Pages

.:My Dearest friends:.

Tuesday, November 16, 2010

Sharing ; Couple?simple je kan?

Tajuk pelik lagi...aduyai..
maaflah wahai pembca,
saya ni, suke sangat menulis, 
tapi kalau nak letak tajuk tu pun masalah besar jugak 

erk..gambar kat atas tu kan? geli den sebenarnye...huhu >.<
saje letak..kontroversi sket kan?haha.

Okeh, hari ni , tibe2 nak tulis pasal nie
ala, bukan pandai sangat pun sebenarnye, tapi biase la ,. bile ade ilmu sket rasa macam nak share.

ade seorang kawan sy. dy tak berpuas hati dengan post Love is Zina saya
kerna dalam tu ada tentang k.nurul jawap persoalan tentang couple tu kan? so dy tak puas hati
sebb jawapan k.nurul macam menggalakan supaya org bercouple.
haih~

mende ni tak complicated pun sebenarnye. cuma perlukan lebih penerangan jer.
hehe. aduyai....tak reti jugak den mende2 cani...but I try la..

anda org yg bercouple?atau sedang mencegah couple?meh bace meh..



First dialog

“ayang..abang rasa er…kita..patut putus la…” ujar si lelaki.

“ala, kenapa pulak nie. Kitakan dah lama bercinta, sampainya hati abang, abang dah ada pmpuan lain ke,,apa lebih dy dari ayang?” soal si gadis

“erk..bukan..abang memang setia dengan ayang..Cuma…”

“Cuma apa..abang di lema nak pilih salah satu?” desak si gadis

“tak, abang takde orang lain …Cuma abang da insaf ayang..abang nak kita kembali ke pangkal jalan. Abang berdosa sebab bawak ayang ke kancah maksiat. Mujur hubungan kita tak jauh….”

“erk..kenapa tiba2 je ni bang…apa yang membuatkan abang tiba2 nie?” soal si gadis tak puas hati.

“sebenarnye, abang baru sedar yang hubungan kite ni salah…”




Second dialog

“hisy…bengang betul ar…sengal…hampeh.merepek gilaa…!!!” jerit si gadis

“kenapa ni bi?”soal si lelaki.

“ade sorng minah perasan suci ni, tiba2 je serang bi, ade dy cakap…”heh, org bercouple nie, tak kompem masuk syurga…” apa dy ingat dy kompem sangat ar masuk syurga??haiihh !!!”

Luah si gadis, si lelaki sengih

“ala ..pedulik la apa orang cakap  bi…bukan dy yang tentukan hidup mati kiter ,kubur pun lain2 kan bi?” katanya.,


Third dialog.

“awak…tadikan . . sy terserempak dengan A, “

“siapa A?”

“ala..kawan sy yang pakai tudung labuh tuh..”

“oh..kenapa dengan dia…”

“takde lah….sy tanya A…tak boring ke takde couple kan?dah la dy takde abang atau adik lelaki, ayah dy pulak dah meninggal….jadik…kasih sayang lelaki tu takde…” ujar si gadis itu. Si lelaki diam.

“kenapa pulak..awak piker mcm tuh?” soal si lelaki.

“yelah..kalau sy..tak boleh hidup tanpa awak…”

“awak tanya dy?kenapa dy tak couple?”

“ade, dy cakap…”sy menunggu kasih syg dari seorang suami…dan kini sudah mencukupi kasih sayang dari rakan2 perempuan, itu sudah lebih dari cukup….kalau saya couple…macam mana saya nak bercinta sedangkan dy tak halal ntuk saya…”

Si gadis dan lelaki terdiam. Then, tiba2 gadis tu Tanya.

“awak..jom kita kahwin…”si lelaki terkejut

“haih..awak gila apa…kita baru second year..xkan nak kahwin da…saya pun takde keje lagi…hisy..logik la sket…” ujar si lelaki, si gadis muram.

“jadi..apa gunanya kita bercinta skarang..?” soal si gadis.

“lah..kan kita saling sayang menyayangi..inilah caranya..”

