Pages

.:My Dearest friends:.

Sunday, September 26, 2010

cerpen: Lakaran Hati-part 4


huh..huh...huh...~~(dgn nada yg tercungap2)
penat.///
sebab ape?
hehe...penat la nak upload next episode nie..

yeay..exam da abis..
ok..
ape2 puN..EnjOy~~

----------->

Raihan terlopong.

“Ya Allah…..” ujarnya agak tersentak. Tangannya perlahan menyetuh rantai  berwarna perak itu, dan ia berkilau, ada loket berbentuk kunci padanya. Warnanya juga menarik, kelihatan sangat mahal. Ada nota di bawahnya.

“u have the key….key of my heart….”

“Astaghfirullah..siapakah  orang nie?” segera dia simpan rantai leher itu kembali ke dalam kotak. Rasa berdebar terus menerus bergendang di hatinya.  Dia terus menuju ke tempat mengambil wudhu’ bersedia untuk solat zohor.

Kali ini sudah kembali seperti biasa dia akan berzikir terlebih dahulu sebelum menunaikan solat. Baru ada banyak masa yang terluang, kalau selepas solat agak busy sikit. Nak siap2 lagi untuk ke kelas pada pukul 2 
nanti

XXXXXXXX

“subhanallah….mashie ye enta…..thesis pun hamper-hampir siap nie….cemburunya ana…” ujar Ikhwan. Sahabat baik Fateh.

“isy…nta ni Ikhwan…baru sikit je nie…banyak lagi belum ana siapkan sebab, ana nak kena jumpa sheikh Ismail dulu esok…nak minta pandangan sikit…..” ujarnya, sambil tangannya laju menaip thesisnya.

“oh..bagus sangat tuh…sheikh Ismail memang mahir dalam bab-bab hadis nie..patut lah,,,nta jadi anak murid kesayangannya…ya….rajin bertanya rupanya…”

“eh..enta nie..ada-ada je..”

“ha..Raya dah dekat…macam mana?” soal Ikhwan. Fateh senyum,

“ana belum bersedia nak ucapkan selamat tinggal pada ramadhan…” ujarnya perlahan.  Di kerling calendar di 
tepi lappynya. Lagi 3 hari mahu raya. Dan ramadhan akan meninggalkannya.

Ikhwan hanya mengangguk.

“entah apa…amalan ana….”

“jgn cakap macam tu..semuanya Allah yg nilai..insyaAllah nanti …akan ada balasannya…”  ujar Fateh. 
,matanya tak lekang dari merenung calendar itu.  Menghitung hari ramdhan akan meninggalkannya.

“oh ya…ana ada kerja lagi nei…selamat mengejar lailatul qadar semua….” Ujar Ikhwan sambil menepuk bahu Fateh.

“nta juga..insya Allah……”

Lailatul qadr….rahsia Allah..siapa tahu…hanya mereka yang di hadiahkan je..yang tahu.

“apa khabar diaa?” soalnya sendirian..astaghfirullaaahh….macam mana boleh terfikir pasal dia nie? Agak pelik.

……….

“eh…Fateh? Siapa?” bisik hati Syika.

Fateh_yemen :Assalamualaikumm….

Dia pandang kiri kanan,. Raihan tiada. Katanya mahu meeting ke resource room kejap . mungkin akan balik lambat.

Raihan_intifadha : waalaikumussalam…

Jawapnya.

Setelah lama seketika, Fateh balas kembali.

Fateh_yemen : nti sihat?

Raihan_intifadha : sihat Alhamdulillah…awak?

Seketika diam. ..


“lambat betul la budak yaman ni balas…tak syok laa….isy….”  ujarnya lalu menukar status ‘invisible’ supaya tiada orang lihat.

Beberapa minit kemudian, Raihan pulang, tangannya seperti biasa ada sebuah diary meeting dan sebatang pen.

“sory..aku guna lappy kau jap..ade nak bukak email kejap….” Ujar Syika. Raihan mengangguk. Lalu dia duduk di depan lappy nya. Hatinya tersentak. Bulat matanya.

“Syikaaa…kau buat apa nie? Kenapa kau balas Fateh punya nie?” soal Raihan agak tegang. Syika senyum.

