Pages

.:My Dearest friends:.

Thursday, September 23, 2010

cerpen: Lakaran Hati-part 3

huhu...
masih lagi dalam mood exam
tp nak buat cane
tyme exam ni la datang nye idea yg dari mana dtg
geram betul...

anyway...syukran buat siapa yg follow up my blog
setinggi2 penghormatan  buat insan yg suka menambahkan ilmu
dan tidak kikir dalam mencari ilmu...
hhe
ape2 punnn

sambung-------->

Lama Raihan memandangnya.

“jangan salah faham pula Islah..yelah-yelah..aku kirim salamm..insyaAllah..”kata Raihan akhirnya. Islah senyum.

“macam tu dong kawan ku…hehe..cayang kau…”

Raihan keluar dari bilik dan mengambil wudhu’ untuk solat zohor.

“ya Allah…bersihkan hatiku dari dosa-dosa…” doa dalam hatinya. Aminn…

…..
Meeting malam itu selesai pada jam 12.30 malam,. Satu lagi kerjanya bertambah,kali ini bukan sebagai setiasausaha tetapi sebagai  head committee untuk jamuan hari raya mahallah khadijah akan datang.

  Sebenarnya tarikh yang di mahukan adalah pada selepas buka cuti raya nanti, tapi bertangguh bukan caranya. 

Raihan terus siapkan poster dan banner yang akan di siapkan.
Oleh kerana dia agak pakar dalam menggunakan photoshop, jadi  kerjanya semakin mudah. Tapi.. dia jarang berpuas hati dengan hasil kerjanya sendiri.

Fateh_yemen : Assalamualaikum …
Belum tidur, jam di Malaysia sudah hampir 3 pagi..

 Kali ini dia datang lagi. Sekali lagi bibir nya tersenyum. Segera dia beristighfar dan memadam box yahoo messenger yang keluar itu. 

kadang-kadang penyakit hati itu datang dari sumber yang tidak kita sadar..antaranya berhubungan dengan ikhwah dan akhawat…memang biasa-biasa saja..tapi..dalam hati ..senyum..ketawa bahagia..kenapa?kerana nafsu kita seronok..maka  tambahlah satu anugerah titik hitam di hati kalian..ini perkara kecil..namun impaknya besar..tidak kita sangkaa…” kata-kata Ustazah Lisa terngian-ngian di telinga Raihan dia ingat kata2 mas’ulahnya itu.

“Ya Allah..jauhkan aku dari fitnah hati ini..sesungguhnya hatiku ini adalah tempat yg engkau pandang..ampun lah ya Allah..ampun la..” doa hatinya.

Tangannya terus laju meneruskan kerja nya.

Tiba-tiba  hatinya tersentak apabila sebuah lagu terjerit dari handphone roomatenya Syika. Biarlah…

Tapi setelah di biar ia berbunyi lagi. Alarm ke?buat apa? Syika bukan bangun awal2 macam ni. Soalnya. Dia menuju ke meja Syika.

UIA Hakim
Calling……….

HAKIM? Siapa?

“Assalamualaikum…?” soalnya di hujung talian.

“……………..” diam saja. Terus Raihan matikan talian.

“main-main….”

Sekali lagi handphone sony erricson itu berbunyi.

UIA HAKIM
Calling……..

 Kali ini, Raihan hanya pandang. Tidak mahu dia angkat lagi. Akhirnya dia OFF handphone Syika.

……………

“pagi……..” sapa satu suara sebaik saja Raihan melabuhkan punggung di kelasnya. Tersentak dia,

“erk..Aiman….pagi…assalamualaikum..” ujarnya sedikit hairan. Dari mana datang budak nie..aduyai…

“sihat…?” soal Aiman sambil mengambil tempat tidak jauh dari Raihan. Dia tahu Raihan tidak suka mana2 lelaki duduk di sisinya.

“tak Nampak ke..?” soal Raihan. Aiman sengih.  Kenapa agaknya si Aiman  nie…sakit ke??

“owh..hehe….”

“eh..roomate aku sampaikan salam…..” kata Raihan. Wajah Aiman serta merta berubah, dari sengih selebar2 nya, kepada mencebik.

“jawap la..” ujar Raihan.

