Bilik Hazri Dato’ Hazman.
“Fazura ada 5 orang adik beradik, dia yang bongsu, adik beradik lain tidak dapat di kesan, Fazura duduk bersama ayahnya yang sakit, Ayah Fazura pernah berhutang dengan along atas kegunaan apa, tidak dapat di kesan juga, Fazura telah di kejar along sejak 2 bulan yang lalu..sejak ayah nya meninggal…”
Kening Hazri terangkat.
“Jadi, ayah nya meninggal 2 bulan lepas..?”
Syazana mengangguk.
“jadi…hutang tersebut terpaksa di tanggung oleh Fazura seorang..”
Hazri mengangguk.
“jadi salah satu sebab kenapa dia nak jualkan Darul Ikram adalah hendak membayar hutang ayahnya??” soal Hazri.
“yes. “
“dan, lagi, Darul Ikram juga telah berhutang dengan bank sebanyak 15K,untuk projek pembinaan dan penambahbaikan Darul Ikram, itu juga tak terbayar….Bank bercadang hendak menyita Darul Ikram dalam masa 3 bulan lagi selagi ia tidak di langsaikan…”
“bodoh , Rumah anak yatim penuh hutang. “ Hazri mencelah. Syazana diam. Entahlah.
Setelah urusan Rumah anak yatim darul Ikram selesai bersama dengan Hazcax holdings. Akhirnya duit sepenuh nya berada di dalam akaun milik Fazura.
Jumpa di Taman Tasik Titiwangsa pukul 5 petang.
10 minit sebelum pukul 5 petang,Fazura sudah muncul di taman tersebut , di tangannya terdapat sebuah cek. Semoga hari ini penderitaannya berlalu. Biarlah, dia kehilangan rumah anak yatim, asalkan, hutang ayahnya terbayar dan dia dapat hidup dalam keadaan aman.
Dia akan selalu lawat, rumah tersebut. Dia nekad.
15 minit kemudian…
Wajah bengis salah seorang dari mereka tidak muncul lagi. Takkan lah mereka yang mahukan duit datang tidak tepat pada waktunya. Fazura sudah mula sangsi, takkanlah mereka sudah tidak mahukan duit.
“Mereka….takkan sampai…” muncul satu suara. Fazura tersentak, suara tu..
“en..encik Hazri?”
Hazri muncul, dengan bert-shirt hitam wajahnya lebam-lebam, kelihatan ada darah di hujung bibirnya.
Tapi dia kelihatan tenang, memandang tasik yang terbentang indah. Sungguh tenang dan damai.
Fazura hairan. Kenapa? Apa yang dia buat di sini? Dia tidak faham.
“apa encik buat kat sini?” soalnya.
“saja….jalan-jalan….ini tempat awam bukan?” Fazura diam.
Takut, sekiranya Hazri ternampak dia memberikan cek pada orang asing.
“apa maksud encik? Mrk xkan datang,siapa mereka??” soal Fazura.
Hazri mengalih pandanganya ke arah gadis itu. Di dalam mata Fazura, ada ketakutan, ada harapan.
“Orang yg awak tunggu, takkan datang….”
“siapa?” soal Fazura lagi.
Hazri mengeluh kecil, dia mengusap wajahnya.
“Ouch…” sakit pula bila terkena bahagian lebam tu. Fazura hanya melihat.
Menunggu jawapan daripada Hazri.
“Balik lah..cik Fazura…” Hazri mula melangkah pergi.
“saya nak jumpa kawan saya di sini..”
Langkah Hazri mati.
“Kawan? Betul kawan? Kawan dari mana? Sejak bila? Sampai bila?” soal Hazri tidak puas hati.
“Encik ni kenapa? Ini hal saya…kawan saya. . hidup saya…encik tak ada hak nak masuk campur..urusan kita sudah selesai….Darul Ikram sudah pun jadi
sebahagian dari Hazcax Holdings..ape lagi yg encik nak?” balas Fazura.
“hm..nampaknya macam tak ikhlas….betul tak?” soal Hazri.
Fazura tunduk.
“awak…belum bersedia nak lepaskan darul Ikram, kenapa lepaskan?” Soal Hazri.
“That’s my personal matter”
Hazri mengangguk.
