Pages

.:My Dearest friends:.

Friday, September 3, 2010

.::pesanan untuk dia::.


Assalamualaikum....
saya tahu..tajuk kali ini agak lain sket bunyinya
namun inilah kenyataan yg harus saya hadapi
tak mudah dan tidak sukar juga...
cuma perlukan sedikit pemahaman yg mantap tentangnya

dan saya belum punya ilmu yang cukup untuk bercakap
tentang semua ini..
pasangan hidup??siapakah dia sebenarnya??
p/s ; biar saya beritahu bagaimana pemikiran saya tentang ini
harap berikan teguran andai tersalah bahasa,...


SIAPA DIA?

ya Allah..bagaimana harus  saya mulakan bicara ini? sungguh sukar rasanya. apabila sekuntum bunga sudah dipetik,. banyak lah perkara yang perlu di pertimbangkan kepada sang kumbang, erk..bukan mudah sebenarnya.

siapa sebenarnya pasangan hidup kita? pasangan hidup, seorang yang kita akan berkongsi dengannya segala rasa, tempat untuk kita jujur dan tiada dusta, tempat untuk kita merelakan diri kita untuknya. pasangan yang mana, kita bersama dengannya bukan kerana NAFSU semata dan bukan semata kerana nilai2 luaran yang ada pada pasangan kita itu.

pasangan hidup kita juga, ialah seorang yg akan memahami kita, dari segi pemikiran , fisikal, akhlak , pemahaman dan pelbagai yang ada dalam diri kita, yang mana antara mereka tiada rahsia langsung. itulah dia pasangan hidup.

mereka yang sanggup bersusah bersama-sama, senang juga bersama-sama, mereka yang sanggup membimbing di antara satu sama lain, mereka yang sanggup menerima kelemahan pasangan masing-masing, mereka yang sanggup bersabar atas segala karenah pasangan masing-masing, dan mereka juga, sanggup mengalah dalam segala perhubungan mereka.dan dia juga, akan menjadi pasangan sampai keakhir hayatku..

SYARAT-SYARAT WAJIB

sebagai seorang wanita, sebenarnya mungkin saya tiada hak untuk meminta itu dan ini dari bakal pasangan saya, namun sebagai seorang yang memegang amanah terbesar, dan juga sebagai seorang yg akan menjalankan syariat yg di sukai Allah ini, ada hak-haknya yang perlu di pinta dan di persoalkan.

1)MEMAHAMI SECARA MENYELURUH

yup, sudah tentu kita mahu pasangan kita ini memahami, namun memahami yang saya maksudkan ialah, memahami ERTI PERJUANGAN, 

saya akui saya seorang yang sangat sibuk, banyak tanggungjawap yang saya pegang, bukan sebagai jawatan fisikal ini, namun sebagai seorang yang membawa panji-panji islam. 

saya tertanya-tanya, adakah lagi seorang seperti saidatina Aisyah? kahwin di usia yang sangat muda, malah Nabi Muhammad S.a.w pula seorang yang sangat sibuk, dengan aktiviti DAKWAH DAN TARBIYYAH, STRATEGI PEPERANGAN, SEBAGAI PEMIMPIN UMMAH, dan sebagai RASULULLAH. cuba kita bayangkan berapa banyakkah masa yang di luangkan oleh nabi Muhammad terhadap isteri-isteri baginda??

oleh itu, apa yang cuba saya perkatakan di sini ialah, seorang pasangan yang memahami FIKRAH, bukan..bukan hanya JELAS FIKRAHnya..juga jelas PERJUANGANnya.. mereka yang ada usrah pada malam-malam hari, dan siang-siang hari ada pula kuliyyah-kuliyyah agama yang di hadirinya. dan 'dia' faham akan perjuangan SAYA..yang mana, saya akan keluar tiap-tiap malam untuk menghadiri meeting. dan hadiri USRAH, bukan stakat itu sahaja. malah ada lagi program-program yang melibatkan Ummah. ertinya seperti program-progam pembinaan akhlak dan sebagainya.

saya mohon untuk dapat kan seorang pasangan yang faham ini terlebih dahulu. mereka yang FAHAM APA YANG SAYA PERJUANGANKAN. bukan sekadar faham, malah MENYOKONG SAYA...
2) MENYOKONG bukan sekadar MENDUKUNG.

pasangan yang saya mahukan ialah, dia sanggup menyokong dan mendukung saya, bukan hanya sekadar melihat saya dalam kepenatan, malah membantu saya.

ya saya faham, tugas wanita, menjaga rumah tangga dan melayan suami dan sebagainya. tapi..perlukah saya terus meninggalkan  terus dakwah dan tarbiyyah saya?perlukah saya tinggalkan terus amanah dan tanggungjawap yang Rasulullah tinggalkan... perlukah saya hentikan apa yang saidatina FATIMAH lakukan??

