
Alhamdulillah....saya bersyukur kepada Allah...syukur...lepas ni...apa yang akan terjadi di antara kami...saya akan terus ttp berdoa kepada Allah,,,supaya mantapkan iman kami..dan UKHWAH kami hanyalah LILLLAH...TAALA....
DOA KAN SAYA....\\
apa2 pun...saya masih dalam di lema,,\
sama ada saya ingin teruskan dengan kos ARCHITECTURE ni atau pun tidak..
saya dapat program dua tahuN
jadi saya masih ada masa untuk ubah fikiran dan masuk ke kos lain..
minta...\\
Itu kata seorang ummi, ibu saya, juga sebagai motivator hidup saya.
Saya akui, banyak kelemahan dalam diri setiap manusia, disini, kali ini, dalam post ini,
Ingin saya ceritakan tentang, sedikit perjalanan hidup saya pada akhir2 ini, sebelum masuk UIA,
Dan bagaimana saya menguruskan sesuatu yang tidak pernah saya urus, hatta dengar pun tidak.
Mendapat berita kemasukkan ke UIA, bukan lah satu berita yang gembira bg saya, apatah lagi dengan kos seni bina dan reka bentuk alam sekitar, dulu memang pernah saya minta, tp sekarang minatnya kurang lagi…=(, itu mula 2 yang bermain di minda saya, ADAKAH SAYA MAMPU?
Melihat2 procedure yang telah di syarat kan membuatkan saya jadi malas untuk menguruskannya dengann segera, saya tidak ambil berat soal borang, dan pengisian maklumat.
Malas, semuanya saya malas, ketika itu, dalam fikiran saya hanya mengharapkan pertolongan dari Ummi,.Ummi Ummi..
Apalagi semua dokumen2 perlukan pengesahan2 tertentu, adakalanya saya sendiri jadi lemah, buntu dan putus asa.
SAAT-SAAT MENYIKSAKAN
Ketika ini, saya baru bertemu dengan seorang sahabat saya, bakal ke UIA juga. Kemudian, beliau bertanya kan saya pelbagai soalan,
“dah isi ke belum borang ni??”
“dah mati stem ke??”
“duit yayasan dah ambil ke??”
“dah post ke surat ke UIA??”
“dah buka akaun bank?”
“dah buat laporan polis?”
“dah buat kain n tudung putih”
Masa tu baru terbeliak mata saya, rupa2 nya banyak perkara yang saya belum selesaikan, dalam pada itu, barulah saat2 menyiksakan datang.
Tidak silap saya 3 minggu lepas, saya bertungkus lumus sehingga sekarang, banyak perkara yang saya belajar bagai mana cara menguruskan,
Buat laporan polis,.
Beli stem hasil dan mati stem.
Alahai..apakah ini semua,
Sampai satu masa, saya menangis dan terus menangis, menjerit
“TAK RETI….AKU TAK PANDAI..MACAM MANA NAK BUAAATT!!!” hati ni terus teriak, sampai satu masa…
Allah mengetuk hati saya dengan kata2 daRi UMMi..
“jangan rasa kamu buat dengan kudrat kamu sendiri, kalau kamu fikir nak uruskan semua urusan ini atas usaha kamu, LUPAKAN….ia tak kan pernah berjayaa…” kata Ummi,
Saya tergamam, benar, benar, saya fikir selama ini saya penat kesana dan kemari, membawa motor, kadang2 terpaksa membawa moto sehingga ke UMP. Bayangkan betapa jauhnya.
Saya punya permintaan Yayasan dua kali kena reject, pada masa itu saya berserah kepada Allah
“Ya Allah..aku rela dan redha atas apa yang Engkau berikan” dengan melafazkan kata2 ini, saya tenang setelah di reject. Tenang, tidak gelabah,
Akhirnya, Allah mengaturkan langkah saya, untuk terus ke pejabat daerah dan mintak cop. Akhirnya pada hari yang sama dan waktu yang singkat saya Berjaya mendapatkan dana yayasan
KENAPA ORANG LAIN URUS SENANG JE…AKU YANG SUSAH PAYAH..
