Pages

.:My Dearest friends:.

Friday, January 29, 2010

Novel:Tirai TuhanKu ep 1


“Ibu cakap tak boleh tak boleh lah…..Ana dengar ke tidak??” soal Ibu kembali. hancur hatiku mendengarnya. Tak Sangka ibu boleh bercakap kasar dengan aku sampai begitu sekali. Salah kah anak remaja seperti aku ini mahu melanjutkan pelajaran Di university. ??aku menerima tawaran untuk ke university Islam Antarabangsa , atas jurusan kedoktoran, aku siap dapat pembiayaan dari MARA lagi atas nama pelajar cemerlang yang kurang kemampuan.


Dari jauh aku tenung wajah ibu, aku tidak tahu apa yang tersingkap dalam pemikiran ibu. Aku tahu kenapa aku tidak di benarkan melanjutkan pelajaran ke sana. Kerana aku lah harapan ibu untuk menjaga Athirah dan Akeem. Abang Long dan Kak ngah keduanya sudah tidak pulang kerumah sejak mereka mendirikan rumah tangga.


“haiya…..hali ini loo dapat belapa baldi ha..Ana….??” soal Uncle Chow yang membeli susu getah hasil dari torehan keluarga ku sendiri. Aku meletakkan dua baldi yang mengandungi susu getah. Seperti biasa dia akan menimbang berat dan membayar 5 ringgit untuk satu kilogram, aku hanya tersenyum hambar.

“uncle…hari ini saya hanya dapat dua baldi saja…….semalam hujan..lebat….” kataku. Uncle Chow hanya menggeleng laju.

“haya….Ana….gua…mahu Tanya sama loo…….umur loo…sama dengan anak gua…belajar pun sama-sama,…..loo….talak mahu sambung itu belajar ka??” soal Uncle Chow. Ya…aku kenal dengan anaknya, iaitu Chan Lee Sin, satu-satu nya kawan aku lelaki yang sanggup mendekati gadis miskin seperti aku. Aku hanya diam.

“Oh…uncle…..Lee dapat tawaran mana??” soalku. Ingin tahu juga sahabat berbangsa cina ku akan melanjutkan pelajaran ke mana. Uncle Chow hanya menggeleng.

“itu dia…..anak sangat pandai…dapat belajar itu di luar Negara…apa itu namanya…..university…Oxford….di UK….haiya…..gua…bukan tak maw kasi….gua bimbang…..” kata Apek itu. Aku tergamam.. Lee…dapat lanjut pelajaran ke luar Negara.?? Wah//…beruntungnya dia. Walaupun keputusan nya lebih kurang saja dengan aku , namun dia lebih bertuah dari aku. Sebenarnya.

Sejurus saja keputusan SPM keluar, Lee bersungguh-sungguh meminta aku mengisi borang permohonan pembiyaan ke university luar Negara. Tapi keputusan nya aku masih belum terima. Itu bermakna aku tidak terpilih lah…

“apalah..Uncle nie….bagi saja ma….itu peluang…Lee pasti akan banggakan Uncle..Ok la Uncle..saya mahu cabut…itu kirim salam pada Lee tahu……” kataku terus mengayuh basikal rapuh ku pulang kerumah.
Sedang aku asyik memikirkan kejayaan dan bertuahnya Lee, aku di kejutkan dengan satu panggilan.

“Ana……!!! Ana…!!!! “ satu teriakan hampir saja membuatkan basikal aku terbalik masuk ke sawah. Aku mengecilkan mata melihat siapa saja yang memanggil aku, tapi aku macam kenal saja suara itu.

“Ana….aku lah…….aku nie……Mila…..” gadis kecil dan lincah itu terkocoh-kocoh berlari mendapatkan aku. Dia ni, selalu je gelabah tak tentu pasal.

“apa masalah kau ni Mila??” soalku. Mila mengangkat tangan kanannya dan tangan kirinya memegang lutut, tanda menyuruh aku ‘sabar’ kerana dia masih lagi tercungap-cungap. Aku hanya menunggu.

“dah….dah…Ok?” soalku. Mila tersengih seperti kerang busuk.

“ni…aku ada berita gempar….Lee…kawan baik kau dapat lanjut pelajaran ke Oxford….kau tak dapat ke??” soalnya. Aku hanya mengeluh kecil. Ingatkan masalah Negara apa yang mahu di khabarkan. Aku hanya memandang Mila dengan pandangan yang redup. Rasa malu pula dengan Lee dan semua orang. Entah mengapa rasa begitu.