“tapi…A cakap..haram bercinta dengan yang xhalal..” si gadis sudah berkaca mata.

“hisy..awak ni..cepat sangat terpengaruh dengan dy…kita bahagia je bercinta slama ni..” kata si lelaki, si gadis diam.

“awak tahu, A cakap, ‘cuba awak Tanya BF awak, dy sangup x nak kahwin dengan awk skrng..kalau x skrang dy harus bg tarikh untuk kahwin and dy dah ade prancangan da nak kahwin dengan awk…,kalau tak….dy xlayak untuk awak…’ itu kata2 A, dan ternyata A benar. Awk tak layak ntuk saya….” Ujar si gadis itu lalu pergi.

“awkkkk…!!!”


Forth dialogue

“pa…cuba pa baca ni…”si gadis berikan link satu blog kepada si teman lelakinya. Teman lelakinya cuba baca walaupun panjang demi awek tersayang.

“tajuknya Couple  haram di sisi islam…by wardah syauqah..”

“macam mana?dah baca?” soal si gadis, namun si lelaki diam.

“dah.” Sepatah dy jawap

“ouwh..”

“erm..ma…”

“ye..”

“pa rasa..stuju kot dengan penulisan tu..”

“erk..ma pun sama…”

“jom kita sama2 berubah,…demi Allah ye ma…”

“oklah pa…ma bersyukur pa faham..lepas ni kita sepatutnya baca banyak2 bahan2 ilmiah di blog dy..banyak lagi input2”

“ok..mungkin sampai di sini je kot..kalau ada jodoh…insyaAllah kita bersama ye ma…”

YM di offline kan.


Fifth dialog.

1message receive

“erk..boleh ana Tanya sikit?” soal si gadis

“yap?”

“kenapa enta pilih nak couple dengan ana?” soalnya.

“kan hari tu kita dah bincang, sebab ana tertarik dengan keindahan budi pekerti enti, “
Si gadis puas hati.

“tapikan…couple tu kan haram?tak rasa bersalah ke?” soal lagi.
Setelah beberapa minit baru si lelaki balas mesej.

“couple ni ada banyak pendapat, ada yang kata boleh ada yang tak boleh, yang tak boleh tu, of kos la sampai buang bayi ape sume tuh…yang kita ni,,insyaALLAH tak ada apa2….ana jaga enti, dan kita sama2 saling menjaga…kita tahu agama..bukan?” kata si lelaki. Di gadis diam dan berfikir

“benarkah?”

“iya..sudah2 jangan banyak berfikir…insyaAllah moga hubungan ni diberkati Allah…”

Tut….



Okeh2, cukuplah kot dengan 5 situasi couple di atas, saya yakin, anda mungkin ada terjumpa mana2 pasangan yang begini.,lagi2 anda sebagai para-para da’ie,tapi sebelum tu nak Tanya,. \

Siapa yang tak faham kenapa situasi ini di perkatakan?ok, synopsisnye macam ni sebenarnya.

Dialog2 di atas merupakan respon atau tindak balas setiap pasangan couple, selepas di tegur oleh anda2 sekalian, ops..bukan, para da’ie sekalian,.

Sekali gus ini menunjukkan cara dakwah dan penyampai dalam menyebarkan maaruf dan nahi mungkar.

Kita yang faham mungkin tahu bahawa couple itu walau dari segi apa pun tetap juga haram, tak kiralah apa pun alasannya, keputusannya tetap juga haram. 

rasa macam best je nak ulas dialog yang pertama, tak ingat?ape lagi skroll la mousepad anda ke atas..haha

cuba anda lihat situasi pertama. Ini sang lelaki yang mula insaf,
Anda dapat bayangkan tak bagaimana si DA’IE melakukan kerja dakwahnya, cara apakah yang di gunakannya? Entah..jom..cuba kita fikirkan.

Mula2 si Da’ie berikan dia bahan bacaan tentang pengharaman couple.

“enta faham?” soal di Da’ie. Si lelaki menggeleng.

“aku tak faham dan tak stuju, kenapa couple ni haram…ini salah..coz aku dengan awex aku tak pun macam ni bro…” ujarnya. Si Da’ie senyum. Kemudian dia meletakkan tangan di dada lelaki tersebut.

