salam mahabbah sahabatku..
hari-hari yang mendatang, makin mendatangkan
kesedihan
perkara yang kita tidak inginkan, kadang-kadang akann berlaku
kerana Allah tahu,
hambaNya mampu untuk menjalani stiap ujian ini
hanya orang yang beriman di uji Allah
maka. kita layak di uji...
ini episod terakhir, trima kasih yang menyokong
tanpa anda
tak siap la cerpen pendek yg tak seberapa ni..
apa2 pun...
huhu~~
sorry to keep you waiting...
ENjOY------>>
Tiba-tiba telefon bimbit milik Raihan menjerit meminta di angkat,
Abang Fateh
Calling……
Hatinya berdebar, tiba-tiba je. Pastinya kalau ada yang sangat penting baru dia telefon.
“Assalamualaikum…”
“waalaikumussalam….Raihan, cepat siap, abang Fateh ambil kamu……akak kamu masuk hospital….”
Didalam perjalanan.
“akak sakit apa abang Fateh??” soal Raihan cemas, wajah Fateh , tenang, namun ada riak-riak cemas, dan bimbang.
“doctor cakap, dia menghidapi kanser Rahim….doalah banyak-banyak Jehan..”
Raihan tersentak, dia meraup wajahnya.
“Innalillah wa inna ilaihi rojiun….Allahakhbar…..bila lagi dia ada penyakit nie?” soalnya . matanya berkaca.
‘ya Allah….kakak ku……..’
“insyaAllah dia tak apa-apa, tapi..sebenarnya, sudah dua bulan yang lalu dia mengidap ni, tapi dia tak beritahu abang, malah di rahsiakan dan tak mahu buat rawatan..”
“ya Allah..kenapa kak.. akak ada masalah lain ke/?”
“entahla….dia tak ada pulak beritahu abg Fateh…”
“Ummmii…..” teriak Raihan, mendakap ibunya sebaik sahaja sampai di hospital.
“kakak kamu…tenat……..” ujar umminya, ada sisa tangisan.
“ya Allah….mari kita berdoa kepada Allah Umi…” mereka mengangguk.
Setelah beberapa minit, doctor keluar.
“erm…minta ahli keluarga terdekat..tiga orang je?” soal Doktor, mereka tersentak .
“abah, ummi dan Abg Fateh masuk dulu….. biar Raihan di sini…”
Sayu melihat, keadaan Jehan. Penuh wayar melekat di tubuhnya, sunyi dan sepi, hanya terdengar bunyi mesin-mesin sahaja.
‘ya Allah..sembuhkan lah isteriku ini ya Allah..berikanlah kekuatan padanya….’ Bisik hati Fateh berdoa. Tiada lagi senyuman dari bibir isterinya, tiada lagi panggilan ‘abang’ yang dulunya mesra sebagai seorang isteri yang solehah, tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang meyakitkan, malah. Jehan selalu membantunya dalam apa pun perjuangannya. Tidak pernah kasar terhadapnya. Jehan, isteri yang benar-benar solehah.
Tiba-tiba matanya terbuka, kecil saja, kuyu, tangannya bergerak, mulutnya ingin berbicara disebalik tiub pernafasan itu. Fateh membuka tiub tersebut selepas dapat permintaan dari doctor.
“Abbang..maafkan Jehan…kalau selama ini Jehan tak jadi isteri yang solehah untuk abang…Jehan ingin, menjadi bidadari Syurga, yang melayani abang dan membuatkan bidadari dan penghuni lain cemburu terhadap kita….” Ujar Jehan sebak. Air matanya mengalir di sebalik mata yang sembap itu.
Fateh hanya tunduk, matanya berkaca, perasaan seolah-olah isterinya akan pergi jauh
Kemudian dia memandang di sebelah kirinya pula. ..
