Pages

.:My Dearest friends:.

Friday, November 12, 2010

Perkongsian : LOVE is ZINA??


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, Hari ini Allah berikan lagi rezeki kepada saya untuk bertemu dengan dua pasangan yang dirahmati Allah selalu insyaAllah, iaitu Ustaz Syaari Ab Rahman dan isteri tersayang beliau kak Nurul Shuhadah Bt Syuib, walaupun ustaz Syaari penat and kak nurul pun tak brape sihat,namun talk masih lagi mantOP.the best !!
saje je wat tajuknye kontroversi,rasa macam tak sesuai je
tapi nak wat cane..huhu
and tajuknye tak seperti yang kusangka..haha~jom tambah thaqafah








Pendefinisian Seks dalam Islam.

Tajuk yang di berikan pada awalnya ialah berkaitan dengan Adam dan hawa, tapi bila sampai saja di dewan saya terkejut dengan tajuk “pendidikan Seks Dalam Islam”, saya pun tertanya2 ape agaknya kaitan Adam dan Hawa dengan Seks? Owh.mestilah ada,

Adam bukanke seorang lelaki and Hawa seorang wanita? Haha,.bila cakap soal lelaki dan wanita, mesti ada kaitan dengan hubungan dan pergaulan sesame dua kaum lain jenis ni,

Ok,jadi bila sebut tentang Seks saja, apa yang kita bayangkan? Pada masa ini, Ustaz Syaari Tanya kami satu dewan, and smuanya gelak, what that’s mean?maka Ustaz pun mengatakan bahawa Masyarakat sekarang telah di kotori dengan kefahaman yang kotor tentang seks, jadi bila sebut seks saja, masing-masing memikirkan tentang perkara yang kotor, Astaghfirullah,

Haha, kalau Tanya saya tentang seks pun, saya akan bayangkan benda yang same la macam korang bayangkan..huhu.

Jadi jelas sekali islam menyentuh semua perkara sehingga ada seks dalam islam, dan dalam Al-Quran sendiri pun ada bercerita tentang seks, namun, siapa yang tak faham dan tidak mengkaji Al-Quran mesti mengatakan bahawa Al-Quran ni Lucah dan sebagainya, 
Nauzubillah min zalik.

Jadi, yang membawa tentang kefahaman Seks yang kotor ini datangnya dari barat, tapi bila kita sebut barat, jangan pulak kita salah kan negara2 barat, tapi ia adalah dari tamadun barat yang Berjaya bertapak di Malaysia dan mendapat tempat utama di jiwa-jiwa remaja 
pada masa kini,.

Apa yang kini di lakukan oleh tamadun barat untuk mencemarkan atau mengotorkan kefahaman dalam diri Umat Islam ialah dengan ,

Belajar kerana Syahwat, memegang jawatan kerana Syahwat, berjalan ke Library semuanya kerana Syahwat, maka dengan ini, kita telah di kuasi dengan pemikiran barat ini.

Kata Ustaz Syaari lagi, Islam mendefinisikan SEKS adalah satu penzahiran  tentang cinta yang lahirnya dari dalam Hati seorang insane,  jadi perasaan cinta ini yang sepatutnya datangnya dari Ya Rahman, dan Ya Rahim, MasyaAllah, betapa pesongnye kita tentang kefahaman sebegini,

TAMADUN BARAT DAN PERSEPSI REMAJA TENTANG SEKS

Cerita Ustaz lagi tentang seorang Ulama yang bernama Ibnu Arabi, saya tidak ingat beliau ambil kisah ini dari kitab mana, tapi Ulama’ tersebut berkata “ sesungguhnya tuhan kamu  berada di bawah tapak kaki ku..” jadi, bila dengar kata2 ini, beliau di penjarakan, pada zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniah yang terkenal dengan kebijaksanaan, mereka mengkaji, mengapa Ulama tersebut berkata demikian,
Jadi, kaji punya kaji, last2 Kerajaan Uthmaniah dapat tahu, apa yang berada di bawah kaki Ibnu Arabi pada masa tersebut, jadi gali punya gali rupa-rupanya ada emas di dalam tanah tersebut.

