Crying can't settle down the problem but can reduce
the heart pain in certain woman. so,let they cry ,cry and cry until they stop
and find the new inspire and begin a new life after a dark problems.
Di saat Allah menguji saya dengan ujian yang sangat hebat, saat itu juge lah Allah hadiahkan saya pelangi hidup, untuk saya lebih tabah menghadapi ujian2 yang melanda diri ini
Baru tadi saye di pertemukan dengan seorang sahabat dunia akhirat insyaAllah, Alang namenye (bukan name sebenar) kalau sebut kompem kembang. Haha, dari Nilai, datang ke kampus petaling jaya untuk closing cremony program di CFS IIUM ini.
Sebelum ini .kepala saya sangat kusut dengan pelbagai masalah dalam diri, yelah,kata orang,remaja ni banyak konflik dalam dirinya, dia banyak monolog dalaman yang tiada insan lain pun yang tahu, melainkan dirinya sendiri dan illahi, ataupun, dia memilih untuk mengadu pada orang yang mereka percayai. Hurm..itulah remaja.
Tapi saya sedar, saya bukan remaja, saya hanyalah seorang hamba-Nya, yang perlu di gelar sebagai Mujahadah . seorang pemudi yang perlu kuat mendalami diri sendiri sehingga mampu Berjaya ke tahap yang paling atas sekali.
masyaAllah.
Sejak kebelakangan ini, hati ini semakin tidak keruan, tak faham dan tak mengerti, kadang2 berdebar secara tiba2, erk..kalau ikut kaedah saintifik, jantung yang slalu berdebar2 ada panyakitnya, entahlah saya kurang pasti namanya yang agak unik.
Kadang-kadang, hati ini sangat bersangka buruk dengan orang, kadang2 benci orang secara tiba2, kadang2 rasa ria’ secara tiba, kadang terperasan tiba2,
Aduyai, entah lah duhai hati saya tidak mengerti hati yang sedang terletak dalam diri ini, sudah lah hati tempat jatuhnya pandangan Allah, apa lagi yang saya boleh persembahkan pada Allah selain dari hati yang kotor iini.
Saya cuba hindari hati ini daripada banyak bermonolog, bimbang berlaku perkara yang tidak sepatutnya dan tidak sihat untuk hati
Hurm..dari mata jatuhnya hati, mungkin sebab aku tidak tundukkan pandangan ku ketika berjalan dan meneliti orang,
Tapi sekiranya saye hanya menundukkan pandangan dan tidak menundukkan hati, maka tiada gunanya,
Allah, hati ini rasa benar2 kosong, entah ..kosong dari segi rohani? Mustahil
Sedangkan di UIA ini banyak talk di jalankan dan hampir semua saya menyertainya. Kenapa hati rasa masih kosong dan tidak berisi????
Makin lama, saya bersangka yang tidak2 kepada Allah
Saya mula tertanya2
“Adakah Allah ingin menjauhkan diri dari aku//??”
“apakah selama ini ibadah ku tidak di pandang?”
“apakah di sebabkan hati aku terlalu kotor dengan sifat2 mazmumah, membuatkan Allah berlari jauh dariku?”
Soalan ini makin hari makin pantas berlegar2 dalam minda saya,
Apa yang harus saya lakukan
Krisis ini sukar sekali di bending,kadang2 saya ter’emo’ secara tiba2
Menangis secara tiba2, ketawa tiba2 (gila mungkin) dan ada juga saya termenung dan muram tidak kena pada tempatnya,saya sendiri hairan dengan diri saya,.
Tulun la. Sape agaknye yang tahu ape penyakit saya?ukuhhh’ss/.please….comment if you like to help me... >.<
Assalamualaikum.
ReplyDeleteSemalam ana menghadiri kuliah hadith kitab Riyadh as-Solihin oleh Al-Fadhil Ust. Abdul Hamid (imam Masjid Kolej Islam Malaya). Semalam beliau menyentuh tentang Husnul Khuluq.
Ada satu hadith yg beliau sebut. Sam'an bin Nawwas RA bertanya kepada Rasulullah SAW tentang al-Birr (kebajikan) dan al-Ithm (kejahatan, dosa).
Sabda baginda SAW: "Al-Birr ialah akhlak yang baik, manakala al-Ithm ialah sesuatu yang meragukan/menggelisahkan kamu, dan kamu tidak mahu orang lain melihatnya/mengetahuinya."
>.< jadi,dosa2 inilah yang membuatkan kegelisahan.
ReplyDeleteastaghfirullah....
manusia slalu lupa nak bertaubat.