“dah dia tegur, aku balas la…tapi bila aku balas dia tak balas pula…” ujar Syika. Ya Allah… Raihan memegang dahinya. Aduyai..macam mana aku nak jawap dengan dia nanti nie. Masalah-masalah ..

“Syika please…..this is my personal   I beg you don’t touch it again..ok?”  pinta Raihan. Syika hanya mengangguk.

Fateh masih lagi online.  Hatinya berdebar2, aduyai…nak jawap apa lah nanti dengan ustaz nie,dah lah garang, warak.isy,,…Syika ni memang cari pasal betul. Alahai…

Akhirnya dia terus offline sahaja.

……………

Malam itu, dia sedang menyiapkan projeknya yang baru dapat, dia harus siapkan cepat,kalau di tangguhkan , memang takkan terbuatlah. Lagu impian kasih nyanyian kumpulan nasyid tanah air In-Team, mula berdering dari telefon bimbit Raihan.  


Kak Jehan

Calling……

Kenapa  tiba-tiba akak call malam2 macam nie?

“Assalamulaikum…” satu suara menyapa.

“waalaikumussalam…akak…” jawap Raihan perlahan.

“kak cik..akak ada masalah..akak tak tahu nak buat macam mana….” Ujar Jehan. Merupakan kakak kandungnya.

“kenapa nya kak…cerita la..” soalnya bimbang.

“se…se..benarnya….tadi..Fateh melamar akak…”  kata Jehan di hujung talian. Suaranya berbaur bahagia sekali.

Hati Raihan bagai di panah halilintar. Matanya terbeliak. Pensel di tangannya terjatuh mencecah lantai.  Dia diam seribu bahasa.

“akak..xtahu nak cakap ape kak cik….apa pendapat kak cik?macam mana?ok tak dia?” soal Jehan. Siapa tidak kenal Fateh. Orang terkenal  kerana kepetahan nya berkata-kata dan juga kerana kewibawaannya dalam kepimpinan BADAR di  USIM.

“u..um…umi dah tahu?” soal nya sedikit gugup.

“dah…mula-mula memang dia  call umi and abi dulu..lepas tu baru dia bgtahu akak….umi dengan abi pun macam stuju je…ha…ahad ni balik la..ada majlis pertunangan akak….”

“ehh..cepatnya..”

“la…kan bagus macam tu…pertunangan kecik-kecik je…=)”

“owh…erm..tapi..tadi kenapa akak cakap ada masalah…terkejut kak cik…”

“saje nak buat surprise kat kak cik..hehehe..kak cik buat projek yea…ok2..tak nak ganggu kak cik dah…”

Setelah beberapa minit  perbualan, talian di matikan serta merta.  Tanpa di sedari air matanya jatuh.  Semua mata memandangnya. Syika, Islah dan Aisyah saling berpandangan. Diam. Bilik jadi diam. Raihan merenung  kertas lukisan, tanpa dia sedar dia telah merembeskan air matanya,. Dia senyum tipis.

ya Allah…aku redha ya Allah….~~~~”

“Raihan…..” panggil Syika.

“kau ok?” soalnya. Tersentak dia.

“eh..ok je..kenapa..dah2…buat projek…”

“asal kau menangis?” soal Islah.

Laju saja tangannya mengesat air mata, ehh…aku menangis. Mustahil..ya Allah..kenapa…

Tiba-tiba Raihan tersenyum.

“happy la..kakak aku dah nak bertunang….”

“ehh..kak Jehan kah? Bila nie?”

“hehe..insyaAllah ahad depan..tu yang aku exited skit tuh…..nanti kita balik rumah aq sama2 ok…” ujarnya. 

Melindung sebak di dada.  Dalam hatinya  hanya Allah sahaja yang tahu. Astghfirullahhhhhhh…..

……….

“Assalamualaikum…sihat semua?” soal Mariah Qibtiyyah, tiap-tiap malam  rabu, mereka akan adakan usrah. Ahli usrah mereka seramai 6 orang. Termasuk, Raihan, Akasyah, Habibah, Atikah, Syafinaz, dan Rabiatul.

“waalaikumussalam…bikhair…” jawap mereka serentak.