Jadi, apa yang di maksudkan oleh Ibnu Arabi,ialah, dimana pada zaman tersebut manusia sangat mengagung-agungkan emas, shingga itu menjadi keutamaan daripada menyembah Allah Taala. Saya simpulkan, sama saja seperti sekrang, manusia menjadikan harta sebagai tuhan, jadikan pangkat sebagai tuhan dalam diri, yang mana mereka  lebih pentingkan keduniaan semata2 daripada  mendekatkan diri kepada Allah,

Paling ketara ialah Nafsu menjadi tuhan, bila smua kehendak Nafsu di turuti , maka kita seolah2 terikat dengan Nafsu dan mengikut apa saja yang Nafsu mahukan walaupun bercanggah dengan Hukum Allah, jadi ini telah melampau dengan menuruti Hawa  Nafsu dan meninggalkan suruhan Allah. MasyaAllahhh…

Jadi, cerita lagi Ustaz tentang fenomena pembuangan bayi, kemudian beliau kupas lagi sebab-sebab berlakunya pembuangan bayi ini, kenapa dan kenapa, terus di jelaskan macam clean and clear. Huhu…

Remaja masa kini, ataupun budak2 , mereka lebih percaya kepada apa yang mereka lihat berbanding dengan apa yang mereka tidak lihat, Ini di katakana sebagai  “Belief Crisis” krisis keyakinan,
Jadi, apa yang jelas mereka lihat kini , ialah lelaki atau wanita ( saya menceritakan tentang kedua2 belah pihak okeh) , tampan, handsome, cantik, menawan ,seksi, dan pelbagai lagi.

Jadi, mereka awal-awal lagi telah di dedahkan dengan seks dan pergaulan bebas ini adalah sebagai ENAK dan MENYERONOKKAN, dan MEMUASKAN, jadi apa yang mereka lihat hanyalah daripada sudut fizikal sahaja. 
Inilah, masalah yang paling popular di kalangan remaja, mereka telah di dedahkan dan di 

hasutkan dengan pelbagai hiburan dan kehendak Nafsu mereka, dan menggunakan
“hidup remaja hanya sekali, maka enjoylah” ini sangat sedih sekali. Mereka tidak lagi mahu semangat belajar seperti sultan Muhammad Al-Fateh di Zaman Turki Uthmaniah, dan mereka tidak mahu lagi belajar berperang, dan belajar apa2 melainkan hanya mahu berseronok semata,

KRISIS KEPERCAYAAN

Kerana apa, kerana keyakinan mereka masih kurang lagi terhadap rukun asas dalam islam ialitu Iman,
1.percaya kepada Allah
2. percaya kepada Malaikat
3.percaya kepada Rasul
4. percaya kepada Kitab
5. percaya kepada Hari Qiamat
6.percaya kepada Qada’ dan Qadar.

Mereka tidak ada keyakinan dari segi ini, mereka tak yakin bahawa malaikat itu wujud dan Allah itu wujud walau di mana saja  mereka berada.
PENZINAAN

Okeh, baiklah, sebut pasal penzinaan dan seks, maka Ustaz Syaari kaitkan dengan isu pembuangan bayi yang mana kajian mengatakan bahawa setiap 15 MINIT SEORANG BAYI akan di lahirkan , itu mengikut purata di Malaysia, MasyaAllah, hebat Malaysia, sebuah 

Negara yang produktif, tapi adakah ia berkualiti dan berguna?huhu….jom fikir dan Zikir.
Orang selalu pandang bahawa pembuang bayi ini satu perkara yang jijik la, menyedihkan dan sebagainya dan bla..bla..

