KEM JATI DIRI
“Cepat…..dia pengsan..tadi dia sedut racun ular di kaki Dyana. …!!” teriak Najmi, dia mendukung Hani di belakangnya, Hani pengsan beberapa jam selepas dia menyedut Racun, dan beberapa jam selepas itulah baru bantuan sampai,
Mereka memang benar-benar berada dalam kawasan Hitam.
Masing2 kalut, cikgu2 dan ambulance sudah sedia, Hani segera di kejarkan ke hospital, secepat mungkin. Najmi turut ikut di dalam ambulance, bersama dengan Dyana dan cikgu Hasni.
‘bertahan Hani…..Bertahaaann…’ bisik hati Najmi.
Di Hospital Besar.
“Puan….”Cikgu Hasni lega melihat kelibat Datin Waheda, Juga muncul Dato’ Hazman dan Hazri.
“Cikgu, apa yang berlaku ni? Apa jadi dengan Hani….??” Soal Datin Waheda cemas. Satu satunya anak perempuan yang dia miliki.
“dia mungkin mengalami keracunan, sebab dalam hutan tadi, Dyana di patuk ular, dan di bertindak untuk membuang bisa itu….” Terang Cikgu Hasni.
Najmi diam , hanya menyandar di dinding.
“kenapa pihak sekolah benarkan mereka berjalan di dalam hutan , dah tahu hutan tu bahaya kenapa masih di lepaskan? Jika ada yang mati cikgu2 mahu tanggung?” soal Hazri. Cikgu Hasni tunduk.
“Maaf, tapi kami dah cuba awas sebaiknya, “
“Ayie..jangan macam ni….kita doakan keadaan Hani ni…” ujar Dato’ Hazman tenang.
“bang…risaunya saya..smoga Allah menyembuhkannya…” kata Datin Waheda pula.
“Kamu….?” Soal Hazri pada Najmi.
“er..saya Najmi..saya satu group dengan Hani tadi, masuk hutan, kami tersesat sebenarnya, kami tersalah masuk kawasan larangan…”
“Macam mana boleh salah? Kamu ke yang lead?” soal Hazri. Najmi tunduk, dan
mengangguk.
“pasal ular ni, kenapa tidak kamu je yang buat? Knp? Takut? Sayang diri kamu sendiri lebih dari orang lain? Sedangkan kamu yang ketua…kenapa kamu biarkan Hani buat?” soal Hazri bertubi-tubi. Najmi sudah tidak ada kekuatan lagi mahu menjawap.
Sudahlah dia susah hati dengan keadaan Hani, kini dia perlu berdepan dengan abang Hani pula. Najmi terduduk, lalu menangis.
“saya tahu..saya tak layak jadi ketua…dan tak layak jadi pemimpin…saya mohon maaf sangat2.sebab saya tak mampu nak melindungi Hani…..!!” ujar
Najmi dalam tangisannya.
“sebab,,,awak tak rasa Hani tu penting,….sebab tu awak tak kesah,..” tambah Hazri lagi. Gusar hatinya memikirkan soal Hani. Satu-Satunya adik yang dia miliki. Sungguh ! dia tidak bisa tipu yang di menyayangi Hani.
“Maafkan saya….”
“Ayie..cukup lah tu….biar dia bertenang….” Dato’ Hazman mencelah. Hazri mengangguk, dan melabuhkan punggung di sisi papanya. Sesekali bibirnya berkumat kumit mengaminkan doa untuk adiknya.
Beberapa minit kemudian, seorang doctor keluar. Masing2 menyerbu kearahnya/
“Alhamdulillah, dia ok, tp keadaannya belum stabil , jadi harapnya selepas 2 jam baru boleh melawatnya, bisa ular baru sempat masuk ke Tyroid nya, jadi belum sempat masuk ke dalam paru2nya, Alhamdulillah, kuasa Allah semua ini…”
Masing2 meraut wajah lega.
“Alhamdulillah..”
…………………………..
Lama Fazura termenung, dia hanya bisa melihat dari jauh sahaja, kelihatan Ammar sedang memujuk Dania yang sedang menangis, dan juga Wani. Ammar kelihatan seorang abang yang sangat penyayang. Dia tidak lupa tanggungjawapnya, dia sendiri yang perlu menanggung.
“ammar…maafkan kakak….” Ujar nya dalam tangisan yang teresak-esak.
“Dania nak kakak !!” Jerit kanak2 berusia 5 tahun itu. Fazura tersentak. Air matanya semakin laju.