“Alhamdulilah…dapat lagi kita berkumpul dalam majlis yang insyaAllah penuh sekali dengan barokah dari Allah taala. Moga Allah merahmati dan meredhai niat kita pada mala mini…ok..insyaAllah..pertama-tamanya..akak nak kita berkongsi, selama seminggu ini, apa yang kita sumbangkan untuk islam…insyaAllah..bermula dari Rabiatul….” Ujar Mariah Qibtiyyah. Dia sangat gemar menyoal soalan-soalan yang 

akan menyedarkan dan membangkitkan semangat jihad dalam diri anak2 usrahnya.

“erm…Sumbangan untuk Islam…MasyaAllah..kelihatannya..ana seperti tiada…ya Allah…ana betul-betul tak tahu apa sumbangan ana….” Ujar Rabiatul sebak, matanya berkaca. Tiada, dia sendiri tidak tahu apakah ada 
walaupun sedikit sumbangannya untuk Islam.

“ana rasa Rabiatul ada…” ujar Syafinaz pula. Masing-masing memandangnya. Rabiatul hairan.

“Rabiatul…enti hantar assignment English smalam kan? Bukankah itu sumbangan untuk Islam, untuk melahirkan pejuang yang intelektual…” ujar Syafinaz penuh semangat. Masing-masing mengangguk.

Mariah Qibtiyah tersenyum.

“Alhamdulillah…ahsanti Syafinaz..nampaknya enti lebih memahaminya…”

Selepas semuanya memberitahu sumbangannya dalam Islam, tiba giliran Raihan.

“Raihan..?” panggil Mariah. Raihan ternyata tersentak.

“Astaghfirullah….erk..apa dia tadi?” soal nya. Semua memandangnya hairan.

“Raihan…enti dah sampai ke mana?” soal  Akasyah.  Raihan tertunduk.
masyaAllah macam mana boleh termengelamun dalam usrah nie. Sangat memalukan…

“erk..erm…ana…er..sumbangan ana….”

“ana tau..dia telah siapkan 5 projek dalam minggu ini..untuk menyerlahkan seni bina Islam pada masa akan datang……….” Sambung Habibah. Masing-masing melepaskan tawa. Memandangkan Raihan seorang 

sahaja dari bidang Seni Bina. 

“Raihan..sepertinya kamu ada masalah…ceritakan lah….” Soal Mariah. Raihan tersenyum.

“eh,,tak ada,,,,ana ok..alhamdulillah tiada masalah….” Ujar nya  bohong.

“auzubillahiminassyaitonirrojim…wallahu ya’lamu tussirruna..wala tu’linun..shodaqollahuAdzim..siapa boleh 
terjemahkan?” soal Mariah Qibtiyyah.

“ana….aku berlindung dari syaitan yang di rejam. Sesungguhnya Allah tahu apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu nyatakan….” Ujar Habibah. Mariah Qibtiyyah mengangguk.

“Raihan..sekiranya kamu ada masalah..ingat..disini ada sahabat enti..yang sentiasa bersama nti saat suka dan duka..mereka bukan sekadar sahabat..malah lebih dari itu….tapi jika, kamu lebih memilih itu berrahsia dengan Allah..silakan…kami Cuma tempat untuk berkongsi sahaja..insyaAllah..kalau ada qudrat kami mampu tolong…” kata Mariah Qibtiyah.  Semua bersungguh-sungguh mengangguk.

“Jazakillahhu Khairan lakum…insyaAllah…hari ini belum ada apa2 lagi untuk di share..insyaAllah kalau ada ana share..” katanya sambil tersenyum kelat,

“ok..baiklah..mari kita  mulakan …..”


...........to be continue.~~~yeah..please leave ur comment ok..

2 comments:

  1. assalamualaikum..w.b.t

    firstly ana nk ucpkan tahniah sbb nti berjaye menyerlahkan bkt..huhu

    umm...tgok ayat ak pun hbis tkar jd ayat buku..umm comment2....mmg bole bg helikopter kontrol la kalo sesambil final exam pun bole update citer yg best ni...tapi...4.0 yerrr..

    x de pape da kot...anyway..ana doakan nti dpt bhgikn mase update blog dgn kije2 yg berlmbak tu..salam ukhwah fillah..

    ReplyDelete
  2. huhu..aduyai...maaflah cik hasanah saya ni
    tak boleh tensyen2 sangat
    hee..jadi saya ambil hobi saye nie jadikan satu tempat nak release tensyen..ngee~~ape2.....ada sbrang cadangan silakan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3