Pages

.:My Dearest friends:.

Tuesday, September 28, 2010

cerpen: Lakaran Hati-part 6




Assalamualaikum...
maaf deh kalao perjalanan cerita ni 
lambat ke..ape ke...

mintak maaf la banyak...

insyaAllah  ade brapE EpisOde lagi
harap bleh follow dengan kesabaran..

komen2..k....

buat la mcm kOrng ni pandai giler wat cerpen or crita2 nie
xkisah bek ke buruk...=)
asal ade komen.huhu
sian giler kan....xpe la..

ape2 pun...njoyyy~~~~

“isy,,..habiskan dulu  jawap salam tuh…” ujar Aiman.  Macam mana Aiman boleh ada di sini? Lagi satu..sudah lama dia tidak lihat Aiman, jarang sekali rasanya,

Atau sejak kebelakangan ini memang dia tidak ada mood mahu mengambil tahu hal siapa-siapa..

“Aiman…apa kau buat kat sini?” soalnya.

“datang nak makan laahh…ape lah kau nie…” ujar Aiman . Raihan tergelak besar.

“okeh2…jom makan…”

“eh nanti dulu…erm…slamat hari raya….maaf zahir batin…..” ujar Aiman. Wajahnya kelat. Raihan senyum.

“Alrite Aiman….slamat hari raya juga maaf zahir batin…jom makan..sian kau..mesti lapar..”

“mestilah…”

………..

“kenapa diam je nie? Tak sronok?” soal  Encik Hussein. Fateh kaget, lalu tersenyum.

“masyaAllah abah….mana tak sronok..orang terima pinangan….” Encik Hussein mengangguk.

“ingat abah tak kenal kamu ke? Dari kecik abah kenal kamu…muka muram macam ni mesti ada masalah….” 
Ujar Encik Hussein sambil menggosok belakang Fateh.  Anak lelakinya yang ketiga,

“abah…boleh Fateh baring atas riba abah?” soalnya. Encik Hussein mengangguk. Fateh perlahan meletakkan kepalanya di atas ribaan Encik Hussein.

“abah…doakan Fateh…”

“iye…mak ayah mana yang tak nak doakan anaknya Fateh……ayuh…ceritakan masalah kepada 
abah….”Fateh masih diam, matanya di pejam,. Tidakkk..dia tak mahu ceritakan, biarkan perasaannya seperti itu sahajaaaa…

Abah,,seandainya abah tahu apa yang tersimpan di hati Fateh, pasti abah akan menangis, tapi biarkan  Fateh 
pendamkan sendiri dulu. Biarlah ini rahsia antara Fateh dengan Allah saja.

Encik Hussein mengusap ubun-ubun Fateh sehingga anak terunanya itu lelap di pangkuannya.
Mak cik Sarah masuk ke bilik Fateh.

“dah tidur dah bang?” soalnya berbisik. Encik Hussein mengangguk.

“kasihan dia bang..penat sangat tuh…tapi…nak tergelak juga…dari kecik sampai besar asyik nak baring kat 
riba orang je…macam mana nak kahwin la budak nie…” ujarnya lagi,. Encik Hussein tersengih.

“biarlah…satu-satunya anak teruna yang kita ada…,.”

“sarah harap…Jehan, adalah orang yang tepat…”

“insyaAllah Sarah..abang pun doakan”

………..

3 tahun berlalu……

“Astghfirullahh,,..kak Jehan mandul?ya Allah..benarkah?” soal  Raihan di hujung talian.

“betul ke ni umi?” soalnya sekali lagi.

“kenapa kak cik tak tahu pun….” Soalnya sebak. Masing-masing roomatenya juga terkejut. Mandul ?

Ya Allah kasihannya kak Jehan.

Ya Allah..apa nak jadi,…Allah dah aturkan semuanya cantik, insyaAllah, detiknya, waktunya dan tempatnya 
semua nya sudah di aturkan di luh mahfuznya.

Selepas talian di matikan, Raihan terus meluru mengambil wudhu’ t, air matanya tidak henti mengalir sehingga 
dia solat sunat hajat dan solat sunat taubat.

