Pages

.:My Dearest friends:.

Monday, December 27, 2010

sahabat ; jalan keluar

Bismillah..

Alhamdulillah…sejak kebelakangan ini saya dapat banyak teguran.  Teguran yang membuatkan saya berfikir panjang, dan kadang-kadang saya jadi lost, sebab tak tahu apa yang saya fikirkan, dan sampai mana harus saya berfikir,



Ada yang mengatakan saya tidak menjaga batasan pergaulan, tidak menjaga pandangan, dan tidak member komitmen sepenuhnya kepada  gerak kerja islam atau amar ma’aruf nahi mungkar,
Saya kembali menyoal diri saya sendiri, adakah saya akan sampai kepada yang anda semua mahukan? Adakah saya mampu jadi hebat? Dalam perjuangkan islam, sedangkan tiada siapa yang  sudi menyokong saya.

Susah bukan, mahu berjuang bersendirian, entahlah..saya tidak tahu apa yang saya rasa, kadang-kadang ingin saja saya keluar dari pejuangan islam, saya tidak mahu masuk usrah lagi. Saya tidak mahu pergi taalim lagi. Saya tak mahu menegur  manusia yang melampaui batas lagi. Saya tidak mahu menulis tinta-tinta dakwah lagi.  Saya tidak mahu menuntut ilmu lagi. Dan kini saya tidak tahu apa yang saya mahu.
Futur? Dah banyak kali saya futur, dan saya tak pernah bangkit sehingga sekarang. Saya buntu, sebenarnya saya tak kenal siapa saya, siapa saya? Siapa saya? Siapa mampu jawap? Orang yang paling rapat dengan saya belum tentu lagi mampu memberikan jawapanya.

Apa yang saya mahukan ialah sokongan… ye..saya perlukan sokongan. Saya sendirian…argghh…bosan, saya dah bosan dengan bersendirian, ramai yang tidak mampu menerima cara saya, ramai yang tidak mahu menerima diri saya sebegini.,
Apakah saya harus berputus asa sahaja? Ye…putus asa ….jalan paling mudah.  Saya tahu kekuatan saya, hanya saya perlu minta pada Allah, namun….arghh..

Kepala ini sangat kusut, entah lah…saya tidak kenal siapa saya, saya tidak tahu apa yang saya mahu..
Ramai yang dating kepada saya. Mengadu masalah mereka,. Namun ibaratnya, saya rasa,..masalah mereka berpindah kepada saya, saya sangat buntu sekarang, saya  perlukan insane yang selalu dekat dengan saya, yang memahami saya.

Masyitahh….Masyiee…aku perlukan kau saat ni kau tahu….aku perlukan kau.. sangat..aku dah takde sape2 yang faham aku…betul2 faham aku..dan faham kita…
Aku tahu, kau tengah bergembira dengan dunia kau…tapi kau sedar tak..kau dah tinggalkan aku sendiran kat sini… aku perlukan sahabat seperjuangan macam kau…orang yang faham aku…
Tapi….aku faham…masyie…-please la..kalau kau baca post ni…tolonglah consider aku sbg seorang sahabat.. aku dah tak mampu meneruskan perjuangan ni sendiri..

Yang aku ade…dayah…Ros…tu je aku rasa yang sangat memahami aku….Masyie…kita akan lalui ni same2 sampai bila2 kan? Sampai bila2 kan?
Kita akan masuk Gombak sama2 kan? Dunia arkitek kan?

Dulu..kau la yang selalu tegur aku apa2 kesalahan aku….sekarang? aku dah takde sape2…walaupun aku rapat dengan ramai orang..namun Allah dah ikat hati ini dengan kau….tolonglah faham.
Aku langsung tak marah kau nak terlibat dengan dunia perdebatan. Tak..aku siap sokong lagi..walaupun aku tak  berape nak ngam dengan deorang, tapi..Masyi..ko tahu..ko dah tinggalkan aku sorang-sorang…?

Allah, aku perlukan lagi ramai sahabat sepertinya,.
Saya mula terfikir, adakah saya perlu bergantung padanya? Adakah masyie sorang sahabat saya? Arghh..kusut…aku perlukan sahabat SEFIKRAH. please Allah.please...

andai saya tidak mampu meneruskan lagi...,,maafkan daku islam..

Apakah jalan keluar untuk semua ini..aduhh…
Allah..berikan daku kekuatann…

Maaf..buat siapa yang membaca..kali ini saya melepaskan perasaan pulak,.
Maaf skali lagi..ade siapa2 nak berikan tasji’? silakan….saya rela mendengar..dan terima kasih.

2 comments:

  1. salam wardah. >_<. mungkin saja saya tidak mengerti siapa mashiee disisi anda. namun percayalah, dalam perjuangan ini, bukan anda seorang sahaja yang mengalami penderitaan, mengalami perjalanan yang sukar, merintih dipertengahan jalan, merasa serba salah, letih. percayalah semua itu hanyalah ujian semata mata. apabila seorang manusia itu mengaku untuk menjadi seorang daie, pasti tatkala itu dia akan diuji.

    jom. kita menjadi diri sendiri. percaya akan kemampuan diri sendiri. kita tidak sesekali dipaksa untuk melakukan sesuatu diluar kemampuan kita sebagai hamba. pasti diakhirnya kita akan merasai kenikmatan. ujian wadah dalam perjalanan yang panjang

    moga saudari sukses selalu. percayalah. setiap apa yang kiat lakukan, pasti terhimpun seribu erti.moga saudari akan bertemu masyitah yang didambakan itu. :)

    ReplyDelete
  2. wsalam dr amin(insyaAllah), jazakallah atas tasji'nya baru ana sedar, bukan masyitah yang ana perlukan...tapi ana lupa pergantungan dengan Allah..bukan saja lupa, malah ana kurang yakin, ana rs sendiri sbb ana xbukak hati (tau pun)..insyaAllah..kata2 nta sdikit sbnyak berikan ana jln keluar. jazakallah skali lagi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3