RUMAH ANAK YATIM DARUL IKRAM.
Perlahan Hazri melangkah.
“Encik Hazri, kat sini, kita dah ada tukang masak baru sementara, ada tukang cuci dan sapu, dan juga Wardern baru, selain dari Cik Hani, kita perlukan mereka ini encik Hazri…” Terang Syazana.
Hazri mengangguk. Dia leka melihat anak2 kecil itu bermain dengan taman permainan yang kecil itu. Tiba2 datang idea untuk menambah lagi alat2 di ruang mainan yang kecil itu. Kanak2 hampir mencecah 100 orang.
“ehh..tak payah….kamu pergi main sana…biar pakcik buat…” Ujar satu suara. Pandangan Hazri beralih kepada mereka, kelihatan Ammar sedang menyiram pokok2 bunga yang terhias di situ.
“Eh..tak apalah pakcik, kita buat sama2..lagipun saya nak jugak jaga pokok2 bunga ni, ini kak Fazura yang tanam, dia sukakan bunga2 ni, boleh bagi saya peluang eh pakcik??”
“Daniaa…..Daniaa…..jangan menangis….” Pujuk Wani. Kanak2 kecil itu menangis tiba2. Tiba2 beberapa orang budak mengkerumuninya.
“Dania rinduk kakak..dah lama kakak tak datang..kakak dah lupakan Daniaa???” soal Dania sambil teresak2,.. kelihatan wajah kanak2 lain pun
sedih sekali.
Hazri tunduk. Kemudian mengangkat pandangan kembali,
“Untuk pengetahuan Encik…Saya jumpa Wani, di tepi tong sampah, 5 tahun lalu, saya besarkan sendiri dengan usaha saya…..macam anak saya sendiri, mana mungkin saya tak sayang mereka….Ammar, saya jumpa dia di tepi jalan dia sedang kutip makanan di tepi tempat pembuangan sampah…..Encik Hazri….saya sayang mereka…kalau tak, takkan saya sanggup tanggung mereka dengan hasil titik peluh saya sendiri….”
Terngian-ngian kata2 Fazura di Tepi Tasik tempoh hari. Di pandang Ammar dan Wani berkali-kali. Inilah Hasil didikan Fazura, anak yang suka tolong menolong. Saling pujuk dan tolong menolong antara satu sama lain, saling kuat dan menguatkan di antara satu sama lain. Akhlak yang bagus di terap, budak2 perempuan semuanya bertudung. SubhanAllah, inilah yang dikatakan didikan Ikhlas kerana Allah.
“Eh…Encik ni..Encik Hazri kan? Jemputlah masuk….” Ammar bersuara tiba2 lalu merapati Hazri. Hazri hanya pandang dan mengangguk.
Macam biasa, ammar masuk dan sediakan Air, Hazri masih terpegun.
“Ammar, mana warden?” soal Syazana.
“ada dalam bilik kot..Ammar pun tak pasti kak….” Jawap Ammar lalu letak dua gelas mug di hadapan mereka.
“erk..Ammar…” Panggil Hazri.
“ye?”
“Panggilkan Warden..”
“Baik bang..eh..encik…” jawap Ammar lalu pergi.
“Encik HAZRI..betul kita nak jumpa warden?”
“ada muka saya macam main2 ke?”
Syazana hanya menggeleng.
“Nampaknya mereka masih rindukan cik Fazura kan encik Hazri…”
“Cukup Syazana. Jangan sebut nama dia depan saya …”
“erk..baikk..encik…” Syazana Hairan.
Ya, Hazri mengaku itu. Rumah anak yatim ini kelihatan suram tanpa Fazura.
Tiba-Tiba keluar seorang wanita berusia mungkin 40-an. Tidak bertudung, pakaiannya tidak terurus sangat.
“erk..Tuan…kenapa tuan datang tiba2? Tak telepon dulu?” soal wanita itu.
“Awak ni..Halimah kan?” soal Syazana. Halimah mengangguk.
“BUdak kat luar menangis,awak buat apa kat dalam??” soal Hazri. Halimah menjenguk di luar.
“Yeke encik Hazri?? Mana? Saya ada kerja sket tadi…” jawap Halimah.
“kerja apa? Makan? Tidur? Atau tengok tv sepanjang masa? Awak makan gaji buta? Awak nak berhenti bila?” soal Hazri sinis. Wajah Halimah berubah.