Tapi kita tak sedar, kita sendiri yang membiarkan dan merelakan JALAN MENUJU PEMBUANGAN BAYI ini terus di jalankan, mungkin kita tak sedar, yelah,
Membonceng, dating, calling2, mesej2, jumpa2 dan sewaktunya bukan kah itu satu jalan menuju penzinaan?? Dan akhirnya menuju kepada pembuangan bayi . MasyaAllah perkara ini masyarakat langsung tidak ambil peduli,

Duduk dalam tren  bersebelahan dan buat aksi yang tak patut sebagai  insane yang halal untuk di nikai, itu menjadi perkara biasa, tiada siapa berani tegur, dan pembuangan bayi still berlaku, malah makin bertambah pulak dari hari ke hari  dan dari tahun ke tahun seterusnye.

Ayat ini menguatkan lagi bahawa aktiviti ini menyumbang kepada pembuangan bayi.
“Kalau kamu (seorang wanita ) memberikan tangan, maka tempoh 6 bulan selepas itu kamu akan serahkan tubuh kamu”

Jadi, Allah telah menjanjikan untuk menarik nikmat alam perkahwinan apabila seseorang itu berzina,

Dan ada lagi , satu hadis.
“ Apabila kamu berzina kamu akan dapat empat perkara ini, pertama, Allah akan hapuskan cahaya dari wajahnya, Allah akan putuskan rezeki kamu, dan kamu akan dapat kemurkaan dari Allah taala, dan akhirnya Zina ini akan menyebabkan anda masuk ke neraka” huu…tak ingat hadis mana. Sape2 yang tahu boleh lah tolong carikan .


STEP2 MENUJU KEZINAAN

Ada satu syair yang di bacakan ustaz Syaari daripada seorang penyair tentang step2 menuju penzinaan
Pertama- Pandangan
Kedua- Senyuman
Ketiga- bertanya khabar
Keempat-bercakap lama-lama
Kelima-dating
Keenam-mula mahu berteman
Dan ayat seterusnya penyair tersebut diam, dan itu menunjukkan penzinaan mula berlaku,
Jadi dapat kita lihat dari sini ,sangat halus hasutan syaitan kerana dari hal sekecil itu boleh menyebabkan kita jatuh ke lembah yang sungguh hina sekali.

Oleh sebab itu dari mata turun ke hati, kawan2 Hati adalah segala-galanya, tempat jatuh pandangan Allah
Sampaikan Hati itu boleh menguasi Akhlak dan perbuatkan kita
“dalam badan manusia ada seketul daging, bila baik daging tersebut maka baiklah jasad (manusia tersebut) jika busuk, maka buruk lah akhlak manusia tersebut “
Jelas, Kebersihan Hati sangat penting dalam diri manusia,juga ketawakkalan kepada Allah sangat penting
Dengan itu, kita hanya bergantung saja kepada Allah.

HORMON CINTA
Dopamin
-Hormon yang mana keadaan seseorang itu mabuk cinta, makan tak basah, tidur tak kenyang, mandi tak lena. Hihi….rasa yang terpikat sangat2

Serotonin
-dah  terasa sangat Obses, buka buku pun Nampak muka dia, bila tengok dia rasa teruja gila-gila macam nak terlompat2, senyum sorang2 bila tgk gambar or status FB dy, (erk..ni sy tambah sendiri ea)

Oxytocin
-Ni dah parak dah, rasa nak ingin bersama dengan nya, hubungan yang mula makin serius, dan blaa..bla…entahlah

TINDAKAN KITA MASA KINI MENENTU GENERASI KITA AKAN DATANG.

Apa yang di terangkan Ustaz, bahawa hormone-hormon ini tidak boleh di biarkan lama dalam diri kita, sebab makin lama makin dia akan menyerap dalam kita punya jasad, dan masuk lah dalam genetic kita

Bila dah genetic ia akan di turunkan kepada zuriat2 kita nanti.

Jadi, bila datang siyak perasan2 ini, maka dengan cepatnya kjta harus kembali balik kepada Allah, sibukkan diri dengan baca bahan2 Ilmiah suapaya tidak kita teringat padanya

Sibukkan diri kita dengan PERSATUAN dan KELAB, STUDY, daripada kita terus hanyutkan kita dengan mengingati perkara2 yang tidak sepatutnya
Dan paling penting sekali, semua ini adalah berkaitan dengan masalah hati yang sangat kronik.

