Pages

.:My Dearest friends:.

Friday, April 22, 2011

Cerpen; Sorry, you are not my type 8

Assalamualaikum buat pembaca "Sorry you are not my type"
mybe episode 9 lambat sikit, because I have lots works to do
saya perlukan komen membina daripada anda untuk meneruskan cerita ini
kalau tak, saya rasa hanya pokok2 dan tiang2 yg baca cerpen ni,
yes. without respon how can I know my weakness in writing...isnt it?
so, I'm begging you guys who read my short story, please leave up your comment.

at least you have something suggestion for me.
and pengakuan ! sebenarnye cerita ni tak siap lagi.
jadi sape2 nak ending dia masuk dalam cerpen saye, boleh lah
tinggalkan pesanan ye...
insyaAllah segala respon saya akan terima dengan baik. 

ok~ Enjoy--------> 


MEGA HOLDINGS

“Terima kasih encik Hazri…” Ujarnya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Hazri hanya senyum memandang wajah jelita itu.

“oh..maaf…”  wanita itu tersedar yang Hazri tidak menyentuh wanita bukan muhrim.

“Saya harap kerja sama kita tidak memberi kesan yang buruk kepada mana-mana pihak…” Hazri menutur bicara. Wanita itu senyum

“Baik encik Hazri..saya pun harap begitu…sebagai rakan kongsi Hazcax Holdings yang baru….sepertinya macam ada peraturan lain, yang tidak formal begitu…” wanita itu senyum.  Hazri sengih.

“tidak ada sehingga bila kita betul-betul bekerja…jumpa lagi cik Suriyati “ Hazri meminta diri.  Suriyati mengangguk. Bibirnya mengukir senyuman sinis.

‘jumpa lagi encik Hazri..hari ini Hazcax holding milik anda….esok lusa? Belum tahu,,..’ hati jahatnya berbisik.

Hazri menghempas fail-failnya di atas meja, tersentak Dato’ Hazman yang sedang menyemak fail syarikat Mega Holdings.

“Astghfirullah…maaf pa….Ayie tak boleh tahan dah…”  ujarnya, sambil meleraikan tali lehernya, terasa sesak dan panas tiba-tiba walaupun biliknya sudah ada penghawa dingin.

“kenapa Ayie?” soal Dato’ Hazman hairan, jarang anaknya balik dari mana-mana meeting mengamuk sebegini.

“perempuan tu….gatal ! dah lah seksi…tengok Ayie macam nak makan !” katanya geram.  Dato’ Hazman tergelak.

“be professional Ayie…”

“memang lah pa…. macam sengaja nak guna kecantikan dia ….. tak professional langsung, ada ke patut mintak 30 percent dari saham Hazcax?? 
Crazy !”  dia melepaskan geram.

“baguslah kalau kamu masih boleh control…. Inilah sebabnya papa nak suruh kamu nikah cepat-cepat….”  Kata Dato’ Hazman selamba.
Hazri diam. Memandang papanya.  Dato’ Hazman mengangkat bahu.

“jangan tunggu lama-lama Encik Hazri..nanti melepas kamu juga yang tergigit jari, papa tengok si Asyraf tu macam betul-betul minat dengan dia…” tambah 
Dato Hazman lagi.

Dahi Hazri berkerut.

“siapa dia? “

“entah…”

“paaa…!!”

Rumah Anak-anak Yatim yayasan Hazcax.

“kehadapan Ammar yang kacak lagi segak bergaya..sudah lama diri ini perhatikan mu, kau bijak, cerdik, selalu dapat nombor satu dalam kelas, kau rajin, hari2 kau yang menyapu kelas, kau juga hebat dalam bermain bola keranjang, aku sudah jatuh hati dengan mu sejak pandangan pertama lagi, walaupun kau datang dengan kasutmu yang koyak, tetapi itu tidak  merubah perasaan ku…kau tetap bergaya di hatiku. Aku mungkin tidak sepopular kamu… aku ini gadis biasa, belajar pun biasa-biasa, tidak cantik. Tidak sehebat dan setanding kau Ammar…ikutkan hati aku mahu berkawan dengan mu, tapi aku malu..cukuplah hanya surat ini menyampaikan hasrat ku…”

Yang benar
Your secret admire

Puas Hani ketawa sambil mengesat air matanya yang sudah keluar di tubir mata, tidak tahan dengan surat cintan yang baru sahaja di terima Ammar tadi sewaktu di sekolahnya,

Ammar memeluk tubuh

“kelakar sangat ke kak?” soal Ammar hairan. Hani mengangguk.

“Ammar dengar ni…walaupun kau datang dengan kasutmu yang koyak, tetapi itu tidak merubah perasaanku..kau tetap bergaya di hatiku….” Hani sengaja mengulangi ayat tersebut,

“ala kak..biaselah..cinta tu kan buta….” Ujar Ammar selamba.  Hani berhenti ketawa.

“Really? Bagi akak tak…cinta itu terlalu suci dan murni..tak layak langsung untuk dapat gelaran cinta itu buta…”

Ammar mengangkat kening.