Saya selalu soal diri saya, kdang2 saya soal orang lain.
Kenapa orang lain uruskan semua urusan ni, senang je, lancar je…takde masalah pun.tapi saya….
Sampai satu tahap, saya ke satu tempat yang sama sebanyak 4 kali, saya menebalkan muka, banyak kali,
Saya berhadapan dengan pelbagai kerena pegawai kerajaan yang macam2 kata-kata,
Saya menebalkan muka menyoal pelbagai persoalan yang bermain di minda,.
Saya tertanya2 lagi., kenapa saya je yang susah payah?? Orang lain senang…mak ayah uruskan,…tapi saya????
“Allah nak kamu belajar…belajar dan jadi cemerlang, jadi kuat, jadi berdikari, jadi hebat di antara manusia lain….itu tujuan Allah menguji kamu dengan kesusahan…supaya kamu lebih menghargai bila masuk U nanti…supaya kamu terbiasa dengan pelbagai urusan seperti ini …Supaya kamu sedar…JALAN MENUNTUT ILMU TAK PERNAH MUDAH…DAN TAKKAN MUDAH..MELAINKAN DI PERMUDAHKAN ALLAH…” ujar Ummi ku lagi. Lagi satu teguran dari Allah.
Membuatkan air mata ini meleleh. Kerana KESYUKURAN……
Kesyukuran, kerana di hadiahkan dengan kesusahan. Kesusahan yang membuatkan saya FAHAM dan KENAL SIAPA ALLAH SEBENARNYA…
TAHAP PERTAMA…
Saya yakin, kesusahan yang saya lalui ini, mungkin ramai yang kata…
“alaaa..senang je buat semua tu…aku boleh buat sndiri”
“cehh…tu pun susah/..”
Saya yakin ,ada suara akan menyumbang, di sarang hati masing-masing.
Ya..bagi anda mudah
Bagi saya….tidak mudah…dan sangat penat…kerana…stiap jalan yang Allah hamparkan buat manusia lain2…
Begitu juga dengan manusia,…menuju 1 jalan…redhaaa..ingin keredhaan Allah…tp ada pelbagai cara…
Begitu juga saya…Allah uji kita dengan pelabagai ujian yang lain..
Ada orang ……urusannya di permudahkan Allah
Ada juga di susahkan Allah kerana atas KEHENDAK ALLAH…
Saya yakin, kesusahan ini baru sampai tahap pertama……bila jejak saja kaki ke U nanti….Sejuta kesusahan yang datang…=)
Saya janji pada diri saya….takkan mengeluh….saya buat…saya buat dan saya buat….walaupun salah…saya tetap cari jalan penyelesaian…..
Sebab saya Yakin ALLAH ITU MAHA BIJAK SANA, DIA TAHU APA YANG TERBAIK UNTUK SAYA…SELAMANYA……
Cerita ini, bukan sekadar ceRita….tp
Ada pengajaran untuk di kongsikan bersama…
Doakan saya Berjaya dunia akhirat
Dan ANDA…
Sentiasa di hati saya,..untuk saya doakan kalian dalam doa saya….
Insha ALLLAH…
YANG BAIK DARI ALLAH, YANG BURUK DARI SAYA SNDIRI, TP HAKIKATNYA KEDUA2NYA DARI ALLAH….
Makin lama diri ini lalai, lalai dan lalai. Lalai memikirkan hal-hal dunia.
Kemana aku sambung belajar, apa pekerjaan ku, apa nasibku seterusnya. Bagaimana dengan jodoh ku?? Macam mana?? Macam mana?? Macam mana??
Ahh….tak mampu…kalau di fikirkan, aku bisa pusingg….pening..penat dan tak berdaya lagi memikirkan, kerana apa?? Kenapa??
Makin aku fikir, makin aku rasa lemah. Bagaimana perancangan ku?? Jadi kah tidak??berjaya kah tidak?? Adakah ia akan berjalan lancar?? Adakah aku akan Berjaya pada masa akan datang??