“erk…bu..bukan..encik…bukan..saya….saya..”
“awak tak layak berada disini..esok..saya tak nak tgk muka awak kat sini..”
“Tapi enciikkk..”
“awak pekak? Atau tak faham bahasa melayu?” soal Hazri lagi. Halimah diam. Tunduk. Hancur hatinya. Kerja tak sampai sebulan dah kena halau. Apa salahnya?
“awak tunggu apa lagi….?”
Halimah mengangguk dan terus bangkit
“Maafkan saya tuan..”
Tiba2 Ammar lalu di situ, ingin keluar barangkali.
“Ammar…!” panggil Hazri. Ammar memandang, Hazri buat Isyarat supaya duduk.
“ceritakan apa yang berlaku setelah kak Fazura tiada…” soal Hazri. Ammar senyum, Sinis.
“betul Encik nak tahu? Kenapa encik nak tahu? Perlu ke? Bukan ke encik yang Halau kak Fazura dari sini?” soal Ammar. Sinis lagi.
Hazri diam.
“erk..Ammar..bukan macam tu sebenarnya maksud kami,,” Syazana bersuara.
“dia..yang tinggalkan kamu…” Hazri bersuara.
“tak mungkin…kak Fazura bukan macam tu…”balas Ammar.
“ya..dia macam tu…dia takkan muncul, dia jual rumah anak yatim ni sebab nak duit dan dia lari…”
“Cukupppp…!!” Ammar menengking
“Encik tak tahu apa2 pasal Kak Fazura……jangan cakap pasal dia lagi…!!!cukuplah kami semua merana tanpa dia….!!” Ammar masih meneruskan
kata2 nya.
“What? Dia tuhan ? dia yang beri kamu kebahagiaan? dia yang beri kamu kasih sayang? Kalau betul dia yang berikan kasih sayang? Kasihan kamu semua , tiada kasih sayang sekarang, sudahlah sebatang kara…ketandusan kasih sayang pulak tuh..” Hazri bersuara. Ammar senyum hambar, mencari kekuatan. Tidak, dia tidak lemahhh !! sama sekali tidak !!
“Ye, bukan dia, tapi Allah yang berikan semuanya, kami tahu itu, tapi satu2 orang yang membuatkan dia tak datang lagi..ialah encik…Encik Hazri….tahniah..” Ammar membalas. Dia cuba sedaya upaya.
“bila kak Fazura tiada, Syiqin berhenti melukis, Dania kerap menangis, Daniel selalu batuk-batuk, Wani jadi pendiam tiba-tiba. Hafiz selalu marah-marah dan mengamuk,Akmal sering bergaduh….tiada siapa, tiada siapa yang mampu leraikan dan pulihkan mereka. ….sebagai seorang abang yang paling tua, saya sendiri buntu nak lakukan apa..ada warden tapi seperti tiada, tukang masak yang tidak kena selera, ramai yang keracunan makanan…kami nak beritahu siapa??? Kami tak kenal sesiapa lagi, semua orang2 lama di Darul Ikram ni sudah di pecat dan di Halau oleh Hazcax Holding..kan? betul x..encik Hazri
Dato’ Hazman?” soal Ammar.
Hazri tersentak, budak laki2 yang baru berusia 15 tahun, dia berasa kini orang setaraf dengan nya yang berbicara.
“be..betulke AMMAR?” Soal Syazana.
“Ada muka saya menunjukkan saya berbohong kak, Encik Ammar, kami ni tiada ibu bapa. Siapa lagi yang kami harapkan? Melainkan orang2 yang menjaga kami.tapi….kalau yang menjaga kami pun tidak tahu bagaimana cara menjaga…..kami semua boleh MATI encik…MATI…” ujar Ammar lagi.
Hazri masih diam.
“Encik Ingat tak? Kisah seorang ibu yang kehilangan anak…??kisahnya,, akhirnya ibu dan anak tu jadi gila…GILA…jadi encik Hazri…cuba encik Fikir, siapa yang akan jadi gila..sama ada kami? Kak Fazura? Atau kedua-duanya?” soal Ammar meninggalkan tanda tanya Hazri.
Hazri tersentak lagi, Ammar bangkit dan terus pergi.
………………………
Hutan.
“kenapalah aku mesti di letakkan di kumpulan ni..aduyai…masalah betul lah…” Rungut Hani sendirian, Najmi? Suraya? Hakim, Dayana , Nurul dan Adam,…
Memang malang sangat2….