“Woi…aku Tanya ni…termenung pula siang-siang begini….jawaplah…cakaplah yang kau pun dapat….” Kata Mila. Memang Mila satu-satu nya sahabat yang ingin melihat aku ke menara gading. Dia?? Tidak perlu risau. Mila sebenarnya anak kelahiran Australia. Dan keluarganya mempunyai beberapa cawangan syarikat di sana.. tak hairan lah Mila seorang yang pandai bergaya dan kaya, tapi kenyataan it u hanya aku sendiri saja yang tahu. Mila mempunyai peribadi yang sangat merendah diri. Dia tahu mana baik dan mana buruk. Kerana itulah dia lebih memilih untuk berkawan denganku.

“aaa….ku…tak dapat luar….dalam je……tu pun….” Mila menggeleng.

“jangan cakap yang mak kau tak bagi pergi……”duGa Mila.. aku hanya mengangguk. Kemudian Mila menumbuk tangannya. Geram barangkali d engan keputusan ibuku.

“Mila….jangan salahkan ibu aku…….dia perlukan aku….dan…aku lah satu-satu nya… anaknya…”kataku sayu. Walaupun aku terasa sebak kerana tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran seperti remaja lain. Aku redha.. aku Yakin pasti ada sesuatu untuk ku kelak, dan kini aku redha menjalani kehidupan sebagai ‘villages girl’ yang tak tahu apa-apa pasal dunia luar.
Mila mengeluh kecil.

“ aku sebenarnya. Tak sanggup nak tengok kawan aku macam nie Ana… please la….doa banyak-banyak ye..aku yakin….suatu hari nanti pintu hati ibu kau pasti terbuka… aku akan sentiasa sokong kau…..” kata Mila. Aku hanya tersenyum kemudian kami mendakap sejenak. Rasa sebak. Aku berTuah sudah punya kau Mila. Mila seka air matanya yang mengalir .

“ Terima kasih Mila……erm..kau nak kemana nie??” soalku. Mila senyum.

“aku nak balik dah…..kau??”

“nak balik juga…ok..Assalamualaikum….” kami berjabat tangan. Itulah adat dalam persahabatan kami. Tidak akan tinggal antara satu sama lain sekiranya tidak berjabat. Aku kembali mengayuh basikal.


Aku agak hairan apabila di perkarangan rumahku ada sebuah kereta proton Waja berwarna emas. Tersadai di hadapan rumahku. Milik siapa ini. Selepas menongkat basikal, terus aku berlari kedalam rumah, dan langkah ku terhenti terdengar satu perbualan.

“Tolonglah…Encik..jangan ambil tanah ni….ini saja yang kami ada…..tolonglah saya merayu…” itu suara ibu, kenapa ibu menangis.

“tapi…tanah makcik.. sangat besar… boleh lah kami manfaatkan untuk mendirikan satu kawasan peranginan, lagipula….tempat ini memang sesuai…” kata seorang lelaki. Aku menakup mulut.. dia mahu merampas tanah ibu? Tidak ini satu- satunya harta yang kami ada. Aku terus meluru masuk. Ada ramai ejennya, dua orang lelaki dan seorang perempuan. Tidak bertudung, dan berkot. Seorang lelaki sedang memegang sebuah fail berwarna biru.

Aku melangkah dan terus mendakap ibu yang sedang teresak-esak.

“erk…minta maaf…saya anak dia…ada apa ini….” Soalku tegas. Aku tidak perduli. Lelaki itu senyum, aku tidak mengerti senyumannya. ....



to be continue...

Nak Jdi Da'ie ?? boLeh ke??



Sewaktu saya masih menuntut di alam persekolahan , saya di Tarbiyyah dan dalam masa yang sama saya juga belajar cara untuk mentarbiyyah, walaupun saya ni bukan lah baik macam malaikat or jahat macam iblis tuh. tapi apa yang saya sedar itu adalah tanggungjawap saya. dulu saya pernah bertanya kepada Ummi saya. Layak kah saya nak jadi da'ie. baikkah saya??jujurkah??muliakah akhlak saya??


"Ummi..kalau kawan orang ada masalah,...macam mana org nak buat??sedangkan orng sendiri tak baik...."huhu....serius benar ni. tahu tak apa Ummi saya cakap??


"kalau ada orng yang bermasalah datang berjumpa dengan kau..itu maknanya Allah amanahkan dia kepada Kau.. kau bertanggungjawap selesaikan masalahnya SEMAMPU MUNGKIN....jangan terus tolak. kerana hidup ini adalah untuk memberi sebanyaknya bukan menerima sebanyaknya....... " itu satu jawapan. Ummi saya memang pakar motivasi kepada masyarakat dan anak-anaknya. beliaulah sumber rujukan saya sekiranya saya punya masalah tersendiri dalam kehidupan. selebihnya saya rujuk kepada buku agama sekali gus berlandaskan Al-quran dan Sunnah....