Tidak, dia tidak bisa berganjakk !! dia tidak mahu di pandang jijik dan hina lagi oleh Hazri, dia tidak sanggup.
“tengok je?” soal satu suara. Fazura terkejut. Hazri? Bila dia berada di sini?
Dah lama kah? Kenapa dia hanya memerhati?
Fazura segera kesat air matanya , lalu melangkah pergi.
“tak kasihan dengan anak2 awak?” soalnya lagi. Langkah Fazura berhenti dan dia memandang tajam Hazri.
“jangan cakap soal kasihan kalau awak sendiri tak tahu apa ertinya…..” ujar Fazura.
“ini ke? Sikap orang yang besarkan budak2 ni..ibarat anak sendiri, menangis, menjerit memanggil namanya tpi langsung tidak ada daya mahu pergi….” Ujar
Hazri lagi. Fazura mengenggam tangannya/
“Jangan cakap macam awak tahu semuanya…”
“lebih baik daripada saya pura2 tidak tahu…..” balas Hazri . langkah Fazura mati.
“Cik Fazura….awak ada 2 option, pertama, mohon kerja disini….kedua, pergi lah jenguk mereka tiap2 myoinggu…” ujar Hazri perlahan. Fazura terkedu. Lama dia memandang Hazri, mencari kebenaran di setiap kata2 lelaki di hadapannya kini.
“awak cuba main2 dengan saya??” soal Fazura.
“ada wajah saya seperti sedang bermain2 dengan awak,tapi dengan 1 syarat?” soal Hazri pula.
Setelah beberapa ketika, Fazura mengukirkan senyuman.
……………………
Perlahan dia membuka mata, setelah 2 hari koma, akhirnya Hani menyedarkan diri,
“kakak dah bangun !” teriak Dania. Hani terus mengukirkan senyuman.
Wajah Ammar dan Shiqin muncul. Dengan senyuman.
“Aa…mar? Shiqin?” Hani cuba sebut satu persatu nama mereka. Dia tertanya2 , siapa yang bawa mereka ke sini?
“kakak !! Kakak Hani dah sedar…” panggil Ammar.
Lalu muncul wajah Fazura. Senyuman Hani semakin lebar.
“Hani….mama dengan papa Hani pesan, mereka datang selepas zohor nanti…” ujar Fazura.
“Tak datang pun takpe kak,….yang ada kat sini pun dah cukup buat Hani sembuh semula…” ujar Hani.
“akak.ni Ammar buatkan untuk akak bubur ayam…sedap….” Ujar Ammar.
“eh..Ammar masak sendiri??” soal Hani kagum.
Fazura membantunya untuk bangun dan bersandar. Ammar mengangguk2.
“pandainya Ammar..mesti sedap ni…” ujar Hani.
Selepas lama membaringkan diri, terasa badan agak kering. Dan tidak bermaya sama sekali.
Tiba2 Hazri muncul.
“Abang…!!” ujar Hani teruja. Hazri senyum.
“ingatkan dah tak nak sedar dah…” ujarnya. Senyuman dari wajah Hani terus hilang.
“eeii..abang ni..dah takde mood Hani nak pandang muka abang tau…makan lagi bagus la…”
“Terima kasih Ammar..” ujar Hazri. Hani tersentak. Wait…abangnya…ucap terima kasih?? Informal language?? This is awesome.
“Encik nak jugak ke? Saya ada bawa lebih…” ujar Fazura. Hazri menggaru2 kepalanya yang tidak gatal.
“saya tak sakit …”
“eh takpe lah..Ammar buat sendiri ni….jom lah kita makan ramai2…” ujar
Fazura girang.
Hani senyum bahagia. Abangnya, tidak dingin seperti dulu lagi. Siapakah yang merubahnya? Kak Fazura kah? Benar ? kalau benar bagaimana? Apa caranya melunturkan ego abang ku seorang ni..?
Begitu banyak persoalan.
“Haniiiiiii…….!!!” Zana tiba2 muncul. Semua terkejut. Dan masing tertawa dengan gelagat Zana.
“Ehh…Ayiee….!!” Satu suara muncul. Hazri yang sedang menyuap bubur terpana sebentar, insan di hadapannya ini, sudah lama tidak bertemu, berhubung pun tidak, bagaikan anak dan ibu yang di pisahkan dan bertemu kembali.
“Acaaappp !!!” panggil Hazri mesra.
Fazura dan Hani sama2 terkejut.