SOALAN2 DARI BUDAK2 UIA PJ

Antara soalan-soalan yang di Tanya ketika majlis ilmu yang sangat indah ini, ialah
1-   Bagaimana ayah yang tidak menjadi contoh yang baik kepada anak2
(owh..lupa pulak saya nak story, yang ustz ada cakap, kajian mengatakan bahawa ramai remaja perempuan selepas akjl baligh tidak rapat dengan ayahnya, jadi sebab itu dia jadi hilang seorang lelaki yang sangat dia sayang, dan idola kepada dirinya untuk di jadikan contoh, tapi si Ayah pula takut untuk merapati anak gadis nya yang sudah akil Baligh.. jadi dia mencari lelaki lain pula untuk mengadu kasih dan sebagainya, yela,..sebab ayah dah jauh, lagi2 pula bila datang seorang lelaki yang sangat menghargainya. Lagilah cair wanita ini.

Jawapan (oleh kak Nurul )
·         REdha dengan ketentuan Allah yang ayah kita takdelah sebaik mana yang kita harapkan
·         Kita tengok ayah kita dari segi yang postif, kadang-kadang dia bekerja keras semata2 nak berikan belanja sekolah, walaupun dia panas baran, ataupun mungkin ayah kita ego semata kan..biaselah lelaki tua ni..
·         Kita pegang pada prinsip selagi mana arahan ibu bapa kita tidak bercanggah dengan syariat islam ,maka taatlah.
·         Cuba fikir balek, takde satu ruang pun yang Allah berikan kepada kita untuk berbuat buruk kepada ibu bapa, takde satu ruang pUn Ok.
·         Sebagai diri yang menghadapinya kita perlu tabah, ambil apa yang baik dan buangkan yang tidak baik dan perbaiki apa yang boleh di perbaiki, ramai lagi yang boleh jadi model dalam hidup kita sbg wanita ni, contoh paling mudah ambil siyak Rasulullah, bagaimana baginda menjadi seorang bapa kepada Fatimah, hubungannya dengan Fatimah sangat rapat,sehingga ketika Rasulullah wafat, Fatimah berkata dia yang akan menyusuli kewafatan baginda, ini menandakan betapa rapatanye hubungan Rasulu


2-    Kata orang. Jodoh ni kene cari? Macam mana eak..

Jawapan (kak Nurul) :  perbaiki Agama dalam diri sendiri terlebih dahulu, kemudian jodoh datang kepada mu.



3-   Kebanyakannye pergi Kursus kahwin, ustaz cakap yang lucah2 pasal seks

Jawapan (oleh Ustaz Syaari) :
·         First skali, betulkan dulu persepsi kita tentang seks dalam islam bagaimana, jangan biarkan sesekali fikiran kita di cemari dengan seks yang di dedahkan oleh tamadun barat
·         Second, pandangan kita mungkin pada seks terlalu bebas, jadi ini yang mungkin membuatkan kita tidak selesa, sedangkan penerangan itu mungkin dengan cara lawak yang tidak sengaja terlucah atau terkasar .perhaps..huhu
·         Jangan kita terlalu fobia dengan Seks, kerana islam itu juga mengajar kita seks yang sebetulkan dalam islam. Jadi jangan kotorkam fikiran anda

4-   Owh..ia  ada satu lagi soalan yang di Tanya oleh seorang pelajar,
(saye da ade couple, dan kami stuju nak kahwin lepas blajar)-ala lebih kurang macam itulah bunyinye kan.. ayat dy panjang sangat huhu..jujur la  tu kot

Jawapan (oleh kak Nurul,katanya soalan ni sering di Tanya dan dia pun dah naik menyampah dengan soalan sebegini)
·         Kalau couple  yang beria2 tuh, mak ayah tau dok?kalu dok tau…cepat2 pi bg mak ayah tau dulu,. Ni kecik2 da nak menggatai, Tanya dulu parent cane, kalo parents bg or stuju ..silakan lah..at least ada campuran dari orang tua dan berpengalaman.
·         Pastikan kalaulah betul laki tu dy nak kahwin sangat ,. Suruh dia bagi terus tarikh tyme tu gak, bila…masanya…pukul brape….kene jugak ade..baru leh jamiN….
·         Kalo boleh mintak proposal nikah tu cane, dengan mas kahwinnye, warna temanye, tempatnye, finance macam mana, pekerjaan macam mana..sume tuh kene mintak and tulih dalam satu proposal..hahhah..bgus cadangan kak Nurul I like it.