Begitulah kisahnya. Ramai juga sahabat saya yang ada masalah datang berjumpa dengan saya. bukan kerana saya boleh menyelesaikan , tapi apa yang boleh saya simpulkan mereka lupa dengan ayat "dengan mengingati tuhan, hati akan menjadi tenang" mereka tidak percaya. Tapi hakikatnya saya ceritakan kepada mereka. saya ingat Ayat Allah. mengatakah bahawa manusia ni KHALIFATULLAH. amar ma'ruf nahi mungkar boleh dilakukan sesiapa pun. sama ada yang berdosa atau tidak berdosa. tapi hakikat nya tidak ada manusia yang tidak melakukan dosa .


"awak tahu kenapa Cinta awak di halang macam2 halangan...??" saya menyoal seorang sahabat yang dalam di lema cinta apabila hatinya resah kerana seorang gadis menolak cintanya.


dia menggeleng. kosong . tidak tahu...


"pada saya mungkin... tak di redhai dan di berkati...mungkinlah.... Allah suruh cari dengan jalan yang betul..." kata saya pula. Dia masih tidak mengerti mungkin dia belum biasa dengan ayat2 agama ini.


saya cuba terang lagi.

"saya rasa Allah tak suka cara awak bercinta kot.... tak perlu lah awk terkejar2 mencari cinta..sebab jodoh tu di tangan Allah.... kalau Allah tak izin..tak kan menjadi.... awk boleh guna cara yang halal,..seperti jumpa dengan mak ayah dia or something.." dia mengangguk lagi.


Saya bukanlah pandai sangat...cuma saya katakan apa yang saya rasa dan saya fikir selama ini. saya cuma bagi pandangan.

Dia perlukan lagi pengisian. lagi sedikit supaya dia jelas semuanya.

beberapa minit kemudian tiba2 dia luahkan kepada saya tentang gadis yang dia suka....macam2 dia ungkit kembali. Tentang dia belanja gadis tu...tntg dia mengikuti kehendak gadis itu. Wajahnya seakan marah apa bila mengungkit kembali. saya tidak tahu nak nasihat apa lagi kerana dia sedang marah. HAIRAN..marah dengan orang yang dia suka. saya diam dan hanya mengangguk saja. angguk dan dengar.//tunggu Ilham dari Allah untuk jawap pertanyaan. adakah saya akan bela gadis itu.

"awk benci org yang awak suka??ok sekarang awak dah tahu perangai dia macam mana...buat apa awk memberi kepada yang tak sudi??buat apa tlg mereka yang tak tahu budi??buang masa dan duit awk saja..." kata saya. cuba buang perasaan cinta dalam hatinya. Dia sebenarnya dalam dilema. Saya tertanya2 benarkah dia suka kan gadis itu. HAIRAN.

Beberapa minit kemudian, saya cuba bagi lagi sedikit pengisian. tapi dia tanya saya.

"macam mana saya nak lupakan dia??" saya senyum sendiri.



"apa kata awak baca buku ni??" kata saya sambil menyerahkan buku Hadis-Hadis Penenang Jiwa hasil karya Rashidy Jamil Ar Rashid. Bagus buku tu. Dia sangat teruja.

"buku ni sangat berguna...semua hadis yang di sampaikan semuanya terkena dengan keadaan hidup saya..sebab tu kalau ada sedikit kegusaran dalam hati saya akan belek buku ini .. ... .. ..memadangkan tiada mashaf disini saya guna buku ini saja. kalau tidak saya belek mashaf saja.....apa2 pun memang perkara yang REFER TO ALLAH akan buatkah hati saya rasa tenang. damai....

saya Masih ingat lagi. kata2 junior saya di SMASKL. Solehuddin Shaatibi. junior yang saya segani. huhu.

"kalau ana buat dosa. ana nasihat orang sebab dalam masa yang sama ana nasihat diri ana..."


katanya. lebih kurang begitu lah. saya terfikir. begitu dalam maknyanya sehingga sekarang ayat itu saya pegang. bukan mudah tapi kena percaya. ada banyak lagi kata2nya. saya ada simpan.


Itulah kisahnya, saya bukan siapa pun .kadang2 manusia tak pandang pun . sebab saya tiada apa keistimewaan yang mampu membantu manusia. biasa,. lemah. tak berdaya. c uma yang saya mohon pandangan Allah pada saya. Terimakah??sudi kah Allah memandang saya??itu yang patut saya bimbangkan..

semoga Allah izinkan saya menjadi seorang Da'ie yg berakhlak mulia.InsyaAllah. Ameen

Thursday, January 28, 2010

BUMI TARBIYYAH


SEKOLAH MENENGAH AGAMA KAMPUNG LAUT TERENGGANU.