“za..zana….abang..kau..dah…..” belum sempat Hani habis berkata2 Zana mencelah,
“iye..dia balik mengejut, mengada betul kan? Dan skarang…dia lawat kau…ala…suke lah tuh..haha…” Zana cuba mengusik.
Fazura cuba mengamati dan mengingati wajah ini. Tapi….
“Hye..adik abang yang cantik lagi manis ni, macam mana ? dah sihat dah?” soal Asyraf. Betapa Hani rindukan wajah ini. Wajah yang telah lama Berjaya duduk di hatinya. Entah bila ia duduk, dia sendiri tak pasti
“kenapa abang asyraf balek tak bgtahu Hani…??” soal Hani merajuk.
“saje,..abang nak buat surprise !!” Hani ketawa kembali terhibur benar dengan kehadiran insan yang di sayang ini.
“Wah ..ramainya adik2 ni….ini dari Darul Ikram yea….??”Soal Asyraf, dia memang benar2 seorang yang peramah. Kanak2 juga kelihatan suka padanya.
“iya..dari Darul Ikram….” Suara itu. Asyraf terpana. Seraut wajah itu. Wajah
yang dia benar-benar…………rindu.
Senyuman dan lesung pipit itu, tidak pernah hilang dari memorinya, segar
sentiasa.Seraut wajah yang ingin selalu di tatapnya. Selamanya.
“apa khabar encik Asyraf….” Ujar Fazura.
Semua hanya memandang mereka.
“Cik Fazura???” soal Asyraf sangat teruja. Fazura mengangguk.
“terima kasih sebab ingat nama saya…”
“eh..acapp..kau kenal Fazura?” soal Hazri. Asyraf bersungguh2 mengangguk.
“Yie.aku kenal Cik Fazura ni kat kedai bunga, masa tu aku baru sampai
Malaysia, singgah beli bunga jap untuk mak aku..tak sangka pulak kamu semua ni saling berkenalan.wahhh..keciknya dunia ni, tak sangka….” UJar
Asyraf. Fazura hanya senyum.
“Ohh,.jadi begitu kisahnya…” kata Asyraf. Hazri mengangguk.
“kau ni Ayie…kesian dia tau…kau buat macam tu…” marah Asyraf.
“Acap ! ni kerja secara professional….aku bukan apa…yayasan Hazcax merupakan satu projek besar Hazcax holding, aku mesti dapatkan yang terbaikk/.” Ujar Hazri.
Asyraf ketawa. Hazri pelik.
“kau ni memang tak berubah kan? Sejak dulu aku kenal kau..sampai sekarang, kau memang macam ni, sentiasa nak serius, sentiasa nak perfect…sentiasa nak semuanya ok lah…”
Hazri pula ketawa.
“sejak bila ya aku begini? Aku pun tak pasti..”
“sejak kau lahir lah..”
“ aku lahir, dah boleh masuk meeting ke??? “ soal Hazri, ketawa mereka pecah.
“Oh Ya,…aku rasalah..aku nak kerja di yayasan Hazcax. Boleh tak agak2?”
“kenapa? Aku rasa macam salah dengar, dulu, kau yang bermati-matian tak nak join Hazcax and nak sambung study overseas, What happen?…”
“eh..kau cakap sebarangan…..Hazcax kan dah ade director baru skarang…..ni yang aku lagi semangat ni….lagipun, aku nak jumpa dia hari-hari…” ujar Asraf perlahan.
“dia? Siapa dia?knp dia? What so special about ‘dia’ yang membuatkan kau sanggup nak join Hazcax Holdings?”
Asyraf garu kepalanya yang tidak gatal.
“you know…her…the amazing ‘her’ “ ujar Asyraf malu2 kucing. Hazri masih lagi
tersepit dalam teka teki dirinya.
“kau ni pending lah Ayie….Fazura…I wanna meet her everyday…aku suka dia….”
Satu pengakuan daripada Asyraf. Hazri terkedu. Suka? Asyraf suka?
“kau serius Acap? Orang mcm dia pilihan kau?knp dia…”
“Yes..orang macam dialah…entah, aku dah terpaut dengan dia sejak pertama kali kami bertemu lagi….kau tahu..dia lain dari yang lain….” Kata Asyraf.
Hazri termenung. Fazura, Berjaya menambat hati Asyraf ?juga?
Dari jauh, mereka melihat Fazura dan kanak2 Darul Ikram sedang bermain di taman permainan di hadapan Hospital itu. Suasana petang itu agak indah dan damai.
“senyuman tu….” Ujar Asyraf tiba-tiba.
“knp dengan senyuman? Kau tertarik?”