Ok, lepas tu Ustaz Syaari ade tanye,
KENAPA PERLU BERCOUPLE?
Masa tuh satu dewan senyap, and ada jugak yang cakap perlahan2 la untuk padangan sendiri, haha…
Lepas tuh tak ingat da ape ustaz cakap, yang ingat ustaz kata
Library dekat, Hostel dekat, Kelas dekat, sepatutnya dengan kelebihan yang ada ini, dengan masa yang ada ini, kita boleh memantapkan diri dengan pelbagai bahan bacaan
Tapi yang student tau ape??hanya 3 k..haha…kami terpinga2 3k?
Rupa2nya..kafe,katil.kolej.
Mwahaha…

TO SUM UP

Jadi ,apa yang dapat di simpulkan dari sini ialah, pencegahan itu paling penting, bukannya pemulihan. Benar, tak salah nak bukak sekolah termengandung ke hape, hospital untuk bayi luar nikah ke ., tak salah sebab ada pandangan dari ulama yang membolehkan.

Cuma sepatutnye pencegahan itu penting sekali, ia harus bermula dari awal, cegah awal2,,iaitu cegah DEKATI ZINA,

Seperti pergaulan sesame lelaki dan wanita,.

Membonceng, bertepuk tampar, bermain sama2 tanpa batas,

Dating or date meeting, menonton video2 lucah, gambar2 lucah dan sewaktu dengannya

Sebagai seorang manusia, iman kita sentiasa turun dan naik, jadi sebagai hamba-Nya kita perlulah kembali padanya

Tak kiralah seburuk mana pun hati kita, jika kita memohon ampun kepada Ya Rahman Y a Rahim,  Allah terima dan mengampunkan kita sebab keampunan Allah itu sangat meluas, selagi pintu taubat masih terbuka..huhu~takut la pulak bila cakap pasal ni..huhu

P/S ; trima kasih kerana sudi membaca dan beramal, kalau ada yang terkurang mintak ada yang tambah, kalau ada yang salah mintak ada yang betulkan, moga kita dan ilmu kita di redhai dan di rahmati Allah selalu,

Rasa macam banyak dapat dari Talk tuh, tapi nape biler tulih macam sket?huhu~ape da…Nampak sangat tak reti nak menulih.



Gambar-Ustaz Syaari and kak Nurul 
moga sentiasa di Rahmati Allah

8 comments:

  1. panjang la nih macik oi. x cukup2 lg ke

    ReplyDelete
  2. mane cukOp......ade lagi yang tertinggal tu
    sebab mato den da takleh tahan da

    ReplyDelete
  3. bagus2..ni mcm nota summary pasal talk mlm td, boleh dikongsikan bersama mereka2 yg tak dpt ikuti tuh...syukran2...

    ReplyDelete
  4. Panduan dan pedoman buat ramaja masa kini...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..thnx fizzo sbb bt summary pasal talk tu...x leh pegi sbb fhm2 je la..well..sedikit sebanyak menyentuh hati ,perasaan dan merubah persepsi terhadap perkataan seks tu sendiri...orang yang berkapel tu...dah terjauh ketinggalan daripada mengejar keampunandan dan rahmat tuhan sbb dyorang dah berada dlm dunia sendiri..anywayz syukran ya ukht...

    ReplyDelete
  6. afwan..
    cuba berkongsi apa yang mampu
    erk..
    paling tak tahan..
    cadangan kak nurul tentang org couple tuh..haha...klakar jgak kalo dpikirkan balekk

    ReplyDelete
  7. kongsi link blog Ustaz Syaari:

    posting latest xtvt2 beliau....

    "read! you'll conquer the world"
    http://www.iskandarfateh.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3