Pages

.:My Dearest friends:.

Sunday, August 3, 2014

catatan UK&PARIS 1 : kisah booking tiket EPIC

catatan UK&PARIS : adelah benda wajib aku kena buat sbb dah janji dengan umi . krikk krikkk krikkk

Pertama sekali aku assume takde orang akan baca penulisan ni, so, aku akan buat gaya aku dan diari aku sendiri je. tapi, kalau korang baca jugak , aku mintak maaf atas kata2 dan kebosanan yang berlaku sepanjang penulisan ni. tapi aku yakin sangat lah. korang takkan habis baca pon. kah kah kah! whatever!

KISAH BOOKING TICKETS FLIGHT.

actually, aku tak pernah tempah tiket flight. Umi aku mmg suka buat kejutan. mula-mula beliau cakap kat aku nak ajak aku pergi UK. time tu aku dah terkejut gila. mmg tuhan sedang aturkan aku something.

well, honestly, mmg aku tak pernah pun berangan-rangan nak pegi sana. i mean, pergi luar negara pon. even heritage study aku pun tak pernah berangan nak pergi luar negara. NEVER. sbb aku sedar diri aku. aku bukan ada duit pun. yang ada mak bapak aku. aku mmg pokai. xde satu sen pun. kalau ade pun, simpanan sikit jela.

so, kejutan kedua, aku lah yang kena booking tiket. mula2 aku try booking tiket straight daripada KUL-LONDON ke heathrow punya airport. tapi harga dalam 3k something pergi balik. and then. cari-punya-cari macam orang gila dengan kerja studio yang sangat bizi. aku mintak petunjuk Allah Ya HAADI ya NNUR. supaya berikan aku petunjuk. last2 umi cakap amik ticket pergi PARIS. kejutan lagi. urgh~

ternyata tiket pergi paris. Charles De Gaulle punya airport lagi murah daripada Malaysia, maka. aku pun booking dengan guna kad kredit umi. smua ATAS NAMA AKU. tu pun nama aku salah eja. sebab aku ingat just user name. padahal TERANG2 tulis kat situ suh isi nama macam dalam pasport. masa tu aku fikir. Apa HikmahNya Allah jadikan aku buta sebegini. tak nampak langsung. serious.

last minit. Maklong. ayah long. Kak Laili, Ustazah dan Haji ikut skali. mula2 aku, umi and aunty Ita ja.

so dengan menggunakan method yang sama, aku still salah booking. whatever! segan nak cerita panjang. biaselah newbie kan.

mula2 maklong aku tanya (maklong aku mmg ada syarikat travel sendiri. umi saja suruh aku booking sbb nak suh aku belajar) , kenapa tak mintak nama penuh depa pun. aku punya terkejut dan tersedar daripada comfort zone. aku.

last2 mmg salah rupanya. kenalah pergi kat pejabat Air France kat KL tu nak kene baiki balik smua. agak pening. dengan tarikh yang lain2 pastu nama lain2. adoi..

that moment.bila aku tengah takut2 kalut2. yelah duit beribu2 kot dah booking. masatu tiket KUL-PARIS dalam rm2670 pergi balik sorang. dah booking 8 tiket dah. fuh. smua salah, jap. 3 je betul yang awal2 tu. .
so lepas tu. umi cakap

"duit tu kertas buruk ja. pengalaman yang fizah dapat tu yang mahal. Allah ajar sesuatu.lepas ni 
expert dah la.."

time tu aku redha je kalau umi dan maklong marah. tapi tak. depa tak marah pun. everything happen for a reason. walaupun agak malu dan yeah! banyak benda belajar.

bukannya aku tak tanya orang lain. ada je aku tanya. tapi. tapi... tapi. krik krik krik aku yang tak usaha lebih kot.

Never afraid to try something new. And jangan segan nak bertanya. jangan rasa diri tu pandai. dan cuba sedaya upaya baiki kesalahan kita. jangan lari daripada kesalahan. ada hikmahNya kenapa tuhan uji kita dengan sesuatu.

masa tu ade jugak aku fikir. orang lain booking tiket takde pun masalah. kenapa masalah aku besar sangat?

sbb. mungkin. hanya mungkin.


akhirnya. hadiah daripada Allah.


"cara Allah didik kau, lain daripada cara Allah didik orang lain. you are special. I keep tellin' this myself."

tapi. tak semua hikmah kita akan nampak on the spot. adanya bertahun lamanya kita baru tahu hikmah Dia. sebab aturan dia. selagi kita tak tengok dngan mata hati. selagi tu kita buta dan tak faham.

percaya. Dia akan aturkan sebaik2nya untuk kita. berhenti merungut. berhenti mengeluh dan jangan , sesekali sangka buruk dengan Allah.

Dia Ya Bari' : yang maha Mengatur hidup manusia. dan dia lah sebaik2 pengatur.


so. fly 23rd of June 2014

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3