Sewaktu saya masih menuntut di alam persekolahan , saya di Tarbiyyah dan dalam masa yang sama saya juga belajar cara untuk mentarbiyyah, walaupun saya ni bukan lah baik macam malaikat or jahat macam iblis tuh. tapi apa yang saya sedar itu adalah tanggungjawap saya. dulu saya pernah bertanya kepada Ummi saya. Layak kah saya nak jadi da'ie. baikkah saya??jujurkah??muliakah akhlak saya??
"Ummi..kalau kawan orang ada masalah,...macam mana org nak buat??sedangkan orng sendiri tak baik...."huhu....serius benar ni. tahu tak apa Ummi saya cakap??
"kalau ada orng yang bermasalah datang berjumpa dengan kau..itu maknanya Allah amanahkan dia kepada Kau.. kau bertanggungjawap selesaikan masalahnya SEMAMPU MUNGKIN....jangan terus tolak. kerana hidup ini adalah untuk memberi sebanyaknya bukan menerima sebanyaknya....... " itu satu jawapan. Ummi saya memang pakar motivasi kepada masyarakat dan anak-anaknya. beliaulah sumber rujukan saya sekiranya saya punya masalah tersendiri dalam kehidupan. selebihnya saya rujuk kepada buku agama sekali gus berlandaskan Al-quran dan Sunnah....
Begitulah kisahnya. Ramai juga sahabat saya yang ada masalah datang berjumpa dengan saya. bukan kerana saya boleh menyelesaikan , tapi apa yang boleh saya simpulkan mereka lupa dengan ayat "dengan mengingati tuhan, hati akan menjadi tenang" mereka tidak percaya. Tapi hakikatnya saya ceritakan kepada mereka. saya ingat Ayat Allah. mengatakah bahawa manusia ni KHALIFATULLAH. amar ma'ruf nahi mungkar boleh dilakukan sesiapa pun. sama ada yang berdosa atau tidak berdosa. tapi hakikat nya tidak ada manusia yang tidak melakukan dosa .
"awak tahu kenapa Cinta awak di halang macam2 halangan...??" saya menyoal seorang sahabat yang dalam di lema cinta apabila hatinya resah kerana seorang gadis menolak cintanya.
dia menggeleng. kosong . tidak tahu...
"pada saya mungkin... tak di redhai dan di berkati...mungkinlah.... Allah suruh cari dengan jalan yang betul..." kata saya pula. Dia masih tidak mengerti mungkin dia belum biasa dengan ayat2 agama ini.
saya cuba terang lagi.
"saya rasa Allah tak suka cara awak bercinta kot.... tak perlu lah awk terkejar2 mencari cinta..sebab jodoh tu di tangan Allah.... kalau Allah tak izin..tak kan menjadi.... awk boleh guna cara yang halal,..seperti jumpa dengan mak ayah dia or something.." dia mengangguk lagi.
Saya bukanlah pandai sangat...cuma saya katakan apa yang saya rasa dan saya fikir selama ini. saya cuma bagi pandangan.
Dia perlukan lagi pengisian. lagi sedikit supaya dia jelas semuanya.
beberapa minit kemudian tiba2 dia luahkan kepada saya tentang gadis yang dia suka....macam2 dia ungkit kembali. Tentang dia belanja gadis tu...tntg dia mengikuti kehendak gadis itu. Wajahnya seakan marah apa bila mengungkit kembali. saya tidak tahu nak nasihat apa lagi kerana dia sedang marah. HAIRAN..marah dengan orang yang dia suka. saya diam dan hanya mengangguk saja. angguk dan dengar.//tunggu Ilham dari Allah untuk jawap pertanyaan. adakah saya akan bela gadis itu.
"awk benci org yang awak suka??ok sekarang awak dah tahu perangai dia macam mana...buat apa awk memberi kepada yang tak sudi??buat apa tlg mereka yang tak tahu budi??buang masa dan duit awk saja..." kata saya. cuba buang perasaan cinta dalam hatinya. Dia sebenarnya dalam dilema. Saya tertanya2 benarkah dia suka kan gadis itu. HAIRAN.
Beberapa minit kemudian, saya cuba bagi lagi sedikit pengisian. tapi dia tanya saya.
"macam mana saya nak lupakan dia??" saya senyum sendiri.
"apa kata awak baca buku ni??" kata saya sambil menyerahkan buku Hadis-Hadis Penenang Jiwa hasil karya Rashidy Jamil Ar Rashid. Bagus buku tu. Dia sangat teruja.
"buku ni sangat berguna...semua hadis yang di sampaikan semuanya terkena dengan keadaan hidup saya..sebab tu kalau ada sedikit kegusaran dalam hati saya akan belek buku ini .. ... .. ..memadangkan tiada mashaf disini saya guna buku ini saja. kalau tidak saya belek mashaf saja.....apa2 pun memang perkara yang REFER TO ALLAH akan buatkah hati saya rasa tenang. damai....
saya Masih ingat lagi. kata2 junior saya di SMASKL. Solehuddin Shaatibi. junior yang saya segani. huhu.
"kalau ana buat dosa. ana nasihat orang sebab dalam masa yang sama ana nasihat diri ana..."
katanya. lebih kurang begitu lah. saya terfikir. begitu dalam maknyanya sehingga sekarang ayat itu saya pegang. bukan mudah tapi kena percaya. ada banyak lagi kata2nya. saya ada simpan.
Itulah kisahnya, saya bukan siapa pun .kadang2 manusia tak pandang pun . sebab saya tiada apa keistimewaan yang mampu membantu manusia. biasa,. lemah. tak berdaya. c uma yang saya mohon pandangan Allah pada saya. Terimakah??sudi kah Allah memandang saya??itu yang patut saya bimbangkan..
semoga Allah izinkan saya menjadi seorang Da'ie yg berakhlak mulia.InsyaAllah. Ameen
No comments:
Post a Comment