Love is when somebody you dont now, love you very deep, and he/she hope you will be the one after Allah and rasulullah
Cakkk…!!!
Dah agak dah, korang ni pantang dengar tajuk cinta je, bukan dengar, terpandang pun pantang, orang sebut pun pantang,
Skrang ni LOVE menjadi satu tren dalam kehidupan remaja, erk..bukan remaja je
Budak2 skrang pun da pandai,
Apatah lagi orang tua
Tapi paling kelakar apabila saya teringat satu peristiwa apabila saya mahu pulang ke sekolah sewaktu SPM
dahulu, saya duduk di sebelah makcik, yang umurnya lebih kurang 40-an macam tu la.
“kamu dah ade teman lelaki?” soalnya, saya diam dan saya menggeleng sambil tersenyum
“takde makcik….saya single…” ujar saya, makcik tu tersenyum.................
saya teringat satu peristiwa apabila saya mahu pulang ke sekolah sewaktu SPM
dahulu, saya duduk di sebelah makcik, yang umurnya lebih kurang 40-an macam tu la.
“kamu dah ade teman lelaki?” soalnya, saya diam dan saya menggeleng sambil tersenyum
“takde makcik….saya single…” ujar saya, makcik tu tersenyum.................
“isy..makcik tak boleh betul dengan budak2 bercinta sekarang ni, depa bercinta bukan macam kami dulu, kami dulu, tau je kacau anak dara orang, mesti kena bantai, kena ikat kat pokok yang ade kerengge ape smua tuh, ni anak-anak muda sekarang ni,suka suki je enjoy, bawak je anak dara orang pergi mana, apa mak ayah dia takde akal ke?gila tengok anak-anak di permainkan budak2 laki yang tak tahu baik ke tak niatnye…” ujar makcik tu panjang lebar. Saya diam dan terfikir
Apa jawapan saya untuk membela generasi saya
“bagus la kamu ni, dah la cantik, bertudung labuh lagi, sejuk mata makcik pandang, tapi makcik tetap kecewa dengan generasi kamu, kamu tahu, baru je semalam makcik tengok budak tudung labuh macam kamu ni, duduk sebelah pakwe dia dan borak macam orang dah nikah, MAKCIK DENGAN PAKCIK puntak macam tu, “ ujarnya masih tidak puas hati lagi. Saya malu sendiri
“erm…isy..tak baiklah makcik ni,,entah2 budak tu adik beradik kut…” ujar saya. Saya cuba buat makcik itu bersangka baik terhadap ‘kaum saya’ huhu…
“makcik bukan jenis sangka buruk tau, kalau mak cik bersangka buruk, dah lama makcik tak cakap dengan kamu,..sebabnya makcik terdengar perbualannye..”
“abang…bila abang nak beritahu mak abang….kita kan dah lama bercinta..”
Yang si lelaki tu jawap.
“sabar lah sayang….abang tengah guna orang tengah ni, nanti bila abang sendiri nanti apa pula kata orang, insyaAllah cinta kita mesti di redhai Allah, sayang bertudung labuh, mesti mak abang suka…”
Mata saya terbeliak baca, adoyai..memang malu kaum, paling tak boleh blah..bila dia cakap
“di redhai” pulak tuh, dah duduk sebelah2 rapat2 pulak tuh.
Saya hanya diam, tak bisa berkata apa.huhu…
Sejurus selepas itu, kami bualkan lagi tentang fenomena masalah remaja sekarang dan jalan-jalan penyelesaiannya.
“semuanya bermula dari mak bapakkk..” ujar makcik tu lagi.
“tapi makcik, macam mana kalau mak bapak dia memang miskin and tak reti nak didik anak…” soal saya,.
“itu peranan sekolah, tak kisahlah walaupun sekolah kebangsaan atau pun apa…sebab Islam itu tetap islam…negara Malaysia secara rasminya agama Islam, tapi..hanya islam pada nama…ini yang masyarakat sekrang tak jumpa apa punca masalah social yang berlaku…” ujarnya lagi. Saya mengangguk2
Sebelum kami berpisah di terminal Kuala Terengganu, rupa-rupanya makcik tersebut adalah seorang
Doktor Falsafah dalam bidang Human Resource. Credit to her, so bukan makcik, tapi doctor. Tapi gayanya sangat.humble,
Dan kata-kata terakhirnya pada saya ialah
“Carilah insan yang mencarimu kerana agamamu dan kerana dia ingin meneruskan generasi dan perjuangan Rasulullah bersamamu,jangan pilih sebarangan orang,perempuan baik akan dapat lelaki yang terbaik….Assalamualaikum..”
DEFINISI YANG LAPUK TENTANG CINTA
na tau lebey lanjut sila la buke page tentang cinta ni, erm, mesti korang suke.
1. Cinta itu KOMITMEN.
Cinta, tak boleh main-main. Cinta perlu komitmen. Bukan main campak buang semacam. Perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin.