Mak…ayahhh??kenapa tidak perdulikan aku??kenapa semua insane tak pedulikan aku?? Hina sangatkah aku,,,adakah aku ni Jijik sangat? Teruk sangat?kenapa aku di buang begini sekali., tiada manusia pun yang menghargai aku..?? siapa tiada siapa??uhhh…..alahaii nasibku begini…
Kawan-kawan….selalu mengutukku, selalu mengumpa. Ada bersama bila gembira. Menghilang kan diri pabila diri ini dilanda gelisah dan masalah. Mana mereka…kenapa??tinggalkan aku sendiriaan?? Manakah sahabat yang sering bersama? Berjuang bersama,..manakah sahabat yang dulu bersama-sama di tarbiyyah di satu tempat. Manakah teman2 yang sama2 berjuang dahulu. Dimanakah merekaa???
jOdohh…ohh…siapakah mahukan diriku??? Adakah insan yang masih inginkan ku. Puas ku mencari…tiada yang mahu..adakah diri ini tidak laku? Tiada harga diri? Agaknya berapakah nilai diriku?? Mengapa..wanita tidak mahukan aku…..aku kaya..aku punya wang..aku punya kerjaya dan kereta…kenapa??tidak mahu aku??manakah wanita solehah? Yang jadi penyejuk mataku, yang peringan beban hidupku, yang mengindahkan dan memudahkan urusanku. Bilakah aku kan punya isteri cerdik dan solehah?yang mampu memberikan zuriat buat penyambung perjuangan di jalan Allah?? Bilaaa…..
Oh…lelaki….buruk sangat kah paras ku?? Tidak maniskah senyuman ku?? Apa aku tidak indah di matamu wahai kaum lelaki?? Mengapa aku tidak bertemu jodoh lagi? Mengapa??mengapa??Tuhaaann?? penat sudah diri ini mencari jodoh..mencari lelaki yang setia..tiada..lelaki manakah yang soleh..yang mampu memandu bahtera rumah tanggaku kelak. Lelaki manakah yang mampu memandu bahtera ini melayari kehidupan rumah tangga?? Mana?? Layakkah aku dapat lelaki seindah begini?? Lelaki yang mencintai agamamu..
MASALAHHH???ohhh…Masalahh..Ya Tuhan…aku ada masalah..kawan-kawan aku ada masalah..mama..papa saya ada masalah….masalah saya besar,..macam mana ni…..mengapa aku sering diuji. Aku tak larat…
Aku sudah penat….
Penat…..
Tak mampu berdiri lagi…
Siapakah yang mampu menanggung masalah sebesar ini…
Teman2ku ..bantulah aku, aku ada masalah..siapa..dengan siapa aku bisa mohon pertolongan.
Mengapa aku selalu di uji,. Mengapa ujian berat sebegini buat ku??arghhh….aku ingin mati saja. Moga2 beban ini berakhir,
CINTA….betulkah cinta itu buta. Aku hanya ingin mencintai dan di cintai…salahkah diriiku??aku juga ingin di sayangi dan menyayangi..salah jugakah?habis tu, bersama siapakah aku ingin berkongsi rasa. Aku suka padanya, kerana dia pandai menarik minatku, dia pandai memujukku, segala-galanya, aku cinta dia..cinta…cinta…..dia baik. Selalu perihatin bersamaku.. selalu bersamaku saat ku sedih. Dia menghargaiaku..aku sayang dia..aku cinta. Dia…dialah segala-galanya bagiku…..
ALAMAKKKK…esok nak EXAM..tak baca apa lagi…macam mana nie???nota??mana nota aku?? Mintak dengan lecture la…sedut je la..isyy..nyesalnye tak baca,…tuhan..ala…jawap je la…dah salah aku ..sapa suruh tak studi..salah aku..salah aku…padan muka aku
Adui~~~ tak larat da nak tulis…hurm~~
Kalau anda pernah luah kata2 di atas ada IBARAT SEPERTI TIADA TUHAN,,,nauzubillah.
SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN MENGUJIMU.
Firman Allah taala dalam kitabNya yang agung.
