Assalamualaikum...
pembaca yang budiman..
insyaAllah
kali ni saya sambung lagi cerita lakaran hati,
nampaknya setiap episod semakin panas eaaa..ngee~~
ape2 pun tulun la jangan la kedekut sangat
untUk tinggalkan komen2 anda tu yerk...
pLease..sbg seorang penulih neh..
tak moh la asyik syok sendiri jeee..
best ke..xbest ke..bgtau jerk..asalkan ade feedback..
huhu
atleast
bagi "ok" pUn da cukup jadi la bhaa..huhu~~
okeh...apa2 pun..
Enjoy--------->
……………………….
Raihan_intifadha : sampainya hati tak bgtahu ana
Teguran itu mengejutkan Fateh dari sedang menyiapkan thesisnya.
“apa yang tak sampai hati?” soalnya sendiri. Bgtahu apakah ? huhu~~
Tangannya sedia untuk membalas YM tersebut, tapi keras, dia tidak tahu apa yang berlaku.
Fateh_yemen : maksud enti?
Giliran Raihan pula terkejut.
“isy,,,ustaz ni..takkan tak faham-faham pulak..aduyai….”
Raihan_intifadha : ana rasa enta lebih faham =)
Fateh makin hairan.
Fateh_yemen : maksudnya apa? Sejujurnya ana benar-benar tidak faham apa yang ana tak beritahu
enti..serasa ana. Tiada apa-apa…
Raihan_intifadha : macam mana boleh jadi macam nie?tak apa..insyaAllah jumpa ahad ini..
Fateh_yemen : ahad ini?ada program apa? Kenapa ana tak tahu?
“eh..Fateh ni tak tahu ke buat-buat tak tahu..hisyy..susah makin di layan nie….xpe2 “
Raihan_intifadha : tak apalah ustaz..ana minta diri dulu ..assalamualaikum…
Fateh hairan. Apa nie.
Tit…tit…
1 message
Receive
“anakku Fateh..ada berita baik..umi dah lamarkan Jehan Nur Kasih untuk kamu..ahad ini bertunang insyaAllah..umi dan abah,hanya jalankan apa yang kamu minta, kamu minta lamarkan anak ustaz Shaari bin Jusoh kan? Jehan Nur kasih sudah pun setuju. Maaf kerana lambat sampai kan berita ini buat kamu…harap kamu dapat balik untuk berbincang-umi & abah..”
Mesej itu benar-benar membuatkan dia ingin pitam.
masyaAllah..ummi..terlalu awal untukku..abah….ya Allahhhhhh……..!
“Subhanaallah..patutlah tadi ustazah Raihan cakap begitu dengan ku…ya Allah..aku sendiri lambat ketahuan ni..ya Allah..bagaimana boleh jadi macam ni?” soalnya sendiri, dia masih lagi dalam keadaan bingung.
Lantas dia melangkah laju menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu’. Dia mesti tenangkan jiwanya sendiri.
………….
Malam itu Raihan hanya baring sahaja, sambil tangannya memutar-mutar butiran tasbih, mengambil masa untuk mengingati Allah.
Syika yang katil di hadapannya hanya memandang.
“erm…Raihan…..”
“em…” hanya mata sahaja mengadapnya. Member padangan bermaksud ‘apa’
“kau…tak ada meeting malam nie?” soal nya. Raihan hanya menggeleng lemah.
“erm..usrah…?” dia menggeleng lagi.
“erk..training taekwondo?” Raihan menggeleng lagi.
“erm…debat??” soal Syika lagi. Hairan dengan Raihan. Jam baru pukul 9 malam. Selalunya Raihan tidak akan pernah ada di bilik jam-jam seawall begini. Kalau dia buat projek pun, bermula jam 11 malam,. Dan tidak tidur malam itu menjadi kebiasaan bagi Raihan. Ini, sudah terbaring jam Sembilan.
“kau demam ke?” soal Syika. Tiba-tiba Raihan bangun dan duduk bersila di atas katilnya.
“kenapa?pelik aku ada kat bilik waktu macam nie? Malam ni aku tak ada apa-apa…training taekwondo di batalkan..sebab hari nie sir ada hal…” ujarnya, sambil mengurut lehernya. Agak tidak selesa baring sambil
memandang Syika.
