Alhamdulillah, hari ini Berjaya lagi
Allah mengaturkan langkah kaki ini untuk bertemu lagi
Dengan insan hebat
Ustaz Syaari Abdul Rahman
Tajuk beliau ialah
BILA HATI MENANGIS.
Jadi saya berkongsi sedikit tentang apa yg saya dapat~
PERATURAN MANUSIA
Seperti yang kita sedia maklum bahawa tujuan manusia di hidupkan adalah untuk perhambakan diri pada Allah Taala kan? Jadi memang setiap hidup manusia mesti akan bersandarkan dengan tuhannya, tidak kiralah dari segi peraturan Alam atau peraturan Allah , tapi kedua2nya adalah sama, sebab kalau Alam menggunakan Sunnatullah dan Manusia menggunakan Syariatullah. Jadi Manusia sangat terikat dengan peraturan.
Dan hanya orang yang waras sahaja akan ikut peraturan, dan sebaliknye, orang yang tak waras akan langgar peraturan.
Dan sebenarnya peraturan di cipta adalah bukan untuk bebanan tapi adalah untuk kawalan manusia,
Dan peraturan hidup manusia ialah berkhidmat dan menyembah Allah, dan manusia mesti/wajib/harus mentaati peraturan Allah no matter what happen pon, semuanya mesti bersandarkan pada tuhan.
Ustaz Syaari mendatangkan satu anologi tentang handphone, ok, handphone apa kegunaan dy?mestilah untuk SMS dan CALL dan sebagainya kan…tapi jika tiba-tiba fungsi handphone itu di tukarkan kepada mengetuk paku2 yang longgar, apa jadi??? Hancur la suda bah..
Jadi, sama juga dengan manusia, jika tidak ikut peraturan dan lari dari peraturan yang di tetapkan oleh Allah, maka akan hilang/hancur/ punah lah diri manusia tersebut. Faham x?hehe~ saya ni bukan la pandai sangat nak buat ulasan tapi saya cuba berkongsi apa yang patut,
Jadi begitulah, Allah ciptakan agama untuk hambaNya supaya manusia mengambil agama islam dan Alquran Sunnag sebagai peraturan yang telah di tetapkan.
ISLAM ADALAH AGAMA PEMBUKTIAN
Kali ini di lukis pula gambar pokok , ada akarnya ada batangnya, dan daun2 dan juga ranting-rantingnya, ial satu dahan yang lengkap
Biasalah pokok kan? Cantik dan lengkap, dan kali ini pengajian Akidah lebih mudah, dan lebih saya fahami, kerana apaa??? Kerana Allah sendiri memudahkan hambaNYa dengan mendatangkan pelbagai bagai perumpamaan ,
Jadi kali ini akidah manusia di umpamakan dengan pokok
Bahagian akar= rukun iman (yang batin) tidak Nampak, inilah yang ada dalam HATI kita, kerana ini lah tempat keluarnya suara2 hati yang tersembuyi,
Seperti yang telah di kaji oleh penulis dan ahli pemikir barat tentang 7 tip ape ntah, saya pun tak ingat…hehe…maka setelah di jumpe inner voice tu, maka jadilah 8 things plak,
Seterusnya, selepas pembersihan hati dan jiwa apa semua tuh,
Batang= Akhlak=konsep syahadatain.
Di sinilah pembuktian, bila kita sudah bersyahadah, maka kita adalah automatic seorang muslim. Dan kit wajib mengambil apa sahaja dan menerima apa sahaja dalam islam sebagai THE WAY OF LIFE, tak boleh 50:50 atau ambil yang mana suka sahaja sebagai penghayatan dalam agama,
Dan seterusnya appereance tu ialah attitude dan akhlak yang paling di lihat sekali dalam ISLAM.
RASULULLAH TONJOLKAN ISLAM.
Mari kita lihat apa bezanya agama Kristian dan Buddha dan Agama Islam,apa istimewanya islam dalam konsept ini??
Ahli2 pemikir barat lelah memikirkan, malah mereka mengkaji bertahun2 bagaimana caranya untuk mendapatkan HIDUP BAHAGIA kat dunia ni, kerana mereka TIADA ROLL MODEL,
Sebab apa??