“Ummmi…Abahh… maafkan Jehan ya..selama ummi dan abah jg Jehan,,.andai Jehan terkasar bahasa,,atau buat Ummi dan abah terasa..Ampunkan Jehan ya….” Ujar Jehan tersekat-sekat. Mungkin sakit yang teramat sangat.
“sayang….kamu akan sembuh, tabahkan hati mu wahai Isteriku…” bisik Fateh sebak, tapi cuba di tahan air mata yang ingin sahaja mengalir.
“Abang…boleh Jehan buat satu permintaan?” soalnya. Fateh mengangguk.
“selepas Jehan pergi…..abangg…erkkk….” kesakitan melandanya. Dia mengenggam kuat tangan Fateh, menahan sakit.
“jangan banyak bergerak. ..sayang…” ujar Fateh, hatinya cemas.
“Abang…..selepas Jehann pergii…abang…nikahi….erk..Raihann…..” kata Jehan, kata-katanya benar-benar membuatkan Fateh , ibu dan Abah tersentak.
“sayang…jom..ikut abang berselawat……Allahumma..sholli…wassallim a’alla…”
“Abang….tolong…please….ini permintaan saya yg terakhir, hanya Kak cik yang sesuai jadi pengganti Jehan…..ummi …abah…ini permintaan Jehan yg terakhir……paa…panggilkan kak cik ummi…….” Ujar Jehan, dadanya berombak, menahan kesakitan. Wajahnya pucat lesi.
“sayang…ikut abang,…..” kemudian Jehan mengikutnya berselawat, dan bersyahadah, kemudian berzikir, lagi.
Hati Jehan tenang sekali, dapat berdamping dengan suami tercinta.
Raihan melangkah masuk.
“kakak….” Tangis Raihan, sambil mendakap Jehan, Jehan menahan sakit.
“kak cikk…kakak mintak maaf..andai selama ini….kakak tak jadi kakak kak cik yg baik…..maafkan kakak ye..” ujar Jehan.
“taakk..kakak….kakak tak pernah buat salahh..” rintihnya.
“kak cik…kakak ada satu permintaan …” ujarnya. Tiba-tiba Fateh mencelah.
“ sayang…..jangan banyak bergerakk..” Fateh mencelah.
“abang..izinkan Jehan sampaikan,…” dalam kesakitan, Jehan bertegas mahu menyampaikan hasratnya
“kak…apa yg akak nk sampaikan..” soal Raihan sambil menyeka air matanya.
“selepas kakak pergi..mengadap illahi, selepas kakak bertemu kembali dengan robbi…bersetujulah..untuk bernikah dengan abang Fateh kamu…..”
Raihan tersentak, pantas dia memandang Fateh di hadapannya. Fateh tertunduk..
“kakak…jangan cakap yang bukan-bukan…” Jehan mengenggam tangan Raiha. kuat
“kak cik….kakakk…kakak….erk..” belum habis dia berkata-kata.
“Jehan….ashadu an lailahailallah…wa’wasyhadu anna muhammadarrasulullah….” Tangan Jehan masih lagi kuat mengenggam tangan Raihan dan Fateh.
………………………………..
Lama Jehan memandang buku usrah suaminya. Perlahan dia capai, menyelak helai demi helaian meniti setiap butiran tulisan suaminya, tiba-tiba matanya tertumpu pada satu ukiran.
Ada love kecil dan dalam nya ada tulisan. Jehan tidak mampu melihatnya, kerana ianya terlalu kecil, terlalu kecil dek mata kasar , sukar untuk melihatnya. Jehan memegang perutnya, kerana terasa sakit yang teramat sangat.
Wajahnya pucat lesi,
Di sebelahnya pula tertulis,
“kecil dan daLam,,.tp masih ada…” Jehan hairan, apa yang ada. Di lihat tarikh tersebut.
“tarikh ni…sebulan sebelum kami bernikah….” Ujar Jehan. Hurm..apa agaknya cuba di sampaikan. Akhirnya dia berusaha juga meniti tulisan yang ada di dalam lurve yang kecil tu.