“hati ini untuk siapa?” soalnya,. Si lelaki masih bingung dan diam,

“untukkk…”

“hati adalah tempat jatuhnya pandangan Allah..dan Allah sahaja yang sepatutnya berada di sini…” ujar si Da’ie sambil mengusap dada temannya. Si lelaki itu tunduk. Dan giliran dia pula menyentuh 
dadanya sendiri.

“bagaimana jika enta dah serahkan hati ini kepada kekasih enti dan …kosong kepada Allah…malah di kotori pula dengan cinta yang tidak sepatutnya….apa pandangan Allah bila hati itu sampai pada-Nya?” soal si Da’ie. Si lelaki diam. Sambil mengenggam artikel itu.

“dalam hati manusia, ada seketul daging..jika baik daging ini…maka baiklah seluruh anggota badannya, dan jika buruk..maka buruklah seluruh tubuhnya….cuba enta fikir ..jika enta still couple, adakah hati ini akan bersih..??hari2 enta ungkapkan cinta kepadanya..hari2 enta ucap sayang padanya….masyaAllah..mana ruang untuk yang Maha Satu itu??” soal si Da’ie.

Si lelaki terus berfikir, sehingga…dialog pertama wujud.

then?

okeh, ini adalah situasi ke dua tadi

si da'ie berkata ;

“alah…susah apa….kite cakap je couple tu haram..terang kat depa habis habisan..biar depa tahu yang couple tu bukan mende mudahhh  !!!”

Ok so, jawapannya pasti akan jadi seperti pasangan couple number 2, haih~ni yang tak mahu, silap2 hari bulan ramai la mad’u kiter yang lari, coz cara pendekatan kita salah sangat. Mungkin tak sesuai dengan setiap orang dan setiap jiwa.

ingat. tujuan kita nak halang couple ialah nak elakkan dari maksiat hati dan maksiat2 lain. jadi kenapa perlu terburu-buru?

cuba saja kalau benar mad;u kite jadi macam ni??hah..kan da di pandang serong, so, dalam nak berdakwah kene cara yang berhikmah dan sabar.

Ya ! couple tu haram...dan tak boleh di beri peluang walaupun sedikit.

bagaimana pulak dengan golongan yang dah lama giler couple and stia mampus la...takkan kita trus nak cakap

"hoii..kapel tu haram tau x....dosa...neraka la jawapnye...!! jangan kapel langsung...stop terus..." 

yes ! we all know about that, itu orang yang faham,kalao yang xfaham, susah la nak stop terus, perasaan dy mesti terluka,
so,
we must do it by step lah..

1) sedarkan dy dengan artikel2 atau nasihat2 secara tak langsung
2)kalau tgk dy ok, baru lah face to face, bercakap baik2...tanya macam mana hubungan dy dengan skian2
3)next, tanya lagi, apa matlamat si DIA..adakah DIA berniat nak berkahwin atau serius,adakah DIA cukup income, adakah DIA dah sedia kan tarikh perkahwinan
4)ok then, mesti MEREKA, akan mula ambil berat  bahawa bukan senang nak couple, kalau macam tu baik nikah je terus
5 then step five, baru lah kita sedarkan dia apa yang sepatutnya mereka tahu, tentang hati dan perasaan, dan hubungan dengan Allah bagaimana..?

okeh,kita masuk ikut fasa2 yang sesuai, ada orng terus lompat kat step 3 terus..ada lagi trus step 5 kan? itu depents pada sejauh mana kita kenal dengan hubungan si Mad'u tersebut. 

okeh??


ha, ini ulasan dari dialog ke 3

Cuba tengok pula pada situasi number 3, itu salah satu contoh qudwah hasanah, dia tunjukkan akhlak yang baik, then dia ceritakan tentang couple dengan cara yang betul,
Dan membuatkan si gadis itu berfikir , benar juga begitu, dan benar juga begini,  ini adalah satu2 cara yang terbaik dan pendekatan secara sangat halus, dan cara ini sesuai di gunakan kepada rakan sekelas atau mana2 group, lebih2 lagi roommate atau dormate sendiri. Sebab pendekatan ini sangat dekat dan memahami,

cara ni lebih kurang je la dengan cara yang pertama, cuma pendekatan lelaki dan perempuan tidak sama.