“erk..Hani..betul ke jalan ni?” soal Dayana . Hani mendengus.
“Betul la…ko tanye lah najmi kesayangan kau tuh…” memandangkan Najmi yang mengetuai perjalanan kami. Mentang2 lah dia ketua pengawas, semuanya dia nak jadi ketua, kasiklah pada Adam or Hakim tu.
“Najmi…betul ke jalan ni?” soal Dyana, takut, badannya menggeletar, dah lah lampu suluh Najmi je yang pegang. Yang belakang gelap.
Najmi diam. Dia pandang belakang.
“Kim…Dam…aku rasa macam tak jumpa jalan , dari tadi kita kat laluan yang sama…” ujar Najmi. Hani berang.
“dah tu..dari tadi yang kau bawak ktorang kat sini ni apsal? “ soal Hati kasar. Semua memandangnya.
“siapa suruh korang tak tegur..”
“wehh..dah tu kau yang terhegeh2 nak jd ketua sangat dalam hutan..kau la bertanggungjawab !!” Hani makin marah.
“woii..korang jangan bergaduh dalam hutan ni boleh tak?dah lah gelap ni..” Suraya pun bersuara.
“ha…kau lah lead jalan..cari jalan balekk…” Hani menyuruh Suraya.
“Pasal apa aku plak yang kena….”
“dah2..jom kita jalan…kang lambat sampai, dah pukul brape dah ni kena kumpul kat kem balik pukul 12, ni dah pukul 11.45…” Ujar Hakim.
“oii..ko gila ke..nak jalan mana lagi kita dah sesat ni…!!!” Suraya berang.
“ Entah2 kita kat kawasan hitam !!” Dyana bersuara. Semua memandangnya dengan pandangan marah.
“jaga mulut kau lahh…kita slamat lagi ni, aku rasa macam dah dekat…” Najmi pula bersuara.
“banyaklah kau punya dekat !!” Hani tidak puas hati. Najmi genggam tanganya, hampir hilang sabar dengan Hani.
“kau apsal ha?”
“kau tu apsal?”
“okeh..kalau kau pandai sangat….kau yang lead..ambik la…ambikkkkk…” Najmi menyerahkan lampu suluh padanya.
“Wehhh!! Sedap mulut kau je kan…kau yang buat kitorang sesat ..lepastu nak lepaskan kat aku plak..kau dah gila ea…!!” Hani balas.
“ye…!! Memang aku gilaa!! Gila dengan perangai kau yang macam orang tak siuman ni…..!!”
“Kau tu yang tak siumaannn…!!”
“aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!” suara Dyana menjerit mengejutkan seluruh Hutan. Semua diam.
“Kenapa Dyana,?” soal Hani kalut.
“u..uuu…lar…patuk aku….!!!” Semua terkejut.
“HATI2…SEMUA…..Hani , Suraya angkat Dyana, kita pergi tempat lain…” arah Najmi .
Dyana sudah menangis teresak2. Masing2 Panik.
Mereka berhenti di tepi sebatang sungai.
“mari lampu suluh..” pinta Hani.
Dia menyuluh pada kesan patukan ular di betis Dyana. Ada kesan taring.
“kain2…nak ikat, sebelum racun dia naik…!!” arah Hani.
Suraya mengeluarkan sapu tangannya, cukup panjang ntuk ikat betis Dyana.
“Kau nak buat apa ni Hani??” Soal Suraya.
“Adam, Hakim. Pergi cari bantuan. Cepat !!!” Arah Hani.
Hakim dan Adam mula berlari, tanpa lampu suluh, tapi mereka punya handfone ada, memandangkan Adam tidak menyerahkan handphone nya pada Pak Ngah. Cukup buat lampu suluh di saat genting ini.
“Hani !!” halang Najmi. Bila Hani ingin menyedut bisa racun Ular yang mematuk Dyana.
“apa ?!! kau nak buat???” soal Hani kuat.
…………………
KEDAI BUNGA IDAMAN.
“Assalamualaikum,…” sapa satu suara. Dia menjenguk ke dalam kedai.
“Zura , pergi tgk pelanggan tu…” Jerit satu suara.
“YA….!”
Fazura muncul. Dengan senyuman, bersulam lesung pipit di kanan dan kirinya.
