uhuk's
sorry guys
erm...
tergopoh2 pulak nak publish..
sebab skrang ni susah giler nak online
ye la duduk rumah
ape2 pun
hisy,..saat2 pemergian ni yang aku tak boleh nie
huwaaa...
harap sabar ye pembaca yee
slamat membaca------>
“Maaf kami lambat…..” ujar satu suara. Para hadirin semuanya tersenyum, Raihan membuka matanya.
“baiklah, kita boleh mulakan nie, ..” Ujar Ustaz Naim, merangkap tok kadi pada pagi itu.
Sempat lagi Aiman mengenyitkan mata kepada Raihan. Raihan tertunduk malu, dalam hatinya mengucapkan syukur kepada Allah atas keselamatan yang di berikan kepada suaminya, ingin saja dia sujud syukur pada ketika itu.
Dengan sekali lafaz sahaja Raihan dan Aiman sah menjadi suami isteri yang di redhai Allah, sebahagian dari agamanya telah sempurna.
Seusai akad nikah, mereka menunaikan solat sunat dan sujud syukur, selepas itu barulah mereka menyarungkan cincin dan upacara membatalkan air sembahyang.
Bila dahi di kucup, terjatuhlah air mata kesyukuran, dalam hati di panjatkan semoga rumah tangga yang di bina di berkati dan sentiasa mendapat rahmat dari Allah, moga masjid yang di bina ini juga menjad akan menjadi bantuan dan sumbangan kepada kebangkitan islam akan datang insyaAllah.
“Raihan….Raihannn…..bangun…” teriak satu suara. Suara yang bimbang. Raihan membuka matanya.
“Astaghfirullah..kakak..kenapa kak…” soal Raihan panik.
“jom pergi hospital..cepat..Aiman kemalangan…….” Kata Jehan tercungap-cungap, Raihan hairan sekelilingnya sudah cemas bergerak ke hospital, apa sudah jadi mengapa dia tidak sedar tadi?? Apa sudah berlaku.
Semasa dalam perjalanan, hatinya tidak putus berdoa agar Aiman tidak apa-apa.
‘ya Allah....rupa-rupa aku hanya berkhayal…aku belum akad nikah lagi……dan aku belum lagi di ijab Kabul menjadi isteri yang sah untuk Aiman??.....ya Allah,.. apakah ujian mu kali ni ya Allah…….berilah kekuatan pada Aiman ya tuhan……’ hatinya menangis berdoa.
Sampai di hospital besar Selayang, agak sesak dengan ahli keluarga Aiman dan keluarganya. Puan Mia sara mendakap Raihan. Dia menangis teresak-esak.
“ibu…..ibu..mari kita berdoa kepada Allah…moga Aiman slamat bu…” ujar Raihan sebak, dia terpaksa berpura-pura tabah,
Jehan menghampirinya. Dia tersenyum.
“sayang…” panggilnya, kini dia mendakap kakaknya.
“kakak….” Suaranya teresak-esak.
“sabar sayang….semua yang berlaku sudah di atur Allah,,,pada setiap detik , masa,..tempat dan harinya, semua sudah di tetapkan di luh mahfuz…..kita sebagai hamba hanya mempu mendoakan yang terbaik dan moga di berikan ketabahan….” Bisik Jehan. Raihan menutup matanya, cuba mencari ketenangan. Dan kekuatan dari kakaknya, kak Jehan seorang yang sangat tabah. Kak…bagi sedikit kekuatan pada kak cik….kak cik rasa tidak mampu lagi untuk berdiri.
“Raihan….bersabarlah..semua ada hikmahnya…insyaAllah…” Fateh bersuara di belakang Jehan. Dia mengangguk, tenang mendengar suara itu.
‘ya Allah,…aku baru sahaja belajar ingin mencintai insan yang bernama Aiman, aku baru sahaja ingin menerima cinta dan kasih sayangnya kerana Mu ya Allah,…mengapa semua ini cepat berlaku…..ya Allah…..aku redha ya Allah redha….dengan ketentuan Mu..’
No comments:
Post a Comment