Kemudian  dia mengaji pula,

Dan kemudian berzikir dengan tasbihnya,

Perbuatannya hanya di perhatikan satu persatu oleh roomatenya.

ya Allah..apa lagi kau uji dengan keluarga kak Jehan ya Allah..tabahkan lah hati Abang Fateh sekali 
ya Allah..moga mereka redha dengan ketentuan-Mu”....

………..
Raihan..tunang  awak call…” ujar housemate Raihan apabila telefon bimbit Raihan menjerit minta di angkat.

“masyaAllah..apalagi yang dia mahu nie?”

“entah la… jawap je lah…”

“Assalamualaikum…..” suara berbunyi di corong telefon.

“waalaikumussalam…” acuh tak acuh dia jawap,. Bukan apa, masalahnya hari ini sahaja, sudah 4 kali Aiman callnya semata-mata mahu berbincang tentang hantaran.

“tadi saya dah pergi kedai Che Ah. Dia cakap beres nye nak tempah baju kat situ pun. Ok kan? Nanti awak  pergilah dengan umi..cari warna yang awak nak…boleh, nanti saya beritahu ummi…..” ujarnya semangat 
sekali. 

“iye..” jawapnya sepatah.

“ok…assalamualaikum…” kata Aiman pula. Talian di matikan.

“isy..tak habis-habis nak call..macam la orang tak tahu…dah beritahu 10 kali dah..ni nak cakap lagi ke/.?” 
Bebel Raihan sendirian.

Kamariah tersengih.

“dia dah tak sabar tuh..giliran korang kan 4 minggu lagi…mau tak gelabah dia..” ujarnya.Raihan memegang 
dahinya

“buat biasa-biasa sudah lah…”

……………….

Petang itu Raihan mengambil kesempatan untuk singgah di rumah Fateh dan  Jehan di Cheras. Kebetulan baru tahu berita tentang kak Jehan mandul, dan tidak boleh melahirkan zuriat.

Dari jauh dia melihat  Fateh sedang menyiram pokok bunga, dari dulu kini dan selamanya, dadanya berombak bila melihat kelibat tersebut.

“Assalamualaikum..abg Fateh…” ujarnya mesra, sudah biasa sejak jadi adik iparnya.

“waalaikumussalam Raihan..datang dengan siapa?”

“seorang je…erm..kak Jehan ada…”

“ada …tengah masak kat dapur …”

“ok….Raihan masuk dulu…..”
 Dia melangkah ke dapur, dari jauh dia lihat Jehan sedang mengacau sesuatu di atas dapur.

“Assalamualaikum…akak…”

Jehan berpaling, matanya bengkak,  wajahnya sembap dan cekung. Dia senyum, masih mesra macam dulu.
Sebak Raihan melihat kakaknya begitu.

“hurmmm..harumnya..akak masak apa?” soal Raihan menghidupkan suasana.

“tak ada apa pun… sambal udang kegemaran abang Fateh kamu tuh….kenapa datang tak bgtahu nie?” soal nya sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan adiknya.

Tiba2 Raihan memeluk nya, lama, tangisan Raihan lebat. Hatinya sangat hiba. Tabahnya kakak ku ya Allah.

“isy….hanguskan sambal akak…” dakapan terus terurai, Jehan mengesat air matanya.

“erm…lunch la kat sini Raihan…” tiba-tiba Fateh muncul, Raihan hanya mengangguk.

“memang pun..siapa tak terliur masakan kak jehan…..” pujinya.



Memandang wajah  abang  Iparnya teringat pula saat mereka baru bertemu. Bagaimana pertemuan mereka agak tidak di sangka-sangka sekali. 

3 comments:

  1. says ; hUa..sedeh la pLak part nie...aduyaii

    ReplyDelete
  2. macam x puas hati plak kat part ni..kenapa marah tunang? x baik la kamu ni..huhu

    ReplyDelete
  3. says ; haha....biarlah..xbermakna tunang, kiter bleh buat sesuki hati kan??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3