Mari kita ulas pulak situasi ke empat pula,

Yang mana si gadis berikan artikel yang berbentuk blog dan penulisan untuk di baca, dan penulisan dia itu sangat sesuai dengan jiwa mereka.

Cuba bayangkan berapa juta yang baca blog ada, dan berapa jiwa yang hadir di dalam nya sebagai contoh.anda menggunakan ayat ni dalam blog anda.

“Woii..korang tahu tak couple tu haram? Sedangkan dah berlambak artikel pasal pengharaman couple..asal korang wat pekak je????? Bagi aku, couple tu adalah satu2 jalan yang paling bodoh dan sebodoh2 pemikiran , orang yang intelektual tidak akan memilih jalan yang bodoh ini..”

Ok, contoh reaksi. Ada 2 yang pertama,

Pertama,

“ape si bangang ni tulis ni,..bajek dy sorang je benci couple….bajek dy tak couple arr..skali dy jatuh baru tahu..sedap sangat ngate ke ore…”

Kedua,

“yeke?couple sebodoh2 pemikiran..betul jugak..dah tu yang aku couple nie?”

Then cuba buat artikel macam nie.

“wahai manusia yang mempunyai hati, sudah jelas dan terang lagi bersuluh bahawa couple itu haram, kenapa kita masih lagi pertahankan diri kita?sedangkan Allah kurniakan kita akal untuk berfikir dan  kita adalah sebaik2 kejadian..kenapa kita lupa dan lalai? Kenapa kita masih lagi mahu berselindung di sebalik hujah2 yang tidak sepatutnya?”

Ok , contoh reaksi,

Pertama,

“hee….kalao la orang bercouple ni bace…mesti tak sedar diri jugak…lembut sangat….”

Kedua,

“ya Allah…sedangkan aku punyai akal…kenapa aku still nak pertahankan couple..sedangkan aku tahu couple tu haram…”

Ok jelas? Bagaimana penulisan anda boleh pengaruh jutaan jiwa yang membaca. Anda jangan fikir takde orang nak bace blog anda. Dalam diam anda tak tahu dia hanya mengikuti segala perkembangan entry blog anda untuk ambil apa di dalamnye. Oleh sebab itu, gunakan lah bahan2 semaksimum mungkin untuk kita menyampaikan ilmu demi menyelamatkan aqidah2 ummah islam yang kian punah kini.

Kita adalah para Da’ie. Yang sepatutnya tahu sejauh mana kemampuan kita  dan tahu apa sepatutnya cara yang kita gunakan untuk menyampaikan pada tiap2 mad’u kita. Ini ramai yang para Da’ie terlepas pandang. masyaAllah.

MAHALNYA JIWA SEORANG MAD’U BUAT SEORANG DA’IE. Kalo boleh mahu saja dia memegang sentiasa mad’u nya supaya mereka tidak jatuh buat kali seterusnya.

jika kita rasa kemampuan kita pada penulisan, then teruskan menulis, even apa pUn,.walau pun sikit kita berkongsi. mana tahu sikit itulah yang tersampai pada hati2 dan jiwa2 yang membaca..bukan?

Dan komen buat situasi ke 5, ialah, mereka yang mungkin ‘faham’ tetapi masih buat, dan ini, paling banyak berlaku . dan ini juga berlaku dalam kalangan da’ie sendiri. Ohh…tidak..bagaimana mahu berdakwah sekiranya diri sendiri tidak jelas dengan Fikrah masing2…aduyai…

Mungkin golongan ini selalunya daripada golongan sekolah menengah agama. Ha…ini dia, mane ade skolah kebangsaan guna gelaran ana enta. Ana enti la, tu pun memang budak yang baik giler je pakai yang nie.