Sebab jesus mereka tak sempat nak berkhwin, so takde roll model dan contoh untuk mereka tiru dalam kehidupan seharian,
Sedangkan Rasulullah, kita boleh ambil contoh sebagai seorang suami. Suami yang sangat mitahli
Bukan stakat tu sahaja, Rasulullah juga sebagai roll model dalam aspek
PEPERANGAN- Rasulullah tidak pernah gagal dalam mana-mana perang pun, susunan strategi baginda yang sangat hebat,tiada satu perang pun yang di ketuai oleh baginda kalah, beritahu saya perang apa???uhud??itu bukan salah Rasulullah sedangkan Rasulullah telah berikan arahan supaya tunggu dan jangan keluar, tapi Sahabat yang langgar peraturan Rasulullah, lalu di mana kekalahan Rasulullah?? Tiada bukan??manusia agung ini adalah seorang TOKOH PANGLIMA PERANG YANG SANGAT HEBAT,
BISNES- baginda menjadi BUSSINESS MAN lebih lama daripada Baginda menjadi nabi, baginda menjadi Nabi hanya 23 tahun saja , sebelum itu baginda berniaga, dan baginda sangat telus dalam berniaga dan jujur, ini lah yang menyebabkan Saidatina Khadijah tertarik dengan akhlak yang di tonjolkan . Maka Nabi Muhammad ialah TOKOH AHLI BISNESS TERHEBAT DI DUNIA.
SUAMI/AYAH/ANAK- dikatakan dalam Sirah, Rasulullah seorang suami yang sangat romantic, bagaimana baginda dapat menguruskan keluarganya dengan bahagia, bukan 1 orang isteri bukan 4 orang malah 10 orang isteri dan kesemuanya di layan berlainan. Ini lah menunjukkan kebijaksanan Rasulullah ,. Ummatnya boleh ambil contoh dari akhlaknya yang sungguh indah itu.
PENTADBIRAN DAN POLITIK- baginda juga seorang ahli politik dan seorang PERDANA MENTERI, baginda memimpin dunia islam ketika itu, sebab itu akhlak baginda yang menonjolkan baginda serta merta menonjolkan ISLAM itu sendiri,
Bila manusia lihat Rasulullah, mereka lihat Islam di dalamnya dan juga AKHLAK RASULULLAH ADALAH AL-QURAN~
Maka, ummat islam ada Role model mereka, ada contoh yang mereka boleh ambil untuk di jadikan tabiat dalam kehidupan seharian, jadi inilah kelebihan yang ada pada Rasulullah,
Rasulullah bawa akhlaknya dan kemudian menaikkan nama ISLAM di serata dunia, sehingga kini
RASULULLAH MENINGGALKAN GENERASI DEMI GENERASI,
Dalam ceramah tu, ustaz Syaari ada Tanya, “ada anak murid albert einstain disini??” semua hanya tergelak, akhirnya saya mengerti bahawa, manusia bijak2 ketika dahulu tidak meninggalkan generasi atau pewaris untuk di turunkan ilmunya.
Jadi di sini menunjukkan kita adalah generasi yang di tinggalkan oleh Rasululllah untuk meneruskan perjuangan yang saya kira semakin pudar dan semakin lelah dalam dunia islam kini. Sungguh sedih sekiranya Rasulullah ada bersama kita~huhu..tiba2 saya rindukan untuk bertemu baginda Rasulullah.
Jadi apa yang saya dapat simpulkan disini,
Apa yang penting ialah dasar pemahaman kita tentang Islam dan akidah kita setara mana, adakah benar2 kita mengerti dan kita menghayati kehidupan kita sebagai seorang mumin dan muslim??
Jadi untuk berubah kita perlukan mujahadah tinggi untuk mencapai apa yang kita mahu,
Kalau di kaitan dengan kapal terbang, saya ingin Tanya anda~
Saat manakah yang paling banyak menggunakan bahan api
Semasa atas daratan-semasa ingin naik-semasa atas udara-semasa mendarat.
Pasti ada pelbagai2 jawapan,
Dan jawapannya ialah di bahagian permulaan, di mana itulah kapal terbang bising sangat dan saat itu dia baru mula untuk bergerak,
Dan ibaratkan seperti kita, untuk berubah sangat payah, dan sangat memerlukan mujahadah yang tinggi untuk sampai ke peringkat kita sudah terbiasa, jadi pada peringkat awal, kita perlu paksa diri kita dan berusaha semampu mungkin untuk mencapai hidup lebih baik~
MAKSIAT YANG KITA LAKUKAN HARI INI AKAN MENDATANGKAN KESAN PADA GENERASI KITA AKAN DATANG~
Ayuh sama2 kita berubah kearah yang lebih baik insyaAllah. Mari ubah kearah kebaikan dan sedia berkhidmat untuk islam semampu mungkin, selagi nafas masih berhembus.
Moga setiap hembusan di bawah redha Illahi
Maaf ada salah silap, saya cuba sampaikan ilmu yang saya dapat hari ni, moga di manfaatkan bersama2 dan sebar2kan demi kebaikan .
WARDATUSSYAUQAH
ISNIN
18/10/10
UNIVERITY MALAYA
No comments:
Post a Comment