berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah....
Assalamualaikum,
selamat berblogging smua,
actually, tajuk tu takde kaitan pun dengan entry blog ni..
haha
Ok,kali ini saye paparkan satu tajuk khas,
khusus untuk mana-mana insan yang sukaaa sangat dengar lagu
tak kira la lagu nasyid ke,.justib bieber ke..ops...hehe
korang tahu tak, bila korang dengar lagu,
perlu ada syarat-syaratnye
bukan sedap2 je korang nak dengar,
rentak sedap sket...truss layannn...
lirik best sket...layann...kan?gimana tuhh?
so, nak tahu sebenarnya selama ni korang dengar lagu betul ke tidak
sila lah baca ye~
sebab...islam dah gariskan hiburan2 ini dalam islam
kalau korang tak ambil berat soal ini
maka secara mudahnye aku simpulkan yang korang ni
hanya ambil islam separuh2 saje
oh2..tidak,...korang da besaw kan?
da mature kan?
so what...
jangan sombong menerima ilmu~
renung2kan dan slamat beramal~
Baiklah,
dibawah ini ada penerangan sket
tentang garisan2 tentang muzik yang telah di gariskan
oleh Islam dan fatwa2 ulama'
erk, maaf, sebenarnya saya tidak ingat di mana saya ambil sumber ini
kepada penulis harap maaf.
1. TUJUAN
Garis Panduan Hiburan Dalam Islam ini disediakan untuk memberi panduan kepada pihak yang terlibat dalam industri hiburan merangkumi nyanyian, muzik, tarian dan lain-lain. Garis Panduan ini juga akan dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat awam yang menyertai persembahan rancangan hiburan.
2. PENDAHULUAN
2.1. Pada dasarnya Islam mengharuskan hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud:
“Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya idul fitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita.” (Riwayat Ibnu Majah)
Berdasarkan Hadis tersebut, nyatalah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga adalah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh memberangsangkan kepada perbuatan dosa. (al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hal. 273).
2.2 Dalam membincang isu ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12 – 13 Mei 1981 telah membuat keputusan seperti berikut:
a) Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat[1], tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah[2] adalah harus;
b) Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram;
c) Pancaragam yang melalaikan[3] hukumnya haram;
d) Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan
e) Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.
3. KANDUNGAN GARIS PANDUAN
3.1 Garis panduan ini mengandungi perkara-perkara berikut:
3.1.1 Takrif
3.1.2 Program Hiburan
3.1.3 Persembahan Muzik
3.1.4 Lirik Lagu
3.1.5 Persembahan Artis
3.1.6 Persembahan Tarian
3.1.7 Tanggungjawab Penganjur
3.1.8 Kesimpulan
3.2 Takrif
3.2.1 Hiburan
Maksud hiburan ialah sesuatu (perbuatan, benda dll) untuk menghiburkan (menyenangkan, mententeramkan) hati. (Kamus Dewan).
3.2.2 Nyanyian
Maksud nyanyian ialah gubahan muzik yang dilagukan dengan suara. (Kamus Dewan).
3.2.3 Muzik
Maksud muzik ialah gubahan bunyi untuk memperoleh keindahan bentuk dan pernyataan perasaan. (Kamus Dewan).
3.2.4 Tarian
Maksud tarian ialah gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik. (Kamus Dewan).
4. GARIS PANDUAN
Garis panduan yang memisahkan sama ada hiburan itu boleh atau sebaliknya menurut Islam adalah sejauh mana hiburan tersebut mencapai maksud dan prinsip Islam yang menekankan ke arah kesejahteraan umat manusia. Antara garis panduan tersebut adalah seperti berikut;
a) Program Hiburan
i. Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan.
ii. Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan orang ramai.
iii. Mengambilkira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran Islam.
iv. Tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat.
v. Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan.
vi. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang bertentangan dengan ajaran Islam.
b) Persembahan Muzik
i. Tidak menimbulkan gerakgeri liar.
ii. Tidak mendorong kepada perbuatan maksiat.
iii. Tidak melalaikan.
c) Lirik
i. Kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan.
ii. Tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, perkataan lucah, menggambarkan arak, dan memberi perangsang melakukan dosa.
iii. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi.
iv. Tidak mengandungi ungkapan-ungkapan yang melanggar adab kesopanan dalam Islam.
v. Tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat Islam.
vi. Tidak mengandungi unsur mengutuk nasib dan lucah.
vii. Tidak mengandungi unsur menghina, mengaib, mencaci, memfitnah dan seumpamanya.
viii. Tidak boleh menjadikan teks al-Quran sebagai lirik.
d) Persembahan Artis
i. Berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan.
ii. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
iii. Tidak melakukan gerak geri dan perkataan yang boleh menimbulkan perasaan yang mendorong kepada maksiat dan menghina Islam.
iv. Tidak mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau menghina agama Islam.
e) Persembahan Tarian
i. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
ii. Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah.
iii. Tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.
iv. Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan.
v. Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan.
f) Tanggungjawab Penganjur
Penganjur hendaklah mempastikan acara hiburan yang dianjurkan menepati garis panduan yang telah disediakan.