“Oh ya..pasal insurance…”
“Insurance?”
“Ya….insurance..mulut?”
Fazura sengih.
“Untuk pengetahuan awak… tak semua insurance boleh melindungi…dan sampai skarang saya masih tak faham. Kenapa mesti insurance mulut?” soal
Hazri.
“Tiada sebab…..kalau tak ada insurance..gunalah PERKESO, mybe lagi sesuai kot…” ujar Fazura mengejek. Hazri mengetap bibir.
Dasar perempuan.
“Ok..just go home cik Fazura…go home…”
Fazura makin aneh dengan sikap Hazri.
“tapi…”
“They….will not come…”
“Siapa yang awak maksudkan?”
Hazri diam.
“Awak memang akal pendek eak? Macam mana awak korbankan benda yang awak sayang untuk diri awak sendiri??” soal Hazri kembali. Fazura keliru, apa sebenarnya yang cuba di sampaikan oleh Hazri ni.
“awak cakap apa ni? Saya tak faham… “
“Awak jual Darul Ikram semata2 nak bayar Hutang awak… betul tak? Cik Fazura?”
Fazura tersentak. Dia terduduk. Beristighfar, bagaimana……dia tahu?Apa yang dia tahu, kenapa dia tahu?
“You are too desperate…” tambah Hazri . Lagi.
“You don’t understand !!” Fazura meninggikan suara.
Hazri diam sejenak kemudian menjawap.
“yes, I really don’t understand… tak ada orang boleh faham dan tidak ada orang mahu faham skali pun…”
“Pergi….” Ujar Fazura perlahan. Hazri senyum sinis.
“saya kata pergi…!! Saya tak nak jumpa awak sampai bila-bila pun!!!”
…………………
Kelas 5 CERDIK.
“Oit !! Zana ..Zana…ZanaaaAAA !!! Teriak Hani. Zana yang sedang membaca buku mejanya.
“Oi makcik…aku kat sini je la..bukan jauh bebeno pun…tak yah nak jerit-jerit macam orang gilaaa !!” Zana mula membebel.
“aku dah panggil kau tiga kali tau..kali ke tiga baru kau pandang….oh..anyway, dengar kata ada kem motivasi hujung minggu ni? Amacam ? nak join?” soal Hani. Zana buat muka bosan.
“kem jati diri SPM? Adoii..malas nye aku..tak best langsung…”
“Ape maksud kau tak best..kau dah pernah pergi ke?” soal Hani hairan.
“Blom..tapi abang aku cerita lah..bosan…”
“Abang kau….?eh..abang kau kat mana skarang? Dah balik Malaysia?” soal Hani.
Zana sengih.
“apa…aku Tanya ja…”
“belom….kat Australia lagi…minggu depan dia balik…. “
“balik dah tak pergi2 dah kan??” soal Hani semangat.
Zana angkat kening. Sambil senyum nakal.
“apsal kau smangat sangat ni…?”
“eh..aku memang macam ni apa…kau tahu..kau la..paling beruntung kat dunia ni..dapat abang macam abang Asyraf tu…fuh !! terbaeekk!!” kata Hani sambil senyum2.
“Sudah-sudah lah tu..jangan berangan sangat tau ! entah entah dia balik bawak minah salleh dari Australia.. ha…tergigit jari kau…!!” zana mengejek.
Buk !! satu tumbukan hinggap di lengan Zana.
“Ouchhhh!!!”
“Bila masa pulak aku cakap aku tunggu abang kau ha?? Tak kisah lah dia nak bawak balik minah salleh ke..minah indon ke..minah bangla ke….ade aku kisah? Yelaahh..cuba di bandingkan dengan abang aku…” Hani menongkat dagu.
Zana pun mengangguk.
“betul2..abang kau dengan abang aku…fuh..berbeza gila…macam..langit dengan bumi…eh..tak2…,macam.. bulan dengan dengan matahari…”
“sudah2..jangan nak merepek..sat lagi kelas economics tau..” kata Hani. Zana sembam muka di meja.
“econssss lag(~~,”)” Rintihnya.
Hani ketawa.
wahhhhhhhhhhhhhh..sila smbung cepat ye cikgu
ReplyDeletechet....!!! mengade2....cikgu sibuk ni...
ReplyDelete