Kalau di Kuala Lumpur ni, orang tanya saya,


"adik duduk mana??" saya jawap. "pahang" kemudian bila bertanyakan sekolah pula di terengganu. jadi saya asalnya dimana ya??


itulah kehidupan saya, suka berjauhan dan berpindah randah., kalau bahasa sejarah di kira nomad, kalau dalam islam pula di kira sebagai Musafir perjalanan. hihi..saya bermusafir dalam menuntut ilmu. sekarang ni saya di kuala Lumpur bermusafir untuk mencari pengalaman dan mendapat sedikit pendapat untuk persediaan ke university akan datang. InsyaAllah.


bercakap berkenaan dengan past. saya Mula bersekolah Di SMASKL ni, sejak tahun 2009, dan saat itu saya berumur 17, SPM. saya berkenalan dengan budak2 SPM SMASKL, dan kami di gelar sebagai "tHIRD GENERATION" kenapa??sebab kami pewaris yang ketiga sekolah ini.


Berkenalan dengan sahabat2 saya di sana, bukan mudah untuk di perkatakan hanya sebagai perkenalan. di sana saya timba pelbagai rencah kehidupan. bukan hanya akademik yang saya dapat, malah apa jua makanan rohani ada juga jasmani. satu-satunya sekolah yang perkenalkan kepada saya apa tu TARBIYYAH. maaf...bukan sekolah sebelum ini tidak ada TARBIYYAH, tapi sampai lah seru saya untuk menerima TarBIyyah disana.


sahabat saya tidak jemu memberi peringatan kepada saya (orang baru). memberikan sedikit sebanyak ilmu yang mereka ada sepanjang 5 tahun di SMASKL. rasa berada di Syurga. payah untuk terjemahkan, hanya mereka yang sediakan hati di sana akan tahu apa kelebihan SMASKL ini.


saya tidak sesekali menyesal kerana jejak disana. malah saya bersyukur sangat. sebab bukan semua orang di pilih masuk kesana. walaupun pada awalnya kehadiran saya tidak begitu di pelawa. tapi saya cuba pula masukkan diri saya dalam keadaan di sana, ternyata ia mampu merubah saya. ,...


sekarang ni, sahabat saya berada di KELANTAN,menghadiri Kursus Jati Diri selama dua bulan. Takdir Allah saya tidak bisa hadirkan dri dan bekerja di Kuala Lumpur. apa yang saya ingin katakan disini, tidak dapat menghadirkan diri kesana membuatkan saya tidak dapat menerima kenyataan itu. Abah menghalang saya dengan sebab "lama sangat ".
lama juga saya beruzlah dan cuba menerima kenyataan. sehingga mata ni bengkak dek menangis kerana tak dapat ikut serta disana. kerana di sana pasti banyak tarbiyyah jamaiyyah.Namun, lama2 akal waras mula berfungsi. dan memikirkan hikmah berlaku. huhu...entahla..tak pasti jelas lagi ke tak.
bagaimana pula dengan sekolah saya yang sebelum ni??tidak perlulah saya bercerita dalam sesi sekolah baru ni. mungkin akan datang. ada lagi sekolah yang perkenalkan saya kepada dunia remaja. itu pasti lah lagi bermakna buat saya.
Yang Penting saya akan terus keep in touch dengan bumi Tarbiyyah ini.
salam sayang buat cikgu2 yang banyak berjasa. dan terutamanya Ustaz Rahmat bin Jusoh, pengetua serta guru kelas tingkatan Lima Avicenna Cikgu Aishah...miss u All

Wednesday, January 27, 2010

Alhamdulillah

Kenapa? hari ini 27 January 2010, alhamdulillah..saya berjaya buat satu blog, dah lama sebenarnye, tapi belum sampai seru lah katakan.. yelah..saya teragak-agak jugak nak buka blog ni. kena fikir masak-masak dulu, lepastu istikharah dulu, memanglah kita pandang simple je mende ni, tapi bagi saya ini adalah satu medan perjuangan di mana saya akan rakamkan kehidupan bersama TUHAN saya di sini

Mengapa Aozora?apa makna nya. Aozora bermakna blue sky, ia dalam bahasa Jepun. kenapa Bluesky??kerana ia adalah ciptaan tuhan yang saya kagum, bukan hanya pandang langit, tapi cuba bayangkan ciptaan di sebaliknya. hurmm.... saya belum bersedia sebenarnya.. tapi sampai bila lagi harus tunggu. saya mahu cipta juga satu blog yang mampu membawa harakah.. yang juang tinggi, macam blog2 islamic yang lain. itulah harapannya. doakan saya berjaya. semoga Apa yang saya lakukan ini berada di bawah keredhaan Allah..Ameen
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3