3) SAMA-SAMA BERJUANG.

bukan saya seorang sahaja. malam pasangan saya juga. sya tidak mahu dia hanya duduk di rumah baca surat khabar dan melayani Facebook semata, apalagi hanya menonton televisyen yang tidak jelas faedahnya. ini betul-betul saya ingin keraskan. semua berkaitan dengan keduniaan, saya tidak suka dia lebih-lebihkan.
andai saya yang terlebihkan...maka itu TUGAS nya menegur saya.

saya  juga tidak ingin, jika dia hanya tahu mengomen sana dan sini, memberi cadangan itu dan ini sedangkan dia sendiri yang tidak melakukan apa-apa.

dia yang hanya tahu mengutuk apa yang saya lakukan sedangkan dia tidak lakukan apa pun. hanya tahu menagata itu dan ini sedangkan perlaksanaan nya terlalu kosong, tiada apa-apa yang mampu saya percaya.

4) BERTOLAK ANSUR.

Ya Allah, sifat ini sangat aku perlukan dari dia, bertolak ansur dengan apa sahaja yang saya lakukan, andai ia tidak rasional,. itu tugas dia untuk menegur saya. bukan hanya terus mengignore saya sahaja. ini sudah tentulah tidak adil untuk saya.

berkata yang baik-baik dengan saya, andai ada sahaja yang dia tidak puas hati atas tindakan,akhlak dan kata-kata saya dialah orang paling layak untuk menegur, namun biarlah kena dengan jiwa saya yang agak lembut ini, kerana saya senang terasa dengan sebarang tindakan dan kata-kata.

5) HAPPY-GO-LUCKY.

ini sudah tentulah idaman setiap wanita, saya juga mahu seperti ini, dia, sanggup layan karenah saya walaupun dia dalam keadaan penat dan tidak ada mood, dan dia juga sudah semestinya bukan seorang yang MOODY. apalgi seorang yang PANAS BARAN. ini yang saya tidak mahu,. seorang yang beriman, dia tahu mengawal kemarahannya, lagi-lagi terhadap isterinya yang lemah ini.


Apa yg saya nyatakan di atas, bukanlah untuk menunjukkan saya ini perfect atau inginkan orang yg perfect. itu sudah tentu tidak mungkin sama sekali, walaubagaimana pun..hidup ini adalah satu optional, dia boleh pilih, untuk jadi yang itu, atau jadi yang ini,.

dan sudah tentu,rumah tangga, atau masjid yang di bina kerana takutkan Allah, kerana dahagakan MARDHATILLAH dan juga mahukan IHSAN dari Allah, pasti sudah tentu akan diredhai..dan bukan hanya di redhai malah, di buka untuknya segala pintu rezeki. insyaAllah asalkan fikrahnya jelas...

PASTI DIUJI

saat ini, pasti sulit buat semua pasangan rumah tangga, pelbagai ujian yang Allah akan timpakan kepada mereka yang beriman. dan mereka yang bernikah atas tujuan perhambakan dri kepada Allah dan juga memperjuangkan syariat Allah

dan sudah semestinya gelora rumah tangga ini Allah uji sesuai dengan kemampuan hambaNya. dan Allah tidak akan membebankan sesuatu kauM itu melainkan sesuai dengan kudrat mereka. kerana apa?Allah itu maha Adil..

"Ya Tuhan kami..anugerahkanlah kami pasangan kami dan keturunan kami  sebagai penyenang hati (kami),dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa..."

amin ya Robbal Alamin

7 comments:

  1. wah..sueet kott org y tengah angau cintan ni..
    anyway thniah2..hahaha..
    nanti kawen jgn lupe panggil aku eh!

    ReplyDelete
  2. aduyai...sape cakap aku tengah angau bercintan niee.grr...hehe~~~ape2 pun aq tunggu kau dulu bhaa..

    ReplyDelete
  3. eh xdek mknernyer..calon pn xdek..
    Wek!
    xde la entri cm pelik jek..

    ReplyDelete
  4. nak kopi..hehe
    fiza dah jiwang skrg an..
    :p

    ReplyDelete
  5. heee...ape yg jiwangnyer??aduyaii...nyesal la tulis post nie..huhu~~~

    ala..sume org akan haddapinye jugak nanti..

    hak2..kat soleha kan??ngeh2

    ReplyDelete
  6. Congratzz,, ucapan yg bguzz^^
    Semoga dia muncul seperti yg awak harap2kan :D
    Good Luck ^_*

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3