Kalo situasi yang ke lima ni, mmg agak pelik sket la kan, yelah….dah tau mende tu haram, tapi ada pulak hujah2 nya.

Bila dua hati dah di ikat , kiranya saling suka sama suka, dan dah declare pun, itu namanya cinta erk…cinta ..oh..bercinta namanya. Atau lebih best lagi…namanya ialah berkasih..berkekasih..adoy..entah la..couple la kot…dah stuju konon2 la…awak milik saya..saya milik awak..kan? huh! Nak gelak pun ade..hehe..macam2 la orang bercouple ni.

Kalau tengok je dorang, mesti tak rasa depa ada dengan kita, rasa macam dunia depa lain dari dunia kita, kadang2 dy asyik dengan hanset dy je, then slalu dengan mesej dy je, pastu sengih sorng2 ..tak best la ade kawan macam ni, kalau boleh nak je mereka slalu ada dengan kita, bukan 
jasad je,. Hati sekali la. Kalau tak, kita cakap apa2 mesti xpaham.

jadi pendekatan untuk situasi ke lima ni, macam biasa lah, terus ingat dan mengingatkan dan saling pegang hati masing2, itulah gunanya sahabat bukan?

sahabat sepatutnya boleh tahu apa yang ada dalam hati sahabat masing2, jadi dengan itu mereka boleh berkongsi dan saling menasihati

bak kata HILAL ASYRAF- KENAPA TIDAK KAMU YANG BERCOUPLE DENGAN MEREKA???



itulah dia, method2 yang tak seberapa buat para2 Da'ie yang sedang kusut mencari cara untk kawan2 yang couple ke hape ke?

whatever you do, just please use the best and suitable method for your friends or audience, mybe they could nt accept for certain2 reasons. 

so, dont give up to spread the truth, if you know the wrong that fix it be the truth 

pelik da ayat BI haku...hak3..maklumla english baru level 5 >.<

perhaps this sem I will EXIT?pray for me..

baiklah, sekiranya ada kekurangan anda di alukan untuk menambah
sekiranya yang tersilap, saya dengan rendah hati meminta anda untuk menegur dan perbetulkan
untuk saya...


jom , sama2 sebarkan kebaikan

AMAR MA'ARUF  CLUB  NAHI MUNGKAR.



5 comments:

  1. i love you entry yunk...huhuh...cayok2

    ReplyDelete
  2. yeke,..hua..xsangke den....mekasih sbb bace..>.<
    sebar2kan untuk kebaikan...:D

    ReplyDelete
  3. suke :) best 'about couple' entry ever! ^_^ hmmm betu2. kdg2 da'ie sndiri pn t'sungkur dan kebykknnye x perasan pn perkara 2 b'laku pd mrk sbb dah dikaburi oleh zeenah syaitan. anyway, it's a nice tazkirah...

    ReplyDelete
  4. alhamdulilah..post yg sgt menarik..membuka mata2 DAIE YG Berselindung di sebalik JALAN DAKWAH..kita asyik cakap pasal MAD`U..BUT HOW ABOUT DAIE TU SENDIRI??surah as-saff ayat 2-3..jadi kan pegangan antum..kta asyik cakap pasal msyrkat yang dok buat maksiat..tapi kita terlupa BERBICARA MENGENAI DAIE YANG ANA ISTILAHKAN SEBAGAI BERSELINDUNG D BALIK JALAN DAKWAH..ni lagi la teruk..MOGA KITA MENJADI DAIE2 YANG SEDAR DIRI..mohon maaf andai kata2 ini agak keterlaluan..just berkngsi n cuba membuka mata2 hati kita..wallahualam..
    www.nukilanhatihamba.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. kak Nurul ; a'ah daie mmg ramai mcm tu.kdang2 bila dah futur dan sbgnye...

    sue_fillah ; sblm ni saye dah ade post tentang daie//dan ini salah satu daripada kuliyyah yg sy dengar dan sy simpulkan tntng zina hati..erm..insyaAllah..nak jadi Daie bukan mudah
    "bila kita sudah menyebut kalimah Lailahaillallah maka dia adalah seorang daie'

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3