Tak bolehlah nak bergaduh, paksa-paksa dan mengabaikan tanggungjawab pada pasangan. Untuk yang dah berkahwin, nafkah wajib dipenuhi. Amanah sebagai suami isteri kena ditunaikan sebaiknya. Komited sebagai suami yang mithali, ummi yang solehah, agar dapat melahirkan anak-anak yang afiq, yang arif, yang anis, yang santun. Menjadikan rumahtangga dipenuhi mahabbah, mawaddah dan sakinah
2. Cinta itu intuitive: NALURI.
Cinta itu sifatnya naluri. Apa tu orang kata, “cinta itu di hati”. Bercinta yang hangat bila kita dapat merasai apa yang dirasai oleh orang yang kita sayang.
Jika taknak disakiti, kita tak menyakitkan hati orang lain. Jika nak disayang, kita akan memberi kasih sayang seluhurnya. Jika ada rasa bimbang, seringnya kita akan dapat merasa. Macam cinta ibu pada anak-anak. Sering mereka dapat rasa apa yang anak-anak mereka buat, yang baik atau tak baik untuk anak-anak, kan?
3. Cinta itu sebahagian nature: FITRAH
Cinta itu fitrah. Betul. Bila Nabi Adam dicipta, baginda rasa kesunyian. Allah ciptakan Hawa sebagai peneman. Rasa ingin disayanagi dan menyayangi tu fitrah manusia. Yang perempuan minat pada seorang lelaki. Ada lelaki jatuh cinta pada seorang wanita. Cinta itu benar dan suci.
4. Cinta sering terletak di puncak: TOP
Bila ada rasa cinta, kita akan sama-sama bekerjasama, saling mengasihi. Itulah nilai yang mengikat kita semua untuk terus bersatu. Sekuat cinta Tuhan yang memberikan pelbagai nikmat hidup, cinta itu di puncak kehidupan.
5. Cinta itu sifatnya ALTRUISTIC.
Apa tu?? Aa, altruistik maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri. Dalam lughah disebut al-itsar. Wah, erti pengorbanan di sini. Bak kata Ustaz Hasrizal, makna hidup pada memberi. Bila cinta, kita sanggup berkorban untuk yang kita cinta dan kasihi.
Bila ada niat untuk membahagiakan yang lain, maka kita akan usahakan yang terbaik untuk memenuhi kehidupannya dengan bahagia dan sempurna. Kata Abang Ed, bila kita tolong orang, Allah akan membantu kita, menambah nikmat untuk kita. Indahnya…..
CINTA TANPA KATA-KATA
Ok,apa-apa pun definisi tentang cinta, kita harus kembali kepada Fitrah kita, cinta kita yang utama ialah cinta kepada ALLah,
Namun begitu, ada satu cinta, yang saya harapkan,erk..saya? yup, dan saya rasa smua manusia juga harapkan,
Seorang insan yang apabila dirinya sudah tertarik dengan seorang wanita ataupun lelaki, dia diamkan, bukan bermaksud dia diam kan lepas tu memakan hati, bukan begitu
Apa yang di maksudnya di sini ialah dia menjaga hatinya, yap, tepat sekali menjaga hatinya
Menjaga hati supaya hatinya diamkan apa yang dia rasa, kemudian dia berdoa dengan doa
“Ya Allah jadikanlah aku hamba yang mencintai Mu, dan jadikanlah insan yang mencintaiMu mencintaku supaya cinta kami hanya pada Mu…”
Kiranya begini dia tahu apa status cinta dalam dirinya sebenarnya, dan dia simpan cinta itu kerana cinta itu sangat suci
Kemudian dia cuba jadi yang terbaik untuk dirinya sendiri, kemudian untuk pasangannya, dia sudi menerima dan menampung kekurangan yang ada bersama pasangannya.
Indahnya cinta tanpa kata-kata ini apabila tiba satu titik keredhaan, iaitu perkahwinan
Cinta yang tidak di nodai dengan MESEJ-MESEJ, KOMEN2 DI FB, EMAIL,CALL,PEGANG2, JUMPA2, dan last sekali tidak tahu pengakhirannya.
Ibu saya berkata,
“kalau sebelum kahwin sudah buat perkara yang tidak elok, jangan harap nak dapatkan yang terbaik selepas nikah..” rumah tangga tersebut pasti ada masalah.
Ini yang membuatkan saya terfikir, kalaulah begini apa jadi dengan rumah tangga kita pada masa akan datang
Oleh kerana itu, mahukan seseorang perlu approach dengan cara yang benar, bukan cara yang salah,
Biar akhirnya jadi perkara yang halal untuk kita,
Yang halal lagi di redhai dan di rahmati baitulmuslim yang kita bina~Aminnn
Percayalah, Allah lebih mngetahui...
ReplyDeleteAi, cinta2 je sekarang ni...
Satu kawalan diri yg baik,
menulis sebagai peringatan diri...
alhamdulillah...
ReplyDeleteuntuk peringatan diri sendiri yang hampir lalai
huhu~C.I.N.T.A VS N.A.F.S.U..