“habis tu kak…kenapa ada orang yang still lagi couple dan melanggar agama, semuanya kerana cinta kak…” tambah Ammar pula. Hani menggeleng2 sambil melipat helaian surat cinta itu.

“tak Ammar..itu kita tak panggil cinta…itu kita panggil NAFSU… cinta ? yang di dorong dengan Nafsu..lebih baik kita panggil Nafsu….Cinta itu hanya layak di gunakan untuk yang Halal…sebab ia sangat suci….seperti cintanya saidatina Khadijah dan Rasulullah….begitu juga cintaNya Allah kepada Rasulullah. Sangat Halus dan suci….dan begitu juga cinta Allah kepada HambaNya…tak mungkin ia kotor macam cinta manusia lain….” Kata Hani panjang lebar. 

Ammar mengangguk.

“jadi kak? Yang couple2 tu bukan  cinta lah?” soal Ammar.
Hani mengangguk.

“Syaitan dah indahkan dan kaburkan mata hati mereka…syaitan yang hasut mengatakan bahawa itu adalah cinta…Syaitan membuat semuanya INDAH di mata manusia….sebab tu lah ayat ni..walaupun kasut koyak tapi tetap segak….haha…aduyai………..Ammar..hati-hatilah… jangan terjebak…” nasihat 
Hani. Ammar senyum.

“insyaAllah kak…selagi Ammar berpegang dengan iman yang ada di sini dan cinta Allah…Ammar takkan mendekatinya…walaupun setapak…” ujar Ammar. Hani mengangguk, bangga. Ammar remaja, namun tidak seperti remaja lain yang gilakan cintan  monyet  dan kehidupan bebas.

“haa…ni study ke ape ni?” soal Fazura tiba-tiba. Masing2 gelabah membuka buku.  Surat cinta segera di sorok di sebalik buku.

“ha Ammar……lepas bahagi…darab pula….lepas tu integrate kan…senang je ni..tengok formulae tadi integration…”  kata Hani pura2 mula belajar.

“ooo..ok2…formulae integration ea kak? Ok2..dapat dah..nanti Ammar buat soalan lain pulak yea…” Ammar pula tidak  kecuali berlakon. Fazura senyum dan menggeleng-geleng.  Ada-ada sahaja adik-adiknya ini.

“nah…” Fazura letak dua cawan air milo, jam sudah menunjukkan pukul 10 malam, mereka masih lagi belajar, kanak-kanak lain sudah  mula bersiap sedia untuk tidur.

“terima kasih kak..” jawap mereka serentak.

“hurm..sejak bila PMR ada addmath? Siap tajuk form 5 lagi integration…..” ujar Fazura lalu terus berlalu. 

Hani dan Ammar saling berpandangan.adushhh ! Kantoii…


Majlis barbeque di Taman Ayer keruh Melaka.  [sempena Hani habis SPM]

“Nah…” Asyraf menyerahkan satu bungkusan. Fazura pelik.

“apa ni..”

“erm…present …”

“what? For me..all of sudden?”

“saje…sometimes kita kena juga appreciate sahabat2..mana tahu nanti tak sempat dah…” ujar Asyraf. Fazura senyum.

“betul ni?”

Asyraf mengangguk.

“iye…special..from syedney!” tambahnya lagi. Fazura terkejut.

“Syedney..alamak..mesti mahal kan?”

“eh..tak lah..amik je..amik2…kalau awak tak terima patah hati saya…” nada bergurau Asyraf . Fazura senyum.

“baiklah encik Asyraf…terima kasih banyak-banyak awak memang baikk..”

“tell me something I donno…”

“eeiii..prasannn…!!”

Perbualan mereka di perhatikan Hani dan Ammar.

“akak?” panggil Ammar.  Hani tidak berpaling, masih lagi memandang Fazura dan Asyraf dari jauh. Mereka sedang menyediakan alat-alat untuk buat barbeque.  Semuanya sudah ada. Tinggal untuk di susun sahaja.

Ammar memandang Fazura dan Asyraf, kemudian Hani. Berselang seli.

“akak?” panggil Ammar lagi. Hani tersentak.

“eh..ada apa Ammar…”

“tak..Ammar nak bagitahu..ayam ni dah boleh bakar dah…..nanti lambat pula majlis malam ni…” ujar Ammar. Hani mengangguk perlahan. Sayu saja wajahnya.  Ammar dapat baca sesuatu. Jarang sekali melihat Hani berwajah sugul begitu.  Dia selalunya happy.

“Hani ….!!” Teriak Hazri.

Hani berpaling. Ada satu kelibat di sisi Hazri, what?? Najmi? What he doing Here? Gila apa…

“Hani…..!! Najmie datang!!”  Zana pula merapati Hani. Hani mengeluh.

“weh..sape ajak dia datang sini? Kau yea?” soal Hani. Zana ternganga.

“wehh..takde maknenye aku nak ajak dia..spoil majlis kite je tau !! geramnye aku..entah2 kau yang ajak..diam2 kau yea?”

“Oit cakap elok-elok sikit yea…dunia Qiamat pun aku xkan ajak dia la…” ujar Hani geram.