“bukan…senyuman ni aku tak pernah Nampak masa first time kami berjumpa, senyuman yang menunjukkan kebahagiaan dan kegembiraan dalam hatinya….”
Hazri berfikir sejenak. Mungkin waktu Asyraf dan Fazura berjumpa, masa itu Fazura belum lagi kembali kepada darul Ikram, pasti senyuman ini datangnya daripada kanak-kanak ini.
Hazri mengangguk-angguk. Jadi benarlah. Fazura dan kanak-kanak ini tidak bisa di pisahkan, sampai bila-bila, inilah kebahagiaannya, dan inilah juga syurganya, cukup saja Darul Ikram untuknya, itu saja.
“kau macam mana Ayie/? Masih solo? Or masih berkekasih dengan kerjaya kau?” soal Asyraf. Hazri senyum .
“aku tak pernah solo…~” Asyraf mengangguk.
“betul cakap kau kan………kau dan kerjaya, tak boleh di pisahkan,,..dari sekolah rendah lagi….” Ujar Asyraf.
Hazri sengih saja.
Tiba-tiba Asyraf bangkit dan berlari menuju ke taman permainan itu, dia mendukung Shiqin , kemudian Wani, mereka kelihatan sungguh gembira dengan adanya Fazura di sisi. Tuhan susun sungguh cantik, Fazura memerlukan mereka dan sebaliknya.
Tiba2 timbul satu perasaan. Cemburu mungkin. Hazri cemburu melihat Fazura boleh bersuka ria dan bergelak tawa dengan Asyraf, dengannya? Fazura tidak senyum, langsung. Apakah Fazura tidak menyukainya? Tidak mungkin, dia kacak, kaya dan berkerjaya…mana mungkin Fazura xsuka.
Tetapi bila memikirkan reaksi Fazura sekarang. Dia takkan dapat kalau duduk dengan Fazura. Tiada gelak tawa itu atau lebih tepat lagi. Senyumannya mati pabila bertemu dengannya.
………………….
Keadaan Darul Ikram kembali seperti biasa. Fazura telah di terima jawatan sebagai pengusaha Darul Ikram di bawah Yayasan Hazcax. Walaupun dia pengusaha atau penyelia, segala arahan hendaklah dari Yayasan Hazcax.
Shiqin sudah kembali melukis, Dania tidak banyak menangis, dan Ammar juga boleh menumpukan perhatiannya pada PMR yang tidak lama lagi menjelang.
Hazri Nampak kembali kegirangan yang ada di Darul Ikram. Ia seperti keadaan yang mana waktu pertama kali dia menjejak ke Darul Ikram.
----------------
KELAS 5 CERDIK,
“Kau okey?” Soal Najmi. Hani diam. Dia teruskan menulis di mejanya. Soalan Najmi tidak di hiraukan, sanggupnya Najmi datang dari kelas 5 Cemerlangnya, ke kelas 5 Cerdiknya hanya untuk bertanya khabarnya.
“I am asking you…” Najmi bersuara lagi.Hani menghentak pensel ke mejanya.
“What? What do you espect? Kau harap aku akan jawap…~Ya Najmi….aku dah sihat..trima kasih sbb slamat kan aku..~ macam tu?” soal Hani sambil membuat demo di hadapan Najmi.
“Kau ni kan..aku soal elok2 tau…”
“aku pun jawap elok2 jugak !” jawap Hani. Najmi diam.
“Ok then, I hope you will be fine right now and soon, its ok kalau xsuka aku tanya. But FYI, aku mmg ambil berat, Assalamualaikum.” Ujar Najmi perlahan dan terus melangkah keluar.
Ramai yang pasang mata, mana tidaknya, ketua pengawas datang~ ke kelas 5 CERDIK? Berjiwa rakyat betul .
Hani terkesima mendengar kata2 terakhir Najmi. Is it? For real?
Zana muncul,
“eh tadi Nampak Najmi keluar dari kelas ni,..apsal?”
Hani menjungkit bahu. Entah !
“hisy…aku rasa xlain xbukan datang jumpa kau ni….” Hani menggeleng saja.
“Buat apa dy nak jumpa aku. Dia kan pengawas terkenal…siapalah aku…” Zana mencebik.
“Kau ni merendah diri sangat la…tapi…dia takde lah HOT sangat…biase je…muke pun…takdelah handsome macam Syahir…kan? “ Zana mula merepek.
Hani ketawa.Zana ni macam-macam.
insyaAllah bersambungg...
No comments:
Post a Comment