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka di biarkan (sahaja) mengatakan : “kami telah beriman”,sedang mereka tidak layak di uji lagi????Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya mengetahui orang-orang yang dusta. (AL-‘ANKABUT:2-3)
ayat ini menjelaskan mengapa manusia, atau hamba-Nya, atau lebih khusus lagi mereka yang beriman di uji oleh Allah taala. Adakah cukup dengan mengatakan islam di bibir, cukup sekadar mengucap kalimah syahadah? Adakah dengan kalimah “Lailahaillallah” . sebenarnya dengan ujian inilah Allah ingin tahu tahap keimanan kita, sama ada kita ini benar-benar beriman dan bertaqwa pada-Nya atau sekadar seorang “PENDUSTA AGAMA?”
Allah berfirman lagi dalam kitab-Nya yang terunggul.
“dan kami jadikan sebahagian kamu cubaan bagi sebahagian yang lain pula.MAHUKAH KAMU BERSABAR??dan adalah tuhanmu yang maha Melihat (AL-FURQAN :20)
Sungguh…walaupun kita sering bicara ISLAM ADALAH AGAMA YANG MUDAH. Tetapi ia sebenarnya berat untuk di laksanakan kerana ia penuh dengan ujian. Dan islam itu tidak dapat di jalankan melainkan mereka di uji terlebih dahUlu.
Sungguh…salah satu sebab kekalnye agama ISLAM sehingga kini kerana ia hidup bersama-sama orang2 yang diuji. Haha……..bila di uji,,maka kita akan lebih kuat mnghadapi ujian seterusnya, sebab itu ISLAM hidup atas ujian….atas mereka yang kental di uji, Hingga Allah tahu KEJUJURANNYA, KETULUSANNYA,KEJELASANYA SERTA KETEGUHAN MEREKA.
Saya tertarik dengan kata2 Ibnu Qayyim…(semoga Allah merahmatinya ) katanya apa…
“Wahai orang2 yang mempunyai tekad yang Lemah, sesungguhnya jalan itu sangat sulit dan panjang, NUH a.s berduka cita dan menangis, NAbi Zakariya A.S Di sembelih. Nabi YahYa A.S Di bunuh. UMAR R.A di bunuh. UTHMAN R.A di tusuk dan bergelimang darahnya. ALI karamallahuwajhah. Di bunuh . saidina Hamzah di bunuh dan di mamah jantungnya. Para imam dan alim ulama’ di sebat dan di masukkan kedalam penjara. BERANIKAH KITA MENEGAKKAN ISLAM???????????????????????????
Oleh sebab itu, mintalah bantuan dengan Allah wahai para mujahid, jangan gentar, jangan takut kerana Allah bersamamu, Allah tahu kelemahanmu di mana. Allah tahu,…DIA TAHU SEGALA-GALANYA.
WAHAI DIRIKU……
Jadi…cubaan dan ujian ini merupakan sejarah penubuhan agama “LAILAHAILLALLAH..” di muka bumi ini.
Ambilah kisah2 sejarah dari para nabi2 terdahulu . bagaimana mereka di uji. Bagaimana kuat dan ketal nya mereka. Mereka tidak merungut. Mereka tidak hidup mewah..seluruh jiwa dan raga mereka,…di serahkan seratus peratus% atas jalan dakwah atas jalan islam..
Mengapa kita tidak ambil kisah pada akhir zaman ini??mengapa kita rasa dakwah tidak penting??mengapa kita rasa kita tak layak di uji…??hurmm~~FIKIR2KAN LAH
“Allah sedang berbicara kepadamu tentang SABAR dan IKHLAS… SABAR dan IKHLAS itulah Islam”
Saje je selitkan ,,,sebab ingat tak kisah fahri di penjara tu??? Hehe…..Fahri rasa dia suci je..kenapa dia di uji..isy…perasan la tu dy hebat sangat..konon2 orang baik macam dia tak payah di uji..hehe…..jahat la pulak…Ok….
Akan datang saya akan paparkan beberapa PERMASALAHAN BERKENAAN DENGAN UJIAN………ini adalah rumusan dari segalanya…..hurm~~~ada2 je saya nie…Ok..i.Allah..
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3