Pages

.:My Dearest friends:.

Thursday, April 14, 2011

Cerpen; Sorry, you are not my type 3



Rumah Anak Yatim Darul Ikram.

“Munirah..lukis apa tu?” soal Fazura. Kanak-kanak itu senyum.

“kakak, tgk ni….belakang ni..rumah kita, ini taman permainan, ini kakak, ini Munirah,,,dan ini kawan-kawan….” Terang Munirah, walaupun kecil, kanak-kanak ini petah berbicara.  Fazura sebak.

“Munirah..besar nanti munirah nak jadi apa?” soal nya lagi,

“Pelukis …”

Fazura bangga, dia rasakan dia Berjaya didik anak-anaknya dengan baik. 

Smoga dia tinggalkan anak-anak ini dalam keadaan mereka boleh faham situasi dan suasana yang berlaku di sekitar mereka. 

“okeh..teruskan melukis…”
Fazura ingin melangkah keluar, namun terkejut melihat Ammar menyandar di pintu.

“boleh saya bercakap dengan akak sekejap?” pinta Ammar. Fazura mengangguk.

Air milo di letakkan di meja. Suasana Darul Ikram mulai sunyi.

“betul ke?” soal Ammar dahulu.

“betul apa?” soal Fazura tidak mengerti,atau sebaiknya dia bikin tidak mengerti saja.

“betul ke rumah kita akan tukar pemilik?” soal Ammar. Fazura senyum sebak, Ammar, bukan lagi budak kecil yang menangis yang  dia bisa berikan gula-gula 
dan terus diam.

“ammar..akak…..”

“akak…please….” Ammar memotong bicaranya. Fazura kaget. Bagaimana dia harus terangkan.  Dia bukan berbicara pada kanak2 lagi.

“Ammar..dengar dulu apa yang akak nak cakap..”

“yes I am…Ammar dengar apa jua alasan akak…”

“Akak dah tak mampu nak tanggung rumah ni lagi, banyak yang masih belum akak jelaskan…” Fazura cuba kuatkan diri.

“tu ke satu2 nya cara?”

Fazura mengangguk.

“Akak….kami tinggal di sini for free, berilah kami peluang untuk selamatkan rumah kami…..kami sanggup buat apa saja…jual2 ke..kita boleh dapat untung…” cadang Ammar bersungguh-sungguh.

““Cik Fazura..awak jadikan kanak-kanak ini hamba?” terngian kata2 Hazri  tersebut, dia tidak mahu makin memburukkan keadaan .

“Ammar, Tak perlu, akak dah buat keputusan/….pergilah tidur, esok nak sekolah..” ujar Fazura lalu bangkit.

Dia melangkah pergi.

“Akakkk !! Akak pentingkan diri sendiri !!!” teriak Ammar lalu berlari masuk ke biliknya.

Mata Fazura berkaca.

Maafkan akak…

Di suatu kawasan yang sunyi.

“Ahhh….ahhh…….tolongg..tolong jangan apa-apakan akuuu …!!” Fazura teriak. Laki2 yang ramai itu sengih. Muka bengis itu bisa menakutkan sesiapa sahaja pun.

“wehh..perempuannn..bila kau nak bayar?? BILAA?? Mana janji kauu ??!!!”  tengking salah seorang dari mereka. Suasana sunyi di tempat terpencil itu membuatkan lutut Fazura berketar-ketar. Takut. Benar-benar takut.

“tak…tak lama..lagi…aku dapat duit….”

“wehhhh..dari mana kau dapat duit???kau rompak bank??” soal salah seorang dari mereka, sejurus itu, ketawa sambung menyambung dan makin galak.

“aa..aku jual rumah anak yatimmm…”

“what??”

“ye….duit tu,. Aku akan bayar segala hutang bapa aku……” ujar Fazura sambil 
teresak-esak.

Bukkk !!!

Perut Fazura di tumbuk. Dia terduduk menahan senak .

“kalau kau mungkir janji, kau akan dapat lebih teruk dari ni….”  Ujar mereka, lalu terus meninggalkan nya sendirian.

Fazura menangis sepuas-puasnya.