Lelaki itu terpana sebentar. Di tangannya ada sebuah bagasi besar , di belakangnya juga turut di galas beg besar, seolah2 mahu pergi ke luar Negara.
“Maaf encik, boleh saya bantu?” Soal Fazura sopan. Lelaki itu tidak berkelip memandangnya.
Hanya lelaki bodoh je yang pandang sebelah mata gadis ini.
“Encik !” Fazura menguatkan suara.
“erk..maaf2…saya nak cari bunga kat sini….” Ujarnya.
Fazura senyum segaris.
“encik..kat sini memang kedai bunga,masuk lah…” pintu di kuak, bau-bauan bunga mula menusuk hidung,
“Encik nak bunga untuk siapa? Kekasih? Kawan? Ibu? Adik perempuan? Or melawat orang sakit?” soal Fazura.
Pelik, namun di wajahnya menyembunyikan sesuatu, baginya, senyuman tadi bukan seikhlasnya, ada lagi senyuman.
“Kekasih? Saya mana ada kekasih….untuk mak saya…”Fazura mengangguk.
“mak encik suka kan bunga bagaimana?” soalnya.
“bunga macam awak…”
“ha??”
“tak..maksud saya….bunga…bungalah….bunga macam …..”
“erm..saya tahu , bunga warna putih boleh, selalunya orang yang dah berumur ni, dia sukakan benda2 yang tenang, putih….” Ujar Fazura.
“ha. Boleh lah..sebab kat rumah pun mak ada tanam buunga warna putih..entah apa namanya…”
“bunga yang macam mana?” soal Fazura. Sambil itu tangannya mengambil beberapa tangkai bunga ros putih, daun2, dan bunga2 kecil yang berwarna warni untuk di hias, di potong bahagian bawah, kemudian di letakkan di atas plastic yang disediakan sebentar tadi.
“entah lah..saya tak pasti..sebab dah 5 tahun saya tak balik Malaysia…..” katanya. Fazura senyum.
“Oh, Encik di mana sebelum ni.”
“saya belajar di Australia, by the way, Nama saya Asyraf…awak?”
“Fazura….”
“cuti ke sekarang encik Asyraf?”
“tak lah..saya dah habis belajar pun….insyaAllah kerja kat sini….”
“InsyaAllah….”
“Dah lama cik Fazura kerja kat sini?” soal Asyraf.
“erm..adalah dalam 2 minggu jgak…oh ya, selamat pulang ke tanah air encik Asyraf..” kata Fazura.
“terima kasih .rindu betul saya dengan adik dan mak saya…”
“Ayah encik?”
“saya dah takde Ayah….parents saya bercerai…dulu, masa saya tingkatan 5….”
Fazura terkedu.
“erk..maaf…encik saya tak…”
Asyraf ketawa.
“takde ape lah..tak sensitive pun isu ni, ,,, sape2 nak bangkitkan pun tak kesah …”
“Tadi encik cakap encik tak ada kekasih yea, pernah putus cinta ke?” soal Fazura. Lama Asyraf diam. Termenung.
“erk..mungkin soalan ini sensitive kot, saya mintak maaf…. J “ Ujar Fazura serba salah.
Asyraf senyum.
“takde lah…Kisah lama,,,buat apa nak sensitive kan? Yelah..dulu saya ada juga seorang je lah..tp dia dah pergi….dia dah pergi dengan lelaki lain..and, dah berkahwin pun skrang….” Kata Asyraf.
“Mesti encik Asyraf sayang dia kan?”
Lama Asyraf pandang Fazura. Fazura hanya senyum,
“ya..sangat sayang…..”
“erm…okay,,, dah siap dah ni,, InsyaAllah, bila mak encik Asyraf tgk nanti, mesti dia suka. Oh ya, sampaikan salam saya pada dia ya, kata cik bunga
kirim salam…” Ujar Fazura Mesra.
“InsyaAllah,sudah semestinya…..terima kasih ya…”
Pertemuan singkat itu berakhir. Pelik, Fazura berasa senang dengan Asyraf, tidak seperti Hazri. Lain benar mereka berdua itu, entah2..berkawan pun tak bisa.
insyaAllah bersambung........
uit...gmbaq tu mcm muka hang je...:P
ReplyDeleteok, sila sambung lagi
ReplyDeleteYana ; of kos la muke aku~ dah tu muke sape lagi...mwahaha...
ReplyDeletekak Ema ; Woit..bace je ea..mane komennye?