“ni mesti budak Islah tak sedar diri kan…rimas aku…” ujar Aiman tidak puas hati.  Raihan tunduk malu. 
Aiman perasan.

“eh..jgn salah faham…”

“tak2…it’s ok Aiman…I understand..” Ujar Raihan sambil senyum hambar.

“I’m sorry on behalf her if she quite annoying…….” Ujarnya ikhlas.

“wait…its not your fault la..aduyai….susah2..”

Perbualan mati di situ sahaja. Raihan malu, bila roomatenya sendiri yang tergila-gila kan lelaki. Itu tanda jatuhnya maruah seorang wanita. Apalagi maruah seorang Muslimah. Malu dengan Aiman…dan paling penting dia malu dengan Allah…..

Malam itu, Raihan siapkan projeknya, graphic communication. Yang mana tugasnya kali ini menggunakan water colour, agak complicated, tapi Raihan amat menggemarinya.  Tiada subjek yang dia tidak suka. 

Semuanya kena dengan jiwanya. insyaAllah kalau di izinkan di main campus nanti dia mahu memilih bahagian architecture.

“Assalamualaikum…” sapa satu suara. Dari luar. Masing-masing memandang Raihan. Menyuruh Raihan membuka pintu.

“Waalaikumussalam…” jawapnya sambil membuka pintu. Terserlah wajah putih berseri  Mariah Qibtiyah. Dia tersenyum maka, terserlahlah lesung pipitnya yang di gilai ramai rakan sekelasnya. 

“Akak….eh..masuk lah…” ujar Raihan. Sungguh teruja sekali Naqibah Usrahnya datang melawatnya.

“eh..tak menganggu kamu semua ke?” soal Mariah Qibtiyah. Islah, Syika dan Aisyah, masing-masing senyum, mereka juga senang dengan kehadiran senior nya dalam satu bidang yg sama,. AED.

“masuklah kak Mar…..kitorang tengah buat projek nie….jom lah..beri kami tunjuk ajar….” Ujar Syika. Mariah Qibtiyah melangkah dengan senang hati.

“bagusnya kamu semua ini….cantik-cantik semuanya…..tak apa teruskan kerja..akak ada perkara sikit nak cakap dengan Raihan….” Ujarnya.

“Raihan sihat…?” soal Mariah Qibtiyah.

“sihat..akak…”

“alhamdulillahh…”

“apa  khabar iman….?” Soal nya lagi. Memang wajib sebagai seorang kakak naqibah, dia mengikuti perkembangan anak-anak buahnya. Lagi-lagi anak usrah yang rapat dengannya.

Lama Raihan memandang Mariah Qibtiyah.

“Alhamdulillah kak..masih ada lagi….iman…yg tersimpan..”

“Alhamdulillah….moga sentiasa di pertingkatkan…iman manusia memang akan turun dan naik..tapi yang paling penting,,saat ia turun..kita mesti mengarahnya supaya tidak jauh dari tersasar dengan Allah…bila rasa iman lemah dan jatuh segeralah kembali kepada pencipta kita…” ujarnya. Raihan senyum dan mengangguk.

“Raihan ada apa-apa masalah?” soal Mariah Qibtiyyah. Mariah Qibtiyah, seorang yang bersifat keibuan, semua anak buahnya rela berkongsi apa saja dengannya.

“erm..sejak kebelakangan ini saya busy sikit la kak…jadi..saya rasa..masa saya dengan Allah sangat kurang,,,,” ujar Raihan. Mariah tersenyum.

“Raihan…makin banyak masa yang kamu luang untuk Allah..makin Allah akan lapangkan masamu..jadi tiada alasan untuk kita mengambil masa Allah…beri tahu akak..apa yang kurang…?” soalnya.

“dulu..saya slalu mengaji satu maqra’ sehari..sekarang, nak habiskan satu muka surat pun susah….tambahan pula, saya punya taklifat hari-harian makin berkurang, lagi-lagi zikir Fatimah sebanyak 50 kali itu.langsung tidak berkesampaian..” katanya dalam keadaan kecewa. Mariah mengusap belakang Raihan.

“cuba tengok balik..apa yng sudah kita tinggalkan..kenapa jadi begini?” soalnya. Raihan binggung. Dia sendiri tidak tahu apa yang menyebabkan ia jadi begitu.