5. Kesimpulan
Garis Panduan ini diharap memberikan panduan kepada pihak yang terlibat dalam industri hiburan. Ia juga dijadikan usaha untuk mewujudkan masyarakat yang dapat mengamal dan menikmati hiburan berteraskan nilai-nilai akhlak dan syariat Islam.
RUJUKAN
1. Mausu’ah al-Fiqhiyyah, Wizaratul Auqaf Wa al- Syu’un al-Islamiah,Cetakan Pertama, 1995, Kuwait.
2. Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran, Syeikh Abdullah bin Mohamad Basmeih, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
3. Al-Halal wa al- Haram fi al-Islam, Syeikh Yusuf al-Qardhawi, al-Maktab al-Islami, Cetakan ke-15, Beirut 1994.
4. Kamus Dewan, Edisi Baru, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991.
5. Garis Panduan Muzik, Nyanyian dan Seni Menurut Pandangan Islam, Bahagian Penyelidikan, JAKIM.
6. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-2 pada 12 – 13 Mei 1981.
7. Garis Panduan Penyiaran, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
[1] Sesuatu perbuatan yang haram (Mausu’ah al-Fiqhiyyah)
[2] Cubaan, gangguan, hasutan dan kekacauan (Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran)
[3] Perkataan dan sebagainya yang tidak mendatangkan hasil serta tidak memberi faedah dan manfaat . (Mausu’ah al-Fiqhiyyah)
so, jadi..maka...
dengan syarat2 diatas,
kita boleh tahu adakah lagu2 yang kita dengar slama ini
halal ke tidak untuk di dengar di telinga kita ni?
LALAI.
Lagu2 yang tak di benarkan ialah lagu2 yang melalaikan
yang boleh membuat perasaan terbuaaii...dengan perasaan sendiri
dan akhirnya membuatkan hati kita menjadi rosak
muzik juga menentukan personality kita
jika kita suka dengar lagu yang tidak baik
ia akan memberi kesan kepada JIWA kita
JIWA yang tidak rasa izzah nya islam itu sendiri
jadi
segeralah selamatkan diri anda..~dari hiburan yang melalaikan
nak dengar nasyid boleh
tpi jangan la sampai terbawa2 kemana2 pulak..huhu
salam perjuangan
andai ada salah silap
tegurlah
dan sape2 yang ada informasi lagi tentng hiburan dalam islam
ini sila lah komen2 yap...
Tepat... Penghayatan perlu.
ReplyDeleteMelalui lagu, lirik yan baik
kita boleh memahami maksud lagu yg disampaikan
begitu juga senikatanya.
Walaupon lagu seperti ada yg kata berunsur jiwang
jika hayati senikatanya,
mungkin lain jawapannya.
persepsi stp org berbeza...
(Pesanan tuk sapa???)
walaupun jiwang?jangan layannn~
ReplyDeleteuntuk smua insan yang membacanya..
Alam itu adalah melodi bagi sesiapa yang tidak tuli dengan suara kebesaran Tuhan..
ReplyDeleteHiburan itu perlu, setakat yang diperlukan, tidak berlebihan.. Tidak dikhayalkan.. Tetapi, memperingatkan dan menyedarkan..
Lagu Linkin Park juga ada mesej yang baik, In The End... Salah tak mendengar? =)
Justifikasi anda?
saudara hasbi
ReplyDeleteadakah penyampaiannya mengikut kreteria yang digariskan dalam islam,
mesej nya mungkin sampai, tapi lihat pula cara penyampaian nya di mana, kalau ok, tak ada masalah.
Maksud jiwang tu,
ReplyDeleteada yg mgatakan nasyib byk jiwang.
mungkin sesetengah org mengatakan jiwang
namun pihak lain tidak pula
kene hayati maksud senikata...
cara penyampaian dan lain2 diambil kira juga
sbb dah kata berhibr ikut Islam..
depents on those individual how they define the meaning of 'jiwang'
ReplyDeletesomeone mybe rasa tenang dengar lagu tu tyme dy gelisah, so the music act like a cure to them..
depents la...yang penting tidak melampau dan ikut garis panduan islam..
sekian.