“Ayaaahh….Ayahhhhhh…Ayaaahhh…kenapa ayahhh..kenapa ayahhh??!!!” Rintih 
Fazura semahu-mahunya

Dari jauh, Hazri hanya memerhati, dan sejurus itu dia terus menekan minyak dan Ferrari F430 terus meluncur pergi.  

Rumah Anak Yatim Darul Ikram.

“Wahhh..ramainye kanak-kanak….jomlah mama…cepat lahhh…!!” teriak Hani girang.

“ye..kejap….”  penat Datin Waheda mengikuti langkah laju Hani, tercungap-cungap di buatnya. 

“Wani…..Dania….jangan bergaduhhh…brapa kali dah kakak cakap…” Fazura duduk melutut, menenangkan kedua-duanya yang sedang menangis.

“Dania ni kak…dia dulu yang rampas teddy bear Wani…”

“Mana ada….Wani dia tertinggal kat sana…..Dania Cuma nak bagi je…”

“tipu….!!!” Jerit Wani pula.

Fazura senyum.

“Dah2…Akak cakap apa….kalau bergaduh kena buat apa?”

Masing2 saling memandang.

“maaf..”

Serentak mereka berkata. Sejurus itu mereka bersalaman.

“siapa yang memaafkan, akan diberi banyak ganjaran oleh Allah..” Satu suara muncul, masing2 menoleh.

“Hye….” Sapa Hani. Fazura senyum.

“dah…Wani dgn Dania, pergi main sana,..” arah Fazura.

“They are really cute…. Pandai akak didik dorang…” Ujar Hani Ikhlas. Fazura senyum.

“Alhamdulillah…mereka sebenarnya memang budak Baik, akak Cuma didik je…erk…”

“Hani….panggil saya hani…ini mak saye….” Datin Waheda senyum.

“Berapa ramai semuanya?” soal Datin.

“semuanya 85…termasuk laki2 dan prempuan…eh..masuk lah…”

“eh…jom mama…”

“Ammar…buatkan air untuk aunty and kakak ni…” arah Fazura.  Ammar sengih.

“siapa ni? Perampas rumah ni lagi ke? “ soal Ammar sinis. Dia terus berlalu ke dapur. Fazura kaget,

Apatah lagi Datin Waheda dan Hani.

“erk..biasalah budak-budak…emosional sikt…..”  ujar Fazura sambil ketawa kecil. Datin Waheda dan Hani saling berpandangan, mereka serba salah.  Kata-kata Ammar benar-benar terkesan.

“panggil saya Fazura…. Saya pemilik Darul Ikram…”

“oh..InsyaAllah, kami bakal pemilik tempat ni..” UJar Hani girang. Begitu juga Fazura.

“erk..jadi..encik Hazri……”

“owhh..tu abang saye…..abang ayiee memang macam tu prangai dia..COLD sket.”

Fazura menelan air luir, bezanya abang dan adik. Tak usah di kira 
perbezaanya. Begitu ketara.

Ammar muncul meletakkan dua buah mug dan sepinggan kuih yg tersedia.

“eh..Ammar kan?” soal Hani.

Ammar mengangguk Hairan.

“meh sini duduk…akak nak berkenalan….kamu ni handsome la…sini..sini…” ujar 
Hani sambil menunjukkan kerusi di hadapannya.  Ammar sengih.

Fazura memberi isyarat supaya duduk.

Ammar Akur.

“ammar umur brape?”

“15…”

“oh…eh..Ammar handsome la..mesti kat sekolah ramai peminat kan? Kalau lah akak jadi budak kelas Ammar, dah lama akak pikat Ammar….” Ujar Hani.

Fazura senyum melihat Ammar yang malu2 kucing.

“hisy..kamu ni Hani. Malulah budak tuh….maaf lah zura, Hani memang macam ni. Dia suka budak2…”

Fazura senyum,.

“Alhamdulillah, baguslah kalau Hani yang jadi pemilik baru rumah ni, sekurang2nya ada yang faham mereka…”

Datin Waheda Nampak kegusaran di wajah  Fazura, walaupun dia cuba menayang lesung pipitnya. 

insyaAllah bersambung....

2 comments:

  1. wahh..bleh tahan cik fizah ni bekarya...
    sambung cpt,k.nash nak baca nih..^^

    ReplyDelete
  2. ngeh3...minta komen membina yep kak...huhu...xbrape bagus pun saje2 wat time bosan :|

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3