Pages

.:My Dearest friends:.

Thursday, January 28, 2010

BUMI TARBIYYAH


SEKOLAH MENENGAH AGAMA KAMPUNG LAUT TERENGGANU.


Kalau di Kuala Lumpur ni, orang tanya saya,


"adik duduk mana??" saya jawap. "pahang" kemudian bila bertanyakan sekolah pula di terengganu. jadi saya asalnya dimana ya??


itulah kehidupan saya, suka berjauhan dan berpindah randah., kalau bahasa sejarah di kira nomad, kalau dalam islam pula di kira sebagai Musafir perjalanan. hihi..saya bermusafir dalam menuntut ilmu. sekarang ni saya di kuala Lumpur bermusafir untuk mencari pengalaman dan mendapat sedikit pendapat untuk persediaan ke university akan datang. InsyaAllah.


bercakap berkenaan dengan past. saya Mula bersekolah Di SMASKL ni, sejak tahun 2009, dan saat itu saya berumur 17, SPM. saya berkenalan dengan budak2 SPM SMASKL, dan kami di gelar sebagai "tHIRD GENERATION" kenapa??sebab kami pewaris yang ketiga sekolah ini.


Berkenalan dengan sahabat2 saya di sana, bukan mudah untuk di perkatakan hanya sebagai perkenalan. di sana saya timba pelbagai rencah kehidupan. bukan hanya akademik yang saya dapat, malah apa jua makanan rohani ada juga jasmani. satu-satunya sekolah yang perkenalkan kepada saya apa tu TARBIYYAH. maaf...bukan sekolah sebelum ini tidak ada TARBIYYAH, tapi sampai lah seru saya untuk menerima TarBIyyah disana.


sahabat saya tidak jemu memberi peringatan kepada saya (orang baru). memberikan sedikit sebanyak ilmu yang mereka ada sepanjang 5 tahun di SMASKL. rasa berada di Syurga. payah untuk terjemahkan, hanya mereka yang sediakan hati di sana akan tahu apa kelebihan SMASKL ini.


saya tidak sesekali menyesal kerana jejak disana. malah saya bersyukur sangat. sebab bukan semua orang di pilih masuk kesana. walaupun pada awalnya kehadiran saya tidak begitu di pelawa. tapi saya cuba pula masukkan diri saya dalam keadaan di sana, ternyata ia mampu merubah saya. ,...


sekarang ni, sahabat saya berada di KELANTAN,menghadiri Kursus Jati Diri selama dua bulan. Takdir Allah saya tidak bisa hadirkan dri dan bekerja di Kuala Lumpur. apa yang saya ingin katakan disini, tidak dapat menghadirkan diri kesana membuatkan saya tidak dapat menerima kenyataan itu. Abah menghalang saya dengan sebab "lama sangat ".
lama juga saya beruzlah dan cuba menerima kenyataan. sehingga mata ni bengkak dek menangis kerana tak dapat ikut serta disana. kerana di sana pasti banyak tarbiyyah jamaiyyah.Namun, lama2 akal waras mula berfungsi. dan memikirkan hikmah berlaku. huhu...entahla..tak pasti jelas lagi ke tak.
bagaimana pula dengan sekolah saya yang sebelum ni??tidak perlulah saya bercerita dalam sesi sekolah baru ni. mungkin akan datang. ada lagi sekolah yang perkenalkan saya kepada dunia remaja. itu pasti lah lagi bermakna buat saya.
Yang Penting saya akan terus keep in touch dengan bumi Tarbiyyah ini.
salam sayang buat cikgu2 yang banyak berjasa. dan terutamanya Ustaz Rahmat bin Jusoh, pengetua serta guru kelas tingkatan Lima Avicenna Cikgu Aishah...miss u All

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3