“ehheemm…sebenarnye….Ammar yang ajak  J” Ammar sengih buat pengakuan.

“AMMAR !!?” serentak Hani dan Zana memarahinya, Ammar sengih angkat bahu.

“mana Ammar kenal dia?” soal Hani.

“la..hari tu masa akak masuk hospital kan dia hari-hari datang…..pernah lah juga berborak dengan dia…” ujar Ammar. Sambil mengeluarkan bekas2 ayam dan jagung bakar dari Van mereka. Hani dan Zana terdiam. Saling pandang.

“is it?” soal Hani pada Zana, Zana sengih mengangkat bahu.

“I donno/….!!!” Ujar Zana lalu berlari pergi

“ooiii…penipu punye kawan !! pi mampus la kau !” teriak Hani geram.

Ya…Zana menipunya, kata bahawa Najmi langsung tidak melawatnya di hospital dahulu.  Kenapa? Kenapa Zana nak tipu?

“akak…abang Najmi yang tak bagi Kak Zana bagitahu akak la…dia suruh rahsiakan…”

“ha..ni sorang lagi berpakat , kamu dengan kak Zana same je…”

“isy..mana ada…..betul..abang Najmi yang tak bagi ktorang cakap….katanya segan bila akak tahu dia lawat akak..takut akak marah la…takut akak menyampah tengok muka dialah..banyak jugak lah sangka2 buruk yang dia cakap….hehe..~”

“sudah2…jom …” Hani menutup KES. Kes sudah selesai. Yang Arif saya menang !

“abang nah…” Hani menghulurkan pinggan yang di isi seketul ayam dan jagung bakar.

“thanks you so sweet…” Hani senyum. Lalu melabuhkan punggung tak jauh dari Asyraf. Asyraf leka melihat  kanak-kecil itu sedang menguis2 dan mengigit ayam bakar dan jagung bakar.  Ada yang di suap oleh Fazura, Ammar dan 

Najmi juga ada suapkan mereka.

“Hani..ape pendapat Hani tentang kak Fazura?” soal Asyraf tiba2. Senyuman di bibir Hani mati.  Yang Arif saya bangkang soalan ini !!

Hani diam. Mencari kekuatan barangkali untuk menjawap.

“erm..bagi Hani..Kak Fazura…sangat baik…terlalu baik… beruntung siapa dapat dia…” ujar Hani perlahan. Asyraf senyum.

“betul…erm…abang dah agak dah….”

“apa yang abang agak?” soal Hani hairan.

“erk..maksud abang..abang dah memang Nampak dia memang perempuan yang baik…erm..Hani..apa pendapat hani kan….”

Dari jauh Fazura perhatikan Hazri. Sedang  cuba mencerai beraikan isi ayam untuk Wani untuk makan bersama nasi goreng, sejak bila Wani suka padanya, dia sendiri pun tidak tahu. Dan sejak bila Hazri melayan budak2 pun dia tak tahu.

Sejak yayasan Hazcax Holding ambil  Darul Ikram. Hazri banyak berubah. Mulutnya tidak lagi cakap yang bukan-bukan. Dan dia juga mula rapat dan memahami kanak-kanak disini.  Ya..Allah tidak pernah silap dalam mengatur hidup untuk hambaNya. Ada hikmahnya kenapa Darul IKRAM jatuh ke tangan Hazcax Holding. Ya..untuk merubah seorang insan,

 Dan lihat kini. Keluarga Darul Ikram semakin Ramai.

Bila kenal Hazri, maka kenal lah dengan Hani, kemudian Zana dan Asraf, dan datang pula Najmi. Rakan kepada Hana dan Zana. Walaupun mereka Nampak dia baik sesama mereka, tapi mereka bersama dengan keluarga Darul Ikram. Ya…keluarga Darul Ikram ramai…

Keluarga mereka sudah bertambah. Dia tidak tahu sejak bila mereka datang dan memberi harapan kepada Darul Ikram ini. Ini sungguh ajaib Allah.  

Hani terdiam.

“apa pendapat Hani?” soal Asraf, wajahnya berbunga-bunga. Mengharapkan sokongan dari Hani.

“aa..aabaang nak laamar kak Faazura?” soal Hani tersekat-sekat, bersama hati yang hancur bak kaca jatuh ke tanah. Ah.. yang Arif ! ini tidak adil !! I am who the one should win this case !!

Asyraf mengangguk. memandang Hani dengan penuh harapan agar Hani menyokongnya.

Hani terkaku..bisu.

insyaAllah akan bersambung...hehe

4 comments:

  1. adoi, suka berenti part2 cenggini.

    ReplyDelete
  2. lalala~ maklumlah...saya ni bz..wanita bekerjaya lah katakan...huhu

    ReplyDelete
  3. adoyaiiii fizah....cpt2 smbung, xsbr2 dh ni... ble agi nk smbg ni....rse mcm dh luruh isi jntung ni tggu fizah brenti on the spot gini..hehe

    ReplyDelete
  4. HEHE..maaf deh..memang lambat sket...I am sury

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
"wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" "Allah sangat benci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" Assoff:2-3