“R.A.i.H.a.N” hatinya ibarat di ketuk sekuat-kuatnya.
Apa selama ini suaminya ada perasaan pada adiknya sebelum mereka bernikah lagi?kenapa Fateh tidak bernikah dengan adiknya sahaja??? Sedangkan dia tidak pernah kisah pada itu. Kini, dia tidak tahan lagi, Jehan rebah di sisi katilnya, hidungnya banyak berdarah, terasa sakit yang amat sangat di kepala dan di bahagian perutnya.
“Astaghfirullah..Jehan…” Fateh terus mengejarkannya ke hospital, beberapa minit kemudian, dia contact dengan semua ahli keluarganya.
…………………………………………
“Asrar…kan ummi dah cakap jangan usik ummi punya pelann… kenapa degil sangat??” marah Raihan, kepada Khazinatul Asrar, anak dia yang sulung,
Gadis kecik comel berumur 4 itu hanya muncung.
“Ummi yang tak nak belikan Asrar Quran,,..Asrar nakkk…” ujar anaknya merengek.
“I will not buy for you..if you keep acting like this,,,….” Kata Raihan sambil menggulung pelan-pelannya.
“but Ummi..you promiss..” mulut kecilnya berbicara.
“no .. behave yourself..ummi lagi banyak kerja nak buat nie….” Ujarnya, sudahlah hampir siang dan malam dia menyiapkan plan tersebut, khazinatul Asrar pula sengaja menyepahkan dan habis semuanya konyok.
“Abiii…” teriak anak kecil itu sebaik sahaja kelibat abinya muncul.
“kenapa ni?? Kenapa dengan Srikandi abi yang comel nie?” soal Fateh, lalu menduku kHazinatul Asrar.
“abii..ummi promiss..nak belikan Asrar Qurann…” petah dia berbicara.
“sayang…kenapa ummi marah-marah nie?” soal Fateh lembut. Raihan memegang dahinya. Fateh merangkul pinggangnya. Ingin menenangkannya. Raihan tersenyum, lalu mencubit pipi Asrar.
“dah…Abi penat, mari umi dukung….” Ujar Raihan. Asrar menguatkan tangannya mendakap abinya. Fateh hanya senyum. Raihan hanya mencebik. Fateh tersenyum.
“yelah..siapalah ummi ni….abi je baik..ummi jahatkannn…?” sengaja Raihan pura-pura merajuk.
“Ummmmii…” teriak Khazinatul Asrar lalu memeluk kedua ummi dan abinya. Kecil2 sudah pandai memujuk,
“okey..semua dah siap?” soa Fateh.
“dahh…”jawap suara kecil itu, comel dia berbaju kurung berwarna kuning air dan tudung arini berwarna coklat, dari kecil lagi, dia sudah mengajar anaknya bertudung,. Supaya besar nanti jadi anak yang solehah.
“ummi…abbi..kita nak pergi mana?”
“kita nak pergi lawat Ummi Jehan dan pakcik Aiman….” Jawap Fateh. Raihan hanya tersenyum.
……………………………
Cinta kepada bunga..bunga kan layu
Cinta kepada manusia manusiakan pergi
Cinta kepada illahi,,akan kekal abadi selamanya…….
Hafizah ;
6:09 AM
FRIDAY
1/10/2010
LAKARAN HATI PART 12
fuh...finally...its done....
ReplyDeletelupe nak tulis tamat pulak..adeyy
nice story..
ReplyDeleteending die same mcm sy imagine.. ;-)
ala.. npe x pnjg lg..? hehe
ReplyDeleteakak ;
ReplyDeletenak panjang lagi..akak sambung laa..ngee~~
Hehehe...
ReplyDeleteAkhirnya betul2 spt di gambarkan...
Bersatulah 2 hati ini...
haha...ala a.hariz..nanti sy buat satu citer yg a.hariz xleh nak teke langsung...mwahah..
ReplyDelete