“sejak kebelakangan ni..kau macam pelik sikit….kadang-kadang menangis seorang-seorang….lepas tu senyum sorang-sorang…..takut aku..kau ok ke?” soal Syika hairan. Raihan terlopong.
“ehh..betul kah?”
“iye..jujur la nie…”
“erm…”
“kau ada masalah ke?kau tahu tak…mengikut pengalaman aku la..kau ni putus CINTA….tapi mustahil la pulak orang macam kau ni terlibat dengan cinta2 murah nie….” Ujar Syika. Raihan tersentak. Macam mana
Syika ni boleh fikir sampai macam tuh.
“eh…apa kau merepek nie..dah2 aku nak mengaji……” ujarnya lalu mengambil quran di sisi mejanya.
Syika hairan. Sejak lama dia duduk dengan Raihan. Tidak pernah dia buat perangai aneh sebegitu.
…………..
Majlis pertunangan hari itu berlangsung dengan sederhana. Hanya rakan-rakan terdekat di jemput lagi-lagi2 dengan sambutan hari raya pastilah ramai yang datang, antaranya termasuklah Syikah, Aisyah dan Islah,
Saat itu, Raihan hanya duduk di dapur sahaja. Dia sengaja menyibukkan diri dengan kerja-kerja di dapur.
“Baik betul budak Fateh tu..sejuk je tengok dia. Sopan santun, lemah lembut… memang baiklah orangnya…” ujar Mak ngah. Di depan Raihan, Raihan sedang memotong timun untuk di buat ulam-ulaman. Hatinya kuat beristighfar.
“haa…eh..budak Fateh tu blajar di mana ye Raihan?” soal Mak ngah,. Raihan tersentak.
“erk…USIM mak ngah…”
“A’ah..budak tu buat master tak silap…memang bijak pun bijak..haiii…bertuah badan dapat dia..” ujar Mak ngah lagi.
“kak cik…o kakcik…..” panggil Jehan tiba-tiba di dapur.
“eh..kak Jehan..kenapa kak??”
“ha…situ pun kamu….mai sini…..ada keje sket…” kata Jehan.
“kamu pergi layan mak cik Sarah sana….akak segan la…” ujar Jehan. Raihan tunduk dan mengangguk.
“aii…tadi baru sarung cincin pun nak segan…..?”
Raihan menuju ke arah Mak Cik Sarah.
“eh..kamu ni adik Jehan yea? Nama apa?” soal mak cik Sarah
“erk..saya..Raihan…Raihan Nur Kasih…”
“owh….abang ni adik nya Jehan…Raihan..skrang blajar dimana,?”
“uia..petaling jaya..”
“owh..baru masuk blajar lah ni yea…?hurm….kamu ni tak ubah macam kakak kamu, rupa pun sama,…baik pun sama…” ujar nya lagi.
“takde lah…erm..mak cik nak makan apa ye? Ada mcam-macam lauk nie…boleh lah saya ambilkan….”
Kata Raihan sambil senyum manis.
Beberapa minit kemudian, Raihan keluar untuk mengambil pinggan mangkuk yang kotor, tiba-tiba matanya terpaku pada satu kelibat,mata bertaut mata.
Raihan hanya senyum kelat, begitu juga dengan Fateh, kemudian masing-masing tunduk.
Ya Allah…tabahkan lah hatiku ….ya Allah kuatkan hatiku….dia kini milik kakak ku..bukan milikku lagi…ya Allah ubati hatiku….ya Allah…ubati hatiku…berikanlah aku khabar gembira..
“Assalamualaikum…” sapa satu suara. Raihan tersentak.
“waa….aa..” terlopong dia.
insyaAllah akan bersambung-----------> =)
sebarang komen yg di tinggalkan amat di hargai...
Salam cerpen.. Menarik.
ReplyDelete^__^ alhamdulillah..trima kasih
ReplyDeletemne smbungnnyer??
ReplyDeleteda wat blom pizah~~~??
ni macam cerita diri kamu sendiri je? nice one! ;-)
ReplyDeletefamouslastword
ReplyDeleteade la sambungannyer....tunggu je la next episode...sabaw la cket...
edayat88
bukan....cuma amik background bdak KAED je...