“kerana iman kamu dalam keadaan lalai…..kembali lah kepada dulu..siapkan semua yng tertangguh…lagi-lagi..bulan ramadhan ini…insyaAllah…Allah akan gandakan walaupun sedikit yang kamu lakukan,….bersabar ya Raihan..teguhkan iman dan aqidah mu…” ujar Mariah Qibtiyah.

“insyaAllah kak..terima kasih…..” ujarnya sebak, sambil mendakap erat tubuh Naqibahnya.

“nah…” Mariah serahkan sebuah kotak kecil,  Raihan Hairan.

“apa ni kak?” soalnya.

“esokkan hari ulangtahun kelahiran kamu…akak takut tak sempat bg esok..jadi…akak bagi hari ini ye…” ujar Mariah Qibtiyyah. Raihan sebak. Ya Allah..ada lagi kah.insan yang sangat menghargaiku seperti ini? 

Terima kasih ya Allah..

“Jazakillahh kakk………” kali ini air matanya merembes keluar.

“kamu..ibarat nyawa akak dalam perjuangan..kamu sangat penting Raihan..sangat penting….akak sangat sayang kamu..dan anak-anak usrah kita yang lain…” kata-kata itu lagi membuat  Raihan berasa sangat sayu dan hiba,

“terima kasih kak…tanpa akak..tak mungkin saya dalam keadaan macam nie…”

“jangan cakap macam tu…semuanya sudah di susun oleh Allah…..kitalah penggeraknya….”
………….

“Happy birthdaaaayy….Raihann…” itulah ucapan yang sering di dengar bila masuk studio tadi, kelas English dan kelas math pun sama.  Masing-masing sibuk nak ucapkan. Tapi yang hairannya dari mana mereka tahu 
birthday nya? Hairan-hairan manusia di UIA ni.

Tapi, ada sesuatu yang pelik,. Aiman tak pulak ucap padanya. Malah Aiman tak datang kelas sepanjang hari ni..dia kemana sebenarnya? Takkan lah ponteng, setahunya Aiman bukan jenis yang ponteng kelas. 

Hurm..biarlah..bukan urusannya.

 Setelah jam 12.30 tengahari masa untuk balik dan menunaikan solat fardhu zohor.  Alangkah terkejutnya Raihan apabila melihat penuh hadiah di atas mejanya.

“ehh…semua ni siapa punya?” soal Raihan kepada Syika yang sedang baring di atas katilnya.

“kau punya laa….kan hari ni birthday kau….”

“erkk..siapa yang bagi…?” soal nya lagi. Makin hairan.

“entah..ramai tadi yg datang..lepas tu aku suruh letak hadiah atas meja je…..kebetulan meja kau tepi pintu 
je….=)” ujar Syika. Raihan dengan perasaan aneh duduk di mejanya.

Sannah helwah….bittaufiqwannajah….semoga usia mu ini di sinari perjuangan kerana Allah…moga Allah meredhai dan merestui perjuangan mu wahai sahabatku……..Aminah.”

“heppy birthday…..weh..sory bagi lambat hadiah..hari ni tak sempat nak jumpe kau..aku ada meeting..hehe……dah tua kau kan……apa2 pun..moga Allah memberkati hidup mu…..Lisa”

“dalam perjalanan seorang mujahadah, tiada erti kata putus asa, tiada erti futur dan tiada erti lelah dan lemah. Kerana setiap perjuangan yang di iringi dengan mujahadah dan istiqamah akan mendapat balasan dan pertolongan dari Allah…Sannah helwah ya jamilah….moga hidupmu di payungi oleh rahmatNya…..salam sayang sahabatmu…Khairunnisa’…….”

“slamat ulang tahun sayangku…..amacam….sronok tak dapat hadiah..mahal tau..special for you….Lin…”

“just 4 u my dear…secret admire…”

Kata2 itu terus mematikan pandangan Raihan. Secret admire? Siapa nie. Dia segera membuka kotak kecil yang berwarna biru muda itu, dan di ikat dengan reben yang comel berwarna biru gelap.  Kotak itu lebih kurang bersaiz kotak music.

Raihan terlopong.


to be continuee~~~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3